Jump to ratings and reviews
Rate this book

Trilogi Sesuatu Yang... #3

Sesuatu yang Sempurna

Rate this book
Blurb:-

Kita perlu bertahan!

Mereka belum selamat. Cabaran hebat sedang menanti. Namun demi meneruskan hidup dan bertemu insan tersayang, sesukar mana pun ujian mereka akan bertahan!

Ibra tiada pilihan, dia terperangkap dalam perjanjian yang menyebabkan dia terpaksa melukakan hati si isteri. Rahsia itu biar kekal menjadi rahsia. Itulah misinya. Namun apabila wabak melanda, mungkinkah rahsia itu akan terpendam selamanya?

Jangan benci sangat. Bahaya. Nanti cinta sampai mati.- Ibra

Bagi Mikha ini mungkin kifarah. Dia reda namun dalam masa yang sama membenci suami yang dicintai bukan perkara mudah. Huru-hara hatinya ini sama seperti huru-haranya keadaan negara yang sedang diserang wabak. Apatah lagi saat dia tahu si suami merahsiakan sesuatu daripadanya.

Untuk memiliki sesuatu yang sempurna dia perlu melupakan segala kesakitan.

Namun … mampukah dia melakukan?

Benci dan dendam tidak akan menjadikan kita manusia. – Mikha

460 pages, Paperback

First published May 1, 2023

2 people are currently reading
58 people want to read

About the author

Anna Lee

30 books549 followers
Anna Lee is a published author living in Kuala Lumpur, Malaysia. Writing fiction since 2009. Before Anna Lee, she also known as Zuliana Abuas and Julia Esqa.

She holds a Bachelor's Degree in Economic (Natural Resources) from the University Malaysia Terengganu a.k.a KUSTEM. Previously, she worked in Oil & Gas Industry before she decided to be full time writer.

Her first novel Viva Sakura (2009) and then Bunga Di Rimba (2011). Korea I'm In love (2012) is her third novel under nickname Zuliana Abuas. She also published fantasy novel Puteri Karla (2011) under nickname Julia Esqa. Now she's stick with Anna Lee.

Under the name of Anna Lee she is the author of
Terukir Cinta (2013),
Mencari Mr. Charming (Dec 2013)
Aku Dia dan Pinky Promise (2014).
Mesej (2015)
Hello (2016)

She also author of many number of mini novel such as Diary Mrs Ben (Limited Edition - Yang Luar Biasa 2013) and latest mini novel Bukan Awak Tapi Dia (Limited Edition - Yang Aku Cinta).

Twitter : @annaleejue
Facebook Page :
https://www.facebook.com/pages/Anna-L...
Blog :
http://novelannalee.blogspot.com
http://www.instagram.com/annaleejue



Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
49 (62%)
4 stars
27 (34%)
3 stars
2 (2%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
July 9, 2023
Zomba..Zomba… Zombi! Haha. Bestlah! Sukanyaaaa.
Profile Image for Eyd1410.
833 reviews22 followers
June 21, 2023
Sesuatu yang hilang telah kembali dan akhirnya menjadi sempurna. Sebuah kisah perjuangan yang sangat panjang. Banyak yang saya boleh jadikan panduan. Hidup ini kita tidak tahu bila penghujungnya, jadi tidak perlu terus membenci. Apatah lagi berdendam. Apa yang kita akan dapat hanyalah sebuah penyesalan.

Untuk meneruskan hidup, Ibra, Mikha, Farid, Ben dan yang lainnya harus kuat. Mereka tidak boleh berserah dan percaya pada orang yang mereka baru kenali. Bahaya itu sentiasa ada di mana sahaja. Mereka bergerak secara berkumpulan dan ikatan mereka semakin hari semakin rapat walau kadang kala pertelagahan sesama mereka tidak dapat dielakkan. Lebih² lagi bila masing² mula rasa tertekan.

