Buku Kak Ieya always bermain dengan emosi dan terselit misteri yang buatkan kita nak tau apa sbnrnya yang terjadi. 🙊
Saya sukaaaa buku kaliniii. Sebab saya rasa macam everything sangat smooth. Takda part yg draggy, saya suka storyline, the twist, the pain dan the way everything unravel. Rasa mcm semuanya tersusun dan kena dgn pace penceritaaan buku ni. Suka dgn karakter Naina, seorang yg sgtlah tabah. Berhdpn dgn family yg mcm tu, fuhhh 😮💨 Kalau aku, give up dan lari awal2 😂
Ayaaz 🫠 Suka gak dgn karakter dia ni. Suka dgn how dia deal with everything 🫶🏻 Takleh nak comment banyak sbb I don’t want to spoil the story. Overall, mmg best for me. 🩵 #emptycanvashida
Ayaaz ni seakan sama dengan Nuh. Tapi Nuh lagi adorable for me. Hahaha. Kesian dengan kehidupan Naina. Hampir nangis wei. Nape laaaa Suha mcm tu. Tapi betul la orang kata, cemburu ni bahaya. Memakan diri.
I salute to Ayaaz sebab sanggup bersabar sampai tersingkap kebenarannya. Sabarrrnya Ayaaz ni sesabar Nuh. 🩵
Naina dibenci ayahnya dek kerana keagungan bapanya terhadap maruah. Dicaci, difitnah dan dihina oleh saudara mara sehingga satu hari dia dipaksa berkahwin dengan Naim, suami orang.
Ayaaz, kekasih arwah Suha iaitu kakak Naina hadir dengan satu tawaran kerana dia mahu Naina keluar daripada keluarga ‘toksik’ itu dan kerana dia telah melafazkan sumpah cinta ketika dengan Suha.
Naina tidak menerima tawaran gila Ayaaz. Tetapi, satu hari keadaan memaksa Naina mengahwini Ayaaz.
Sepanjang perkahwinan mereka, dunia Naina bagaikan dejavú. Perbuatan, tempat dan suara di kotak pemikirannya membuatkan Naina bingung. Apakah kebenaran disebalik hidupnya? Apakah sumpah cinta Ayaaz dengan Suha? dan mampukah Naina menerima segalanya bila kebenaran kian terbongkar?
🪄 ok bagi jeha buku kak ieya kalini only 60% je pain dia, yang jeha paling suka plot twist dia. Sampai sekarang masih tak percaya dengan pt ni sebab rasa macam “eh apa ni?” “macam mana boleh jadi macam ni?”
🪄 Jeha suka both chara Ayaaz and Naina. Ayaaz yang setia dengan cintanya ✨ Naina yang kuat tabah dan nampak yang dia bukan perempuan lemah ✨ Slaysizzz 💅🏼 Ayaaz ni sumpah eh hijau namatey! Kesetiaan dia tu haih rasa nak cari laki nama Ayaaz 😝
🪄 tbh, kita rasa sakit hati sebab dikhianati tu 💔 + nak cakap juga Naina bodoh sebab benda yang dibuat tu memudaratkan masa depan dia 😤 And also mohon ibu kepada Naina keluar daripada buku ni geram ngat dengan dia 😌
Boleh habiskan dalam masa sehari! An accomplishment yang dah lama tak dapat rasa.
Tahap pain cerita ni dah sama level dengan karya Rehan Makhtar. Terkejut juga saya. Walaupun dalam cerita2 penulis yang saya dah baca sebelum ni kisah FL tu agak sedih dan mampu mengalirkan air mata, tapi rasanya tak seteruk kisah Naina. Setakat ni yang lain masih ada keluarga yang menyayangi dan melindungi.
Yang penting, Ayaaz itu sangatlah awesome!
Ps - rasanya tak lama lagi saya akan texts penulis untuk tambah koleksi hahaha
Mantap! Bukan Ieya Sya namanya kalau tak buat pembaca pening.Setiap muka surat dok tertanya tanya siapa "SUHA" sebenarnya. Cik N pun nak jadi "SUHA" lah 😛
Entah kenapa bila saya mula membaca saya dah boleh detect siapa sebenarnya Suha. Cuma saya tertanya² apa sebenarnya yang berlaku sehingga Ayaaz tidak henti mengejarnya? Adakah Ayaaz memang benci dengan Suha dan berlakon segalanya baik² sahaja?
