Sungguhpun berjaya menghalang kemaraan musuh di Wilayah Buana Utara. Ketewasan di wilayah selatan, telah mengangkat Ramasura menjadi penghulu besar bunian setelah wilayah selatan telah lama tidak berpemimpin. Ini bermaksud cabaran getir masih lagi menghantui Ahmad dan Muhammad.
Bidak-bidak Tri Mahadewa pasti tidak akan berputus asa di utara manakala Ramasura pasti akan bermaharajalela di selatan. Mampukah mereka berdua memenuhi Ramalan Jagat Raya? Dan mampukah mereka memenuhi takdir ke atas diri mereka dengan menumpaskan musuh yang amat berkuasa?
Bagaimana pula cabaran yang bakal dilalui oleh Firdaus setelah mewarisi Keghaiban Lam Makrifat? Apakah perkaitan dirinya di dalam Hikayat Si Kembar - Kebangkitan Cahaya Sukma. Sudah pasti ada kejutan yang tidak disangka sedang menanti anda yang setia mengikuti hikayat ini.
Walaupun Buana Utara telah terselamat daripada ancaman musuh namun wilayah selatan pula dicengkam bahaya. Setelah berjaya menewaskan penghulu di sana, Ramasura diangkat menjadi Penghulu Besar di wilayah selatan. Ahmad dan Muhammad terus menjadi buruan Kali untuk memastikan Ramalan Jagat Raya tidak menjadi kenyataan. Firdaus pula mengalami kesukaran apabila tersesat di alam yang cukup asing baginya.
Kelicikan Ahmad dan penyusunan strateginya semakin jelas kelihatan dalam naskah ini. Namun di sebalik wibawanya itu, rasa geli hati pula membaca gelagatnya bila bercinta. Tambahan pula ada adik yang kuat menyakat macam Zaleha tu.
Walaupun tidaklah dinyatakan dengan terperinci yang Si Kembar orang yang menjaga agama seperti solat dan sebagainya, namun sifat itu jelas kelihatan dalam perincian kecil di dalam cerita. Tidak perlu dinyatakan namun cukup jelas ditunjukkan.
SH cukup suka dengan pengakhiran Tok Bakawali. Walaupun sedih namun tetap ada rasa gembira dengan kesudahannya. Dulu punyalah menyampah dengan Tok Bakawali ni tapi sekarang rasa sayang sungguh dengan dia. Sesungguhnya Allahlah yang memegang hati manusia dan membolak balikkannya. Dan Tok Bakawali adalah satu contoh yang terbaik dalam naskah ini.
Dan SH suka dengan kemunculan Geruh sang harimau yang penyayang tu. Walaupun sekejap namun penuh dengan emosi. Rindu pula babak-babak dia bergaduh mulut dengan Zaleha tapi tak pernah menang.
Aksi-aksi pertempuran dan perperangan sememangnya sengit di dalam naskah ini. Cuma SH rasa agak banyak 'sound effect' di dalamnya. Rasanya kesan bunyi tu boleh dikurangkan dan diceritakan secara lain untuk mengurangkan rasa terlalu banyak. Tapi SH tetap sukakan babak-babak pertempuran di dalam naskah ini.
Dengan berakhirnya trilogi HSK ni, maka terungkai persoalan hubungan antara Boboy dan si kembar.
Mesti seronok kalau cerita ni di buat drama ala2 drama pendekar dulu2 di siaran RTM. Jalan ceritanya kemas dan teratur. Tetapi pendapat saya, nama agama lawan yang disebut dalam novel haruslah disembunyikan atau ditukar untuk mengelakkan perselisihan antara 2 agama dan menjaga sensitiviti masyarakat majmuk.
Saya perasan, ada nama watak yang berulang, iaitu nama Kiambang. Isteri kepada Suria Dharma dan isteri kepada Jejaka. Jarang2 novel ada watak berbeza tetapi sama nama. Selalunya kalau sama nama ni, mesti ada putarbelit plot.
Selitan kisah cinta ada sikit, cukup rasa. Maklumlah, kisah cinta adalah perencah tambahan cerita. Manis2 jer cerita cinta watak2 dalam ni. Tersengih2 saya. Saya suka.