Sekali lagi. Sama sekali saya tidak terkejut dengan tindakan Dato Johari sekeluarga. Wellllll, orang politik kan. Cakap mereka tak perlu kot nak percaya membabi buta. Sembang sampai babi pun boleh terbang! Bila susah tahu pula menempel pada Ibra dan pasukannya. Tetapi bila ada yang datang menyelamat, dia hanya fikirkan diri dia dan keluarga sahaja.

Selepas keluar dari Bunker Mall, misi utama Mikha dan Ibra adalah untuk menyelamatkan emaknya dan Luth, anak mereka. Sekali lagi mereka menempuh perjalanan yang penuh dengan rintangan. Berhadapan dengan orang yang makin menggila dan lebih menakutkan bila keadaan mereka sudah bertukar menjadi zombi.

Entah kenapa. Bila Ben mengorbankan dirinya. Saya menangis. Saya tahu Ben bukanlah lelaki yang baik tetapi saya terkesan dengan tindakan yang diambil oleh Ben. Ben itu seperti mementingkan diri sendiri tetapi di saat akhirnya dia berjaya buktikan yang dia sebenarnya bukan mahu menjadi jahat. Dia pernah khilaf. Dia pernah membuat dosa. Namun saya nampak akan perubahan Ben yang cuba untuk berubah.

Saya rasa ralat juga dengan Ibra. Dia sanggup melukakan hati isterinya dengan menyembunyikan segala hal tetapi tidakkah dia tahu apa yang dia buat itu pengakhirannya tetap akan ada rasa terluka. Dia cuba untuk melindungi Mikha. Dia tak mahu Mikha bersedih dengan video itu tetapi tidak salah rasanya jika dia perlu berterus terang kenapa Andra harus ada dalam hubungan mereka.

Pengakhirannya tetap yang baik untuk semua. Yang jahat haruslah ada kifarah atas apa yang mereka lakukan. Cuma apa yang pasti cinta Ibra tidak pernah beralih arah. Dari dulu sehingga penghujung, Mikha adalah keutamaannya. Rasa² kalau Mikha memilih Ben dulu, adakah Ben juga akan ada sikap melindungi seperti Ibra?
Profile Image for hazel.
4 reviews
June 15, 2023
my whole mood reading this book was... ehh? ooo patutlah. eh sabajap? oo fahammm. eh sumpah la? eeee sweetnya. eh ni apa benda pulak dah?

emosi turun naik baca trilogi ni. kejap geram, kejap confuse, kejap sedih, kejap suka hahahah yang penting bila dah start je baca tu memang tak boleh stop! tahu tahu ja dah khatam ketiga tiga buku.

rasa macam nak buku keempat tapi just like a peace kind of book. more about mikha and ibra, please. rasa macam tak puas baca pasal mikha dengan ibra. tahu tahu end dah.
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
February 11, 2025
4.5/5 ⭐️

Benci dan dendam, tidak menjadikan kita manusia.

dengan itu, tamatlah kisah Mikha & Ibra.

Perjalanan mereka tak pernah senang selepas keluar dari Bunker Mall. ada saja halangan dan rintangan mereka terpaksa lalui. Ben, Umar dan Mawar berpisah dengan Mikha, Ibra, Andra, Farid dan Layla memandangkan destinasi berbeza.

buku ketiga ni, lebih sedih sebab adanya pengorbanan demi cinta dan rasa bersalah. tak pelik kalau rasa sedih untuk manusia yang berkorban demi cinta dan sayang, tapi peliknya apabila saya sebak sebabkan pengorbanan demi rasa bersalah itu. situasi mereka lebih kurang aje, tapi sedih betul.

saya serious rasa macam saya sedan menonton movie blockbuster semasa membaca. walaupun certain watak (read: Andra 😤) agak menjengkelkan, tapi saya cuba juga faham situasi dia, dengan keadaan dia begitu. pendapat saya, ending dia rasa a bit macam baca kesimpulan. walaupun gitu, saya rasa satisfied juga sebab semua yang bersalah dibalas.

masa baca buku kedua & awal buku ketiga, terfikir juga, ada penghujungnya ke? tapi bila tinggal 10 muka surat yang tinggal untuk dibaca, barulah nampak sinar sikit. kalau tak rasa gloomy sangat kisah ini.

