Jump to ratings and reviews
Rate this book

Al-Quran untuk Kita

Rate this book
“Macam mana nak rasa dekat dengan al-Quran?”
“Aku nak sangat faham al-Quran, tapi tak tahu nak mula dari mana.”

Sejak kecil, kita diajar yang al-Quran perlu dihormati dan dijaga, kerana kedudukan kalamullah ini sangat istimewa dalam hati setiap Muslim. Tidak cukup sekadar membaca, menjadi cita-cita tertinggi kita untuk dapat berinteraksi dengan ayat-ayatnya.

Namun ramai berhenti mencuba apabila merasakan ilmu al-Quran terlalu tinggi. Mereka rasa tidak mampu, bahkan rasa tidak layak untuk memahaminya.

Jadi bagaimanakah caranya untuk mendekati al-Quran?

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Yang menjadikan al-Quran ini istimewa adalah apabila kita sedar bahawa ia petunjuk buat semua manusia - termasuk diri kita. Setiap daripada kita mampu mendekati dan memahaminya, setelah kita mengenali dan mencintainya.

Melalui buku ini, penulis membawa kita menelusuri jalan untuk berkenalan semula, jatuh cinta, dan akhirnya tetap setia bersama al-Quran. Dengan penjelasan menyentuh jiwa, beliau meyakinkan kita bahawa al-Quran itu sememangnya untuk kita.

246 pages, Paperback

First published May 26, 2023

24 people are currently reading
60 people want to read

About the author

Muzuza

5 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (60%)
4 stars
18 (30%)
3 stars
6 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
June 19, 2023
Buku ini buat mereka yang mencari-cari makna bahagia dan apa keterkaitannya dengan Al-Qur’an.

Buat mereka yang hatinya terasa kosong dan tidak tahu, apa yang hilang.

Kalau ada sesiapa yang sedang mencari makna bahagia, buku ni antara yang saya akan rekemen kepada mereka.

Khas buat jiwa yang terasa kosong tapi tidak tahu, apa yang hilang.

Selalu juga saya tertanya, “Macam mana ya cara nak tadabur Al-Qur’an?

Bestnya dalam buku ni, kita dibentangkan dulu dengan ilmu asas, sebelum kita mentadabur Al-Qur’an. Kemudian penulis beri tips praktikal, teknik mentadabur Al-Qur’an dengan cara yang lebih berkesan.

Puitisnya bahasa Muzuza, sampai saya rasa susah nak lepaskan buku ni. Berbunga-bunga rasa cinta terhadap Al-Qur’an semasa dan selepas baca.

Yang menariknya, penulis juga membincangkan persoalan-persoalan umum yang selalu beliau terima. Antaranya, tentang hal khatam al-Qur’an di bulan Ramadan, membaca atau mentadabur Al-Qur’an?, bagaimana ayat Al-Qur’an juga meraikan perasaan kita sebagai manusia.

Saya suka sebab pada akhirnya, buku ni tunjuk bahawa Al-Qur’an memang ditulis untuk kita semua. Tanpa mengira status, taraf keimanan, ilmu, dan sebagainya.
Profile Image for KakEllereads.
131 reviews14 followers
October 12, 2023
Suka gaya penulisan buku ini kerana memberi panduan kepada pemula atau 'newbie' yang baru mahu berjinak dalam memahami Al-Quran.
Penggunaan bahasa yang tidak meleret dan padat amat membantu pembaca dalam memahami adab serta cara mempelajari Al-Quran.
Analogi atau contoh yang digunakan dalam buku ini juga senang untuk diaplikasikan.
Profile Image for Syazwina Johari.
76 reviews11 followers
November 3, 2023
Pertama kali saya membaca buku daripada ustaz Muzuza dan bagi saya penulisan beliau tak mengecewakan.

Tujuan utama buku ini dituliskan adalah untuk membentuk pemikiran dalam seluruh mukmin bahawa Al-Quran itu sesuatu yg tidak asing dan tidak jauh dlm hidup kita. Malah sesuatu yg patut menjadi sgt dekat dgn kita, setia menemani saban hari.

Jikalau kita ada perasaan atau pemikiran yg merasakan kita tidak layak untuk mempelajari isi kandungan Al-Quran atau Al-Quran ini khusus buat para alim ulama semata maka buku ini untuk kita. Insyaallah buku ini dpt membuka minda dan mata sedikit sebanyak akan mengapa Al-Quran ini untuk kita semua, walau kita tidak mempunyai pengajian khusus dalam bidang agama atau berasal daripada keluarga yang arif hal ehwal agama.


Nak jatuh cinta lebih lagi dengan Al-Quran lagi-lagi buat mereka yang baru ingin memulakan langkah dalam fasa mencintai kitab ini, buku ini insyaallah dapat memudahkan proses jatuh hati itu nanti
Profile Image for asmaatj_.
36 reviews
July 10, 2024
Bacaan yang menginsafkan dan memberi motivasi kepada pembaca untuk bersabar dengan diri sendiri dalam menghadapi “kesakitan” superficial dalam proses bertaamul dengan al-Quran. Setiap detik dalam proses tersebut pun merupakan satu bentuk kebaikan yang Allah pandang. Juga mengingatkan pembaca hakikat keagungan al-Quran yang menjadi sumber ketenangan kepada jiwa yang mencari.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
September 8, 2023
Rating sebenar : 4.4/5.0⭐️


Menarik perumpamaan-perumpamaan yang diberikan oleh penulis dalam hendak memudahkan pembaca memahami situasi tertentu. Struktur ayat juga mudah difahami.
Profile Image for 12ari.
37 reviews
March 28, 2024
ramadan read gitu.. a lot of repetitive points but okla learned a thing or two
Profile Image for Meni (Menirary).
98 reviews1 follower
April 3, 2025
Sgt membantu saya dlm mendapatkan gambaran keseluruhan (overview) tentang al-quran sebelum sy mulakan aktiviti tadabbur peribadi.
Profile Image for Nisa.
31 reviews
November 17, 2025
Untuk first step to get close- maybe yes. Mungkin footnotes kena lebih terperinci.
Profile Image for najah samser.
42 reviews1 follower
June 24, 2024
Buku ini bagus untuk orang yang nak kenal Al-Quran

Buku ni juga bagus untuk orang yang berfikir-

“Aku ni tak baik, tak reti baca nanti tambah dosa je kalau salah baca”

“Kenapa kena baca Al-Quran?”

“kenapa baca Al-Quran itu menenangkan hati kita?”

Al-Quran ni bukan sahaja menceritakan hukum hakam, seksa azab neraka, ia juga menitikberatkan tentang emosi manusia. jadi memang, untuk kita semua 🌸

Allah banyak pujuk kita dalam Al-Quran, banyak kisah kisah nabi yang dapat ujian yang dasyat dalam Al-Quran yang mungkin dapat kita relate kan dgn kehidupan kita.

kita rasa takut, bimbang, resah, marah. tapi dengan kisah kisah tu Allah pujuk kita jangan takut jangan sedih. Macam mana Allah pujuk kita sampai hati ini rasa tersentuh? Kenalah baca buku ini :D

Buku ni semua ok cumanya banyak repetitive points. Tapi pengisian buku ni semua bagus, penerangan dan analogi pun baik. bagus untuk newbie juga. banyak yang saya dapat.


Alhamdulillah, Terima Kasih Ustaz Muzuza atas penulisan buku ini.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.