"Hidup hanyalah sebuah perjalanan ke arah kemenangan yang hakiki. Maka janganlah kamu tewas pada nafsumu sendiri."
🔸🔸🔸
Sungguhpun berjaya menghalang kemaraan musuh di Wilayah Buana Utara, ketewasan di Wilayah Selatan telah mengangkat Ramasura menjadi penghulu besar bunian. Penduduk di sana tidak mempunyai pilihan selain akur dan taat pada Ramasura. Ahmad & Muhammad masih perlu menghadapi cabaran musuh untuk merebut kembali Citra Sari yang dicuri.
Terjawab sudah kata-kata Maulana Ishak ; "Dua kiambang bertaut. Akar menyulur wilayah." Telah saya agak dari mula, ianya berkaitan sebuah penyatuan atau perkahwinan. Ternyata benar. Ahmad dinikahkan dgn Bija Rasida. Penyatuan mereka ialah penyatuan galur Sang Asura yg telah terpisah lama & ia sangat dihalang oleh Tri Mahadewa & bidak-bidaknya sehingga mahu mereka membunuh Bija Rasida.
Pertempuran Ahmad & Muhammad dgn Ramasura & Seri Kali sungguh dahsyat. Begitu juga saat mereka mengahadapi Tri Mahadewa. Gandingan mereka laksana hitam & putih. Tidak sealiran namun tidak dapat dipisahkan.
Peperangan menuntut bela akan setiap kematian org² yg tersayang sekaligus menegakkan kebenaran itu berakhir dgn jayanya. Sungguh saya berasa puas.
Akhirnya, terjawab sudah persoalan tentang hubungan Firdaus dgn si kembar 😊Keghaiban Lam Makrifat yg diwarisinya menghubungkan mereka melalui keturunan Maulana Ishak.
Terima kasih sekali lagi buat penulis @joe_faizulz atas pembikinan karya hebat ini. Membaca trilogi ini ibarat menonton sebuah filem epik yg cukup rasa & mengujakan.
Akhirnya tamat juga perjuangan membaca Hikayat Si Kembar #3 — naskhah terakhir dalam trilogi penuh aksi dan misteri ini!
Kisah kali ini lebih fokus kepada persiapan perang, pertarungan klimaks, dan menjadi jambatan kepada siri seterusnya iaitu Panglima Hitam. Ramalan tentang Si Kembar akhirnya terjawab, begitu juga dengan peranan penting Citra Sari. Unsur cinta hanya selingan kerana perjuangan dan keadilan jadi tumpuan utama.
Kemunculan Firdaus memang tertanya-tanya dan bijak dirancang — buat kita tak sabar nak tahu kisahnya lepas ini! Cuma kadang-kadang rasa tergantung bila part Firdaus dipotong dan kembali ke kisah Si Kembar… tapi itulah strateginya.
Dari pinjam di perpustakaan, akhirnya beli terus kombo Panglima Hitam dan Tok Alang. Memang berbaloi!
Hikayat si kembar 3 - Mohd Faizulizam 📚 Rating : 4/5 (my opinion)
Panjang nya perjalanan tiga beradik ni nak tamatkan riwayat si Tri Mahadewa. Berapa ramai bidak2 Tri Mahadewa yg berjaya ditumpaskan sebelum bertemunya si kembar dngan Tri Mahadewa. Macam biasa nk berjaya memang memerlukan korban. Dan beberapa orang telah terkorban sebelum si kembar berjaya 🤧.
Selain perjalanan si kembar, dalam ni dah banyak keluar pasal Firdaus which that’s interesting la. Sekarang kita dah tahu apa perkaitan Firdaus dengan cerita ni. Dan di akhir ada reveal siapa panglima hitam pada Firdaus.
Cerita dia menarik cuma agak panjang nak sampai ke hujung. Banyak betul dugaan cabaran. Alhamdulillah Nyang Guntur, Nyang Putih, Tok Long Chik dan Jejaka masih hidup dlm cerita ni 🤭Tak ada mereka rasa lagi sunyi pengembaraan ni.
Khatam semua tiga novel secara back to back. Baca novel ni mengingatkan zaman baca komik Alam Perwira, Dewa-dewa Keinderaan, Dewata Raya dan banyak lagi. Kali ni versi alam Melayu.