Ibra dalam buku kedua, minta dicekik tapi bila dah terbongkar sebabnya, dia sangatlah menjaga Mikha ni. cara dia memang salah, tapi demi taknak aib isterinya tersebar, dia serahkan segalanya.

penghujung untuk yang berniat jahat, semuanya deserved! lovee to see that. puass!
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
April 15, 2024
SESUATU YANG SEMPURNA
My thoughts?

1. Ending yang cliffhanger dalam Sesuatu Yang Kembali terjawab dalam buku ni. Dalam buku ni menceritakan survival skills diorang kat dunia luar pulak nak hadap zombie apocalypse.

2. Buku last ni banyak betul bermain dengan emosi. Aku tak tahu berapa kali aku berjejeran air mata. 1st sekali scene video ibu Nia rakam terpaksa kurung dan ikat diri dia sendiri semata2 nak selamatkan anak dia 😭 2nd scene abang Naim dan wife dia tu 😭 sedih bhaii.

3. Stress gila sebab dapat tahu pulak yang Ibra memang kahwin dengan Andra. OMG 🤯 bengang dengan Ibra sebab dia tak buat explanation langsung kat Mikha. Memang stress gila lah baca. 2 - 3 page terakhir baru dapat tahu cerita sebenar ye 😤

4. Apapun aku dah cuak ingatkan ending dia Ibra tak survive. Dia macam jem kejap. Alamak buku ni sad ending ke 😬 nasib baik at the very end, betul- betul end tu ada sinar. Walaupun ending dia rasa rushing sikit tapi aku berpuas hati.

5. Kesimpulannya, trilogi Sesuatu ni sangatlah best. Cukup lengkap semua rasa. Penuh aksi, cemas, stress, hyperventilating, heartbreaking, kecewa, sedih, gembira semua ada. I approved ✅
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
June 2, 2023
Jalan cerita untuk bahagian terakhir ini agak draggy bagi aku sebab berkisar tentang misi Mikha, Ibra dan rakan-rakan mereka menyelamatkan diri dari zombi. Tapi banyak juga unsur saspen. Macam tonton Train to Busan + Alive tetapi versi Malaysia, begitulah. Ada saspen, ada geram, ada sweet, ada sedih.😅

Walaupun ending dia macam ada sikit aku tak puas hati tapi aku cuba menerimanya dengan hati yang terbuka.😂

Apa-apapun, aku lebih suka bahagian ke-3 ini berbanding bahagian ke-2. Tahniah untuk penulis kerana berani mencuba genre yang baharu.

Oh ya, ada beberapa typo yang dikesan. Harap diperbetulkan dalam cetakan seterusnya.😉

Keseluruhan, 3.8 ⭐️
This entire review has been hidden because of spoilers.
4 reviews
September 2, 2023
Ni pun sama saya tak blh nk continue byk skip je baca…mungkin part 1,2 genre berbeza (saya pulak rasa mcm kartun je bila baca part 2,3 ni) pendek kata sy tak suka nk baca …tak blh nk masuk part 2,3 novel ni…
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
September 1, 2023
🏹-BANDAR BERHANTU,itu pandangan sekitarnya saat Mikha, Ibra dan gengnya berjaya keluar dari Bunker Mall. Harapan minta tolong tinggal harapan. Sepi,langsung tiada orang.Di luar Bunker juga seperti di serang 'sesuatu'.Kota yang bingit kini terdiam. Tinggallah mereka sehelai sepinggang, perjuangan hidup belum tamat. Kini, misi mencari keluarga masing² masih selamat atau dah jadi korban Manusia Menggila.🧟

🏹-Mereka mencari tempat berlindung dan temui sebuah rumah sangat canggih + selamat sebelum mulakan misi cari keluarga. Tapi²...kenapa rasa macam beralih ke buku seram😱 Lagi suka cerita Menggila dari hadap Entiti. Sekarang mana aku patut takut? Entiti atau Mayat Hidup? Menarik bila terbongkar isi rumah itu. Air mata bermula saat baca warkah itu🥲

