“Kalau aku jadi penulis, tak ke mana. Aku tak boleh sumbang apa-apa.”
Akibat kekecewaan, Iskandar terus melupakan impiannya untuk menulis, hanya menumpukan perhatiannya terhadap pengajian dalam bidang seni bina. Setelah berjaya menjadi arkitek di luar negara, Iskandar mengambil keputusan besar untuk pulang ke negara kelahirannya demi kecintaan kepada tanah air.
Namun, perjalanan baru Iskandar tidak semudah yang disangka. Dia harus bermula semula dari kosong. Tidak mengaku kalah, Iskandar cuba mencari jalan. Namun, satu demi satu ujian muncul hingga terpaksa berhutang besar. Hidup Iskandar semakin tersepit.
“Ikiy .... Kalau kita asyik rasa kita mangsa keadaan, dan kalau kita asyik persoalkan kenapa semua jadi, kita akan zalimi diri kita sendiri."
Ini kisah Iskandar, mencuba berjalan semula, dan menyuburkan kembali impiannya.
Usahlah terlalu rungsingkan masa hadapan. Lakukan sahaja yang terbaik dengan apa yang ada di tangan. Di bawah sinaran mentari, ada tempat untuk semua orang. Ada bayang teduhan yang cukup. Ada makanan yang tidak pernahkan habis. Rezeki Tuhan tidak ada hadnya. Begitu juga dengan kejayaan yang cukup buat semua.
Hidup ini singkat. Amatlah singkat jika dibandingkan dengan akhirat yang kekal.
Sangat berbaloi membaca naskhah Penulis Jalanan kali ini. Penulisan Teme buat saya sebak sekali gus terharu. Rasa terpujuk hati dengan apa yang ditempuh selama ini. Dalam menanam azam untuk menjadi hamba Allah swt yang lebih baik dan belajar untuk memaafkan apa yang berlaku pada masa lalu.
Kalau bukan disebabkan apa yang terjadi dalam hidup kita pada masa lalu, mungkin kita tak jadi kita yang sekarang. Selalu bersyukur dan yakin dengan kasih sayang Allah swt kepada kita. Allah swt uji kita sebab sayang. ❤️
Ini, pada pandangan saya, ialah buku paling peribadi dalam Siri Jalanan. Saya yakin ia tak mudah; membiarkan kisah kita dibaca oleh ramai orang. Justeru saya berterima kasih kepada penulis kerana sudi membukukan beberapa episod hidupnya untuk manfaat orang lain.
Konflik tentang mempertahankan cara hidup Islam dan nasib graduan di negara ini terasa sangat dekat dengan saya. Seolah-olah kita tiada tempat dan kesempatan untuk merealisasikan cita-cita kita. Akhirnya kita menyalahkan diri sendiri kerana terlepas pandang banyak perkara.
Sepanjang pembacaan saya teringat kata-kata seorang sahabat, "Kau yang rasa keputusan tu tak tepat. Tapi lupa ke siapa yang izinkan things to happen? Kalau Allah izinkan benda tu terjadi, bermakna ada lah sesuatu yang Allah nak bagi."
Antara setiap pilihan kita, Tuhan sentiasa berbicara melalui takdir-Nya. Tinggal kita sahaja yang mahu jujur dengan diri sendiri atau tidak.
Bagi sesetengah orang, buku ini sekadar cerita biasa yang dilalui oleh kebanyakan orang, tiada apa-apa yang istimewa. Tapi bagi saya, ia umpama luahan seorang kenalan di kedai kopi. Saya tertawa, menangis, rasa divalidasi dan terinspirasi mendengar kisahnya.
Setiap keputusan yang kita sangka sebagai kesilapan, boleh jadi ialah gerak hati yang ditiup oleh Pencipta untuk menyimpangkan kita daripada hal yang lebih mudarat.
Menusuk kalbu betul ayat yang satu ini, sebab aku tahu benda yang paling senang meniti di mulut tetapi susah untuk dilakukan ialah sabar. Sabar dengan segala ketentuanNya, sabar dengan segala ujianNya, sabar. Siri Jalanan kali ini agak menyentuh hati aku. Ia merupakan sambungan kisah Iskandar yang kini kembali ke tanah air untuk berkhidmat kepada negara kelahirannya, tetapi ditimpa dengan pelbagai ujian dan kesusahan di tanah air sendiri berbanding dengan kerja lamanya di London.
Aku agak setuju dengan beberapa isu yang diketengahkan dalam buku ini, terutamanya isu nepotism yang masih berakar umbi dalam budaya kerja masyarakat kita. Tetapi aku juga bersetuju dengan pendapat Ahmad berkenaan dengan privilege yang ada dalam sesetengah daripada kita. Tetapi bak kata beliau juga, setiap daripada kita semua ada privilege masing-masing. Aku terpaling setuju dengan kenyataan yang ini.
Dalam buku ini, aku paling suka Bab 9 manakala Bab 22 pula memang buat aku tahan air mata je. Haha. Secara keseluruhan, buku ini best! Dan yang paling best ialah slogan berikut yang aku memang setuju sangat untuk orang marhaen macam aku ni; Hidup Wireless! 😆✊
PS: Buat saudara Teme, jangan pernah berhenti menulis ya! Fighting!
F akui F googled gak siapa penulis itu.. oh rupa²nya itu hanyalah rekaan. So ill pass. Kisah plagiat ni ada dimana².. F sendiri pernah jumpa. Just fikir baik pertembungan idea. Yang tahu jela tahu kan 😊
If uols noticed dari kecil sampai besar Ikky, Teme & Ben.. dia selalu dianiaya & kena buli. Dari sekolah rendah, masuk U dan dalam kehidupan semasa semangat berkobar² nak hasilkan buku... seriously F nak hug Ikky masa kecil. "Its okay Allah ada".
Kemunculan Ahmad ni memang F tunggu dari awal. Sebab diaorang ni kalau berjumpa berdekah² F gelak. Ada je benda yang kelakar.
