Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud mengikuti pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Inggeris Tanah Merah dan Sekolah Menengah (SM) Dato' Mahmud Paduka Raja Tanah Merah, sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu serta menyambung pendidikan ke Northern Illinois University dalam Sarjana Muda Kaji Hayat dan Sarjana Kurikulum & Pengajaran dan menyempurnakannya dengan Ijazah Kedoktoran Falsafah (Pemikiran Pendidikan Islam) di University of Chicago.
Beliau berpengalaman sebagai Presiden Kebangsaan Kumpulan Kajian Islam Pelajar Malaysia (MISG) AS dan Kanada dan Presiden Kebangsaan Muslim Students' Association of US and Canada.
Wan Mohd Nor memulakan tapak akademiknya sebagai Tutor Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Penolong Pengarah di Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan (ERPD) di Kementerian Pendidikan, sebelum berpindah ke International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) untuk bersama-sama Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas membina institusi pemikiran dan peradaban Islam itu sebagai Timbalan Pengarahnya bermula 1988 hingga 2002. Pada 2006 pula, beliau dilantik sebagai Felo Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM sebelum menyumbangkan bakti kesarjanaan di Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Karya-karya beliau telah diterjemah ke bahasa Melayu, Indonesia, Turki, Jepun, Parsi, Rusia, Bosnia, Arab dan Macedonia. Beliau turut diundang ke pelbagai seminar dan ceramah di AS, UK, Rusia, Iran, Turki, Afrika Selatan, Pakistan, Sudan, Oman, Arab Saudi, Mesir, Jepun, Indonesia, Bosnia dan Singapura.
Sumbangan akademik beliau turut disalurkan sebagai Advisory Council for the Center for Strategic Middle Eastern Studies (CSMES), Zirve University, Gaziantep, Turki; mantan Editor Perunding Jurnal ISTAC, as-Shajarah; ahli Majlis Penasihat Toda Institute for Global Peace and Policy Research, Hawaii; mantan Penasihat Antarabangsa, Program Sarjana Pengajian Islam, University of Melbourne, Australia; Editor Perunding AFKAR di Akademi Islam, Universiti Malaya (UM); International Journal of Pesantren Studies di Jakarta; Tsaqafah: Journal for Islamic Sciences and Culture, juga di Jakarta dan Tafhim, iaitu jurnal Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Sejarah penubuhan ISTAC dengan visi dan misi yang benar-benar diperhalusi bagi menjadi ruang untuk membina insan berilmu yang akan membangunkan ummah dan masyarakat secara keseluruhan. Pembinaan ISTAC diteliti dengan penuh kesungguhan kerana diyakini bahawa keperluan amat mendesak bagi sebuah institusi pendidikan tinggi dibangunkan untuk menyelesaikan masalah-masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh umat Islam khususnya apabila mereka mengenepikan peranan ilmu yang sepatutnya menjadi penyuluh kehidupan. Dilengkapi dengan silibus pengajian serba lengkap dengan kahadiran sarjana yang terbaik dalam bidangnya, para pelajar diberi ruang mempelajari bahasa ilmiah asing supaya mampu membaca karya sarjana besar. Ini dibantu oleh keupayaan perpustakaan yang mengumpulkan buku bernilai tinggi sebagai rujukan utama tanpa perlu mengembara ke negara luar. Meskipun cuma 12 tahun di bawah pimpinan Prof al-Attas, sarjana yang dihasilkan banyak memberikan sudut pandang yang terpuji terhadap kemaslahatan ummah.
Reading this book without first understanding Al-Attas main framework of thought, is like having Vitamins and hoping for better health (unless you have a flu, and it is Vitamin D that you took).
A reference for future and current university on how to establish a TRUE Islamic University. This book shows how meticulous and visionary SMNA in establishing such University. ISTAC will forever be known as the Beacon on the crest on a hill.
The Beacon on The Crest of A Hill: A Brief History and Philosophy of The International Institute of Islamic Thought and Civilization tulisan Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud merupakan buku autobiografi mengenai sejarah, falsafah dan cita-cita besar di sebalik penubuhan ISTAC.
ISTAC merupakan manifestasi ilmu, makna diri dan kreativiti seorang ilmuwan besar alam Melayu yang begitu 'rare', Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Menyimpan cita-cita besar untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam, ISTAC ternyata sebuah universiti yang kukuh dari segi falsafah dan matlamat utamanya.
Pembinaan ISTAC dimulakan pada 23 Februari 1990 bersamaan 27 Rejab 1410 iaitu Isrā’ wa’l-Mi’rāj. Tarikh tersebut diusahakan sepenuh hati oleh Prof. al-Attas agar ISTAC dapat dimulakan dengan sesuatu yang signifikan dan bersejarah. Prof. al-Attas sejak daripada mulanya, seawal mencari tapak untuk pembinaan ISTAC, mencacakkan tiang asas bangunan ISTAC, rekabentuk ISTAC (juga rekabentuk yang terperinci, hatta kerusinya!) sehinggalah kepada membentuk makna ISTAC, terlibat dalam segala-galanya. ISTAC tidak dapat lari daripada bayangan Prof. al-Attas.
Jangan disalahsangka ini mengkultuskan beliau, tapi sememangnya itulah hakikatnya di sebalik pembinaan ISTAC.
Untuk mengetahui lebih lanjut isi kandungan buku ini anda sendiri perlu membacanya. Sejujurnya saya tergamam dan kehilangan menelaah buku ini kerana ia begitu menyinggung keadaan saya sebagai pelajar, universiti tempat saya menuntut dan matlamat hidup saya secara peribadi. Ia adalah sebuah teguran dan peringatan yang baik, lebih-lebih lagi kepada individu-individu berkaitan dunia keilmuan secara umum dan ISTAC khususnya hari ini.
Saya tidak berani mengulas lanjut buku ini kerana khuatir akan menzalimi kandungannya yang tulus dan jujur seandainya diintimi sendiri oleh pembacanya. Membacanya membuatkan saya lebih menghargai ISTAC, lebih daripada sekadar sebuah bangunan yang indah, lebih daripada sebuah kebanggaan luaran sebuah universiti Islam bertaraf antarabangsa, lebih daripada saat sewaktu saya menjejak kaki ke dalamnya setahun yang lalu. Ia adalah sebuah rekayasa yang penuh dengan makna.
Dan ia harus dikembalikan kepada tangan (insan) yang sepatutnya.
Buku nipis ini sangat penting bagi sesiapa yang ingin mengetahui mnegenai sejarah ISTAC sebagai sebuah institusi yang ulung di negara ini.
Bagaimana perletakan batu asasnya yang begitu simbolik, selepas mendapat lampu hijau dari Kementerian, tertanam kukuh dalam budaya Melayu yang sudah diabaikan kebanyakan orang.
Falsafahnya turut diperincikan dengan baik dan mendalam, diikuti dengan objektif penubuhan.
Tetapi yang paling istimewa tentunya sorotan mengenai perpustakaannya sera falsafah yang menjelmakan perpustakaan sehebat itu. Terasa betapa singkatnya kebanyakan polisi yang terlalu mudah mengetepikan kepentingan belanjawan perpustakaan berbanding belanjawan lain, sedangkan perpustakaan itulah buai yang mengasuh cendikiawan.
Buat kali pertama sejak menjadi pustakawan, baru kali ini menemui semula jati diri pustakawan Muslim seperti yang disebut Shaharom TM Sulaiman dalam artikelnya dahulu.