🏹-Buku lll, dituntut bertenang.Bila di luar Bunker seakan seluruh Malaysia diserang darurat! Jika ya, adakah tamadun manusia di Malaysia bakal lenyap? Apa negara lain tak membantu?Apa seluruh dunia dah musnah dek Menggila? Terus Overthink aku😬Tak relaks, kalau aku salah sorang menyaksikan depan mata keadaan Malaysia waktu tu.Aku nangis dulu🥲 Bermati-matian mereka terkejar² dari mayat hidup demi senafas nyawa, keluarga dan tempat untuk bermastautin sehingga wabak pulih.

🏹-Penjelasan satu persatu dimasak dengan 'bahan²' rungkaian bersama 'perisa' debaran saspens. Aku suka dalam geng mereka itu punyai pelbagai ragam. Dari watak yang menyenangkan kepada watak teremosi dibenci. Waktu² darurat ni bakal keluar wajah sebenar diri kita.Sama ada penting diri atau hilang namanya 'manusia' dalam diri🤯 Kata² utk buku ini, 'Manusia Gila' lebih ngeri daripada 'Manusia Menggila'.

🏹- Dalam perjuangan hidup kalah mati,ada detik terkorban dan berkorban. Bercampur rasa, watak aku tak suka diakhiri begitu,sakit hati tapi aku nangis juga bila perginya begitu.Tak @annaleejue kalau diakhir² masih ligat letak kejutan dan twist selagi boleh🤣 Penamat yang benar² dah mampu buat aku reda. SERIUS reda awal tak pernah setenang itu ikhlaskan jika itu AL mahu tapi aku kesian kat diri, tertipu😂 Terima kasih cukup 'sempurna' penamatnya jika tak pada pembaca lain. Sekurangnya pada aku dan Mikha.Ceyy.. Chef's Kiss bestnya!🤌🏻💜
Profile Image for Far.Zana25.
112 reviews1 follower
December 9, 2023
𝐑𝐞𝐯𝐢𝐞𝐰: [41/20]📚
𝐓𝐚𝐣𝐮𝐤: Sesuatu Yang Sempurna
𝐏𝐞𝐧𝐮𝐥𝐢𝐬: @annaleejue
𝐌/𝐒: 460
𝐑𝐚𝐭𝐞: ⭐⭐⭐⭐⭐ | 5 𝗦𝗢𝗟𝗜𝗗 ´・ᴗ・`

🧬 Okay jgn confuse tapi ni adalah 𝒔𝒂𝒎𝒃𝒖𝒏𝒈𝒂𝒏 dari trilogi yang ke-2: sᴇsᴜᴀᴛᴜ ʏᴀɴɢ ᴋᴇᴍʙᴀʟɪ. Bagi sneak peak sikit eh, Mikha & kwn²nya berjaya keluar daripadaBUNKER MALL ikut jalan belakang. Jalan loji semua tu. Tapi, TAPI! Perkara mengejutkan telah berlaku. Apa dah jadi dekat bandaraya Kuala Lumpur?

🧬 KL yg kini telah menjadi sebuah bandaraya sunyi seperti tiada penghuni. Kemana semua penduduk telah pergi?

🧬 Namun, apa yg mereka tuju ialah ingin pulang ke kampung masing². Sebelum itu mereka tinggal di sebuah rumah sebagai tempat perlindungan. Dari situ mereka dapat tahu info baru mengenai penyakit zombi ini. Pita rakaman yang ditinggalkan di dalam bilik rahsia di dlm rumah tersebut bersama dengan seorang budak perempuan kecil sungguh menyayat hati.

🧬 Berpindah pula ke villa Mikha & Ibra kerana disana ternyata disana, lebih selamat. Kemudian mereka bertolak juga ke kampung.

🧬 Mereka sangkakan di kampung tidaklah berkeadaan seperti ini namun sangkaan mereka semuanya salah. Mereka semuanya telah berpindah ke tempat perlindungan di kawasan masing². Mak Mikha pula telah diculik oleh seseorang. Siapa?