Cerita pasal hidup wireless ni F akui dalam negara kita memang terjadi & sangat²lah toxic untuk kita yang betul² nak kerja goverment. Sorry to say... goverment kita memang gitu kan. If takda cable jangan haraplah kita nak dapat masuk. So berbangga la jadi wireless sebab kita hebat dari cable² tu.
✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿ Iskandar pernah melupakan impiannya untuk menulis & hanya fokus bidang seni bina. Setelah menjadi arkitek yg berjaya di London, dia memutuskan berhenti & pulang berbakti di Malaysia dalam bidang yg sama. Namun perjalanannya susah, berliku & perlu bermula dari kosong.
✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿ Kalau siri Jalanan sebelum ni cerita pasal study-life Teme di Malaysia & London, siri kalini pasal job-hunting & adulting life & I tell you — 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙗𝙤𝙤𝙠 𝙝𝙞𝙩𝙨 𝙝𝙖𝙧𝙙! ❤️🩹
💌 — 𝙋𝙧𝙞𝙫𝙞𝙡𝙚𝙜𝙚 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙚𝙯𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙚𝙯𝙖 Adat dunia wujudnya diskriminasi. Adat dunia juga untuk berpihak dengan privileged people. Hidup sebagai ‘𝙬𝙞𝙧𝙚𝙡𝙚𝙨𝙨’ (𝘳𝘦𝘢𝘥: 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘬𝘥𝘦 𝘬𝘢𝘣𝘦𝘭/𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘊𝘌𝘖) bukanlah bermakna kita lumpuh sepenuhnya. Kita selalu ‘iri hati’ denga orang lain yg ada privilege & ‘kabel’ tapi, sedar tak yang kita sendiri pun ada? Ibubapa yg sihat tu privilege, background study yg cemerlang tu privilege — up to us how do we make use of it yg penting kita USAHA! 💪🏻
💌 — 3 𝙠𝙖𝙡𝙞 𝙟𝙖𝙩𝙪𝙝, 4 𝙠𝙖𝙡𝙞 𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣 Baca kisah Teme buat kita *termenung*. Sepertinya kisah hidup dia asyik bertemu dengan *jalan mati* walau mana mana pintu dia 𝙗𝙪𝙠𝙖 & mana mana cabang jalan yang dia lalu. Tapi dari Teme jugak kita belajar, taksalah untuk 𝙧𝙚𝙝𝙖𝙩 & 𝙨𝙚𝙡𝙛-𝙧𝙚𝙛𝙡𝙚𝙘𝙩 sekejap sebelum cuba ‘buka’ pintu yang baru. Sebab kalau kita tak cuba buka pintu yg baru, kita takkan jumpa 𝙘𝙖𝙗𝙖𝙣𝙜 𝙟𝙖𝙡𝙖𝙣 yg lain yg mungkin — untuk kita 💖.
💌 — 𝘼𝙝𝙢𝙖𝙙, 𝙅𝙖𝙢 & 𝙉𝙖𝙨𝙞𝙝𝙖𝙩 Ahmad ; setia sbg teman penasihat. Kata Ahmad, sebuah jam antik itu nilainya berbeza-beza. Jika dijual di 𝙩𝙚𝙥𝙞 𝙟𝙖𝙡𝙖𝙣 harganya RM10, jika dijual di 𝙠𝙚𝙙𝙖𝙞 𝙟𝙖𝙢 harganya RM100 tapi jika dijual di 𝙢𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢, harganya mungkin cecah RM10,000 — baca la buku ni untuk tahu kenapa Ahmad cakap camtu 👀
Doakan kita dapat jumpa 𝙢𝙪𝙯𝙞𝙪𝙢 kita okay? 🥹💛
✿ 𝓡𝓮𝓬𝓼 ✿ Buku yang sesuai dibaca bila rasa down & sorang sorang dalam hidup!
5🌟
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰
Nak tengok snippets buku ni boleh singgah IG kita @pretryandreads tau, ada annotations jugak! Heee 🫶🏻
Ini adalah buku Siri Jalanan yang sangat-sangat saya nantikan. Berdasarkan empat buah buku Siri Jalanan yang telah saya baca, banyak sangat pengajaran yang dapat saya ambil. Jadi, penerbitan buku siri ke-5 ini sangat saya nantikan. Saya tidak akan menulis ringkasan tentang cerita daripada buku ini, tetapi saya akan kongsikan "quotes" dan "wisdom words" yang saya perolehi melalui pembacaan.
- Hilang jati diri, hilanglah keyakinan. Bila hilang keyakinan, mudahlah kita dieksploitasi.
📚 Biarlah kalah sesudah berusaha, daripada kalah dan menyesal kerana tidak melakukan sehabis daya.
- Reda Allah ada pada reda ibu bapa.
📚 Kita hidup di dunia ini bukan untuk impian kita dan perkara-perkara yang kita suka semata-mata. Kita hidup untuk jadi hamba Allah, anak yang baik, dan manusia yang baik untuk orang sekeliling. Setiap tindakan kita, akan ada kesannya kepada orang sekeliling.
- The only limits are the ones you set yourself.
- There will always be someone who can’t see your worth, or undervalue you. Don’t let that person be yourself. Know your worth. Put yourself amongst the people who know your value. And you will bloom like you can never imagine.
📚 Mendung bukanlah selamanya. Hujan lebat akhirnya akan berhenti jua. Mentari akan bersinar indah. Menjemput sang pelangi menambah seri. Sehingga kita terlupa akan ribut petir sebelumnya.
- Your hardest times often lead to the greatest moment of your life. There’s always a light at the end of the tunnel.
📚 Jangan sabotaj diri sendiri. Kalau kita asyik rasa kita ni mangsa keadaan, kalau kita asyik persoalkan kenapa semua jadi kat kita, kalau kita asyik terus meratap keputusan-keputusan kita yang dulu… kita akan zalimi diri kita sendiri. Tak produktif…
📚 Jangan asyik bandingkan diri kita dengan orang yang kita rasa lebih bernasib baik. Sekali-sekala, kita perlu bersyukur dan bandingkan diri dengan mereka yang lebih teruk keadaannya daripada kita. Selagi kita bernafas, selagi itu kita boleh buat yang terbaik.
