Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Fansuri

Rate this book
Jarang-jarang berlaku percintaan seganjil ini.

Bermula di bengkel seni di Malaysia, dalam pedih perpisahan di Singapura, gelora resah kehidupan di Perancis, Cinta Fansuri menghantar sebuah kisah cinta yang sangat aneh, menyentuh dan falsafi.

Mengapakah Fahiyaton yang bersumpah akan bersama kekasihnya, Fansuri, tiba-tiba mengahwini seorang tuan punya ladang lada hitam? Dan mengapakah setelah menjadi janda, Fahiyaton mengahwini pula pak cik arwah suaminya?

Mengapakah Fansuri kemudiannya menolak Fahiyaton selepas bekas kekasihnya itu diceraikan suami keduanya. Dan mengapakah setelah luka hati mereka sembuh tiga tahun kemudian, sekali lagi Fahiyaton menolak Fansuri?

Demikianlah pada suatu subuh dalam kuyup hujan di atas dek sebuah kapal, Fansuri bersumpah untuk tidak mengenal lagi seorang wanita bernama Fahiyaton.

158 pages, Paperback

First published January 1, 1994

19 people are currently reading
288 people want to read

About the author

A. Samad Said

59 books427 followers
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:

* Salina
* Langit Petang
* Sungai Mengalir Lesu
* Hujan Pagi
* Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri.
* Adik Datang
* Cinta Fansuri

Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).

Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

(Sumber: Wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
67 (32%)
4 stars
53 (25%)
3 stars
69 (33%)
2 stars
13 (6%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews337 followers
September 24, 2025
Cinta Fansuri adalah sebuah novel yang menyimpang dari segala jenis naratif cinta konvensional yang pernah aku baca (sebenarnya jarang baca novel cinta, kecuali classic). Ia mengisahkan hubungan antara Fansuri, seorang lelaki yang idealisme, dan Fahiyaton, wanita yang menjadi objek cintanya, juga sumber kekecewaan dalam pencarian cinta. Kisah dorangbermula di bengkel seni di Malaysia, berlanjutan ke Singapura dan Perancis, merentasi ruang dan waktu yang tak linear.

Fahiyaton, yang pada awalnya bersumpah setia kepada Fansuri, membuat keputusan mengejut dengan berkahwin dengan seorang pemilik ladang lada hitam. Setelah menjadi janda, dia berkahwin pula dengan pakcik kepada suami pertamanya. Fansuri menolak Fahiyaton apabila dia kembali, dan apabila luka hati Fansuri sembuh 3 tahun kemudian, Fahiyaton pula menolak Fansuri. Akhirnya, dalam hujan di atas dek kapal, Fansuri bersumpah tak mahu mengenal lagi wanita bernama Fahiyaton ni.

Ini kali ke-2 aku menelaah novel ini setelah gagal peroleh apa - apa konklusi pada percubaan pertama, mungkin… 15 @ 20 tahun dahulu. Setelah “berkawan baik” dengan karya Pak Samad lebih dari sedekad, aku telah memutuskan untuk menafsir novel ini berdasarkan pengalaman aku bergelumang dengan karya beliau selama ini.

Pertamanya, novel ini bukan novel cinta. Ia lebih kepada meditasi falsafah tentang cinta sebagai pengalaman eksistensial. Pak Samad dalam novel ini menghalusi cinta yang diuji oleh waktu, ego, dan pilihan moral. Fansuri dan Fahiyaton mewakili 2 kutub: idealisme dan pragmatisme. Cinta dorang tidak berakhir dengan penyatuan, tetapi dengan penolakan dan kesedaran bahawa cinta tak semestinya membawa kebahagiaan.

Kalau diteliti secara perinci, ada sesuatu yang hendak disampaikan melalui pilihan nama “Fansuri” tu, Pak SamadM/b> seolah - olah mengangkat Hamzah Fansuri, seorang tokoh sufi Melayu abad ke-16, sebagai inspirasi nama dan semangat watak utama. Hamzah Fansuri terkenal dengan puisi - puisi “mistik” yang menekankan pencarian Tuhan melalui cinta dan kefanaan dunia. Maka, Cinta Fansuri juga boleh dibaca sebagai alegori pencarian spiritual, di mana cinta manusia menjadi cermin kepada cinta ilahi yang tak tercapai.

