Jump to ratings and reviews
Rate this book

Trilogi Sesuatu Yang... #2

Sesuatu yang Kembali

Rate this book
Blurb – Sesuatu Yang Kembali

Dalam keadaan darurat begini, dinding kemanusiaan turut sama runtuh bersama pintu kepercayaan. Maka akan menjelmalah manusia-manusia yang selama ini bertopeng.

Suaminya hilang tanpa pesan, tanpa jejak.

Tetapi apabila muncul mesej terakhir daripada Ibra, Mikha mula reda. Penantian terhenti. Harapan mula hilang.

Namun itu disaat dia merelakan, takdir membawa mereka bertemu dalam sebuah Bunker Mall.

Bunker Mall – Sebuah gedung membeli belah yang dibina sebagai sebuah bunker kepada golongan elit. Sebaik saja wabak melanda, bunker itu diaktifkan secara tiba-tiba menyebabkan Mikha dan Farid terperangkap di dalamnya.

Di situlah bermula segalanya …
Skandal terbongkar …
Rahsia dipendam terburai …

Dan …

Nyawa menjadi taruhan.

Harapan adalah nyawa kehidupan. Jika hilang harapan … kosonglah jiwa.

524 pages, Paperback

First published April 1, 2023

5 people are currently reading
60 people want to read

About the author

Anna Lee

30 books548 followers
Anna Lee is a published author living in Kuala Lumpur, Malaysia. Writing fiction since 2009. Before Anna Lee, she also known as Zuliana Abuas and Julia Esqa.

She holds a Bachelor's Degree in Economic (Natural Resources) from the University Malaysia Terengganu a.k.a KUSTEM. Previously, she worked in Oil & Gas Industry before she decided to be full time writer.

Her first novel Viva Sakura (2009) and then Bunga Di Rimba (2011). Korea I'm In love (2012) is her third novel under nickname Zuliana Abuas. She also published fantasy novel Puteri Karla (2011) under nickname Julia Esqa. Now she's stick with Anna Lee.

Under the name of Anna Lee she is the author of
Terukir Cinta (2013),
Mencari Mr. Charming (Dec 2013)
Aku Dia dan Pinky Promise (2014).
Mesej (2015)
Hello (2016)

She also author of many number of mini novel such as Diary Mrs Ben (Limited Edition - Yang Luar Biasa 2013) and latest mini novel Bukan Awak Tapi Dia (Limited Edition - Yang Aku Cinta).

Twitter : @annaleejue
Facebook Page :
https://www.facebook.com/pages/Anna-L...
Blog :
http://novelannalee.blogspot.com
http://www.instagram.com/annaleejue



Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
50 (60%)
4 stars
26 (31%)
3 stars
4 (4%)
2 stars
1 (1%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Eyd1410.
833 reviews22 followers
June 18, 2023
Kesinambungan dari kisah Sesuatu Yang Hilang. Memang wajib baca SYH dulu. Kalau tidak anda akan berada dalam kesesatan jika terus membaca Sesuatu Yang Kembali.

Jika dalam SYH ceritanya ada plot twist dan tanda tanya tetapi utk SYK jalan ceritanya lebih straight to the point. Lebih mudah difahami dan debaran lebih banyak terasa lebih² lagi bila Mikha, Ibra, Farid, Ben dan lainnya cuba survive untuk hidup.

Mikha dan Farid terperangkap dalam Bunker Mall dan mereka menjadi penumpang di situ sementara Ben dan Ibra adalah penduduk dalam Bunker tersebut di mana segala keistimewaan adalah milik mereka yang menjadi penghuni di situ. Mereka bekerjasama dan merancang untuk keluar dari Bunker Mall yang telah dipenuhi oleh manusia yang telah dijangkiti virus dan keadaan mereka seolah² seperti zombi.

Banyak watak baru yang muncul seperti Layla, Ali, Mawar, Umar, Dato Johari sekeluarga dan juga Andra. Dalam banyak watak, memang watak Andra lah yang paling meluat untuk dibaca. Bimbo dan gedik. Hai macam manalah Ibra boleh terlibat dengan Andra dan bagaimana pula Andra boleh menjadi isteri kedua Ibra? Betul ke? Atau untuk mengaburi orang ramai atas skandal yang tersebar luas?

