Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pada Hangatnya Secangkir Teh

Rate this book
Kisah minum teh di tanah sendiri dan tanah orang

Teh daripada tangan orang tersayang akan terasa manis walaupun tanpa gula. Manisnya tersisa ke hati, hangatnya sampai jadi kenang-kenangan. - Tanah Kecil

Pada satu sudut saya dapat melihat bukit bukau yang diselimuti kehijauan pokok-pokok teh menyerupai badan naga yang sedang tidur lena. – Tanah Besar China

Ketika kuliah di Taksim, kadang-kadang saya minum air daripada paip wuduk di masjid untuk melegakan tekak. Jadi, teh daripada tangan seseorang sangat bermakna bagi saya. – Tanah Turki

... nabat ini seperti kristal sama ada berwarna jernih, kuning, atau warna terang lain. Nabat dicelupkan dalam air teh, aduk ikut kadar manis yang diingini. Keluarkan dan letakkan di atas piring. - Tanah Parsi

.... sang suami menambah kayu pada pemanas. Sambil menjerang air panas, si isteri memanaskan lauk sayur dan membakar roti. Makan bersama di atas seperah di hadapan pemanas. Minum teh berulang kali. – Tanah Musim Dingin Balkan

Roti canai mesti terbaik dan teh tarik wajib sedap. Sukatan teh mesti tepat, warnanya oren cemerlang, buih tebal dan rasa lemak susu pekat. – Di Anjung Sanglang

232 pages, Paperback

Published May 1, 2023

1 person is currently reading
5 people want to read

About the author

Nilam Tang

9 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (63%)
4 stars
4 (36%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Zalila Isa.
Author 14 books54 followers
June 2, 2023
Nilam Tang bukanlah penulis yang prolifik jika dibandingkan dengan pengalaman kembaranya ke sana sini. Namun, sesekali menulis itulah, bakat penulisannya terserlah. Mula mengikuti penulisan Nilam ketika membaca cerpennya tentang buku dalam antologi Rak Buku Ruang Tamu terbitan Dua Penulis dan Metromedia. Terus jatuh cinta dan sebagai editor/penyelenggara naskhah itu, saya menggunakan kuasa mutlak meletakkan cerpen Nilam itu sebagai cerpen pertama pembuka tirai antologi.

Kemudian, beberapa siri tulisan Nilam saya ikuti sehinggalah yang terkini, kembara teh Nilam yang disulami pelbagai cerita menarik. Dalam buku ini, Nilam bersahaja ketika mencatatkan setiap perjalanannya ke Tanah Besar China, Turki, Parsi, Balkan, Cameron. Setiap negara/lokasi yang dijejaki menyimpulkan cerita teh yang terasa hangat ketika dibaca (walaupun saya bukan penggemar teh).

Apatah lagi cerita dari tanah kecil belakang rumahnya, kebun bapak dan anjung Sanglang yang tentunya menyimpan banyak rahsia keluarga, rahsia aktiviti harian yang menyentuh pelbagai topik. Bukan sahaja tentang keluarga pendiri kebun dan pencinta teh itu sendiri, malahan orang-orang yang menyinggah ke teratak dan kafe kecil mereka, membawa cerita dari setiap pelosok dunia ke daerah kecil Nilam.

Membaca buku ini bukan sahaja menyebabkan saya kembali mencicip teh tanpa gula atau paling mudah teh Boh kurang manis 3 dalam 1 yang popular di Malaysia, tetapi juga mencipta azam -

... bukan, bukan untuk berkebun ... tetapi lebih peka, lebih cinta dan lebik cakna tentang kenangan yang tercipta dalam setiap jejak langkah kita.

Tahniah Nilam untuk sebuah buku yang menghangatkan keinginan untuk kembara dan pulang ke tanah sendiri.
338 reviews15 followers
June 17, 2023
Jatuh cinta "Pada Hangatnya Secangkir Teh. Jauh perjalanan hidup dan berbagai destinasi dengan ditemani secangkir teh. Teh memainkan peranan - menghubungkan keluarga, persahabatan lama dan baru juga jambatan ilmu.

Sisipan kisah hidup yang agak sukar pada saya menambahkan lagi kehangatan teh pada penulis. Sekali sekala terasa bergenang air mata membaca buku ini. Dalam kisah hidup orang lain ada ibrah untuk kita juga.

Destinasi beraneka. Bahan-bahan teh juga beraneka. Bukan sahaja daun pucuk, bunga dan buah juga boleh dibuat teh. Budaya membancuh teh juga beraneka.

Buku yang akan saya ulang baca!
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
June 27, 2024
Pada setiap hirupan teh, ada ceritanya.

Penulis berkisah tentang pengalaman-pengalaman yang berkisar tentang teh. Sama ada tentang teh itu secara literal, ataupun peristiwa-peristiwa yang terjadi semasa teh menjadi hidangan.

Saya bukan peminum tegar, baik teh atau kopi. Apa saja yang menghilangkan haus, saya minum. Air suam cukup bagi saya. Jadi saya bukan orang yang mahu diajak bicara hal-hal teh atau kopi.

Kopi tidak pernah saya minum semenjak kecil, dengan alasan dangkal "takut hitam" dan akibatnya kekal sehingga ke hari ini. Walaupun kulit tetap tak cerah tanpa setitik kopi pun dihirup. Kah kah kah!

Teh, perlahan-lahan saya terpaksa tinggalkan. Kesan kafein dalam badan, amat menyeksa. Sekali seminggu, atau sekali dua minggu. Cukup, buat rasa-rasa.

Jadi keterujaan saya membaca buku ini hanyalah tertumpu kepada kisah di sebalik secawan teh, kisah hidup yang menjadi pedoman dan kenangan.

Kisah waktu kecil penulis bersama keluarga, kisah-kisah pertemuan dengan pengembara berbasikal di kedai kecil beliau di Sanglang, kisah pertualangan di negara orang; semuanya menarik untuk dibaca. Jadi teruja, jadi leka sekali-sekala apabila terheret emosi.

Penulisan beliau baik. Teratur dan lancar untuk ditelaah.

Tahniah Nilam, untuk sebuah buku yang menarik.

Kalau boleh saya sarankan juga, kalau ada yang mahu membaca kisah "teh" yang menjadi kesukaan saya sehingga hari ini, carilah Secangkir Teh Pengubat Letih, tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jalil. Buku yang menginspirasi saya sehingga akhirnya turut menjejak kaki ke Turki.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
November 22, 2023
Travelog ini amat menarik untuk dikongsikan. Penulis bercerita tentang pengalamannya menikmati teh di pelbagai negara seperti Turkey, China dan tanah air tercinta Malaysia.

Fokusnya tentang teh, bagaimana masyarakat di tempat tersebut menikmati teh, cara penyediaan dan bila teh akan dihidangkan.

Teh juga dikenali dengan pelbagai nama mengikut tempat tersebut. Rasa dan haruman juga berbeza mengikut jenis teh yang ada.

Saya seronok membaca cerita penulis, tak sangka banyak perkara tentang teh yang dapat saya ketahui melalui travelog ini.

Kehangatan teh itu dapat dirasai dan dinikmati dengan macam-macam cara. Teh dihidangkan untuk tetamu sambil berbual mesra.

Selepas membaca buku ini, saya lebih menghargai teh dan aromanya.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.