Pak Samad menggunakan gaya penulisan yang fragmentari, introspektif, dan penuh simbolisme dalam novel ini. Naratifnya tak linear, dan watak - wataknya sering berbicara dalam monolog dalaman yang mendalam. Ini mengingatkan aku kepada gaya James Joyce dalam Ulysses dan Virginia Woolf dalam To the Lighthouse yang menekankan kesedaran dalaman dan aliran fikiran.

Pak Samad juga bermain dengan ruang antara realiti dan metafizik, menjadikan cinta sebagai sesuatu yang tak dapat dijelaskan sepenuhnya. Novel ini juga mempunyai elemen eksistensialisme - di mana watak-watak bergelut dengan absurdi pilihan dan makna hidup. Permukaannya tampak mengarut, tapi ia wujud, dan kewujudan itu dirai oleh karyawan - karyawan agong seperti Pak Samad.

Intipati yang aku peroleh pada pembacaan kali ke-paling focus ini antaranya:

1. Cinta tidak semestinya berakhir dengan penyatuan; boleh jadi ia adalah proses kehilangan dan penemuan diri. Pilihan dalam hidup juga sering bertentangan dengan janji dan harapan.
2. Fahiyaton berkahwin bukan atas dasar cinta, tetapi atas tekanan dan keadaan. Dia mengetepikan soal kebahagian, dan mendahulukan kelangsungan hidup.
3. Fansuri pula bukan hanya mencari Fahiyaton, tetapi mencari dirinya sendiri dalam dunia yang tidak pasti.
4. Seperti puisi sufi, cinta dalam novel ini adalah bayangan sesuatu yang lebih tinggi, tetapi tidak dapat digapai.

Aku telah cuba sedaya upaya menafsir karya ini melalui pemahaman aku sendiri. Mungkin Pak Samad akan tertawa dengan kemerepekan aku tapi ini cara aku - kalau aku tak nampak ikan timbul, aku sanggup menyelam dengan pukat biarpun baru sahaja kenal sifat air.

Secara peribadi, ini karya Pak Samad yang menuntut pembaca untuk merenung, bukan sekadar membaca. Ia menolak naratif cinta yang mudah dan menawarkan lapisan makna yang kompleks. Sebagai SN, Pak Samad menulis bukan untuk menyenangkan, tetapi untuk mengganggu dan mencabar pemahaman kita tentang cinta, pilihan, dan kehidupan.

Jika kau juga seperti aku, gemar karya yang berakhir dengan open-ending, novel ini adalah medan tafsiran yang kaya. Ia tidak memberi jawapan, tetapi membuka ruang untuk perdebatan yang lebih dalam.

Sastera itu hidup kerana diperdebatkan, kan?

