Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bagaimana Menyentuh Hati

Rate this book
Perhatikan tongkat sinyal di stasiun kereta api. Dengan menggerakkannya sedikit, rel akan bergeser, dan perjalanan kereta api pun berubah arah. Demikian halnya dengan hati. Gerak hati akan menentukan arah kehidupan seseorang. Ia demikian menentukan. “Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, bila ia buruk maka buruklah seluruh tubuh,” demikian sabda Rasulullah Saw. mengenai hati. Dakwah sesungguhnya berorientasi mengubah arah kehidupan umat manusia; dari kebatilan menuju kebenaran, dari kegelapan menuju cahaya, dari keran-cuan menuju kejelasan. Semua itu bermula dari hati. Keberhasilan dan kegagalan dakwah semata-mata tergantung dari bagaimana seorang dai menyentuh hati objek dakwahnya. Dalam Buku ini, Syaikh Abbas As-Siisiy, seorang dai yang berpengalaman, memberikan berbagai uraian tentang dakwah secara unik. Yakni dengan mengang-kat berbagai kisah, mulai dari kisah para sahabat ber-sama Rasulullah Saw. hingga kisah pengalamannya dalam berinteraksi dengan medan dakwah, baik yang dialami sendiri maupun yang disaksikannya.
Dari kisah-kisah nyata itulah beliau mengambil beberapa hikmah dan pelajaran yang sangat berman-faat bagi kita semua, para penyeru dakwah Islam.

280 pages, Paperback

First published January 1, 2007

41 people are currently reading
342 people want to read

About the author

Abbas Al-Siisiy

3 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
183 (49%)
4 stars
117 (31%)
3 stars
57 (15%)
2 stars
10 (2%)
1 star
5 (1%)
Displaying 1 - 30 of 38 reviews
Profile Image for Welma La'anda.
76 reviews20 followers
July 27, 2010
Sesiapa yang pernah membaca buku Bila Allah Menduga Kita karya Syed Alwi Alatas pasti akan perasan penulis ada menulis tentang Abbas As-Siisiy. Ceritanya, Abbas As-Siisiy pada ketika itu ditanya oleh Hassan Al Banna kenapa beliau tidak berminat memasuki pasukan ketenteraan. Abbas As-Siisiy menjawab, kerana matanya rosak dan ini menyumbang kepada kegagalan ketika ujian menembak nanti. Hassan Al-Banna menjawab, bertawakallah kepada Allah. Abbas As-Siisiy membidas cadangan itu dengan mengatakan, bagaimana dia boleh bertawakal sedangkan dia tahu masalahnya itu. Lalu Hassan Al-Banna pun berkata, "Justeru itu, bertawakallah pada Allah. Kalau matamu sihat, mungkin kamu akan bertawakal pada matamu" (halaman 70 Bila Allah Menduga Kita).

Sekejap. Sedang menulis, tiba-tiba sangat mengantuk. Bersambung nanti.

Ngee. Sekarang 28 Julai. Bersambung semula.

Selingan sahaja. Saya tertarik untuk mengingati kisah di atas. Abbas As-Siisiy merupakan salah seorang anggota Ikhwanul Muslimin di Mesir, seangkatan dengan Hassan Al-Banna. Beliau memang cukup terkenal dengan peribadi yang penuh dengan cinta dan sering tersenyum. Kata-kata dan akhlaknya mempamerkan mesej cinta dan ukhuwwah. Buku ini juga berkisar tentang cinta dan pentingnya elemen kasih sayang dan ukhwwah kepada orang yang kita mahu dakwah.

Daie (baca : pendakwah) menurut penulis diibaratkan sebagai seorang doktor. Dia perlu memberi ubat yang sesuai dengan pesakitnya. Justeru itu, ubat yang diberi bukanlah ubat yang sama kerana setiap orang mempunyai penyakit yang berbeza. Begitulah dengan daie. Daie perlu "diagnose" dalam erti kata lain memahami cara fikir orang yang mahu didakwah (baca:mad'u). Ini menjadi modal kepadanya untuk memilih bentuk kaedah dakwah terhadap mad'u nya itu.