- Remember…. You’re not what happened to you. You are what you choose to become. Everyone has to go through difficulties in life. But you choose yourself whether you want to be a survivor, or a warrior.
-Stop thinking about something you can’t change.
📚 Allah tidak akan mudah-mudah memberikan ilham tanpa usaha. Kuncinya, usahalah dahulu walaupun ia kelihatan mustahil.
- Kegagalan dan pintu-pintu yang telah tertutup untuknya ini seolah-olah sengaja diaturkan oleh Yang Maha Merancang untuk memaksanya melakukan sesuatu
📚 Tugas manusia hanyalah berusaha. Yang menentukan hasilnya kelak ialah Sang Pencipta.
- What comes from the heart, goes to the heart.
- People say… If you wanna walk fast, walk alone. If you wanna walk far, walk together.
📚 Walaupun kita masing-masing ada cabaran dan ujian sendiri, sekurang-kurangnya kita boleh kejar impian kita.
- Tak akan habis pun kalau kita asyik nak rasa kita mangsa dunia. Daripada meratap akan ketentuan yang kita takkan boleh ubah, lebih baik kita hargai keadaan dan peluang yang kita ada. Gunakan apa yang ada di tangan kita sepenuhnya. Allah berikan keistimewaan kepada seseorang bukanlah untuk kemajuan diri sendiri semata-mata. Dalam kelebihan tu, terselit tanggungjawab untuk membantu orang lain juga. Untuk mengangkat sama mereka yang kurang bernasib baik. Moga kita dijauhkan daripada amalan-amalan yang Allah tak suka. Moga kita jadi orang yang berguna.
- Failing is a part of the journey.
📚 Usahlah terlalu bimbang akan kehidupan. Kita makhluk bertuhan. Kuncinya ialah tetap melakukan yang terbaik dan menjalani hidup dengan penuh ingatan kesyukuran. Biarlah sekalipun kita sendiri yang bingung dengan apa yang sedang atau bakal kita lakukan, pada akhirnya, dengan tidak mati usaha, InsyaAllah kita akan cukup makan.
Insan akan mendewasa dan akhirnya belajar berdamai dengan kekhuatiran akan masa hadapan. Yang tinggal hanyalah diri sendiri yang memutuskan untuk memenangkan kebimbangan yang tidak berkesudahan, atau bersemangat untuk melakukan yang terbaik dalam setiap jalan yang ditentukan. Walaupun kita sangka telah terlontar sekuat-kuat badai kepada kita, percayalah, itu semua kasih Tuhan kepada hamba.
Setiap keputusan yang kita sangka sebagai kesilapan, boleh jadi ialah gerak hati yang ditiup oleh Pencipta untuk menyimpangkan kita daripada hal yang lebih mudarat.
Pasti, Tuhan akan menunjukkan jalan yang lurus kepada hambaNya yang beriman dan sabar. Cuma hambaNya sahaja yang belum faham.
Setiap kegagalan yang kita sangka sebagai jalan mati, boleh jadi ialah pondok istirehat sebelum kita melompat lebih tinggi. Jeda yang memang sudah ditakdirkan buat persiapan kendiri sebelum menempuh cabaran yang lebih hebat menuju ke puncak nanti. Maka, beruntunglah mereka yang lekas bangun mengasah pedang sebelum terlempar semula ke medan penentuan. Yakinilah pada setiap berita buruk, adanya berita baik yang tertangguh.
Tidak ada sesiapa yang tahu masa hadapan.
Semua itu urusan Allah, dan kita harus terlepas daripada rantai yang membelenggu diri dengan asyik merasakan itu semua urusan kita. Haruslah kita merancang dan mengatur dalam kehidupan, tetapi biarlah sebatas manusia.
Nikmatilah setiap turun dan naik.
Tersadung, terhentak, terpeleset, jadikan seri.
Berseronoklah dengan setiap langkah.
Kerana mereka yang suka berjalan, akan pergi lebih jauh daripada yang hanya sukakan tujuan.
Sentiasa bersyukur dengan ketentuan.
Ingatlah kita sering diperhatikan.
Janganlah terlalu dikenang siapa atau apa yang memijak dan mematahkan. Tinggalkan semua itu jauh-jauh sebagai pengajaran. Usahlah membanding-banding sehingga kusut. Ingatlah, memijak dan mengusir hamba Allah yang lain tidaklah bermakna kita boleh menggantikan tempantnya. Kita, ada rezeki kita.
Usahlah terlalu runsingkan masa hadapan. Lakukan sahaja yang terbaik dengan apa yang ada di tangan.
Saya memang peminat siri Jalanan oleh penulis. Saya ada koleksi lengkap daripada buku yang pertama. Namun, jarak penerbitan siri-siri lain dengan yang terbaru ini agak jauh, jadi saya sedikit “struggle” untuk mengingat kembali kisah-kisah dalam siri-siri terdahulu. Adalah jugak, saya selak buku-buku terdahulu untuk korek semula memori terhadap jalan penceritaan. Penulis ada menyatakan kisah-kisah dalam siri Jalanan ini adalah diambil daripada kisah nyata dan benar, namun ianya telah diadun dan dicorakkan agar dapat menepati penceritaan - yang penting, mesej yang ingin disampaikan.
Bagi yang baru bermula dengan buku ini, tidaklah saya ingin beri spoiler tetapi sekadar merumuskan kisah Iskandar atau Ikiy, watak dalam siri Jalanan ini melalui pelbagai cabaran sejak kecil untuk sampai ke tahap Ikiy sekarang yang ceritanya ada dalam siri yang sebelum ini, “Impian Jalanan”. Jangan risau, buku ini masih boleh dibaca sebagai “standalone” namun, mungkin “feel”nya kurang terasa kalau kita tidak tahu bagaimana ianya betul-betul bermula. Lebih kurang begitulah. Tapi mungkin juga sebab saya sudah membaca prekuelnya, jadi saya berpendapat begitu.