Watak Mikha kali ini juga lebih dominan dan tegas. Mikha bukan wanita lembik dan lembut seperti dulu. Naluri seorang ibu yang terlalu rindukan anaknya yang memaksa Mikha berubah menjadi lebih kuat dan berani untuk membuat keputusan yang sukar.

Berlainan pula dengan Ben. Ben terlihat seperti lelaki biasa yang tidak begitu menonjol wataknya. Dia masih menyintai Mikha dan dia masih berharap untuk mendapatkan cinta dari Mikha. Atas dasar itulah dia berusaha untuk mencari dan membawa Mikha ke tempat yang lebih selamat.

Yang terlihat hero pastilah Ibra walau kadang kala menyampah dengan sikapnya yang terlalu berahsia. Sanggup meninggalkan Mikha setahun lamanya dan bila berjumpa kembali dengan Mikha di Bunker Mall, dia berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Banyak hutang dia pada Mikha belum terjawab.

Namun tumpuan saya kali ini lebih pada Farid. Farid lelaki yang setia dan sentiasa ada untuk Mikha dari kecil hinggalah Mikha sudah punya anak. Walau Farid dan Layla sering bertelagah tetapi nampak hubungan mereka lebih jujur dan sweet berbanding Mikha-Ibra-Ben.

Ending? Pastilah tergantung kerana ada sambungan. Yang pasti Sesuatu Yang hilang itu telah kembali dan tanda tanya siapa bapa kepada anak Mikha juga telah terjawab dalam naskah ini.

Ok nexttttt...
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
February 9, 2025
4.5/5 ⭐️

wow.. just wow...

sejujurnya, saya susah nak baca buku dystopian themes macam ni. even buku Divergent pun tak habis, baca 1st book je. buku kak Anna Lee yang ini, berdesupppp saya baca! boleh dikira setanding vibe dengan The Hunger Games dan Divergent Series. also reminds me a lot dengan k-drama Happiness! vibe sangat sama sebab kedua-dua terperangkap.

pada awal pembacaan, macam a bit confusing sebab perkenalan semua watak, which banyakk. ada Umar dan Mawar, Layla dan Ali, Andra (😤), Farid. Ibra dan Ben sudah kita kenal dalam Sesuatu Yang Hilang. buku kalini lain sikit dari SYH, sebab sini, tak banyak romance. yang ini, penuh dengan aksi (bukan lawan-lawan sangat)

Sesuatu Yang Kembali mengisahkan selepas perpisahan antara Ibra dan Mikha. apa sebenarnya berlaku?

let me tell you, i hate Ben dan Andra MY WHOLE HEART. Andra ni giving teenage bully. lepas dia nampak Mikha menangis, dia boleh perli "kata orang yang menangis teresak-esak" BITCH, SHUT UP! kau yang terhegeh-hegeh nak laki orang!! Ben ni pula giving lelaki tak boleh move on!!! dalam 1st book camciel, 2nd book elok sikit sebab tak menyerlah sangat. eloklah, tak layakk!!

btw, Farid 🙂‍↕️🙂‍↕️ the gentleman in this book 😤🤌🏼 i need to see his and Layla's relationship evolves because I DEVOURES ENEMIES TO LOVERS TROPE! Farid ni, dah macam abang dengan Mikha which makes him to protect her at all cost! masa Mikha dan Ibra terjumpa balik, Farid lah yang bawa lari Mikha dari terus tengok muka Ib. Ibra dalam buku ni minta disepak ya, takpun ditenggelamkan dalam kolam sampah tu. apa lagi yang susah sangat nak berterus teranggg ughh.