Kita belajar dari sebuah kisah yang pada suatu hari Abu Bakar datang menjumpai Rasulullah saw. Pada ketika itu baginda sedang baring dan baginda pun masih dalam keadan baring sambil berurusan dengan Abu Bakar. Selesai urusan itu, Umar pula datang. Rasulullah saw pun masih dalam keadaan baring sambil berbincang dengan Umar. Kemudian Umar pun pulang setelah urusannya selesai. Datang pula Uthman. Pada kali ini, Rasulullah cepat-cepat bangun. Aisyah hairan. Setelah Uthman pulang, Aisyah pun bertanya kenapa ketika Abu Bakar dan Umar datang, Rasulullah saw boleh berbincang sambil baring tetapi apabila Uthman datang, baginda segera bangkit pula. Rasulullah saw pun menjawab, sebab Uthman itu pemalu. Baginda risau, jikalau baginda masih dalam keadaan baring, Uthman tidak jadi menyatakan urusannya. (kurang ingat halaman berapa).

Mesejnya, dakwah bukan medan perjuangan yang bersifat individual. Ia melibatkan pelbagaigolongan, pemikiran dan peribadi. Kepelbagaian ini tidak pula boleh dilihat dari sudut kekurangan tetapi anggap ia sebagai rahmat. Justeru itu, seorang daie perlu belajar memahami orang di sekelilingnya agar dia boleh berinteraksi dengan cara paling terbaik dan paling menyentuh agar mesej-mesej Illahi tercapai dengan berkesan.

Kita juga belajar dari kisah Rasulullah saw di Thaif bagaimana baginda berbicara dengan seorang lelaki yang memberinya anggur sesuai dengan pola fikir lelaki itu. Kita tahu pada ketika itu penduduk Thaif tidak menerima seruan baginda. Ini membawa baginda bersembunyi di sebuah kebun anggur. Kemudian datang seorang lelaki memberikan anggur. Lalu Rasulullah saw mengambilnya dan menyebut Bismillahirrahmannirarahim. Lelaki itu terkejut, "Ini bukan ucapan orang di negeri ini". Lalu Rasulullah saw bertanya, "Kamu berasal dari mana dan apa agamamu? Lelaki itu menjawab, "Saya beragama Nasrani dan dari Ninawai". Rasulllah saw pun berkata, "Apakah dari negeri Yunus bin Matta, hamba Allah yang soleh itu?" Lelaki itu sekali lagi terkejut, "Apa yang kamu tahu tentang Yunus bin Matta?" Rasulllah saw menjawab, "Dia adalah seorang nabi dan saya juga seorang nabi". Kemudian lelaki itu memeluk Rasulullah saw. (kisah dipetik dan diubahsuai sedikit sahaja dari halaman 45)

Ada beberapa pengajaran yang penulis senaraikan. 1) Kalimat Bismillahirahmanirrahim yang disebut. Mesej di sini, kita perlu menonjolkan yang kita ini Islam. Dengan itu kita akan saling kenal mengenal. Jikalau Rasulllah saw tidak menyebut kalimat itu, lelaki yang memberi anggur tadi tidak akan tahu yang mereka rupanya sama-sama Islam. 2) Bertanya dari mana dan agama apa. Mesej ini membawa maksud Rasulullah saw cuba mengenali dan seterusnya memahami cara fikir lelaki itu. Ia adalah langkah pertama untuk memulai sesuatu perbualan dan mewujudkan perbualan yang lain. Rasulullah saw boleh saja menjawab secara langsung pertanyaan lelaki itu, "Oh, ini ucapan orang Islam. Aku seorang nabi. Aku diutus menyampaikan risalah Islam kepada penduduk Thaif tetapi mereka menolakku." Tetapi baginda tidak menyatakan itu malah berkenal-kenalan pula. Bukan mudah berkenal-kenalan dalam masa yang sama anda masih lagi kesakitan dilempar batu. 3) Menyebutkan keutamaan dan kelebihan Ninawai dan Nabi Yunus iaitu tempat asal dan ikon tempat itu. Ini bertujuan untuk menarik hati lelaki itu. Siapa yang tidak tertarik jikalau sesuatu yang berkaitan dengannya dipuji. 4) Akhir sekali baru Rasulullah saw memberitahu, "..dan saya juga seorang nabi". Itu pun setelah menyebut terlebih dahulu " Dia (merujuk kepada Nabi Yunus) adalah seorang nabi".