Kisah kali ini, seperti tajuknya, Ikiy masih dengan impiannya untuk menulis. Namun, impiannya seakan sudah disimpan jauh dan dalam oleh kerana teringat satu kisah pahit. Nasihat saya, mungkin anda akan mempunyai sedikit perubahan perasaan membaca cerita berkaitan sesetengah watak di dalam cerita ini, tetapi anda harus baca hingga ke akhirnya.
Walaupun Ikiy mengenepikan impiannya bergelar penulis, Ikiy mempunyai satu lagi cita-cita besar dan membuat keputusan untuk pulang ke tanahair. Cerita semasa Ikiy di tanahair ini mungkin akan membuatkan kebanyakan daripada kita dapat “relate” dengan situasi hidup kita sendiri, lebih-lebih lagi golongan “wireless” (anda kena baca kalau nak tau apa maksud terma tu! 🤭). Perjalanan baru Ikiy tidak semudah apa yang dia rancangkan sebelum bermula. Fikir Ikiy, apa yang dia rencanakan sudah mengikut apa yang sepatutnya, namun Allah lebih tahu apa yang baik. Ikiy akan bawa kita menyelusuri kisah hidupnya bangkit semula setelah melalui kegelapan dan kejatuhan.
Terdapat beberapa tema terkait penceritaan penulis kali ini. Utamanya, tema kebangkitan semula, semangat tidak mengalah sebelum berjuang sehabisan. Itulah yang penulis cuba sampaikan bahawa jerih-perih itu pasti ada sebelum seseorang itu berjaya. Perlu usaha dan bukan menunggu sahaja. Cari peluang sebelum peluang mencari kita.
Tema seterusnya ialah “buli”. Buli mungkin sudah sinonim dalam hidup Ikiy sejak kecil. Namun kali ini, isu buli dalam cara “terhormat”. Bagaimana golongan “wireless” berjuang sendirian berbanding mereka yang mempunyai “kabel”. Bagaimana kita dibuli dalam sistem yang sepatutnya sama-sama membantu dan menaikkan aset-aset negara, namun dek birokrasi mungkin ada antara kita tersepit. Saya suka dengan kata-kata nasihat Ahmad tentang sehingga bila kita hendak menganggap kita menjadi mangsa dunia yang kita anggap tidak adil ini, lantas kita lupa dengan peluang sedia ada dan kekuatan kita. Hanya perlu bangkit dan berani untuk keluar daripada zon selesa.
Buku ini sangat sesuai tatkala kita semua masih lagi bangkit perlahan-lahan setelah dihimpit wabak durjana. Ada antara kita yang terus kehilangan pekerjaan, harta, pangkat, maruah dan tak kurang juga hilang ahli keluarga. Buku ini sangat sesuai untuk mereka yang rasa mereka seolah telah hilang semuanya. Segalanya. Korang pasti rasa bersemangat selepas baca.
Sekiranya anda sudah memiliki empat siri Jalanan yang terdahulu, memang wajarlah untuk dapatkan yang terbaru ini. Namun, antara karya penulis yang paling saya sukakan ialah “Signature Jalanan” mungkin sebab ia kisah zaman sekolah dan saya rasa dekat dengan kisah dalam penceritaan. Saya juga suka “Impian Jalanan” sebab seronok baca kisah yang ada flashback dan ia permulaan kisah Iskandar, ya Ikiy dalam “Penulis Jalanan” ini(walaupun saya rasa Teme, Ben, Iskandar ni semua orang yang sama sebenarnya, betul tak? 😏).
Jadi untuk yang masih punya impian walaupun di umur-umur macam saya, masih belum terlambat. Untuk yang baru bermula, jangan sedih sebab jalan anda masih jauh dan panjang. Kalau diizinkan Allah, kita boleh capai impian. #beranganisfree.
his writing just keep getting better!! buku ni akan jadi buku yang i will read it whenever i feel down. the elements balance in this is TIP TOP! sangat sangat recommend!!
Suka dengan mesej-mesej yang disampaikan oleh penulis di dalam buku kali ini. Suka juga dengan pemilihan mutiara kata yang kena dengan situasi diri. Maka, gigihlah seorang aku meng"highlight" dan meletak nota pelekat supaya mudah untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang.
Dalam banyak mutiara kata aku paling suka dengan yang ini 👇🏻
✒️ If you want to take the island, burn the boats! Leave no option of turning back. And commit to the way forward.
Rumusan yang aku dapat--setiap orang hadapi kesusahan yang tidak sama, jangan pandang kesusahan sebagai satu malapetaka tetapi ada hikmah yang Allah hendak berikan kepada hamba-hambaNya. Tidaklah Allah jadikan sesuatu perkara itu sia-sia.
Seperti biasa karya Teme Abdullah tak pernah mengecewakan dalam memberi inspirasi dan semangat buat siapapun yang membacanya. Pembaca siri Jalanan pasti akan merasakan bahawa naskah kali ni lebih bersifat privasi dan sesuatu yang personal. Akan tetapi ianya tetap dikongsi melalui penulisan supaya dapat dijadikan pengajaran buat pembaca.
Bukan kah Allah Maha Baik? Doa yang belum dijawab pasti disimpan untuk waktu yang tepat. Jika bukan di dunia jawapannya, di akhirat pasti lebih baik ganjarannya. Maka, sabar dan terus bersabar. Terima kasih untuk penulisannya yang mengajar untuk terus tidak lelah dalam meraih impian, untuk tidak mudah rebah dalam memanjat mimpi dan agar terus bersangka baik dengan Tuhan dalam apa jua keadaan.
"Insan akan mendewasa dan akhirnya belajar berdamai dengan kekhuatiran akan masa hadapan."