penceritaan kakJue ofc 🔛🔝. setiap perjalanan mereka nak cari jalan keluar tu, sangat menarik. sudahla, macam dah panjang pula kan 🙂‍↕️ lagipun rasanya ini buku melayu pertama saya baca dengan tema begini. apapun, saya enjoy! even masa kerja pun asyik terfikir bila boleh sambung baca sebab nak tahu apa jadi 🤣

btw, saya boleh bayangkan khemah khemah dalam Bunker Mall tu macam kena kuarantin dulu masa PKP 🙂‍↕️
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
January 22, 2024
F kurang gemar kisah zombie tapi sebab dah baca first buku. Berkobar² nak tahu kisah selanjutnya.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
August 13, 2023
Kalau tengok cerita apocalypse, mungkin ada orang tertanya, "Bagaimana relationship orang-orang dalam cerita ni terjejas? Inilah bukunya. Tapi kalau baca buku sebab nak elemen apocalypse, plot, thrill, ini bukan buku yang tepat untuk korang pilihlah.

But still sedap la baca especially masa hujung-hujung tu nak tahu sangat macam mana kesudahan watak. Di hujung tu laju. Walaupun macam ada kepelikan sikit dalam jalan cerita, still okay untuk dibaca but not one of her best works.
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
June 2, 2023
‼️Sinopsis ringkas yang mengandungi spoiler.

Ibra menghilangkan diri tanpa penjelasan. Mikha yang sakit hati, pergi ke bandar untuk melangsaikan segala urusan. Namun dia terperangkap dalam mall yang dijadikan bunker (tempat perlindungan) bila bencana/pandemik tiba-tiba melanda. Di situlah, dia terjumpa dengan Ben, Umar+Mawar (I’m Yours), Layla serta lain-lain dan juga Ibra.

Virus bermutasi hingga ramai yang dijangkiti dan berubah menjadi zombi. Jadi bermulalah misi mereka untuk survive dan keluar dari bunker.

Basically, naskhah ni bergenre apokalips seperti yang diberitahu oleh penulis sendiri. Kalau kalian peminat genre begini, this might be your cup of tea.

Plot cerita ni pun straight to the point, tak ada bersimpang siur. Ada flashback pun sikit ajelah. Dia terlalu smooth sampai kau tak sedar dah hampir habis baca (walaupun aku bukanlah peminat tegar genre begini). Secara peribadi, ini bukanlah karya terbaik penulis. Tapi bila AL yang tulis memang susah nak letak bila kau dah start pegang.

Yang membuat aku hooked dengan buku ni sebab aku nak tahu betul ke Ben ada buat ‘sesuatu’ kepada Mikha (naluri aku mengatakan tidak). Dan rahsia apa yang Ibra sembunyikan sebenarnya.

Tapi rupa-rupanya, jawapan itu tak ditemukan dalam buku ke-2 ini dan survival mereka ni tak berakhir begitu saja. Ada sambungan di bahagian ke 3.

Overall, 3.5 ⭐️ untuk naskhah ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
April 15, 2024
SESUATU YANG KEMBALI
My thoughts?

1. TBH, aku dah hilang ingatan sebab dah lama gilaaa baca Sesuatu Yang Hilang 😂 jadi masa start baca Sesuatu Yang Kembali ni aku jadi clueless banyak betul ???? dalam kepala hotak aku ni. Mungkin aku kena baca balik Sesuatu Yang Hilang lepas ni haha

2. Buku ni best gilaaaaaa kuasa 10 kut. Zombie apocalypse. Doomsday prepper. Terperangkap dalam bunker. Survival. Tak bosan langsung baca. Finally I got to read something so good and so different. Aku dah penat baca male & female lead kahwin dan dapat anak banyak.

3. Aku suka hampir semua watak dalam buku ni. Layla especially. Sarkastik dia tak boleh bawak bincang haha. Aku stress kenapa Ibra boleh ada dengan Andra. Siapakah mangkuk nama Andra ni? Kenapa dia tinggalkan Mikha? Apa masalah yang sebenarnya? Masih tak terjawab dalam buku ni. I is stressssss 🤣
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
June 4, 2023
Trilogi ni memang akan buat kita baca 1 buku 1 hari. Tak sabar nak habiskan sebab tak sabar nak tau apa jadi.