DAH CUKUP SPOILER🧟

🧬 Sooo amacam? Confirm korg tak sabar en nak tahu apa terjadi? Lepastu kenapa aku tak bagi tahu semua watak? Sebab aku nak korang baca sendiri. Barulah feel.

🧬 Personal Experience aku sendiri ialah.. Waktu aku baca trilogi yang last ni entahlah kenapa aku rasa meremang giler setiap kali baca part² dorang berlawan dgn zombi. Banyak part diorang berlawan dengan zombi dalam novel ketiga ni.

🧬 Part paling menyentuh hati aku ialah:-
1) Part Ben selamatkan Mawar & Umar
2) Part Ibra cakap I Love You dekat Mikha
dan akhirnya Mikha memaafkan Ibra.

🧬 Sumpah 2 part tu aku sedih giler😭 korang kene baca!! Sekian dari saya yg masih takleyh move on dari SESUATU 😭😭 psst ada tak sesuatu siri 4?😂😔

#sesuatuyangsempurna #annalee #prologmedia #far.zana25 #farzreads #bookreview2023 #sibf23 #bookstagrammer #booklover
Profile Image for Watishaari.
42 reviews2 followers
December 8, 2024
Pelengkap kepada trilogi sesuatu yang hilang
.

Kalini, mental dan fizikal Mikha, Ibra dan beberapa watak lebih teruji. Kalau sebelum ni, mereka perlu menghadapi keperitan dalam Bunker Mall, tp dalam ni mereka dah selamat keluar. Namun mereka tak sangka bahawa keadaan diluar sama saja. Tiada kelibat manusia dimana2. Rumah kereta ditinggal begitu saja. Apa sudah jadi dengan negara? Maklumat yang mereka peroleh, bahawa rakyat2 dibawa ke Pulau Perhentian setelah tersebarnya wabak tersebut
.

Misi Mikha cuma satu. Ingin pulang ke kampung dan berjumpa anak serta emaknya. Mereka berpecah. Mikha, Ibra, Farid, Andra, Layla dan anaknya ke Senawang kampung Mikha. Mawar dan Umar pulang ke kampungnya di Terengganu dan diikuti Ben yang ingin ke Pulau Perhentian. Datuk Johari serta keluarga diselamatkan oleh penyelamat. Dasar pentingkan diri. Meninggalkan mereka2 yang lain hanya kerana dia seorang menteri
.

Namun tak semuanya mudah. Pelbagai halangan dan rintangan yang mereka hadapi. Terutama serangan daripada zombi. Bertambah rumit pabila, anak serta emak Mikha diculik oleh seseorng. Kemana mereka dibawa? Atas sebab apa?
.

Atas persetujuan, mereka ke Terengganu. Dan mencari Datuk Johari. Kenapa? Kenapa Datuk Johari dipersalahkan? Haaa yang tu korang kena baca
.

Dalam ni, Ibra msih memegang teguh rahsia sebab perkahwinannya dengan Andra. Padahal dia boleh je nak bagitahu Mikha, tp dia pilih untuk diam hinggala ke penghujung cerita baru tau sebab sebenar
.

Dalam naskah ni, korang bermain dengan emosi. Apatah lagi mereka2 yang berkorban demi insan2 yang mereka sayang. Sedih. Tapi kadangkala itulah harga yang perlu kita bayar. Lagi satu korang akan berasa sakit hati dengan 'orang besar' yang hanya pentingkan diri sendiri. Sanggup mengorbankan banyak nyawa demi kepuasan hati
.

Maka lengkaplah kisah sesuatu yang hilang. Serius aku rasa macam rugi lambat menghabiskan naskah2 ni. Setahun lebih aku peram. Tapi takpe. Better late than nothing. Ecehh
.

So korang aku rekomenkan untuk baca ketiga2 trilogi sesuatu yang hilang ni. Memang tak rugi
.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,333 reviews67 followers
June 24, 2023
[BOOK 75]

Trilogi III: Sesuatu Yang Sempurna by Anna Lee.
.