Jalan cerita teratur, laras bahasa pun agak santai diselit dgn lawak agar tidak kaku. Paling tak boleh blah ada banyak sound effect..wahahahahaa..😂😂😂😆
Apa2 pun tahniah kerana mengangkat kisah2 sebegini. Diharap akan ada lagi novel genre sebegini dari penulis.
Hikayat Si Kembar 3: Kebangkitan Cahaya Sukma adalah kemuncak yang lama dinantikan, menyempurnakan trilogi fantasi Melayu yang luar biasa ini. Berikutan cliffhanger yang ditinggalkan di akhir siri kedua, siri ketiga ini segera melonjak ke dalam pertarungan hidup dan mati yang pasti akan menentukan nasib Ramalan Jagat Raya dan seluruh alam semesta. Walaupun berjaya di utara, kekalahan di wilayah selatan telah menaikkan Ramasura menjadi penghulu besar bunian, menandakan cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh Ahmad dan Muhammad. Buku ini adalah penamat yang padat, penuh dengan pendedahan, pengorbanan, dan klimaks aksi yang mendebarkan, menjadikannya penamat 5 Bintang yang layak.
Kelebihan utama siri ketiga ini adalah keupayaan penulis untuk menyelesaikan semua benang cerita dengan memuaskan. Semua misteri tentang asal usul si kembar, peranan Zaleha, identiti Nyang Putih, dan makna sebenar ramalan itu akhirnya terjawab. Ia adalah bukti perancangan yang teliti oleh penulis sejak buku pertama lagi. Selain itu, siri ketiga ini memperkenalkan watak-watak baru yang penting, seperti Firdaus yang mewarisi Keghaiban Lam Makrifat, dan peranannya dalam hikayat ini akhirnya terungkai, menambahkan lapisan baru kepada keseluruhan naratif tanpa mengganggu fokus utama pada si kembar.
Dalam aspek aksi, Kebangkitan Cahaya Sukma adalah pesta pertarungan epik dan magis. Memandangkan ini adalah penamat, skala konflik ditingkatkan secara mendadak. Ahmad dan Muhammad mesti memenuhi takdir mereka dengan menumpaskan musuh yang amat berkuasa, memaksa mereka menggunakan setiap kemahiran dan kuasa yang telah mereka kumpul sepanjang dua buku sebelumnya. Pembaca memuji ketegangan yang konsisten dan perincian yang diberikan dalam adegan-adegan pertempuran yang melibatkan pelbagai entiti mistik, menjadikannya satu pengalaman sinematik yang mengasyikkan. Rentak penulisan yang pantas dan gaya storytelling yang unik turut memastikan perjalanan ke penghujung ini tidak pernah membosankan.
Secara jujur, penamat mana-mana siri fantasi epik sentiasa berisiko untuk tidak memenuhi jangkaan tinggi pembaca. Namun, Kebangkitan Cahaya Sukma berjaya mengatasi risiko ini. Walaupun mungkin saya mengharapkan pengakhiran yang lebih gelap atau lebih mengejutkan, bagi saya, penulis memberikan penutup yang adil dan memuaskan kepada perjalanan watak-wataknya. Pengorbanan dan kemenangan yang diperolehi adalah hasil yang logik dari perjuangan mereka, dan mesej tentang kekeluargaan, pengorbanan, dan kebangkitan diri disampaikan dengan jelas dan penuh emosi, terutamanya tentang "Kebangkitan Cahaya Sukma" itu sendiri.
Kesimpulannya, Hikayat Si Kembar 3: Kebangkitan Cahaya Sukma adalah penutup yang menakjubkan bagi trilogi fantasi Melayu yang cemerlang. Ia mengesahkan status Mohd Faizullizam sebagai penulis yang mahir dalam mengolah mitos tempatan menjadi epik yang setanding dengan karya-karya fantasi antarabangsa. Dengan resolusi yang memuaskan, aksi yang luar biasa, dan nilai kekeluargaan yang sentiasa menjadi teras cerita, buku ini adalah penamat yang sempurna. Rating 5 Bintang penuh adalah pengesahan bahawa siri ini telah memenuhi janji yang dibuat sejak buku pertama. Saya amat mengesyorkannya kepada semua peminat siri ini, dan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyelami dunia fantasi yang kaya dengan warisan Nusantara.