Buku ke 2 ni penuh dengan suspen. Rasa macam tengok cerita zombi pun ada. Buku ke 2 reveal apa yang hilang sebelum ni. Sudah ku agak Ben begitu. Haih Ben. Sedikit kecewa dengan Ibra dalam buku ke 2 ni. Sampai hati dia buat begitu kat Mikha. Tapi Mikha, strong girl. Paling suka, bila dia sound Ben dan Ibra, korang berdua boleh pergi mampus! Yes girl ! Baru ada akal 2 orang laki tu kan. Dalam buku ni, sis suka watak Farid. Farid sangat caring, suka bila apa² je dia akan stands for Mikha. Paling sakit hati dengan watak Ibra dalam buku ke 2 ni. Ibraaaaa...kenapaaaa???? Buku 1 awak dah sweet sangat dah. Haih.. Sabar lar hati. Panasaran dibuatnya.
Profile Image for Watishaari.
42 reviews2 followers
December 8, 2024
Ini adalah naskah kedua dalam trilogi sesuatu. Lama aku peram naskah ini yaaa
.

Dalam naskah ini, Mikha diuji dengan kehilangan suami, Ibra tanpa tahu alasan. Dan kelahiran anak yang menjadi teka teki buatnya. Dia seakan hilang arah. Namun cuba untuk bangkit dan menerima qada dan qadar
.

Covid telah menyerang. Demi membina hidup baru dengan anaknya, Mikha terpaksa kembali ke rumah Ibra untuk mengambil barangnya. Dan ketika membeli perlengkapan di Bunker Mall, dia dan Farid selaku abang angkatnya telah terperangkap dalam Bunker Mall tersebut. Tiba2 pintu mall terkunci dan hanya akan terbuka setelah 6 bulan. Gila apa nak hidup dalam mall kan
.

Bunker Mall ada agendanya. Dan mereka dari golongan kayangan. Siap ada funder untuk membina sebuah bunker. Dalam bunker ni ada 2 golongan. Which is penduduk dan penumpang. Penduduk adalah dari golongan funder2, manakala penumpang dari golongan mereka yang berada dalam mall ketika pintu Bunker Mall ditutup. Penduduk of course la dapat keistimewaan. Penumpang, faham2 sendiri ajela
.

Ibra, Andra, Ben, Datuk Johari dan keluarga antara penduduk bunker mall. Mikha, Farid, Umar, Mawar, Layla dan anaknya ,Ali antara penumpang. Mereka terpaksa bekerja demi kelangsungan hidup dalam mall
.

Tema survival ya. Bagaimana golongan penumpang ni survive. Ape je yang boleh bantu dorang. Tambahan pulak, covid semakin merebak. Dan ada antara yang positif berubah menjadi 'manusia gila' dan akhirnya mereka menjadi zombi. Dalam ni boleh nampak Mikha n the geng terpaksa mencari jalan keluar daripada Bunker Mall tersebut. Mereka bagai hilang arah. Tak tahu keadaan sebenar yg berlaku. Di dunia luar pon mereka terputus hubungan. Bagai ada satu 'rancangan' tiba2 hal ni berlaku. Bagaimana mereka yg terlibat boleh bersiap sedia dengan segala kelengkapan
.

Agak2 kan apa sebenarnya yang berlaku? Bagaimana mereka yang terlibat ada persediaan yang rapi untuk menghadapi bencana ini? Apakah ianya dirancang? Yang menjadi persoalan, sebuah bunker dibina dgn kelengkapan yang cukup. Bukan kecil, besar mall kot. Aneh bukan. Tapi dalam novel ni, kita takkan dapat jawapan. Tunggu the next trilogi. Baru laa tau jawapannya
Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
June 21, 2024
Sambungan untuk buku ‘Sesuatu yang hilang’. Mungkin untuk sesetengah pembaca akan rasa tak best buku ke-2 ni sebab genre dia mmg berbeza dari buku yg pertama. Tapi bagi saya buku ni masih consider best based on the genre.

Cumanya terasa rindu sikit buku yg pertama dulu haha ssbab rasa rindunya la watak2 dulu yg revolve dalam situasi & kehidupan yang normal. Bila dah masuk situasi kuarantin, covid, bunker mall ni terus rasa hilang dah vibe & personality each character yg dulu. Masing2 dengan character & personality yang baru.

