Jump to ratings and reviews
Rate this book

Miss Princess Bodyguard

Rate this book
Puteri Tiara Elegana Raja Kacaka V, satu-satunya puteri dan anak tunggal di sebuah pulau diraja Wantuseom. Pulau vulkanik yang terletak di Lautan Pasifik. Terkurung sejak lahir sehingga kini berusia remaja, membuatkan perasaan baginda membuak-buak untuk melarikan diri dan menjelajah dunia luar. Tambahan pula ramai rakan sebaya yang mula berhijrah ke luar negara untuk mencari peluang pekerjaan.

Negara Wantuseom dikenali sebagai pulau pelabuhan selama beratus tahun dan tidak menjadi tarikan pelancong. Kerajaan patut berusaha membangunkan pulau supaya terkenal di mata dunia. Usahasama dengan negara luar amat diperlukan untuk menarik pelancong luar terutama golongan muda.

Suatu hari, Puteri Tiara mendapat peluang keemasan. Bersama pengawal peribadi muda yang juga merupakan pengasuh baginda, Olga Bronya yang berasal dari Dagestan, Rusia. Mereka berdua berjaya melarikan diri dan menuju ke kapal diraja. Tetapi mereka berdua tersilap langkah, memasuki sebuah kapal kargo!

Adakah Puteri Tiara dapat jelajah dunia seperti yang diharapkannya? Dapatkah pengawal peribadinya melindungi baginda dari marabahaya di luar sana?

128 pages, Paperback

First published May 25, 2023

2 people are currently reading
5 people want to read

About the author

Alam Anuar

11 books7 followers
@ Hazlam Anuar

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (30%)
4 stars
2 (20%)
3 stars
5 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
July 4, 2023
Tajuk: Miss Princess Bodyguard
Penulis: @alamanuar
Penerbit: @bukubookiut

Perasaan membuak-buak yang ada dalam diri Puteri Tiara Elegana Raja Kacaka V untuk keluar dari pulau diraja Wantuseom untuk melihat dunia luar semakin membara-bara apabila Puteri Tiara mengetahui Negara Wantuseom akan berurusan dengan negara luar.

"Bagus! Peluang untuk beta keluar dari istana dan jelajah dunia asing"

Maka demi mencapai kemahuannya itu, Puteri Tiara bersama dengan pengawal peribadinya iaitu Olga melarikan diri dari istana. Namun malang tidak berbau. Mereka berdua tersalah naik kapal ‼️ Yang mereka naiki itu ialah kapal kargo -- berlabuh di Pulau Jeju - bakal menghadapi taufan. Apakah nasib yang akan menimpa Puteri Tiara & Olga?

Sebuah cerita pengembaraan yang penuh dengan liku-liku & perasaan teruja. Bayangkan seorang manusia yang hidup terkurung dari kecil. Keluar dari kepompong dan bebas menjelajahi pelbagai tempat, menikmati keindahan alam, berjumpa dengan ramai orang & melakukan aktiviti yang tidak pernah dilakukannya. Puteri Tiara memang keluar dari comfort zone beliau 🔥‼️

Tambahan pula ditemani oleh seorang bodyguard yang serba boleh iaitu Olga. Puteri Tiara menjadi ekstra selamat. Perkenalan antara mereka dengan Najat sekeluarga menjadi bertambah menarik. Disitu bermulanya penjelajahan sebenar (ke Puau Jeju) Puteri Tiara. Olga mengalami kecederaan dalam misi jelajah mereka & tanggungjawab menjaga Puteri Tiara diberikan pada Najat. Tapi .. banyak perkara yang tidak diingini terjadi...

Banyak betul info menarik, kosa kata baru, pengenalan terhadap tempat di Korea dan lain-lain dalam buku ini. Storyline tersusun. Penulis sehabis baik memasukkan info (fakta) tersebut tanpa mengacau jalan cerita sebenar. Cuma saya kira bila terlalu banyak info. Ianya jadi sedikit sarat. Tapi tidak mencacatkan cerita. Kita yang panik bila Puteri Tiara dalam bahaya em.

For those yang nak baca cerita adventure di Korea. Sila dapatkan buku Miss Princess Bodyguard okay? Dan kalau ditanya ada kesinambungan ke dengan Miss Princess Hanbok? Nope. Tiada. Jadi beli la dua-dua sekali. 👌🏻
Profile Image for Dayana Wong.
66 reviews7 followers
July 1, 2023
Lama tak baca buku kembara versi pendek tetapi sangat menyeronokkan! 😍

🔖Buku ini mengisahkan tentang seorang puteri remaja - Puteri Tiara Elegana Raja Kacaka V 👸🏻 yang terkurung di dalam istana sejak lahir dan tidak pernah melihat dunia luar kerana bagi ayahandanya - Raja Kacaka berpendapat ia akan meletakkan Puteri Tiara dalam bahaya!

📌Sehinggalah satu hari Puteri Tiara bersama ‘bodyguard’nya 🥷🏻- Olga, iaitu juga merupakan satu-satunya pengasuh, teman berbual dan bermain - mengambil kesempatan untuk melarikan diri keluar dari istana ketika Negara Wantuesom cuba menjalin hubungan pelancongan di dunia luar menggunakan kapal diraja.