Kematian Suha menjadikan Naina terus menerus menjadi mangsa fitnah dan kemarahan ayahnya. Dari sekecil perkara ada sahaja perbuatan yang dilakukan Naina itu salah di pandangan mata ayahnya. Dan ya, sekali lagi saya perasan kenapa sikap ibu Naina itu sungguh pelik?
Naina hilang ingatan dan kerana itulah dia tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Dan yang paling dia rasa annoying bila Ayaaz terus menjadi bayang² buat Naina. Puas ditolak tetapi Ayaaz tetap mahu Naina menjadi isterinya sedangkan Naina tahu yang Ayaaz itu cinta mati terhadap kakak kembarnya, Suha.
Kerana rancangan jahat Naim, Naina terpaksa menerima Ayaaz. Itu pun kerana Naina sudah melafazkan sumpah janji kepada ayahnya untuk berkahwin dengan Ayaaz jika dia diizinkan untuk melawat ibunya. Namun sekali lagi ibunya bersikap pelik bila dia rela Naina berkahwin dengan Naim untuk menjadi isteri kedua berbanding berkahwin dengan Ayaaz. Apa sebenarnya yang mereka semua cuba sembunyikan?
Walau ditentang hebat, Naina tetap berkahwin dengan Ayaaz. Bagi Naina, ianya semata kerana janji tetapi lain pula dengan Ayaaz. Ada sesuatu yang dia rancangkan supaya Naina pulih dan tahu apa sebenarnya yang dia tidak tahu. Walau sehingga titik akhir cerita Naina masih hilang ingatan, tetapi sedikit demi sedikit dia dapat cantumkan puzzle yang berselerak selama ini atas bantuan Ayaaz.
Apa yang saya nampak dalam cerita ini, penulis mahu menyampaikan yang segala cerita bukan dari apa yang kita lihat di depan mata tetapi kuncinya adalah kita buka mata dan bersedia untuk menerima kebenaran walau ternyata ianya adalah pahit.
Sedih ngn kehidupan Naina.. hidup dlm kebencian ayah.. padahal yg tk elok, kakak nye yang bisu tu..
Suha cemburu ngn adik die.. lepas kemalangan, die tk bole bercakap sedang kn Naina elok jee.. die pertikai kn takdir yg die dpt.. mesti laa mak die lebih kn Suha..
Ayaaz bercinta ngn Naina.. tp silap Naina jugk sbb bgtau nama die Suha.. bile kakak dpt tau, die lgi cemburu.. bile Naina nk bgtau kebenaran pd Ayaaz, Suha dan Naina kemalangan membuat kn Naina koma.. Suha mmg amek kesempatan laaa…
Tp waktu tu, Ayaaz dpt rasa yg Suha bukan ‘Suha’ yg die kenal.. tp sbb kn Suha da sakit, die diam kn diri..
Sabar nye Ayaaz sehingga semua nye terbongkar lepas dorg kahwin.. sedih Naina masa tu.. tp Ayaaz sentiasa di sebelah Naina..
mana-mana manusia akan tewas dengan perasaan cemburu itu, kerana cemburu itu juga boleh memakan diri.
sebabkan cemburu 'Niana' jadi mangsa pada orang lain segala kesalahan yang dibuat oleh 'suha' jatuh pada 'Nina'. satu kemalangan berlaku 'suhahilang sesuatu yang berharga mankalah Naina pula hilang ingatan. dari situlah segala rahsia demi rahsia terungkap.
Ayaz.. sabarnya dia dengan sikap Naina. sikap Ayaz yang setia menunggu Nian dan memanti tentang kebenaran di sebalik nama Suha dan Nain. persoalan demi persoalan bermain difikiran Naina tapi dengan tenang Ayaz jawab satu persatu.cara Ayaz melayan karenah Naina yang keliru akan cinta Ayaz pada Suha ataui dirnya.
"mana ada rahsia yang tidak menyakitkkan. kerana menyakitkanlah, Hal itu menjadi rahsia"- Niana
"saya tahu sakitnya bila tahu tentang kebenaran. saya tahu bagaimana perasaan awak. saya ada disini untuk dengar," - Ayaz...
tanpa sebarang kata NAina dibenci oleh Tuan Aziman. baginya Niana hanya memalukan maruah kelaurga dan keturunan. Puan Hazima pula pilih kasih antara Suha dan Niana. sampai sanggup buat perkara untuk 'aib' suha dan jatuhkan kesalahan pada Niana. keluarga yang lain juga menjadi punca Naina ingin keluar mencari kebenaran .. kemalangan dan fitnah ?? siapa dan mengapa ?? ............................................
my goddness this book i beli bulan 3 or 4 macam tu skrng baru bace sorry lah ya eiya sya... baru nak baca bulan 11 ni..