5 / 5 stars
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
November 19, 2017
Cinta Fansuri
Naskhah yang saya baca ini merupakan edisi santai terbitan Wira Bukit Sdn Bhd, cetakan kedua tahun 2008. Saya menyatakan rumah penerbitan dan tahun cetakan kerana saya difahamkan Cinta Fansuri mempunyai banyak versi, kulit keras dan kulit lembut, daripada pelbagai rumah penerbitan. Hal ini menunjukkan Cinta Fansuri adalah sebuah naskhah dalam kelas tersendiri, dihargai dan disanjung oleh ramai pihak.
Cabaran Bacaan 32 anjuran Buku Jalanan Titi kali ini benar-benar menepati maksud ‘cabaran’. Kami semua diminta untuk memilih sebuah buku yang melebihi 151 mukasurat, kemudian menghabiskan bacaan dalam masa 24 jam. Setelah tamat bacaan pula, kami diminta untuk menghasilkan sebuah ulasan bagi buku tersebut ditambah dengan sebuah lagi ulasan tentang buku yang sudah dibaca sepanjang cabaran yang dirasakan wajar untuk dibaca sama oleh orang lain. Ternyata, pihak penganjur benar-benar serius untuk hanya memilih yang terbaik bagi dinobatkan sebagai juara dalam cabaran ini.
Saya masih teringat peristiwa sewaktu berkunjung ke sebuah kedai (stor?) buku terpakai di Puchong. Pemiliknya menegur saya sewaktu menghulurkan Cinta Fansuri bersama buku-buku lain untuk membuat bayaran. “Cinta Fansuri ini sukar dibaca. Saya tak faham jalan ceritanya.” Saya sekadar menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya. Komen tersebut mungkin sekadar cara pemilik itu berbasa-basi dengan pelanggan. Sewaktu cabaran ini diumumkan, gerak hati saya kuat mengarahkan supaya memilih Cinta Fansuri. Entah mengapa, komen pemilik kedai buku yang sekadar angin lalu itu tiba-tiba berbekas dalam ingatan. Ia semacam memberikan sebuah persepi bahawa, ya, Cinta Fansuri adalah naskhah yang sukar difahami. Saya memulakan bacaan dengan persepi itu di minda.
Novel ini bercerita tentang Fansuri, anak Melayu yang membawa diri bersama hati yang kecewa ke Paris dan menetap di sana selama hamper tiga dekad. Cinta tulusnya kepada Fahiyaton dibalas dengan penolakan kejam selama tiga kali dalam tempoh yang panjang, walaupun Fansuri sering mendengar ikrar cinta Fahiyaton pada awal percintaan terngiang-ngiang saban waktu. Benar-benar menyakitkan. Ini kisah cinta utama.
Seterusnya, novel ini turut menghidangkan kita kisah cinta Bambrio, tenaga pengajar bengkel menulis cerpen sejarah bersama Ratna Murni, dosen Universitas Gadjah Mada. Kasih Bambrio ditolak kerana Ratna Murni merasakan dia memiliki persepektif cinta yang rumit. Tidak berjejak.
Dalam masa yang sama, pembaca dibawa untuk merasai kisah cinta antara Damri dan Wan Siriyah. Damri selaku penggerak utama novel adalah tenaga penagajar bengkel cerpen sejarah, seperti sahabatnya Bambrio. Damri pernah mengisyaratkan rasa hatinya kepada Wan Siriyah tetapi Wan Siriyah seperti sengaja mahu mengalihkan kepada topik yang lain. Atas kuasa cinta, Damri menyanggupkan diri untuk memenuhi permintaan Fahiyaton mencari Fansuri di Paris, meninggalkan tugas hakiki sebagai tenaga pengajar bengkel. Damri langsung tidak menghiraukan suasana Perang Teluk yang semakin membahang, memungkinkan nyawanya melayang.

Seperti tidak cukup dengan tiga kisah cinta pelbagai warna, kita dihadapkan pula dengan Kisah cinta lelaki Edang Epala, datuk kepada nenek 92 tahun yang sentiasa memulakan setiap perkataannya dengan huruf vowel, sehingga terbunuhnya ‘Uan Icad Ussel’. Kisah pertarungan merebut cinta di antara anak tempatan dengan lelaki Inggeris yang terkorban, dan mayatnya didapati terapung di sisi beberapa buah tembulus.
Cinta Fansuri adalah sebuah hikayat cinta yang dibina secara konvensional, permulaan-perkembangan-peleraian. Tetapi plotnya saling bertindihan. Ceritanya dianyam dengan tali benag penuh seni juga misteri. Ia membingungkan tetapi memuaskan. Saya telah memfokuskan sehabis daya untuk memahami setiap plot novel, terus menyangka saya sudah menguasai jalan cerita Cinta Fansuri.
Ah, ternyata saya silap. Permulaan dan pengakhiran novel yang tidak sampai sepertiga mukasurat itu telah menghenyak saya terdiam di kerusi duduk. Tiada konklusi pasti. Agaknya Pak Samad memang sengaja membiarkan teka-teki itu terus bergerak di minda pembaca.
Novel ini ditulis daripada pelbagai sudut pandang. Ada bahagian yang menggunakan “aku” sebagai pencerita. Ada juga yang menghalakan cerita dengan menggunakan “dia”. Naratif dalam pelbagai bentuk ini seperti kepingan jigsaw puzzle, terkadang mempunyai bentuk dan warna seakan sama. Pembaca perlu teliti dan bijak untuk meletakkan kepingan puzzle pada tempatnya untuk mendapatkan gambaran keseluruhan. Sayangnya, walaupun setelah semua kepingan puzzle disusun, gambar yang terhasil pula menjemput kepada pelbagai tafsiran.
Banyak elemen menarik dalam Cinta Fansuri. Pak Samad ada berbicara tentang konflik Saddam Hussein dan Bush dalam Peranfg Teluk. Krisis antara Iraq dan Kuwait. Perihal Di Negeri Belalang karya Anwar Ridhwan juga dimasukkan. Pak Samad turut menurunkan beberapa pandangan beliau terhadap sastera, yang menjadikan naskhah ini multi-ilmu.
Mungkin saya tidak berpuas hati kerana saya tidak memahami Cinta Fansuri, tetapi saya tetap jatuh cinta dengan langgam bahasa Pak Samad yang indah dan berseni.
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
Read
February 26, 2019
Langit keruh Aku terpengaruh.
Membaca versi terbitan PTS POP. Saya mencuba berat atau pak samad? Lokasi yang beralih, nama nama yang dipetik. Saya cuba dan cuba 179 mukasurat, tidak ditemui sinopsis cinta tersebut. Apa yang ada hanyalah gerak gerak ingatan dan dialog dialog imbau semula bercerita tentang keluh pada kejadian dunia, bicara sastera dan ..... terlalu banyak nama dan watak, dan Fansuri tidak saya jumpa hingga akhir.