Mesejnya, seorang daie perlu belajar merendah diri. Dakwah bukan medan menunjuk-nunjuk kelebihan atau kehebatan diri. Dakwah ialah sebuah proses membimbing dan menyatukan hati-hati kembali kepada Allah.

Ingat kisah bagaimana seorang badwi kencing di masjid. Para sahabat marah tetapi apa kata Rasulullah saw, " Biarkanlah..dan siramlah bekas air seninya dengan satu ember atau satu gayung air. Kalian disuruh untuk mempermudah dan bukan untuk mempersulit (HR Bukhari).

Rasulullah saw sentiasa mengajar kita bagaimana seorang daie harus memperhatikan celah-celah kebaikan yang ada pada orang lain. Dari situ daie berusaha memupuk kebaikan itu sehingga orang itu sedar keburukannya dan merubahnya. Justeru itu menurut penulis, inilah sikap yang perlu kita ambil apabila berhadapan dengan seorang pemuda yang memakai rantai dan memasuki masjid sebagai contoh. Jangan diserang pemuda itu hanya kerana rantainya tetapi hargailah dia kerana bukan senang seorang pemuda seperti itu mahu datang ke masjid. Dekati dan bimbinglah tahap demi tahap. Inilah daie. Dia ialah manusia yang mengajak kepada seruan yang baik, ajakan yang menggembirakan dan dengan dialog yang berhikmah. Manusia dilihat sebagai aset bukan penimbul masalah.

Begitulah buku Bagaimana Menyentuh Hati karya Abbas As-Siisiy ini. Dakwah ditonjolkan sebagai sebuah proses mengajak manusia kepada Tuhan. Tidak logik menurut penulis jikalau kita mengajak orang lain tanpa ada rasa kasih sayang, cinta dan ukhwwah. Ini kerana cinta, kasih sayang dan ukhuwwah merupakan bahasa internasional yang digunakan para daie untuk menyentuh hati-hati manusia. Memetik kata-kata penulis, "Islam tidak menutup cinta dan kasih sayang, tetapi membersihkannya dari tradisi jahiliah agar menjadi taman yang indah iaitu cinta kerana Allah".