Penulis A̶r̶k̶i̶t̶e̶k̶ Jalanan, sebuah novel bergenre realisme, mengisahkan Iskandar, seorang arkitek berjaya yang pernah punyai impian ingin menghasilkan karya fantasi namun terpaksa melupakannya kerana suatu insiden, kini ingin pulang ke tanah air. Niat baiknya untuk berbakti di negara tercinta tidak seperti yang dirancang kerana apa yang dijangka olehnya sebelum ini bakal berjalan lancar didatangi satu persatu cabaran. Keadaannya yang kian tersepit membuatkan dia terdetik untuk merealisasikan semula impiannya yang pernah terkubur dulu.
Novel ini bermula dengan kisah silam Iskandar di mana watak Mirza Abudin diperkenalkan. Penulis berjaya menjadikan watak Mirza Abudin begitu dibenci dan bukan sahaja menjadi watak tempelan semata-mata, tetapi juga menyumbang kepada pengembangan watak Iskandar. Kemudian pembaca dibawa ke waktu semasa di mana Iskandar ingin mengambil langkah drastik dalam kariernya dan membawanya kepada siri konflik yang merunsingkan dan diceritakan dengan tempo yang laju. Siri konflik yang dialami Iskandar sememangnya boleh membuatkan pembaca terkesan sekali kerana konfliknya yang realistik terutamanya kepada pembaca dewasa. Namun yang menjadi kelemahan ketara, semakin lama pembaca mendalami watak Iskandar, pembaca dapat merasakan Iskandar agak lurus dan sebahagian konflik tersebut boleh dielakkan dengan pemikiran kritis seorang arkitek dalam menyelesaikan masalah. Walaupun begitu, kelemahan tersebut dapat dikaburi kerana setiap konflik yang dihidangkan penulis akan disertakan pesanan yang berbeza supaya dijadikan pengajaran kepada para pembaca yang punyai pelbagai latar hidup. Antara perihal yang disentuh ialah ketidakadilan sistem dalam masyarakat dan bahana dendam dalam memberi kesan terhadap individu.
Secara keseluruhannya, novel ini merupakan bacaan yang bagus kepada semua lapisan umur kerana novel ini secara tidak langsung merangkumi takat cabaran yang berbeza dalam kehidupan manusia. Walaupun dirasakan tema setiap buku dalam Siri Jalanan itu sama, tetapi penulis berjaya memberikan kelainan pada plot menjadikan novel ini tetap menarik untuk dibaca.
1/ Teme kembali dengan buku terbaru siri Jalanan; Penulis Jalanan. Buku yang kelima untuk siri ini.
2/ Terus-terang, saya dah lupa kisah-kisah dalam buku Jalanan sebelum ni. Ada lah sikit-sikit, tapi banyak yang dah lupa.
3/ Membaca Penulis Jalanan kali ini lebih banyak meluahkan rasa tentang situasi sebenar yang dihadapi di tanah air. Ya, hakikat yang saya sendiri pernah tempuhi tapi kali ini Teme sendiri yang alami.
4/ Peristiwa dihubungi syarikat baru meminta saya batalkan kemasukan disebabkan penstrukturan semula organisasi, masih berbekas sehingga hari ini. Bezanya saya masih masuk ke syarikat tersebut, tapi bertahan hanya dua minggu. Selepas itu menganggur selama 5 bulan dengan anak sudah 3 orang. Jadi apa yang Teme lalui, saya betul-betul terkesan teringat peristiwa lalu.
5/ Hal-hal sistem feudal, kronisme, nepotisme, kecelaruan sistem pendidikan dan dunia pekerjaan, memang hakikat yang sangat pahit. Apa yang diceritakan Teme, itulah kenyataannya. Bagus kalau anak muda yang membaca mengambil ikhtibar.
6/ Namun ada juga yang saya tak berapa berkenan dengan tulisan Teme kali ini. Buku setebal 255 muka surat ini, lebih dikuasai mood melankoli hampir 180 muka surat, sebelum bertuka menjadi baik dan itupun, berlaku seperti 'tiba-tiba'. Entahlah, pertukaran plot dari mood suram yang panjang kepada bahagi, saya rasa agak mendadak. Itu yang saya rasa lah.
7/ Banyak juga pengulangan seperti kegagalan sewaktu A-Level yang diceritakan berulang kali.
8/ Promosi buku beliau yang lain juga sangat jelas dalam muka surat tertentu. Obvious! Hahahaha! Ye lah ye lah, nanti baca. Buku dah beli semua, tapi siri Jalanan saja yang saya baca setakat ni.
9/ Jujurnya saya tak merasa puas dengan bacaan kali ini. Sama ada Teme berubah cara menulis, atau mungkin selera bacaan saya berubah. Atau mungkin juga expectation saya tak terlunaskan.
10/ Namun tetap saja buku ini baik, secara keseluruhan. Sangat dicadangkan untuk dibaca, terutamanya anak-anak muda BBNU. :)!
Apa yang aku dapat dalam ni? Banyak. Terlalu banyak. Salah satunya, jatuh bukan bermakna terus jatuh. Setiap yang disangka jalan mati boleh jadi pondok istirahat sebelum melompat lebih tinggi.
Dalam senarai buku siri Jalanan, ini pilihan saya. Jalan cerita lebih baik dan tak ‘try hard’ sangat to deliver the message. Penulisannya tenang dan penerangan tak meleret-leret.
Seperti biasa, siri Jalanan dari penulis ini, tak pernah mengecewakan aku dengan perkongsian kehidupan yang amat berkait dengan kita.
Mudah aku gelar kita, sebab kebanyakan kita pernah melalui fasa membesar seperti penulis, mula dari sekolah rendah, masuk sekolah menengah, masuk universiti, sampai masuk alam pekerjaan.
Dan Penulis Jalanan adalah peringkat di alam pekerjaan itu. Alam pekerjaan adalah alam yang indah di mata para penuntut ilmu sebab tak sabar nak keluar cari duit sendiri, pada waktu itu kata mereka (termasuklah aku). "Tak sabar nak kerja, cari duit sendiri." Tapi, bila dah masuk alam pekerjaan terdetik ayat "zaman belajar lah zaman paling best, tak banyak fikir, belajar je."