Profile Image for Abdul Hakim Abdul Basir.
30 reviews5 followers
January 24, 2011
Sukar mengikuti karya ini jika dibaca sambil lalu seperti novel biasa yang lain. Ianya sarat dengan cetusan rasa watak rekaan Pak Samad, setiap naratif amat berkait rapat dengan latar belakang watak-watak tersebut. Penuh falsafah, penuh cadangan buku yang nampaknya cuba diketengahkan oleh Pak Samad untuk turut dibaca oleh pembaca sekalian dan turut merakam pop culture kontemporari sewaktu novel ini dikarang iaitu awal 90-an selepas Iraq menawan Kuwait. Cuba cari bagaimana nama Awie telah diabadikan Pak Samad di dalam karya ini.

Watak 'Aku' bersama Milyukadar misalnya, adalah paling mencabar untuk dibaca. Pertembungan 'Aku' dengan watak-watak sekelilingnya juga terasa aneh dan luar biasa. Dalam sekali pembacaan saya, saya masih gagal untuk mengagak apakah pekerjaan 'Aku' yang sebenarnya. Adakah dia ekologis seperti Milyukadar atau teman yang turut serta sahaja? (Later it was revealed that 'Aku' has a strong relation to another character known as Damri)

Damri juga seorang yang amat kompleks sesuai dengan wataknya yang dinukilkan sebagai seorang penulis, seniman dan penolong pengarah. Tercampak ke bumi Camus dan Sartre, setelah dipujuk oleh seorang wanita, dia memulakan pencarian menjejak Fansuri, satu kembara yang berkali-kali disampaikan kepada Bambrio sebagai 'sesuatu yang mungkin hanya terjadi di alam fiksi sahaja'.

Adakah Pak Samad cukup 'terganggu' dengan novelet Anwar Ridhwan Di Negeri Belalang sehinggakan karya ini dijadikan rujukan Damri semasa mempertahankan novel keempatnya? Adakah Pak Samad ingin mengulangi kejayaan novelet tersebut dalam menggabungkan pertindihan alam real dan dunia fiksi? Mana satukah bab-bab di dalam Cinta Fansuri itu real dan mana satukah cuma fiksi? Itu diserahkan Pak Samad dengan bijak kepada pembaca untuk menilainya.

Saksikan Bab 1 dan Bab 19 (Bab terakhir); saya pasti ramai yang terkeliru siapakah 'Dia' tersebut. Kata 'Dia' itu sendiri sengaja ditulis untuk memberikan kesamaran kepada watak. Ianya bukan seperti kata 'He' atau 'She' dalam Bahasa Inggeris, yang mana sedikit sebanyak mungkin boleh membantu untuk meleraikan kekusutan siapakah 'Dia' yang sebenarnya?
Profile Image for Muadz Mohd Haslan.
22 reviews5 followers
January 19, 2023
Rating: 3.5\5

Pembacaan ketiga karya A Samad Said selepas novel Hujan Pagi dan cerpen Tasik Syahdu. Pembinaan dan struktur ayat penulis penuh gramatis sehingga membuatkan saya mengulang dua atau tiga kali baca sesetengah ayat.

Karya Pak Samad ini kurang sesuai untuk dibuat sebagai bacaan 'ringan' kerana pembinaan plot cerita Cinta Fansuri ini banyak mengisahkan dan menekankan kisah sebuah kesulitan, malah boleh dikategorikan sebagai kesengsaraan Fansuri untuk menikmati dan merasai perasaan bercinta itu semula tatkala beliau pernah dicurangi oleh Fahiyaton pada suatu ketika dahulu.

