Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hikayat Si Kembar #2

Hikayat Si Kembar 2: Ramalan Jagat Raya

Rate this book
Rahsia Ram yang selama ini menyelinap di dalam kelam telah terbongkar. Dengan kehadiran Nyang Putih, ia lebih menyulitkan Ram untuk mengecapi apa yang ingin dihajati. Namun, disangka panas hingga ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari.

Apakah itu Ramalan Jagat Raya?

Apa kaitan dengan Ahmad dan Muhammad hinggakan timbul siluman-siluman kegelapan yang mengaku sebagai dewa dan dewi, tampil untuk menggagalkan mereka?

Kesinambungan kali ini akan dipenuhi dengan liku-liku yang jauh lebih membinasa. Dapatkan Ahmad, Muhammad dan Zaleha meneruskan perjalanan mereka?

464 pages, Paperback

First published February 1, 2021

9 people are currently reading
60 people want to read

About the author

Mohd. Faizullizam

8 books20 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (83%)
4 stars
5 (11%)
3 stars
1 (2%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
467 reviews42 followers
May 19, 2024
Zaleha yang diculik oleh Tok Bakawali ternyata bakal membawa satu perubahan untuk Tok Bakawali sendiri. Pengembaraan Ahmad dan Muhammad diteruskan lagi bagi menyelamatkan adik mereka. Rahsia Ram yang terbongkar menguak banyak lagi rahsia. Kehadiran Tok Nyang menambahkan lagi rencah dalam perjalanan mereka.

SH menantikan apakah rahsia yang tersimpan di sebalik Firdaus. Namun ternyata belum dapat dibongkar di dalam naskah ini. Tak sabar nak tahu apa kaitan Firdaus dengan 3 beradik.

Geram betul SH tengok perangai si Zaleha. Bukan geram marah tapi geram geram. Geram dengan perangai dan tingkah lakunya yang banyak mengundang tawa. Comel betul rasanya dia. Hatinya sungguh bersih dan suci. Tiada sebarang prasangka meskipun buat Tok Bakawali yang menculiknya.

Perbezaan antara Ahmad dan Muhammad semakin ketara kelihatan. Masing-masing punya kekuatan sendiri tapi tetap saling menyokong antara satu sama lain.

SH juga suka watak harimau datuk dalam naskah ini. Semuanya punya persamaan yang ketara dari segi sikap. Konon nampak tenang tetapi kegarangan mereka tetap terserlah. Nyang Putih tu betul-betul nampak macam orang tua yang kuat membebel. Tetapi tetap kalah dengan Zaleha. SH suka sangat babak yang Nyang Putih pon terdiam tak berkutik angkara Zaleha.

Naskah kedua ini lebih padat dengan aksi-aksi yang menarik. Pergaduhan, pertarungan yang diceritakan cukup padat dan puas hati. Rasa macam turut sama bertumbuk dengan musuh.

Masih banyak lagi rahsia dan pertanyaan yang muncul meski sudah menamatkan pembacaan. Ini membuatkan SH tak sabar untuk sambung membaca naskah yang seterusnya.
60 reviews1 follower
June 13, 2025
Hikayat Si Kembar2 - Mohd Faizullizam
📚 Rating : 4.8/5 🌟(my opinion)

Ingatkan Geruh je meninggal. Ala ade lagi yg menyusul…

Buku ni for me agak panjang perjalanan dia. Lepas satu2 Si kembar, adik dan penjaga2 dia hadap. Satu2 jin kafir muncul nak musnahkan hidup tiga beradik ni.

Fight scene memang banyak. Mcm2 nama jenis pukul keluar. But never mind kalau tak ingat pun. Buku ni rasanya sesuai jadi komik pun ye, sebb author describe scene tu agak detail, kadang tu tak boleh nk catch up.

Tak sangka buku ni ada scene sedih huhu.. btw pengembaraan dia tak habis lagi…

Firdauss??? Ni another topic.. firdaus ni pun menarik jugak nih. Dh ade kelebihan ‘Lam Makrifat’.. sudahnye esok lusa ni ade yg tercheck out Tok Alang plak.
Profile Image for Marni Arshad.
77 reviews1 follower
October 19, 2023
"Dua kiambang bertaut. Akar menyulur wilayah."

🔸🔸🔸

Si genit, Zaleha yg diculik oleh Ram & Tok Bakawali menjadi semakin rapat dgn Tok Bakawali. Malah, kasih sayang yg ditunjukkan Zaleha menyentuh hati Tok Bakawali. Tok Bakawali yg mula mengesyaki Ram, mengajar Zaleha dgn ilmunya. Tak disangka, budak sekecil Zaleha mempunyai kekuatan luar biasa.