So, siapa target pembaca untuk buku Penulis Jalanan ni? Tiga golongan ni:
1) Mereka yang sedang bekerja 2) Mereka yang sedang mencari kerja (moga Allah permudahkan urusan kamu, amin) 3) Adik-adik yang sedang belajar
Dari muka surat awal sampai habis, aku bangga, bangga jadi pembaca yang menyaksikan betapa sukarnya perjalanan hidup seorang "Ikiy/Iskandar/Ben Abdullah" atau sesiapa sahaja di sebalik cerita yang terselit banyak pengajaran kehidupan ini sampai la part KDYMM Raja Permaisuri Agong perkenalkan Iskandar sebagai "My personal architect." Aku as pembaca bangga gila baca part ni. Tengok hasil usaha keras dihargai. Bak kata sahabat beliau Ahmad "Akhirnya kau dah jumpa muzium kau."
Buku ni ingatkan kita, betapa kasihnya Allah pada kita. Betapa dendam akhirnya akan memakan diri, betapa kita takkan dapat tahu seperti apa masa hadapan kita. Yang kita boleh buat adalah sama ada, terus jatuh dengan ujian, atau bangun dan buat yang terbaik di setiap takdir atau fasa kehidupan.
Mirza Abudin, watak yang terlihat sangat tak baik ya disini. Moga jika watak ini, benar ada didalam bidang penerbitan/penulisan, saya doakan tuan/puan dijentik kesedaran. Amin in shaa Allah.
Dan ini aku kongsikan antara ayat-ayat yang aku gemar:
1) "Insan akan mendewasa dan akhirnya belajar berdamai dengan kekhuatiran akan masa hadapan. Yang tinggal hanyalah diri sendiri yang memutuskan untuk memenangkan kebimbangan yang tidak berkesudahan, atau bersemangat untuk melakukan yang terbaik dalam setiap jalan yang ditentukan."
"Walaupun kita sangka telah terlontar sekuat-kuat badai kepada kita, percayalah, itu semua kasih Tuhan kepada hamba."
"Setiap keputusan yang kita sangka sebagai kesilapan, boleh jadi ialah gerak hati yang ditiup oleh Pencipta untuk menyimpangkan kita daripada hal yang lebih mudarat."
2) "Maka beruntunglah mereka yang lekas bangun mengasah pedang sebelum terlempar semula ke medan penentuan. Yakinilah pada setiap berita buruk, adanya berita baik yang tertangguh."
3) Tidak ada sesiapa yang tahu masa hadapan. Dengan siapa kita bakal dipertemukan, rezeki seperti apa yang ditentukan, ujian apa yang bakal dibentangkan. Semua itu urusan Allah, dan kita harus terlepas daripada rantai yang membelenggu diri dengan asyik merasakan itu semua urusan kita. Haruslah kita merancang dan mengatur dalam kehidupan, tetapi biarlah sebatas manusia.
Nikmatilah setiap turun dan naik.
Tersadung, terhentak, terpeleset, jadikan seri.
Berseronoklah dengan setiap langkah.
4) Usahlah terlalu runsingkan masa hadapan. Lakukan sahaja yang terbaik dengan apa yang ada di tangan. Di bawah sinaran elementari, ada tempat untuk semua orang. Ada bayang teduhan yang cukup. Ada makanan yang tidak pernahkan habis. Rezeki Tuhan tidak ada hadnya. Begitu juga dengan kejayaan yang cukup buat semua.
5) "Jangan sombong tau? Simpanlah emas segunung pun, kalau Allah nak tenggelamkan semuanya, sekelip mata semua hilang."
6) "Jangan sampai kita diuji dengan perkara-perkara yang kita cintakan sangat tu. Yang mencukupkan itu Tuhan, bukan pekerjaan."
7) A very good dua'
"Ya Allah, angkatlah kebuntuan dalam hidupku. Aku serahkan haluan hidupku kepada-Mu. Gunakanlah aku untuk meninggikan agama-Mu."
Teringat this 1 part yang buat aku gelak
Waktu penulis nak jumpa KDYMM Permaisuri Agong, boleh dia tanya pengawal yang jaga pintu tu "Ni pintu ke"
(this might not be the best review you’ll read, skip if you want)
Satu lagi tambahan kepada siri Jalanan tulisan Teme Abdullah. Sejujurnya aku memang minat betul dengan buku-buku Teme Abdullah. Setiap kali dia nak release buku baru ja aku akan make sure aku ada duit untuk beli walaupun cukup-cukup untuk beli buku dia ja. HAHA.
Buku kali ni berkisarkan tentang fasa kehidupan Teme yang seterusnya iaiatu fasa sebagai seorang dewasa yang penuh dengan cabaran dan ujian; fasa bekerja. Akhirnya persoalan kepada kenapa Teme balik Malaysia dan balik semula ke London terjawab dalam buku ni.
Sepertinya, buku ini pada aku, datang tepat pada waktunya. Aku terasa seperti membaca kehidupan sendiri walaupun langsung tak sama plot dan kejadian tapi tema yang dibawa sangatlah relatable. Sepertinya Tuhan mengizinkan aku untuk membaca buku ini di saat ini kerana ada perkara yang Dia mahu aku belajar. Belajar bersabar, teruskan berusaha, dan reda dengan segala ketentuan yang telah Dia tetapkan.
Masih teringat apa yang ditulis, apa yang kita perlukan adalah yakin. Yakin kepada Tuhan bahawa Dialah yang telah merancang perjalanan kehidupan kita. Oleh itu, pasti ada hikmah dan kebaikan daripada setiap apa yang berlaku. Mungkin perkara-perkara sukar yang kita lalui itu merupakan persediaan kepada sesuatu yang lebih sukar di masa akan datang. Jadi, supaya kita menjadi lebih kuat, Allah uji sekarang.