Wallahu alam
Profile Image for New2n.
71 reviews27 followers
July 16, 2007
Perhatikan tongkat sinyal di stasiun kereta api. Dengan menggerakkannya sedikit, rel akan bergeser, dan perjalanan kereta api pun berubah arah. Demikian halnya dengan hati. Gerak hati akan menentukan arah kehidupan seseorang. Ia demikian menentukan. “Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, bila ia buruk maka buruklah seluruh tubuh,” demikian sabda Rasulullah Saw. mengenai hati. Dakwah sesungguhnya berorientasi mengubah arah kehidupan umat manusia; dari kebatilan menuju kebenaran, dari kegelapan menuju cahaya, dari keran-cuan menuju kejelasan. Semua itu bermula dari hati. Keberhasilan dan kegagalan dakwah semata-mata tergantung dari bagaimana seorang dai menyentuh hati objek dakwahnya. Dalam Buku ini, Syaikh Abbas As-Siisiy, seorang dai yang berpengalaman, memberikan berbagai uraian tentang dakwah secara unik. Yakni dengan mengang-kat berbagai kisah, mulai dari kisah para sahabat ber-sama Rasulullah Saw. hingga kisah pengalamannya dalam berinteraksi dengan medan dakwah, baik yang dialami sendiri maupun yang disaksikannya.
Dari kisah-kisah nyata itulah beliau mengambil beberapa hikmah dan pelajaran yang sangat berman-faat bagi kita semua.
Profile Image for Muhammad Zulhilmi.
41 reviews5 followers
June 7, 2017
Buku ni menceritakan tentang pengalaman penulis bertemu dengan orang-orang luar. Sesuai untuk mereka yang tak tau macam mana nak memulakan conversation.
Profile Image for Maya Sari.
16 reviews30 followers
July 27, 2007
Buku ini dikenal sebagai buku-wajib-baca. Di dalam buku ini diceritakan bagaimana ‘hanya dengan’ menghafal nama-nama orang-orang yg akan dijumpai, Hasan al-bana dapat menyentuh hati mereka. Kemudian ‘hanya dengan’ menyapa lembut orang yang tak dikenal di dalam bis, Hasan al-bana juga dapat menyentuh hati orang tersebut. Juga ‘hanya dengan’ tidak memarahi seorang pemuda yang pergi ke mesjid dengan menggunakan kalung emasnya, hasan al-bana juga dapat menyentuh hati pemuda tersebut. Buku ini mengungkapkan, bahwa hanya dengan hal-hal ‘sepele’ yang terkadang sering terlupa, sebenarnya qt dpt menyentuh hati orang lain.. Buku ini juga menyadarkan bahwa hati hanya dapat ‘disentuh’ oleh hati.. Benar-benar-buku-yang-wajib-dibaca
Profile Image for Rahmadiyanti.
Author 15 books173 followers
July 27, 2007
Buku ini bagus banget buat nuntun kita berdakwah dengan hati. Setuhlah hati seseorang, maka setelah itu apapun yang kau bilang pasti diiyakan, simpelnya kayak gitu.
Profile Image for Hasna Diana.
78 reviews82 followers
February 6, 2008
seperti yang sering Aa Gym bilang, "Yang datangnya dari hati, maka akan sampai ke hati pula"

..dan Islam adalah agama rahmah, dengan Rasulullah yang sangat mencintai umatnya, maka umatnya pun adalah rahmat bagi semesta alam..
Profile Image for Fazlur.
22 reviews7 followers
July 28, 2007
bagaimana menyentuh hati orang lain? sentuhlah hatimu dulu...
Profile Image for Mohd Aidil Razahli.
22 reviews10 followers
October 6, 2013
Penulis membentangkan pengalaman yang amat praktikal dan dekat dengan kehidupan kita seharian.. Sungguh menyentuh hati sebagaimana tajuknya
Profile Image for Hidayah Md nasir.
2 reviews49 followers
April 25, 2015
dalam nak menarik hati menusia menngenal tuhan perlu ada approachnye.

andai hatinya berjaya ditawan membawa kpd Tuhan pasti tiada halangan.

bagaimana caranye dibincangkan dalam buku ini.
Profile Image for Faucau.
48 reviews
July 29, 2019
Secara penulisan sendiri, menurutku masih kurang. Ada beberapa kisah yg disampaikan di buku ini, kemudian tanpa dibahas hikmah atau pelajaran di dalamnya, bab tersebut pun tiba-tiba langsung berakhir. Meninggalkan tanda tanya, "Ini maksudnya apa?"

Tapi secara keilmuan, ada banyak hal yang bisa dipelajari di sini. Tiap selesai baca 1 bab, rasanya langsung ingin berbuat baik ke semua orang!

In conclusion, bukunya sangat worth untuk dibaca, terutama untuk para mentor atau calon-calon mentor ❣