Ok next kita ke buku yang terakhirrr, ‘sesuatu yang sempurna’.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
October 7, 2024
Dangg the cliffhanger.

Apa-apa pun seronok baca buku ni; dengan genre apocalypse, serangan zombie -- salah satu tema kegemaran saya, Puan Anna Lee memang berjaya tuliskan cerita ni untuk capai tahap yang memang buat saya puas hati. Kagum juga sebab buku ni sambungan daripada Sesuatu Yang Hilang, walaupun dua-dua buku bawakan tema berbeza, pun begitu masih dapat dijadikan saling berkesinambungan

Jadi, ke buku seterusnyalah kita. Sebab masih banyak persoalan tak terjawab, walaupun cukup puas hati dengan pembacaan untk buku ni.

Ps. Akan tulis review panjang nanti kalau rajin dan berkesempatan.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
September 1, 2023
🏹-'Sesuatu yang Kembali' banyak tanda tanya.Teringatkan Kdrama-Alive,Happiness, Sweet Home, All of us are Dead, Train to Busan auranya, tapi buah tangan @annaleejue tak hanya kembangkan virus Covid 19 yang bermutasi lalu tercipta 'orang Menggila' tapi cetuskan tuntutan jawapan watak² Ibra vs Ben, status anak Mikha dan Bunker Mall dicipta. Deboom! Teringat "Bokor" ciptaan siri dari Teme.

🏹-Ibra katanya kuarantin tidak pulang² setahun tinggalkan Mikha dan anak.Gosip tersebar Ibra berselingkuh atau Mikha dimadukan sebenarnya? Isteri mana tak salah faham diikuti sedar diri ada sebab kukuh untuk Ibra tinggalkannya.Ibra terlebih green flag sangatkan jadi isu percaya🤭

🏹-Bunker Mall punyai agenda tersembunyi diwujudkan untuk golongan Elit/VIP berlindung saat bencana&wabak melanda negara. Dikatakan tempat perlindungan paling selamat dari 'sesuatu'di luar Bunker. Siren kecemasan bergema seluruh dipelosok Mall, orang berasak² keluar sebelum Dang! Seluruh pintu Mall diaktifkan kunci.Bala apakah?Dalam terpinga²,Mikha dan Farid antara rakyat marhaen tak faham apa² terperangkap dalam Bunker Mall,yang hanya akan terbuka 6 bulan kemudian.6 bulan! Harus bertahan hidup.Tak hanya mereka, Ibra,wanita selingkuhannya, Ben, diikuti Ahli Politik, Umar&Mawar,Layla&Ali sama² terperangkap berjuang untuk hidup. Apa nasib gol biasa ni dalam tu jika Bunker utk gol Kayangan saja?🧐

🏹- Mall dikatakan selamat semakin hari semakin pelik. Seorang demi seorang, bertukar agresif dan perwatakan kian 'kebinatangan'. Bermula misi bertahan hidup dan cari jalan keluar dari tempat manusia 'Menggila'.Suka watak Mikha kali ini,tegas,lantang,tak lembik.Lagi² ayat 'Pergi mampus!' untuk Ibra!Ben!👏🏻 Ben? Tekaan siri I terkena.Nak tahu, macam mana nak selesaikan kes berat ni? Penjelasan Ibra atas semua benda buruk dibuat pada Mikha?

🏹- Selaku peminat genre apocalypse/survival ni aku seronok bila bacaan lancar, straight forward, dan laju. Ketagih dan rasa 'gelojoh' nak leraikan.Suka idea bakat memanah untuk Mikha sesuai dengan genrenya, senjata perang zaman Nabi bakal berguna👍🏻 Idea buat kerja part time bagi golongan penumpang(rakyat biasa) selama terkurung di Bunker Mall. Overall, MARI KITA HIDUP!
Profile Image for Far.Zana25.
112 reviews1 follower
December 6, 2023
𝐑𝐞𝐯𝐢𝐞𝐰: [40/20]📚
𝐓𝐚𝐣𝐮𝐤: Sesuatu Yang Kembali
𝐏𝐞𝐧𝐮𝐥𝐢𝐬: @annaleejue
𝐌/𝐒: 516
𝐑𝐚𝐭𝐞: ⭐⭐⭐⭐⭐ | 5 𝗦𝗢𝗟𝗜𝗗