Bersesuaian dengan tema buku sekarang yang ikut trend healing, sememangnya buku ini boleh dikategorikan sebagai buku healing juga. Ups and downs kehidupan itu adalah perkara biasa yang akan tetap dilalui oleh yang bernama manusia, tak kira latarbelakangnya bagaimana. Malah, setiap ujian yang hadir dalam hidup seseorang telah direka khas untuk dirinya sahaja. Seolah-olah hanya dia sahaja yang tahu bagaimana hendak menguruskan ujian itu. Seolah-olah orang lain tidak akan mampu memikul beban yang sama. Kisah Teme mungkin begini, kisah kita pula pasti berbeza, tapi perasaan yang datang daripada ujian itu adalah dalam bentuk yang sama. Rasa down, rasa putus harapan, penyesalan dan kebuntuan datang dalam waktu yang sama. Buat kita rasa nak give up dan lari. Namun, dengan berpandukan keimanan yang ada di dalam dada, Allah beri petunjuk supaya jalan yang kita pilih tetaplah perlu ada reda Dia. Begitulah apa yang buku ini cuba sampaikan.
Dan di saat kebuntuan itu, kita sebenarnya memerlukan seseorang untuk kita bercerita dengan selesa tanpa penghakiman. Manalah tahu dari penceritaan kita tu, Tuhan akan hadirkan pertolongan. Honestly, this is very hard for me. Aku memang susah nak cerita kat orang masalah yang aku hadapi. Segala masalah-masalah yang aku berjaya ceritakan semua tu adalah masalah-masalah yang aku sudah tahu bagaimana nak selesaikan. Tapi untuk masalah-masalah lain yang aku temui jalan buntu, yang aku takut terhutang budi dengan manusia, takut kena judge semua tu aku tak cerita. Cuma akan cerita bila dah temui solusinya HAHA.
Kadang-kadang kita nampak orang berjaya dan bahagia. Hidup senang tak perlu fikir banyak masalah. Tapi sebenarnya, untuk seseorang itu berjaya mencapai tahap itu, ada banyak perkara yang telah mereka lalui untuk buat mereka lebih kuat dan lebih matang membuat keputusan. Bila seseorang dah biasa hidup susah, apa-apa sahaja kesusahan yang perlu dilalui tidak akan menjadi beban, malah mungkin akan ditukar kepada satu peluang untuk improvement diri. Terlalu lama berada dalam zon selesa juga tidak bagus untuk pertumbuhan kita sebagai manusia. Untuk menjadi lebih baik dan lebih berkualiti, pada aku, kita kena berani mencuba sesuatu yang baru, asalkan ia tidak melanggar syariat Allah.
Buku ni memang penuh dengan kata-kata motivasi yang kena tepat dengan situasi. Kelebihan yang ada pada Teme Abdullah, beliau memang bijak menyusun kata buat kita rasa impress bila baca. Sedap, menikam, dan bermakna. Rasa macam nak highlight semua benda. HAHA.
Dalam keadaan aku yang aku rasa aku selalu buat keputusan yang salah dan mengundang penyesalan, buku ini Allah hadirkan untuk memberi peringatan bahawa mungkin keputusan yang kita rasakan salah, sebenarnya adalah satu keputusan yang kita perlukan. Maka, teruslah teguh menghadapi. Pasti akan ada pengakhiran yang baik untuk kita kemudian hari. Juga bila penulis selitkan petikan ayat dari surah Al-Insyirah, aku seakan ditampar dengan nasihat sendiri. Selama ni, aku selalu berpesan pada teman-teman rapat dengan mengulangi petikan ayat Al-Quran yang sama, tapi bila aku sendiri yang melalui fasa yang sukar, sepertinya ayat-ayat itu tak pernah wujud dalam hidup. Astaghfirullahalazim.
Ya Allah… Di saat aku sering lupakanMu dan masih sering ingkar, Engkau tetap memilih aku untuk terdetik rasa ingat kepadaMu. Ya Allah… selamatkan aku daripada keadaan ini. Izinkan aku menebus segala kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan.
Siri Jalanan ini tergolong dalam fiksyen sebenarnya, sebab walaupun peristiwa-peristiwa dalam kesemua 5 buku diinspirasi oleh kehidupan Teme, ia juga telah ditambah perisa to make it more dramatic and impactful. Jadi, I would not categorize this as non-fiction.
Nevertheless, Penulis Jalanan feels like a pengakhiran yang memuaskan kepada Siri Jalanan ini. Dalam buku ke-5 ini, idea buku pertama watak utama kesayangan kita dicuri and diciplak 100% oleh seorang penulis muda Islamik yang terkenal. Watak Mirza Abudin tidak wujud ya, ia rekaan semata-mata oleh Teme untuk menekankan how destructive plagiarism is to the original creator.
Selepas itu, suatu kejadian berlaku di London yang membawa Iskandar untuk balik ke Malaysia. Tetapi setahun di Malaysia dan negara kita sendiri tak nak bakat dia. All that he ceritakan tentang the government were spot-on: the endless ringing (takde orang jawab), outdated info kat website, the treatments received masa hadir kat gov offis (kekadang I rasa mcm I buat salah padahal kita pi pun sebab ingin minta bantuan & assistance. Macam hutang along kat depa pulak), and cabel.
Selain menceritakan kisah hidup beliau, Teme juga menggunakan peluang ini untuk selitkan kritikan sosial melalui kisah-kisahnya.
bagi aku la, dalam banyak2 penulisan Teme, Pelukis Jalanan nilah yang paling banyakkk menyentuh emosi selepas Impian Jalanan. lagi2 cerita ni diadaptasi dari kisah benar. sarat dengan perasaan yang bercampur baur, sedih, kecewa, jatuh bangun. bab mula2 pun dah sedih weh. memang jatuh air mata comelku 🥲
fav quote: m/s 184 if you want go fast, you walk alone. if you want go far, you walk together. sama macam ayat lecturer time semester 2 dulu. rinduuu
I do not have the capability to review books so take everything I said with a grain of salt. This is also my first book of the year and it’s June but better late than never.
