Eyes can tell you everything that the heart couldn't speak.
Sekian lama Heliena hidup bersembunyi dari dunia luar, kehadiran seorang jejaka membuatkan hati yang mati terasa bernyawa. Jikalau ditanya pada dia, lelaki itulah perkara terindah yang pernah berlaku dalam hidupnya.
Icarus... Jejaka idaman semua orang. Lelaki yang kata orang tidak mampu digapai. Lelaki yang penuh dengan manisnya sehingga semua orang mampu mencair. Senyuman yang membuat hati yang lara tercuit tawa.
Heliena dan Icarus... Heliena sedar mereka bagaikan langit dengan bumi. Namun siapa sangka takdir merapatkan jurang yang tidak disangkakan wujud.
Makin Heliena menolak, Icarus menjadi magnet yang berlainan kutub untuk melekat dengan Heliena tanpa erti jemu.
"Saya lain daripada yang lain. Lihat saja matahari, bukan semua orang suka. Bahkan, matahari kelihatan sendirian di atas sana. Seperti saya." - HELIENA
"Matahari itu terciptanya untuk seorang Icarus." - ICARUS
Berkali-kali dia menolak, tetapi bukan namanya Icarus jikalau tidak licik membuat Heliena terpedaya. Ada saja idea nakalnya untuk buat Heliena rasa berbahang satu tubuh.
Namun, pesanan nenda dan ugutan ayah Icarus mengelirukan Heliena dengan perasaannya sendiri.
"Kamu tak boleh dekati dia, sayang. Ingat pesan nenda ni, his heart kills." - NENDA
"Stay away from my son or I'll make you regret!" - DAEDALUS
Cinta itu... Salah? Atau dia yang tidak layak bercinta?
Adakah benar dia ini pembawa malang?
Semakin dia mencari seseorang melindungi cintanya, semakin kuat racun dendam membunuhnya.
Tiada lagikah yang setia dalam merindu, seperti Apricus yang sentiasa memberikan sinarnya tanpa jemu, terbias cahaya cerah dan hangat melarutkan bayangan.
Akhirnya tamatlah juga pembacaan aku yang satu ini. Sejujurnya, kalau boleh aku tak nak novel yang satu ini bertemu dengan perkataan TAMAT, tapi apakan daya setiap jalan cerita pasti ada pengakhirannya. Bukan begitu? Sejak awal lagi, aku memang menantikan novel yang satu ini. Senang kata, anticipated read dari zaman Wattpad lagi. Oleh sebab itu, susah bagi aku untuk move on dari kisah yanh satu ini.
Apricus mengisahkan tentang Heliena, Si Gadis Matahari yang hatinya jatuh cinta akan Icarus, Si Lelaki Bersayap. Tetapi cinta mereka terhalang oleh dunia. Ya, rakan-rakanku, Apricus ialah retelling of Icarus and the Sun myth!
Heliena, hidupnya tidak indah seperti orang lain. Hari-harinya dipenuhi dengan cemuhan dan kebencian hanya kerana dia merupakan Matahari. sehinggalah hadirnya Icarus dalam kehidupannya yang tidak lelah menceriakan dan mewarnai hari-harinya.
Bagi Icarus pula, Heliena seorang yang sempurna. Gadis itu naif, polos dan selalu menyenangkan hatinya. Dia cukup benci dengan orang yang menghina Mataharinya itu. Dan dia bersumpah akan mencintai Si Matahari sehingga akhir nyawanya.
Dahlah, tak nak cakap lagi. Senang kata, novel ini berjaya membuatkan hati aku bersarat dengan pelbagai emosi. Aku asyik tergelak rasa nak tumbuk orang dan blushing disebabkan mulut manis anak angkat aku, Icarus. Tak habis-habis dengan mulut manis dia tu. Lepas itu, ada juga scenes yang membuatkan aku tangkap leleh dan buat aku rasa nak cekik orang sampai mati pun ada. Haih!
Apricus ni–well, senang kata, a well written Malay romance-fantasy novel I've ever read. Bukan setakat scene romantik je yang memang mantap. Malah, pembinaan dunia fantasi itu tersendiri unik. Tak pernah lagi aku jumpa dan baca novel romantik-fantasi Melayu seperti ini. Penulis juga bijak mengtwistkan mitos yang dah termaktub. Sebagai peminat setia genre fantasi, aku memang salute habis dengan penulis sebab berjaya garap sebaik ini.
Aku amat benci dengan watak Raja Daedalus dalam novel ini. Setiap kali ada babak dia, nak sahaja aku masuk dalam novel dan bunuh dia atas kesengsaraan yang baginda lakukan ke atas anak-anak angkat aku, Heliena dan Icarus itu. Tapi itulah, marilah kita berpijak di alam realiti yang kita tidak boleh tembus masuk ke dalam novel huhu.
Kalau boleh, aku memang nak sambungan Apricus. Tapi aku tahu memang takkan ada lagi. Jadi aku hanya mampu duduk diam (buat rusuhan dekat penulisnya, itu lah siapa suruh jadikan saya ibu angkat Heliena dan Icat?) menanti kisah cinta Luna dan Victor pula (ugutan akan diberikan jika tiada kisah mereka di masa hadapan).
Mungkin itu sahaja yang aku boleh ulaskan. Akhir kata, aku mengucapkan selamat maju jaya dan teruskan berkarya kepada penulis. Jangan pernah berhenti berkarya, kakak saya oi. Saya nak baca lebih lagi daripada kamu.