🧟 “𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒕𝒖... 𝒑𝒆𝒓𝒂𝒔𝒂𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒉𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒘𝒂𝒍𝒂𝒖𝒑𝒖𝒏 𝒅𝒊𝒂 𝒔𝒂𝒌𝒊𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒍𝒊-𝒌𝒂𝒍𝒊. ☙”

🧟‍♂️ Siapa sangka hanya kerana virus yg secara tiba² sahaja menyerang seluruh penduduk di bandar akhirnya telah merebak ke kawasan kampung jua dan akhirnya seluruh negara mengalami pelbagai masalah.

🧟‍♀️ 𝑴𝒊𝒌𝒉𝒂, disebabkan dendam org lain terhadap dirinya, dia telah mengandungkan anak luar nikah bukan kerana kemahuannya. Disebabkan itu juga suaminya, 𝑰𝒃𝒓𝒂 hilang tanpa jejak. Kemurungan dibuatnya. Berbulan menunggu sehinggkan suatu masa dia nekad utk keluar dari keadaannya yg sedemikian rupa.

🧟 Malang menimpa nasibnya sekali lagi apabila niat yg hanya ingin mengambil brg²nya di villa 𝑰𝒃𝒓𝒂 bersama dgn 𝑭𝒂𝒓𝒊𝒅 akhirnya telah membuatkan dia terperangkap di dlm BUNKER MALL! Mall bukan sebarang mall tau👀

🧟‍♂️ Lebih menakutkan apabila virus yg mereka sangkakan biasa sebenarnya adalah LUAR BIASA kesannya kpd manusia. Macam zombi yg kita tgk dkt TV tu. Apa yg luar biasa tu? Knp tak diberi vaksin? Haa misteri kan...

🧟‍♀️ Mampukah dia mengeluarkan dirinya dari situ? Haa ni kena baca!

-----
❥ 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑹𝒆𝒗𝒊𝒆𝒘

🧟 DAH LAMA AQ TGGU NAK BELI NOVEL NI HAHAAHHA Alhamdulillah dapat jugak akhirnya. 1st sbb dia sambung dari 𝐒𝐄𝐒𝐔𝐀𝐓𝐔 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆. So korang kena baca dulu. Ni novel trilogi ye!

🧟‍♂️ Sumpah mmg sampai expectations aq utk novel ni. Jln cerita dia sentiasa mendebarkan apa yg akan terjadi nextnya. Like okay why and why this happen.

🧟‍♀️ Tebal buku ni tapi tak bosan! Aku jamin dgn korang pergilah beli dan baca okay! Btw beli time #sibf23

❤️Ty penulis utk penulisan yg sangat hebat ni. Semoga terus maju jaya!

Stay tune utk next review utk trilogi ke-3 tau🥰

#SesuatuYangKembali #annalee #prologmedia #farzreads #bookreview2023 #booklover #bookstagrammer #malaysianbookreview #malaysiamembaca #novel #zombie
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
June 24, 2023
[BOOK 74]

Trilogi II: Sesuatu Yang Kembali by Anna Lee.
.

Okay, sebenarnya bila baca part prolog, somehow ia dah menjawab persoalan aku dalam buku 1. Tapi, aku masih indenial. Aku masih berharap yang si dia tidak sejahat itu.
.

Dan masa ni, dunia dilanda Covid. Dalam keserabutan ini, Ibra tidak dapat dihubungi. Hanya pesanan wasap terakhir daripada Ibra yang memusnahkan segala harapan Mikha. Mikha mulai berhenti berharap.
.

Dan satu tragedi telah memerangkap Mikha dan sepupunya, Farid dalam Bunker Mall, yang khabar anginnya, wujud untuk melindungi golongan atasan sekiranya darurat terjadi.
.