Di samping penulis juga mengetengahkan beberapa watak yang sungguh menjiwai sesebuah karya dan seni. Penghayatan daripada setiap satu watak itu sangat memberi impak pada saya.

Pendapat peribadi saya, saya banyak termenung selepas menghabiskan novel ini kerana saya tidak dapat menyingkap kisah-kisah sesetengah watak kerana ada bab yang Pak Samad menggunakan gelaran 'aku'. Watak 'aku' ini dikisahkan penulis sebagai kawan rapat Milyukadar. Watak tersebut kadangkala menyerupai watak Damri yang di utus oleh Wan Siriyah untuk mencari Fansuri di negara 'Kota Romantis', akan tetapi ini hanyalah sekadar sangkaan saya sendiri.

Saya mengesyorkan novel ini kepada mereka yang ingin mendalami dan menulusuri keindahan pembinaan plot cerita yang dirangka oleh Pak Samad kerana novel ini kurang sesuai untuk dibaca sebagai bacaan 'ringan'.
Profile Image for Shahrulrock.
69 reviews
August 14, 2009
Kegilaan pada watak Fansuri.Hampir-hampir menamakan putera sulung dengan nama Fansuri.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
March 8, 2018
suatu demensi yang gagal saya tembusi untuk diambil falsafah dan hikmah.Tamat buku ini saya termenung menjangkau.Yang terselisih di benak saya hanyalah kisah cinta yang tidak kesampaian.3 bintang bukanlah untuk pak samad.3 bintang merujuk kegagalan saya menemui pak samad yang berada di bintang kelima.
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
June 18, 2012
Saya harus mengakui bahawa saya tamatkan pembacaan buku ini tanpa memahami sepenuhnya maksus penulis. Aduhai, tak tercapai akal saya memahami falsafah cerita di sebalik cerita yang disampaikan.
Mungkin sebab saya membacanya berperingkat-peringkat, jadi kurang penghayatannya.
Profile Image for lost soul.
49 reviews10 followers
April 10, 2013
Membaca karya A.Samad Said, karya mantan sasterawan negara merupakan sesuatu yang baru dan menyeronokkan bagi saya.

Jalan ceritanya unik dengan latar belakangnya yang juga unik. Begitu juga dengan pemilihan nama-nama watak, rasanya seperti bukan membaca karya dari Malaysia. Haha. Lagi satu, sejurus membaca karya ini, saya jadi terikut-ikutan berminat dengan antropologi. Mungkin boleh dimasukkan minat ini dalam impian no.4 hoho.

Cumanya salah satu perkara saja yang menjadi teka-teki. Penamatnya membingungkan saya. Tidak tahulah samada saya ini terlalu lurus bendul dalam arena penulisan atau memang penulis sengaja mahu menyamarkan jalan akhir cerita dan bertindak merangsang penulis untuk berfikir. Ada sesiapa yang baik hati mahu menjelaskan kepada saya? Jasa anda amat dihargai :)

Saya teringat kata-kata penulis dalam novel ini; Cinta mempunyai wajah dan hati yang aneh, diyakini tidak berkasta, tidak berbangsa. Dapatkah saya aplikasikan semua ini dalam setiap buku yang ada? Mungkin boleh.

Salam dan selamat menjamu mata dan fikiran.
Profile Image for Anis Noh.
56 reviews1 follower
October 31, 2020
This book is about tragic love and Gulf War. Love to the country, to the arts and passions. A bit complicated i must say, especially this is my first time reading his book. But the words are so soothing. The language used was really comfort me even the story, at first, I don't really understand. But when i keep reading, i can catch the gist. Such a beautiful masterpiece.
Profile Image for Teruna  Wangi.
4 reviews2 followers
Read
March 3, 2012
I am challenging myself to read Malay fiction by reading this book. Initially, it was quite a strenuous task reading this book as the character's name sounds a bit foreign to me though most of them are in Sarawak/Sabah.

Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
June 19, 2012
susah untuk dimengertikan maksud sebenar, atau laras yang diperlukan untuk memahami mesej penulis. Apa pun, harapnya pencerahan akan datang selepas perenungan dan diskusi lanjut dengan mereka yang lebih memahami.
Profile Image for Nik Hafiz.
2 reviews1 follower
May 4, 2020
Satu bentuk 'kepuasan' seusai tamat pembacaan Cinta Fansuri.