(Tips: tulis intisari per bab nya setiap selesai dibaca, karena banyaaak banget bab nya dan aku pribadi, sebagai org pelupa, setiap loncat bab selanjutnya selalu lupa yg sebelumnya. Sayang kan jadinyaa :( jd kusarankan banget tulis rangkuman yaa people!)
Profile Image for Syed Zulfaqar.
13 reviews3 followers
May 30, 2013
Buku ini bagi saya sebuah pengisian yang segar. Ditulis buat dibaca oleh hati. Syeikh memulakan dengan mengatakan di bahagian awalnya, tatkala kita mahu memikat hati manusia kepada Islam ketahuilah bahawa kita adalah daie bukan ulama' atau fuqaha'. Bertitik tolak dari sini, diisytiharkan hakikatnya kita semua adalah daie, kerja dakwah ini bukan milik eksklusif ustaz2 dan ulama'. Banyak bab, yang menyentuh hati dan punyai penghuraian yang mantap, tetapi yang terhebat bagi saya adalah komentar beliau tentang aura 'berpandangan mata' dengan akh yang lain. Ingin tahu kenapa? Jemput telusuri pengalaman beliau. Kata orang, membaca/pelajari pengalaman orang seakan memberikan kita banyak kehidupan atau hidup banyak kali!
Profile Image for Fakir Muhammad.
1 review
October 30, 2011
Good tips/stories on how you can close your relationship with other people or to inspire others. Most people who read this book probably read because they think they can use the tips to approach new people to join their group, but the tips can be use to narrow your gap between you and your enemies and your love one. :)
Profile Image for Basmin  Maarof.
15 reviews
January 3, 2009
Syaikh Abbas AS-Sissiy, seorang dai yang berpengalaman memberikan tunjuk ajar bagaimana menyebar luaskan kebaikkan dengan cara yang unik, kreatif, bersahaja dan menarik hati.

Hanya Hati saja yang dapat menyentuh Hati yang lain...
Profile Image for Wei Si.
16 reviews
June 7, 2015
Entah kapan dibacany..lama banget.Sederhana..indah..mngalir.Khas gaya penulisan seseorang yg sdh melaksanakan kmudian baru mnuliskan ... kaya hikmah.. kadang ketawa sndiri saking merasa mmg sy sgt dungu dibanding teladan yg dicontohkan
Profile Image for Muhammad Fahmi Ahmad.
12 reviews
October 25, 2015
Buku ini mengisahkan tentang metode-metode dakwah orang terdahulu. Untuk menjadi daie yang berkesan harus belajar daripada orang yang hidupnya penuh dengan dakwah dan tarbiyah dan telah terlebih dahulu membuktikan keberkesanannya dalam arena dakwah.
Profile Image for Aimme.
58 reviews18 followers
July 21, 2007
Da'wah means changing heart. So the proccess is a heart-to-heart communication.
Profile Image for Ummu.
27 reviews
July 22, 2007
Its good book i ever read..when u want to learn more how to explain ur privat from religion..but with kharismatik..of course...hmm good for to read
Profile Image for Hari.
29 reviews6 followers
July 25, 2007
Thats a lot of thing we can learn about how to introduce Da'wah. So, before you want to do it (Da'
wah), you must know about the method of it first. Just read it now...!
Profile Image for Belinda doni.
19 reviews10 followers
July 27, 2007
the way to treat your and other men hearts to receive the truth and goodness. bravo!!!
Profile Image for Ahmad.
63 reviews1 follower
August 15, 2007
dah lupa lagi isinya, ato emang kagak nangkep isinya ya? ntar baca lagi dah
Profile Image for Ant.
4 reviews
Read
September 15, 2007
buku komunkasi dengan semua orang....
berkomunikasi melalu hati... akan membawa dampak ke hati pula...
kesempatan, dimanapun berada.. harus di manfaatkan sebaik2nya.
Profile Image for Ahmad.
Author 8 books37 followers
November 4, 2007
Dirangkai dalam kisah-kisah yang menarik, buku ini enak dibaca. Dan Anda akan segera tertarik untuk mencoba beragam cara untuk menyentuh hati orang lain!
Profile Image for Ryan.
176 reviews10 followers
April 22, 2008
3 pelajaran : Senyum, ingat nama, perhatikan hal-hal detail.
3 reviews1 follower
December 31, 2009
Mengajarkan kita berkomunikasi lewat hati..

Ingin sukses dalam berdakwah??? ini salah satu referensi yang baik.
Wajib baca..!!!
1 review
June 20, 2011
Dakwah kita adalah dakwah yang penuh dengan kasih sayang. Dan kasih sayang itu pula lahir dari hati. Jom sentuh hati dengan kasih sayang :)
Profile Image for Sirin Zahra.
6 reviews
Read
February 8, 2016
Recommended for you to read this book. By this book, Abbas As Sisi teach us how to communicating each other, specially mad'u, and how to negotiating with other.
Displaying 1 - 30 of 38 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.