Dalam Bunker Mall itu, Mikha dan Farid bersama-sama dengan Umar dan Mawar (watak daripada novel I'm Yours) dan Laila dan anaknya, Ali. Mereka cuba untuk survive.
.

Dan munculnya juga watak Ben dan Ibra. Dan manusia dijangkiti Covid yang bermutasi, menyebabkan mereka menjadi zombi.
.

Memang chaos la dalam tu. Semua nak hidup.
.

Guys, kali ni watak Mikha ialah seorang wanita yang berani berjuang untuk berjumpa dengan anaknya. Dan aku suka watak Farid. Seorang yang macho. hahaha. Suka part dia gaduh ngan Laila. Eh akhirnya berjodoh.
.

Dan to be honest, watak Ben dan Ibra tu hurm, cam side dish je. Sorang tu jahat. Sorang lagi hidup penuh rahsia.
.

Dan persoalan yang ditinggalkan dalam buku ni ialah, apa sebenarnya yang terjadi sehingga Bunker Mall diaktifkan? Dan apa yang terjadi kepada dunia luar?
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
February 22, 2024
𝘏𝘢𝘳𝘢𝘱𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘯𝘺𝘢𝘸𝘢 𝘬𝘦𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱𝘢𝘯.

Ibra menghilang tanpa jejak. Mikha mula redha. Tapi, semuanya menjadi kacau bilau sejak Mikha & Farid melangkah masuk ke dalam Bunker Mall. Wabak yang melanda, membuatkan bunker tersebut diaktifkan. Mereka terperangkap, seperti berada di dunia yang asing. Dan, satu demi satu rahsia mula terbongkar. Apa jadi dengan Ibra? Wabak apa yang menimpa mereka?

*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐

For me, genre SYH & ini berbeza ye. But sejujurnya dari Ad, berbeza yang best. Ad enjoy sangat. Boleh nampak kak Anna buat research macam-macam untuk buat storyline begini. Menarik. Storyline senang faham, suspen tak rilex, persoalan masih ada, & plow twist ofc ada. Ingat dah lega bila sampai 'that part'. Tiba-tiba 🔫 kena tembak jap. Eh tamat? Memang minta kena pecut baca terus buku last ni.

Tak stop debar & tak sedar buku makin rapat ke muka 😌 Also, part 2 ni lagi straight forward and tak berkerut sangat. But still, masih terkejut. Jangan ingat korang boleh rilex eh 🤭

Watak Mikha kat part 2 ni? 🔥🔥🔥 women power. Lurve! Dia strong & berani. Which ada sebab why character dia develop begitu. Watak baru dalam ni pon Ad suka sangat. Penting untuk ingat nama dorang ye. Mana tau ada something ke haa 😏 so what's my next read? Semestinya SYS 😋 Happy reading 🌷
Profile Image for anonymous_.
23 reviews
September 5, 2023
Rasanya dah lama gila baca buku yang first jadi sebelum start trilogi ni saya decide untuk reread sesuatu yang hilang, best decision ever ! Sebab saya perasan yang banyak benda penting dalam buku tu yang saya dah amnesia, lupa ! 🤣

Nak mula macam mana ni, buku kedua ni, Sesuatu yang Kembali memang 360 darjah twist dari first book ! Memang tak expect langsung yang genre akan berubah terus banyak macam tu .

As usual, Anna Lee tak pernah mengecewakan, bagilah apa genre sekali pun , kalau Anna Lee yang tulis , confirm saya pick up ! And confirm syok terus nak baca !

The whole concept novel ni memang best, macam fresh air untuk pembaca Anna Lee walaupun genre macam ni banyak juga ditulis oleh author lain, but still, Anna Lee did a good job always ! Saya rasa macam kembali ke dunia zaman membaca buku Klimaks dari Helmi Effendy, penuh suspens !