Baiklah. Penutup yang memuaskan hati semua pihak. Walaupun aku rasa sedikit terkilan. Rasa macam takde proper closure untuk Ibra dan Mikha berkenaan video tersebut, video yang memisahkan mereka berdua.
.

Apabila mereka semua berjaya keluar daripada Bunker Mall tersebut, mereka mendapati dunia luar yang sunyi sepi. Ramai manusia yang sudah menjadi zombi. Yang mana masih terselamat, mereka bersembunyi di pulau.
.

Dan sekarang ialah misi mereka untuk kembali kepada keluarga masing-masing.
.

Mereka tetap teguh biarpun dikhianati oleh Datuk Johari ahli politik yang tidak berguna itu, zombi yang penuh di sepanjang perjalanan mereka. Dan watak Ben yang berkorban untuk mereka. Scene ni, aku dah terbayangkan drama dah. hahaha
.

Overall, aku suka trilogi ini. Dah boleh agak punca apokalips ini terjadi. Suka bila happy ending je semuanya. Suka bila Johari tu terima balasannya. Cuma tu la, rasa macam nak lagi. Tapi versi yang manis je la. Tak nak dah rasa adrenaline rush sebegini. Yang terpaling suka ialah kisah Farid dan Laila. hahhaa. Entah kenapa, rasa watak Farid ni lagi handsome daripada Ibra.
Profile Image for Natasha Irina.
30 reviews1 follower
June 16, 2023
Mcm tengok movie bertajuk Sesuatu Yang.... yang non-stop selama 6 hari (Sbb aku start dari SYH 😂) !
SYS ni buat aku teringat Train to Busan (bila org tersayang infected with virus & kau pun dengan rela hati pergi kat dia sbb xnk dia menyerang org lain 😢 & Ben dan Ibra yg sacrifice diri sbb xnk Mikha infected juga. Tapi Ben, itu balasan utk apa kau dah buat kat Mikha. Kalau nak taw siapa yg selamat tolong grab DUA2 novel ini 😉

Aku terfikir sape inspired watak mana Datuk Jo & family dia 🤫 Yang membaca , kita fikir benda yg sama kan? keyword: 1st lady wannabe. But i know ia kebetulan je. And both juga sgt layak dimakan zombies hasil perancangan sendiri. Diorg jgk ingatkan aku kat pakcik TTB & pakcik Happiness. Sadis 🤬

Imagination aku kali ni selari dgn apa yg ditulis (which is why I couldn't put away these 2 + plus apocalypse genre in Malay books is quite rare)🤯

Overall: Kalau SYH buat aku rasa mcm roller-coaster ride, SYK & SYS boleh buat aku jump terus masuk dlm buku & ada kat situ tengah fight dengan Zombies & Menggila.
Profile Image for anonymous_.
23 reviews
September 7, 2023
Haih, penat jugak baca buku ni, rasa macam diri sendiri yang duk berlari lari nak menyelamatkan diri 😭.

Taktau lah dah berapa kali cakap, tapi saya ni respect betul la dengan kak Anna Lee. First time baca trilogi buku bahasa Melayu yang sangat sangat sangat menarik .

Daripada Sesuatu yang Hilang, Sesuatu yang Kemvali dan Sesuatu yang Sempurna, saya tak ada perkara langsung untuk di complain. Hampir jugak depress baca buku ni tapi nasib baik habiskan jugak, at least dapat lah endibg yang saya nak.

Apa apa pun, kak Anna Lee memang mahir betul bab susun storyline, PERFECT !!
Profile Image for Kella79.
50 reviews2 followers
June 5, 2023
gara2 nak tau pengakhiran cerita mikha,ibra and the geng..macik baca novel ni non stop sehingga muka surat terakhir..Berdebar2 sebenarnya untuk naskah trilogi terakhir ni..Thank u Ben for your sacrifice..walaupun apa yang dia buat dengan Mikha tu sebenarnya..mm..macik pun tak tau nak cakap apa..Terima kasih penulis Anna Lee..membuatkan cuti2 macik terisi dengan novel2 hebat ni..deebak 👏🏽👏🏽👏🏽
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
January 10, 2025
Haihh, sakit dada aku membaca. Tahniah @annaleewrites tak sangka awak berjaya menulis genre mcm ni. Plot twist yg aku x sangka begitu yer.