Siapa sebenarnya Ram, yg menjadi dalang di sebalik pembunuhan yg dilakukan oleh Tok Bakawali ke atas seluruh keturunan Raja Alam Siguntang?

Rahsia Ram terbongkar jua, namun dgn kehadiran Nyang Putih, ia lebih menyulitkan Ram untuk mengecapi apa yg dihajati. Tetapi dapat juga dicuri Citra Sari, intipati yg mampu menghidupkannya semula.

Timbul pula siluman-siluman kegelapan yg mengaku diri mereka sebagai dewa & dewi, tampil untuk menggagalkan si kembar Ahmad & Muhammad. Tujuan si konon dewa & dewi itu untuk menterbalikkan Ramalan Jagat Raya.

Gabungan si kembar dgn Raja Nong Utara menguatkan lagi perjuangan mereka. Watak Maulana Ishak juga turut membantu si kembar di dlm rahsia.

Yg masih menjadi persoalan, apakah kaitan Boboy@Firdaus dgn si kembar. Belum lagi terungkai jawapannya di dlm buku kedua ini.

🔸🔸🔸

Nyata sekali, kesinambungan kali ini juga penuh dgn aksi-aksi pertempuran yg dahsyat selari dgn liku-liku yg lebih mencabar yg harus dilalui oleh si kembar & kumpulannya. Perkembangan watak dalam buku kedua ini juga membuatkan pembaca lebih faham & mengenali watak tersebut.

Jelas, sangat sukar utk tinggalkan bacaan ini. Tak senang duduk dibuatnya selagi belum selesai ceritanya.

Jumpa di ulasan buku ke 3 pula 🤓

4.8⭐
Profile Image for Elle Houri.
79 reviews1 follower
February 18, 2024
Masterpiece. Macam mana penulis boleh terfikir cerita macam ni eh? Seronok baca. Pertanyaan demi pertanyaan, kaitan demi kaitan. Seronok baca.

Boleh dikatakan buku ni seperti Harry Potter versi melayu. Tak da kaitan dengan Harry Potter sebenarnya tapi keterujaan untuk tahu apa terjadi selepas tu membuatkan saya teringatkan siri HP.

Kisah adik beradik kembar dan seorang adik perempuan mereka yang diuji kehilangan ibu bapa dalam usia yang masih muda. Kemudian di jaga oleh dua ekor harimau jadian yang menurunkan ilmu kepada mereka. Sedang si adik perempuan diculik oleh pembunuh ibu bapa mereka sendiri, Tok Bakawali.

Pengembaraan kali ini adalah mengenai Ramalan Jagat Raya, mengapa mereka menjadi sasaran dan siapakan Ram yang menjadi punca semua ini berlaku? Siapa di sebalik Ram?

Siapa pula Firdaus? Apa kaitannya dengan semua ini?

Ok! Ready for book 3. Btw, saya dah ada buku Hikayat Panglima Hitam + Totebag 😉🤭
5 reviews
March 6, 2024
Sama seperti buku pertama, Hikayat Si Kembar 2 ini padat dengan aksi dan pergerakan cerita yang laju, bersesuaian dengan genre aksi. Setiap babak bertarung diceritakan dengan terperinci sehingga saya boleh membayangkan dengan jelas.

Namun, seperti buku pertama juga, Hikayat Si Kembar 2 ini masih mempunyai masalah dalam berlebihan penggunaan sound effects, personaliti watak-watak yang tidak mendalam dan juga gaya penulisan lebih ke arah menerangkan daripada menunjuk.

Selain tu, watak kembar tu tidak seperti watak utama kerana kebanyakan yang menggerakkan cerita adalah watak sampingan seperti Guntur, Tok Bakawali dan lain-lain. Watak kembar cuma digunakan untuk babak berlawan atau membuat kata putus dalam sesuatu isu.

Jarang mereka mengutarakan pendapat sendiri dan bila ada pun, terus sahaja watak sampingan bersetuju tanpa banyak membantah. Faham la penulis cuba menunjukkan kononnya Ahmad dan Muhammad itu bijaksana tetapi setiap keputusan yang mereka ambil tu sebenarnya menunjukkan betapa naifnya mereka ni.

Strategi perang kebanyakannya Guntur dan watak sampingan lain yang fikirkan. Ahmad dan Muhammad? Mereka hanya berfungsi sebagai senjata utama tetapi gaya penulisan buku ini cuba meyakinkan saya yang si kembar ni cerdik dan terpaling hebat.