Heh kalau sambung ni mahu panjang berjela, apa-apa pun saya happy sangat sebab berjaya angkat buku ni dan sangat-sangat enjoy the story, salute Anna Lee !
Profile Image for Elle Houri.
79 reviews1 follower
August 20, 2023
Menarik! Aku memang peminat cerita-cerita zombie ni. Terbayang-bayang cerita Maze Runner. Tapi ni versi melayu la.
Mula-mula baca tu agak geram juga la dengan Mikha. Degil dan ikut perasaan. Ibra yang tiba-tiba bertukar watak dari seorang yg lembut menjadi seorang yang perahsia. Layla yang mulut dia yang patut kena cili. Dan Andra yang patut kena buang dalam gaung. Hahahaha emo sis! Syukur ada Farid yang sangat caring dan keabangan. Dia bawa aura positif pada semua orang.

Tapi bab demi bab, perkembangan watak mereka tu menunjukkan keserasian. Seronok! Rasa macam taknak habiskan series ni sebab nanti susah nak cari buku yang best lagi.
Cerita ni bukan yang terbaik, tapi untuk membaca genre seperti ini terutama dalam novel melayu mungkin agak limited.

Kudos kepada penulis! I really enjoy your writings 💕💕
Profile Image for yinroseate 𐙚 .
35 reviews
October 2, 2025
Buku ini merupakan sambungan daripada buku pertama: Sesuatu Yang Hilang. Genre yang diketengahkan dalam buku kedua ini berbeza dari buku pertama. Seperti buku pertama, saya sangat suka gaya penceritaan Anna Lee. Fast pace, dialog juga tak cringe dan kadang kala ada kelakarnya.

Kali ini, saya suka dengan setiap watak sampingan yang penulis kenalkan. Cuma masih belum terjawab beberapa soalan mengenai bagaimana Ibra memutuskan untuk tinggalkan Mikha sendiri etc. Scene yang paling memuaskan semestinya apabila Mikha dapat tahu apa yang Ben dah buat selama ni. Fuhhh!!

Juga, plot dystopian ini lebih kurang seperti cerita yang lihat baru-baru ini iaitu Billionaire’s Bunker. Sangat menarik! Tak sabar nak tahu kisah selanjutnya di buku ketiga.
30 reviews1 follower
June 25, 2023
ini memang best. saya memang suka genre macam ni. tak sangka dari buku first tu boleh jadi cerita zombie pulak. mikha ni kadang geram jugak sebab dia terlalu husnuzon dengan keadaan. biasa la kan kalau tak, tak jadi la cerita macam tu. nasib baik ada orang sekeliling yang suka overthinking. yang tak faham nye bila dengan ibra pandai pulak overthinking tak reti nak husnuzon nye. eeyy geram la. tapi overall saya suka. chemistry antara watak tu pon best. rasa macam nak hold dulu dari baca buku last tu sebab sayang nak habiskan series ni

oh last2 ben tu memang redflag dari buku first lagi. ok dah bye
4 reviews
September 2, 2023
Sesuatu yg hilang best tapi bila masuk sesuatu yg sempurna ni rasa mcm pening…penulis cuba cr kelainan tapi tak boleh nak masuklah …terperangkap dlm mall berlama2 macam bosan baca …sorrylah kali ni karya penulis tak melekat di jiwa…
Profile Image for Kella79.
50 reviews2 followers
June 5, 2023
waa..hebatla..bunker mall..imaginasi penulis yang macik bole sama2 teruja bila baca..👍👍 good job Anna Lee
5 reviews1 follower
March 6, 2024
Love it how the plot twist into another genre. Something i didnt expected.
Profile Image for Ctriko.
280 reviews6 followers
November 26, 2024
bikin aku suspen dan mencabar betul kesabaranku nak habiskan baca buku ni tau.
34 reviews
June 13, 2023
Buku ini sgt best
Anna lee, you are gifted
Ada juga penulis melayu di Malaysia boleh menulis cerita sebegini dgn sgt baik. Tahniah anna lee
Mikha
Ibra
Ben
Mawar
Umar
Daro johari yg jahat ya amat
Layla dan ali
Masih terbayang2 lg dlm kepala scene mereka kena kejar ngn zombi
Sampai semua bnd dlm rmh ni kalau berckp, kepala sy akn membayangkan semula psl zombi
Esp pasal lapar.. huhu
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.