Tapi mak sedih bila part Ben tu. Walaupun awal tu sakit hati. Cara nk matikan watak Ben tu sgt lahhhhhhhh..haihhh..

Semua persolan dirungkai satu satu tanpa tertinggal. Nice giler! Cerita laju. Ko takkan berhenti membaca yer.

Suka suka suka!!
Profile Image for yinroseate 𐙚 .
36 reviews
October 3, 2025
Penutup yang sangat memuaskan bagi trilogi ini!! 🥹🥹beremosi saya baca sampai ke penghujung 😭best sangat sangat!! Terima kasih sebab bagi Ibra hidup lagi HAHAHA 🤣💓banyak momen momen terharu bila baca buku ni. Tak dapat nak bayangkan kalau betul terjadi dekat dunia nyata. Sanggupkah kita berkorban demi yang tersayang? 🥺
5 reviews1 follower
March 6, 2024
Hehe. Completed.. so many obtacle tertgal buku kat kampung lah, buku tak cukup muka surat lah. Thanks to the publisher sending me a new copy. Glad that i finally finish all three! Endingnya happy ending..hehe laju je part akhir tu nak cepat2 publish ya..thank you writer..
Profile Image for Ctriko.
280 reviews6 followers
November 29, 2024
Apa yang aku boleh tulis di sini, sambungan kisah Trilogi Sesuatu Yang Hilang - Bahagian III kali ni memang suspen buat aku rasa lebih berdebar, ada aksi-aksi yang lebih mencabar imaginasi dan tahap kesabaranku nak tahu kesudahan kisah Mikha.

Profile Image for Alkiinos.
15 reviews
March 4, 2024
Penat berdebar dan stress baca 😭😭 baca fiksyen nak melepaskan lelah menghadapi realiti tapi jadi makin lelah pulak 😭 hahahahah
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
October 3, 2024
𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯!

Sudah bebas dan selamat ke mereka? Tidak. Tapi disinilah bermula cabaran yang lagi banyak buat mereka. Ditambah pula dengan Ibra yang tersepit dengan perjanjiannya membuatkan dia terpaksa melukakan hati si isteri. Tapi dengan keadaan wabak semakin berleluasa, mampu ke rahsia kekal menjadi rahsia? Berjaya ke Mikha gali rahsia dari Ibra? Apa akan jadi dengan dunia?

ੈ✩‧₊˚ೃ⁀➷⋆·ੈ✩‧₊˚ೃ⁀➷⋆·ੈ✩‧₊˚ೃ⁀➷⋆·ੈ✩‧₊˚ೃ⁀➷⋆·ੈ✩‧₊˚ೃ⁀➷⋆·ੈ✩

Tamat triology Sesuatu Yang Hilang dari Ad. My feelings? Semua rasa, Ad rasa sepanjang baca buku ni. Kagum sangat dengan cara cerita ni tersusun 😵 Memang puas baca. Puas untuk segala persoalan. Ending dia ditamat dengan sempurna. Sesuai dengan tajuk.

Once you read this, trust me korang takkan mampu stop baca. Plot twist dia. Terkelu dan terkentut Ad.. scene dikejar, Ad rasa dikejar sekali. Nasib tak lari betul je. Mana part suspen, Ad debar juga, mana part kelakar, Ad gelak beria & mana part sedih, Ad sedih sekali 🥺 part sedih, eh Ad menangis tau. Also each of the characters memang play watak penting dalam ni.

Ibra Idrus? Akak memang saja nak buat feelings Ad macam traffic light tau. Kejap merah > kejap hijau. Nak geram, tapi sweet, nak benci, tapi sayang. Bila tau sebenarnya.. Ad sebak 😭

Tak nyesal baca triology ni within 4 days. Worth my time. Boleh tidur lena sebab takde yang tertanya dah. Legaa. Happy reading 🌷
Displaying 1 - 25 of 25 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.