Buku ini juga penuh dengan 'white wall syndrome' atau sindrom dinding putih. Sangat jarang penulis gambarkan keadaan sekitar. Seolah-olah kesemua watak ini berada dalam bilik kosong putih kerana kurangnya gambaran tempat mereka. Mungkin itu juga punca dialog lagi banyak daripada gambaran tempat sekeliling.

Kerana penulis terlalu fokus pada babak aksi.

Itu sahajalah kritikan saya untuk Hikayat Si Kembar 2. Saya tidak mampu paksa diri untuk membaca sehingga habis lagi. Tetapi saya masih memberi tepukan kepada usaha menulis epik fantasi melayu klasik yang sangat jarang ada dalam pasaran.

Semoga penulis boleh perbaiki kelemahan dan teruskan menulis lebih banyak epik fantasi.
Profile Image for Hidayah Azmi.
34 reviews
Read
April 26, 2025
Kesinambungan kisah 3 beradik dalam menempuh ujian yang telah ditetapkan kepada mereka untuk dijalankan dan dipertanggungjawabkan kepada mereka. Didalam Hikayat Si Kembar 2 ini mereka dipertemukan dengan kebenaran tentang seseorang yang menyebabkan kemarahan ketiga-tiga beradik ini bertambah. Perjalanan mereka juga tidak mudah seperti didalam Hikayat Si Kembar 1 tetapi mereka juga dapat bertemu dengan seseorang yang lama dan dihormati di dunia jin.Selain itu, ada satu kejadian yang tidak diduga yang menyebabkan kumpulan kecik mereka bertambah baik.

Apa yang saya boleh katakan tentang buku kedua Hikayat Si Kembar ini ditulis dengan baik dimana pembangunan watak Ahmad, Muhamad dan Zaleha sangatlah baik. Saya boleh nampak daripada mereka lemah kepada kuat, dari tidak tahu cara berlawan hingga pandai berlawan, datri cara belajar ilmu semuanya sangat jelas. Cara 'describe' perlawanan juga sangat baik, cara tulis plot ke plot juga sangat baik, tidaklah terlalu janggal. Diselitkan juga perkara-perkara yang melucukan dan ia lengkap dengan jalan cerita itu. Walaupun sepanjang pembacaan saya, saya rasa Ahmad dan Muhammad sangatlah kuat tetapi penulis pandai menunjukkan sedikit kelemahan mereka dan cara penulisannya sangat baik.
Profile Image for Hamidah Effendi.
355 reviews4 followers
April 12, 2025
Ulasan Buku: Hikayat Si Kembar 2

Satu lagi perjalanan epik yang akhirnya berjaya saya tamatkan. Hikayat Si Kembar 2 bukan sekadar sambungan, tapi ledakan emosi dan rahsia yang mula terbongkar satu demi satu.

Kisah kali ini benar-benar menggoncang — tentang kebenaran yang tersembunyi, perjuangan yang tidak pernah selesai, dan pengorbanan dari mereka yang tidak punya pilihan. Beberapa watak benar-benar membuat saya rasa sebak, terutama mereka yang terperangkap dalam sistem, tanpa kuasa untuk melawan takdir...kematian tok Bakawali🤧😭😭😭dia baik wei..

Namun, di tengah kegetiran cerita, ada juga momen yang buat saya ketawa terbahak — terutama babak Zaleha memaksa semua orang makan hasil masakan dia. Sang penunggu yang gah pun tak mampu melawan! Babak tu betul-betul jadi pelepas tekanan — genius.

Penceritaan masih kuat, dunia yang dibina makin luas dan kompleks, dan saya tak sabar nak sambung buku ketiga. Ini bukan sekadar kisah fantasi — ia tentang manusia, pilihan, dan harga yang perlu dibayar untuk kebenaran.

4.5/5 bintang
#HikayatSiKembar #GoodreadsReview #BukuMalaysia #FantasyDenganJiwa
Profile Image for Salmiah Awang.
20 reviews
April 22, 2025
Ramalan jagat raya mengundang sikembar ke kutub selatan untuk mencari bantuan. Si Abang berjumpa cinta hati. Eh eh, hahaha

Ramalan jagat raya juga menjadi punca mereka diburu.

Buku kali ni lebih suspen sebenarnya. Tiga beradik ni makin hebat bertarung tapi dugaan makin kuat. Taknak jadi spoiler. Baca sendiri lah wei, best sangat untuk korang yang suka baca adegan pertarungan
Profile Image for Edi Rozaidi.
130 reviews
October 31, 2025
Sambungan dari siri 1. Memang makin bertambah persoalan dan rahsia yang diberikan. Ada sesuatu yang berlaku kepada kembar dan jalan cerita nya masuk ke perkampungan baru.