Tidak hanya cinta Fansuri dan Fahiyaton sahaja, kita diberikan juga kisah cinta Damri dan Wan Siriyah, Bambrio dan Ratna Murni. Tambahan pula dengan banyaknya watak-watak dalam novel ini dan plot yang tidak tersusun menjadikan Cinta Fansuri hampir sukar difahami secara tepat.

Membaca Cinta Fansuri ibarat menyusun jigsaw puzzle untuk membentuk sebuah gambar. Tapi akhirnya kita akan terduduk dan bingung. Kerana kita sendiri tidak dapat menerka gambar apa yang terhasil.

Terima kasih Pak Samad untuk kepuasan imaginasi ini.
Profile Image for Ira Nadhirah.
601 reviews
November 29, 2014
Langit keruh, aku terpengaruh. Buku seperti ini aku kategorikan sebagai buku yang perlu dibaca berulang kali baru dapat apa yang disampaikan penulis. Dengan sekali pembacaan, sampai ke penghujung, aku yakin kau tetap akan sesat barat tanpa arah tuju. Watak yang banyak. Jalan cerita yang melompat-lompat. Sememangnya memerlukan tahap fokus yang tinggi. Mungkin pemilihan bahan bacaan yang salah pada waktu yang salah barangkali. Dilarang membaca buku ini ketika di dalam dilema. Sekian.
Profile Image for Zehan Ilyana.
82 reviews15 followers
May 4, 2012
cerita ini sangat sukar dihadam... memerlukan pemahaman yang baik...ah, penulisnya pun sasterawan negara kita... mungkin kerna itu, bahasanya sangat tinggi...
membacanya di kala umur 17, memang sangat mencabar minda dan pemahaman...
Profile Image for Raden.
56 reviews9 followers
August 30, 2013
Penulisan yang sangat baik dan bagi penggemar bahasa yang baik, inilah buku yang bagus untuk dibaca. Bagi mereka yang gemar membaca buku yang berbahasa pasar dan bahasa kurang adab, ini bukanlah buku untuk mereka.
Profile Image for Naliza Fahro-Rozi.
298 reviews13 followers
February 26, 2019
Jarang-jarang berlaku percintaan seganjil ini.

Bermula di bengkel seni di Malaysia, dalam pedih perpisahan di Singapura, gelora resah kehidupan di Perancis, Cinta Fansuri menghantar sebuah kisah cinta yang sangat aneh, menyentuh dan falsafi.
Profile Image for Amal Hamsan.
24 reviews5 followers
Read
May 13, 2015
Bahasa yang terlalu tinggi. Sangat mengambil masa untuk habiskan setiap bab yang ada. Beberapa kali aku terpaksa ulang dan ulang supaya dapat paham betul macam mana watak dikendalikan.
35 reviews1 follower
July 27, 2014
Payah nak habis,
Payah nak hadam!
atau mungkin aku yang terlalu lemah untuk habiskan novel hebat ini.
Profile Image for Ema.
1,113 reviews
August 23, 2018
3 cerita yang berbeza dan berlainan kekuatan. Ending yang dibiar tergantung memang menarik
Profile Image for Sahira Basirudin.
11 reviews
February 12, 2017
Begitu banyak peristwa yang tidak terhuraikan di dalam buku ini. Mungkin sengaja A Samad Said biarkan begitu agar pengakhirannya dapat diterka-terka sendiri oleh pembaca. Satu bacaan yang bagus dengan gaya penulisan yang amat menarik.
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
March 1, 2012
"Cinta mempunyai wajah dan hati yang aneh."

Cinta memang aneh. Bermula dengan satu bengkel, Damri jatuh cinta dengan Wan Siriyah lalu bersetuju meninggalkan bengkel di Keningau untuk ke negara Peranchis mencari Fansuri untuk makciknya, Fahiyaton yang sedang sakit.
Profile Image for Fuad Syazwan Ramli.
52 reviews5 followers
May 18, 2015
Tidak pasti Pak Samad menulis novel pendek ini untuk bercerita seperti kebiasaan, atau sekadar menguji kehebatan bahasanya.
Profile Image for Hae-nim.
6 reviews3 followers
June 2, 2012
Kesungguhan dan tahap fokus yang tinggi diperlukan untuk menghabiskan buku ini. Langit keruh, aku terpengaruh? :)
Profile Image for Hijrah.
62 reviews4 followers
October 24, 2012
wajah cinta, situasi cinta, perang cinta, prioriti cinta.
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.