Reading the book feels like having a conversation with a friend or peeking through someone’s diary because there are parts that I feel like it takes a lot of consideration and courage to pen it down and let it out in the world. Or maybe you’re healed and ready to let it go. Either way, kudos to you.
Saya boleh rasa perbezaan antara buku pertama sehingga sekarang. Buku ni rasa lebih selesa dan cara penulisan walaupun penuh dengan nasihat dan pandangan, susunan ayat memudahkan pemahaman.
Yeay to not letting rasa rendah diri/kekuranga jadi penghalang.
Dalam semua Siri jalanan, saya paling suka ikky dalam impian jalanan. Bila dapat baca sambungan kisah dia dalam penulis jalanan, rasa sebak sikit. Bahagian Wireless dan kemudian conversation about privilege tu penting dan bagi peluang untuk pembaca faham dari sudut berbeza.
Untuk Ahmad, terima kasih jadi kawan yang baik untuk kami juga.
Tu ja kot. Kalau nak tau lagi kena baca sendiri sebab walaupun kita pegang buku yang sama, jalan hidup kita berbeza.
Buat pertama kalinya saya membaca karya Teme Abdullah. Menjadi tanda tanya mengapakah penulis ini mempunyai begitu ramai pengikut di media sosial? Apakah keistimewaan penulis inj? Apakah menarik karya penulis ini? Masih menjadi tanda tanya sehingga saya membuat keputusan membeli sebuah buku beliau.
Selepas pembacaan saya untuk 5 muka surat yang pertama, saya tidak dapat merasakan kisah yang ditonjolkan penulis ini menarik. Saya tidak dapat merasakan ‘spark’ terutama dengan penceritaan penulis. Namun saya tetap meneruskan pembacaan untuk mendapat kefahaman menyeluruh mengenai kisah Ben Abdullah.
Setelah 2-3 hari meneruskan pembacaan, betullah apa yang diperkatakan oleh peminat beliau. Story line yang menarik, bahasa yang mudah, kisah yang ada naik turunnya, ia ibarat realiti untuk mungkin sesetengah orang.
Alhamdulillah, selesai buku Teme Abdullah yang pertama. Terima kasih Teme
again, i am impressed with teme sebab berjaya fiksyenkan kisah hidup dia. and again, i see myself in the same position as him in the moment, it feels close to home, hits straight into my heart. lesson learned, we never know what the future holds and we should not give up the effort too. sape je tak rasa down when every peer in our surroundings seems to succeed, but we are still at the same level. rasa ketinggalan, rasa macam takde masa depan, masih tak tahu nak buat apa dalam hidup.
but again, teme teached us, setiap manusia bukan ada satu je benda yang dia boleh buat dalam hidup dia. cause at the end of the day, kita sama-sama mencari hidup yang diredhai oleh Tuhan and bantu kita mencari akhirat juga. instead of fikir kita gagal, baik fikir apa yang kita berjaya buat yang dulu kita rasa kita tak mampu pun buat. inshaAllah slow-slow we be able to achieve the life we want.
tak sangka banyak sebenarnya fallout dalam hidup si teme, tengok dia macam perfect je (bila baca buku dia pasal life dia before dia grad dulu). alhamdulillah to see his success now with his books, sampai boleh jumpa raja, mesti hilang terus rasa pahit untuk semua kesukaran tu kan, teme? hope we all can make the similar success in our life too aminnnn.
last but not least, nak buat special shoutout to ahmad. dari pelukis jalanan lagi, ada kawan macam ahmad ni adalah salah satu anugerah Tuhan yang paling agung. terima kasih ahmad, tanpa anda, tiada lah teme untuk kami semua.
Seusainya membaca Penulis Jalanan ni, aku boleh katakan inilah apa yang aku perlukan. Penyuntik semangat dikala diri ini dalam proses memahami realiti hidup dan berdamai dengan ujian.
Sebagai seorang yang berada di usia awal 20-an, cerita yang disampaikan oleh Teme ni sangatlah relatable. Bagi aku, karya ini cukup sesuai sebagai peneman anak muda yang sedang bimbang dan berasa 'uncertain' dengan masa depannya.
Yalah, aku sendiri pun ada banyak persoalan tentang masa depan yang begitu misteri. Adakah akhirnya aku akan berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda dan mendapat kerjaya yang diidamkan? Bagaimana pula kalau di hujungnya nanti perancangan hidup aku tak selari dengan realiti hidup di waktu itu?
Tapi tak mengapa. Penulis Jalanan ini telah menghidangkan sebuah cerita dan pengajaran yang akan aku simpan kemas-kemas dalam hati. Ianya sejenis karya di mana isinya lebih berharga daripada wang ringgit. (mahupun pound sterling...haha)
Kesimpulannya, Penulis Jalanan ni sedap dan berbaloi untuk dibaca. Penceritaannya nampak tenang dan mudah dibaca. Tapi, kita sebagai pembaca ni pula yang merasai pelbagai emosi 🥹
Membaca buku ini tak sah kalau tidak menatal Instagram Teme. Melihat peristiwa pada susur masa lukisan-lukisan yang dipaparkan dan mencantumkan dengan kejadian yang Teme lalui.
Sambil membaca, tertanya-tanya pada diri apakah benar segala peristiwa itu memang Teme lalui sendiri?
Apakah cerita yang berlaku disengajakan mengikut susunan lukisan pada ig atau memang benar peristiwa itu terjadi sehingga terhasilnya lukisan di ig.
Namun itu cuma tanggapan sepanjang pembacaan sahaja, kerana buku ini tetap mengusik dan menegur diri supaya lebih bertenang dan sabar dalam setiap ujian yang kita hadapi.
Kalau kita susah, ada orang yang lebih susah dari kita.
Sehingga ke akhir helaian, ada kepuasan yang mendalam. Ada banyak hikmah yang boleh kita ambil dari buku ini, bukan sekadar sebuah cerita.