-Ayaz sangat Hutan hujan amazon cara dia layan Naina, sabar dgn Naina .. dan dia tnggu jawwapan dari mulut Niana sendri memang woowww lelaki yang sentiasa ada dengan Naina masa susah dan senang.
-Naina. sikap Naina yang kadang-kadang boleh mendatangkan kemarahan i sebab dia masih lagi nak duduk dalam rumah tu. lama kelamaan Naina bangkit dan tegas dengan pendirian dia untuk tidak dipijak lagi. dengan adanya Ayaz Naina jadi kuat untuk mencari kebenaran disebalik kemalngan dan fitnah yang berlaku. hilang ingatan dan terus kene benci dgn ayh sendiri dan mak dia pulak memang sakit hati lah samapi sanggup tutup aib anak kesayangan dia thne jadikan Naina mangsa. sikap pilih kasih orang tua lah yang menyebabkan Naina rasa dia tidak di hargai dan hanya menyusahkan orang lain.
watak dalam buku ni memang kene dengan Naina dan Ayaz..
bak kata Ayaz "aib orang"
overall jln cita yang tidak disangka ... plot twist yang boleh baling buku ke dinding ya.. i salah teka orang yang buat hal tu rupanya orang lain padehal dlm buku ni dh ada Hint nak tahu siapa dalang semua ni..
worth it .. ok bye
by the way ini selfpublish i tak tahu lay kalau ada lagi.. ok bye ...
Makin lama baca buku penulis ni, aku dah makin bijak untuk tidak mudah terpedaya. hahaha. .
Oh by the way, baca review kat Goodreads, rata-rata menyifatkan Aayaz ni 'green', tapi watak Nuh lebih 'hijau' katanya. Nampak gaya, kena beli Nuh & Nayla la pulak lepas ni. Tapi, tu la, spoil sikit mood aku, sebab dah diadaptasi kan. .
Okay, back to this story. .
Suha dan Naina ialah kembar seiras. Tapi Suha bisu disebabkan kemalangan. Sejak itu, perhatian ibu bapa mereka lebih tertumpu pada Suha. Lebih malang bila Suha menghidap kanser. .
Tapi, Suha beruntung kerana dicintai lelaki sebaik Aayaz. .
Selepas kematian Suha, Aayaz masih baik dengan keluarga Suha. Siap besarkan rumah mereka. Katanya, demi insan yang Suha sayang. .
Berbeza dengan Naina, yang seperti anak terbuang. Akibat kisah silam yang mencemarkan maruah keluarga mereka. Dahlah Naina ni hilang ingatan. Dia sendiri tak pasti kesalahan apa yang dilakukan sehingga dia dipulaukan oleh keluarganya sendiri. .
Atas sebab tertentu, Naina kahwin dengan Aayaz, walaupun ibunya menentang. Ibu Naina lebih rela Naina kahwin dengan Naim dan jadi isteri kedua. Pelik kan? .
Selepas kahwin, barulah Naina merasa bahagia. Sedikit demi sedikit, ingatannya muncul. Tapi kenapa, dia merasakan dirinya ialah Suha? Apakah sebenarnya yang terjadi? .
Aku yakin, semua orang boleh agak persoalan tu. Cumanya kita tertanya-tanya, bagaimana plot tu boleh terjadi. .
Betullah, Aayaz tu antara sebaik-baik lelaki. Aku lega dia hadir untuk melindungi Naina. .
Kesian Naina. Aku tak faham, bagaimana seorang ibu dan kakak boleh bertindak sedemikian. Aku kagum kerana dia mampu bertahan dalam rumah yang toksik tu. Kerana aku tak mampu. .
Suka penulisan Ieya Sya sebab sampai ke hati. Banyak part yang aku berair mata. Aku bahagia bila Naina regained her memory, dan bahagia bersama Aayaz. .
"Suatu hari ... Naina harap Naina ada kehidupan sendiri. Kehidupan yang direstui ibu dan ayah. Waktu tu, ayah tak kan bencikan Naina lagi. Ibu akan senyum pada Naina. Naina pula akan berjalan ke mana saja tanpa rasa sesak. Naina akan jadi perempuan yang sangat bahagia."