Berkahwin di bumi asing tanpa pengetahuan keluarga, itu yang mereka lakukan. Admund melamar dan Irene terima, cukup mudah. Tapi, kehidupan tak mungkin akan semudah itu buat mereka.
Bila rahsia mereka terbongkar dan Admund berdepan dengan tekanan, Irene meminta perpisahan demi kebaikan semua.
“I tak sangka you sanggup tipu I dan keluarga, Ed.” – Cecilia. “I akan perbetulkan semuanya.” – Admund. “Not that easy, Ed.” – Cecilia.
Kerana janji keluarga yang termetri, Admund terpaksa lepaskan Irene pergi. Dia terpaksa, bukan atas kerelaan.
“Tolong jaga dia untuk aku, Jian.” Admund. “What’s next, Ed. Takkan kau sanggup biarkan dia pergi macam tu?” – Jian. “Aku sangat sayangkan dia, Jian. Tapi jika aku batalkan dengan Cecilia, keluarga kita akan terima akibatnya.”
Tiada yang pudar walau mereka terpisah jauh. Bila tahu wujudnya zuriat mereka di rahim Irene, beribu batu Admund sanggup redah.
“Kenapa you datang?” – Irene. “I nak hidup bersama you, bersama anak kita.” – Admund. “Dia tetap anak you walaupun kita berpisah.” – Irene.
Mereka mencuba, tapi untuk mencapai bahagia, tangan masih belum mampu menggapainya. Admund harus berada di bumi Malaysia dan Irene di bumi Amsterdam.
Lantas, masih adakah persimpangan untuk mereka bertemu? Masih adakah peluang untuk mereka berada di ruang udara yang sama?
Irene. Watak yang muncul dalam Cinta Gadis Februari. Yang menjadi salah satu penyebab konflik antara Jian dan Aaina .
Tapi tulah aku geram dengan sesetengah watak dalam novel ni. Bangga eh jadi jutawan dan berkuasa. Ko rasa ko boleh buat ape je. Ko tak peduli hati perasaan orang lain. Sebab kau berduit. Kau ada kuasa. Mesti korang tertanya kan, siapa disebalik watak2 ni .
Irene, dia belajar di Amsterdam demi memenuhi kehendak neneknya. Di situla dia berkenalan dengan Jian. Ramai kawan2 menganggap Irene dan Jian mempunyai hubungan, tapi sebaliknya mereka hanya teman sekuliah. Hati Irene dengan abang Jian, Admund saat pertama kali Admund datang ke kedai kopi tempat dia bekerja . Begitu juga Admund. Dia jatuh cinta pandang pertama dgn Irene .
Tapi kisah Irene dan Admund ni bukan semudah yang disangka. Admund terkaku saat dia mengetahui bahawa dia bakal dijodohkan dengan anak jutawan,Cecilia. Inila tipikal orang2 kaya, kenenkan anak2 demi meluaskan empayar perniagaan dorang .
Kerana cinta terhadap Irene, mereka berkahwin di bumi Amsterdam. Namun perhubungan mereka menerima ombak badai yang teruk. Hinggakan perhubungan suami isteri yg baru bersemai terpaksa ditamatkan. Hanya kerana luasnya pengaruh seorang 'Tan Sri Wilson' .
Aku respek dengan Irene. Dia terima dengan redha. Demi taknak tengok keluarga Admund dalam masalah. Dan dia perlu kuat demi benih dalam rahimnya. Hasil cinta dengan kekasih hatinya .
Kalau korang baca novel ni,emosi korang memang tak stabil la. Kejap senyum. Kejap geram. Kejap sakit hati .
Agak2 korang kan macam mana kisah cinta Irene ni?Adakah dia akan tetap menanti kekasih hatinya atau menerima cinta yang dihulur oleh Daniel Kim, jejaka Singapura?
boleh tak kalau akak menyampah dengan admund? dia tak layaklah jadi hero dalam novel ni. watak utama stand alone akak rasa. irene. dia kuat seorang diri.
cinta pandang pertama. itu yang berlaku pada irene dengan admund. yang berakhir dengan perkahwinan tapi tak semudah itu laluan yang terpaksa mereka lalui. admund terikat dengan janji setia persahabatan antara ayahnya dengan ayah cecelia. jadi mereka hendak dijodohkan tambahan cecelia memang suka akan admund. irene dianggap hanya tempelan gadis yang mahukan lelaki kaya.
kenapa tak suka admund? dia tak macam adiknya, jian. jian punya keyakinan dan semangat diri, kuat. dia tahu apa yang dia mahu. admund pula dengan alasan mahu menjaga hati mak ayah, terpaksa ... eh ... sebenarnya lebih pada memaksa watak sekeliling dia terseksa. perkahwinan terpaksa dibubarkan. cecelia mengharap cinta bertahun. mak ayah yang sentiasa berdebar dengan tindakan luar jangka si anak. jangan lupa si adik yang menanggung tanggungjawab yang sepatut dia sendiri galas. so, tak salah kan kalau akak tak suka dia?
jangan lupa pada watak daniel yang sentiasa ada dengan irene sepanjang waktu irene bekerja dan dalam masa yang sama menjaga anaknya, anne yang sakit. admund hanya beri arahan pada jian. daniel? dia ada. sentiasa ada. mahu akak tak kesian pada watak-watak yang lain dek sebab diri admund yang sukar nak perjuangkan diri dia sendiri?
irene yang paling kesian. segalanya, dia seolah kerusi yang hilang satu kaki. walaupun masih boleh berdiri bila diampu dengan batu atau tembok, tapi tetap tak sempurna. haishhh...
tapi itulah kuasa cinta.
sedap bagi akak olahan penulis walaupun garis masa panjang. topik pun best.
Lepas baca buku penulis yang sebelum ini, nak juga tahu kisah Irene dengan husband dia. Then, bila keluar novel ni, barulah aku boleh relate apa yang jadi. Bagi aku, cerita ni okay. Memang untuk penjelasan kenapa hubungan Irene dan Admund jadi macam apa yang kita baca dalam cerita Cinta Gadis Februari. Best.