Debaran yang disajikan pun menarik. Ada yang menang, ada yang kalah. Tak sabar untuk baca yang ketiga.

Cuma, buku kedua ini nak habiskannya agak sukar, tapi bila dah mula, memang susah nak stop.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
November 14, 2025
Hikayat Si Kembar 2: Ramalan Jagat Raya oleh Mohd Faizullizam adalah kesinambungan epik yang memuaskan dan peningkatan daripada siri pertamanya. Di sini, pengembaraan Ahmad, Muhammad, dan Zaleha dibawa ke tahap yang lebih membinasakan dan bermakna. Jika siri pertama adalah tentang takdir dan kesengsaraan, buku kedua ini melangkah kepada fasa 'perjuangan sebenar', di mana rahsia 'Ram' mula terbongkar dan kehadiran Nyang Putih menambahkan lagi kerumitan. Ia bukan sekadar siri filler tetapi merupakan jilid penting yang mengembangkan dunia, memperjelas ramalan purba, dan meletakkan watak-watak utama di laluan yang lebih berbahaya. Ia adalah bacaan yang berjaya mengekalkan rentak yang pantas sambil memberikan kedalaman yang diperlukan.

Fokus utama dalam Ramalan Jagat Raya adalah pada pembongkaran misteri dan pengembangan konflik. Penulis bijak menggunakan Ramalan Jagat Raya sebagai pusat tarikan, yang bukan sahaja dikaitkan dengan si kembar tetapi juga menarik perhatian pelbagai 'siluman-siluman kegelapan' yang mendakwa diri sebagai dewa dan dewi. Ancaman yang dihadapi kini bukan hanya tertumpu pada musuh lama seperti Tok Bakawali, tetapi juga melibatkan pihak-pihak yang lebih besar dan licik. Pengembangan plot yang melibatkan dunia yang lebih luas dan taruhan yang lebih tinggi ini sangat dihargai oleh pembaca, kerana ia menunjukkan evolusi daripada kisah balas dendam peribadi kepada perjuangan yang mempengaruhi seluruh jagat.

Dari segi pembangunan watak, buku ini menawarkan kedalaman emosi dan pematangan yang signifikan. Si kembar, Ahmad dan Muhammad, bersama Zaleha, kini bukan lagi mangsa yang melarikan diri, tetapi pejuang yang belajar menguasai kuasa dan peranan mereka dalam ramalan tersebut. Walaupun aksi pertarungan kekal hebat dan digambarkan secara vivid, penulis tidak mengabaikan unsur kekeluargaan dan ikatan hati. Pembaca dapat merasakan beratnya beban yang ditanggung oleh watak-watak ini, terutamanya Ram yang bergelut dengan rahsia peribadi, menjadikannya cerita yang sarat aksi tetapi tetap menyentuh jiwa.

Namun, sebagai ulasan yang jujur, adalah perlu untuk menyentuh cabaran yang ditimbulkan oleh pengembangan dunia yang kompleks ini. Dengan pengenalan banyak unsur mitologi, watak baru, dan sub-plot yang saling berkaitan, sesetengah pembaca mungkin merasakan bahawa terdapat kepekatan maklumat yang tinggi dalam satu masa. Ini memerlukan komitmen yang lebih tinggi daripada pembaca untuk memproses setiap perincian dan pendedahan. Walaupun begitu, kekurangan ini sebenarnya menjadi bukti kekayaan dan kerumitan alam semesta epik fantasi yang sedang dibina oleh penulis, yang mana setiap kepingan teka-teki itu penting untuk klimaks yang bakal tiba.

Secara keseluruhan, Hikayat Si Kembar 2: Ramalan Jagat Raya adalah siri kedua yang berjaya dan memberikan peningkatan daripada siri pertamanya. Ia adalah bacaan yang wajib diteruskan bagi sesiapa yang menyukai gabungan aksi fantasi yang mendebarkan, plot yang penuh misteri, dan nilai kekeluargaan yang kuat, semuanya berlatarkan mitologi Melayu yang autentik. Pemberian 5 Bintang penuh oleh saya adalah pengesahan bahawa siri ini bukan sahaja konsisten tetapi semakin berani dalam skop dan kedalamannya. Buku ini berakhir dengan cliffhanger yang pasti akan membuat pembaca menunggu dengan penuh debaran untuk siri seterusnya.
Profile Image for Beelah.
312 reviews18 followers
December 24, 2025
Tak boleh nak cakap banyak, kena teruskan bacaan kitab ketiga. Berdebar2 nak tahu kesudahannya. Cerita selingan si Boboy dan atuknya pun menarik. Apa kaitannya dengan hikayat si kembar? Masih belum terjawab ni.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.