📌Alangkah malangnya nasib Puteri Tiara dan Olga apabila rupa-rupanya mereka tersalah masuk kapal kargo dan bukannya kapal diraja! Lebih malangnya apabila mereka berlabuh di sebuah pulau di Korea Selatan, Pulau Jeju yang dikatakan bakal dilanda Taufan Super Nappeun denken kecepatan angin semaksimum 250 km per jam! ada juga berita yang melaporkan ramai pelancong di Pulau Jeju hilang 😱

‼️Fuhh! Tak dapat bayang bahaya yang bakal dialami oleh penduduk Jeju Island termasuklah Puteri Tiara dan Olga!

📌 Sepanjang penginapan Puteri Tiara dan Olga di Wangsil Palace Guesthouse 🏨, mereka telah dilayan dengan baik oleh Najat, Gongju dan Cef Wang. Najat juga merupakan ‘tour guide’ mereka selama 4 Hari 3 malam.

📌Misi jelajah Pulau Jeju merupakan pengalaman yang indah buat Puteri Tiara sehinggalah satu hari apabila Olga mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital, meninggalkan Puteri Tiara hanya di bawah jagaan Najat ke pantai kecil Geommeolle Beach - berita yang tidak diingini telah pun tiba! Hujan lebat yang turun menyebabkan Najat mencadangkan mereka bermalam di sana

📌Namun, atas kebimbangan rasa terkurung dan kedegilan Puteri Tiara, mereka tetap cuba pulang ke pelabuhan dalam keadaan ribut Taufan tersebut.

📌Dalam perjalanan pulang, bot yang dinaiki mereka dipukul kuat oleh ombak, dan tenggelam. Malang tidak berbau, Najat dan pemilik bot kembali terapung atas laut manakala Puteri Tiara tidak kelihatan dan dilaporkan hilang di dasar laut! 🤯 Ramai mangsa bencana Taufan Super Nappeun dikejar ke hospital. Melihat Najat tanpa Puteri Tiara di sisinya membuatkan Olga naik berang.

❓Apakah Puteri Tiara selamat daripada Taufan tersebut atau menjadi tebusan penculik? 🧐 Adakah ketegangan antara Olga dan Najat bakal diselesaikan secara aman? Semuanya bergantín pada nasib dan keselamatan Puteri Tiara…


🌟4.5

Buku yang ringkas tetapi sarat dengin ‘adventure’! Buku ini sesuai buat anda yang ingin menghilangkan stress dan nak ‘travel’ ke Pulau Jeju dalam masa yang singkat! Hehe 😙 Trust me, buku ni buat Dayana lapar sebab banyak pengetahuan tentang budaya makan orang Korea di Pulau Jeju.
Profile Image for Sna.
43 reviews3 followers
July 13, 2023
📚 Miss Princess Bodyguard
✍️🏻 Alam Anuar
📝 Bookiut

Sebagai seorang puteri dan juga anak tunggal di sebuah pulau diraja Wantuseom, Puteri Tiara Elegana Raja Kacaka V (yess, tu nama diaaa. Berbelit lidah nak sebut yall!) sering terkurung di dalam istana dan lebih tepat terkurung di dalam kamar beradunya sendiri. Tipikal seorang puteri yang ingin merasa bebas melihat dunia luar, Puteri Tiara pun begituu.

Suatu hari, terdapat peluang keemasan untuk Puteri Tiara menunaikan hajatnya, maka Puteri Tiara pun melarikan diri bersama bodyguardnya iaitu Olga yang berasal daripada Russia. Olga ni kuat tapi takut hantu tauu. Hubungan antara puteri Tiara dan Olga ni dah mcm lebih daripada sekadar majikan dan pekerja. Sangat erat.

3.5/5 🌟

======================================

🌏 Puteri Tiara dan Olga berjaya menjelajah ke beberapa pulau termasuklah ke Pulau Redang Malaysia. Setiap ekspedisi mereka akan dicatat oleh Puteri Tiara ke dalam jurnalnya. Yes, Puteri Tiara bukan saja-saja melarikan diri tau. Tapi dia belajar dan membuat pemerhatian untuk membangunkan Pulau Wantuseom.

🏝 Last stop mereka adalah ke Pulau Jeju. Dekat Pulau Jeju ni lah Puteri Tiara dan Olga bertemu dan berkenalan dengan Najat. Najatlah yang jadi tour guide, dan sekali gus menjadi Bodyguard tambahan untuk Puteri Tiara.

🚢 Sebuah pengembaraan yang penuh dengan keterujaan. Rasa macam kita sekali yang pergi ke Pulau Jeju ni tau. Siapa tak nak pergi Pulau Jeju?! Saya nakkk. Teringin. 😁 Jadi bila baca buku ni dia rasa macam wahh, macam dah jelajah ke banyak tempat menarik di Pulau Jeju. Contohnya macam, Gunung Hallasan, Tea Museum, Maze Land, Tangerine Orchard, Udo Island, Camillia Hill, Haenyeo Village, Jeju Horse Royal Land dan Seongsan Ilchulbong. 😲

ℹ️ Info tempat-tempat tersebut pun diselitkan sekali tauu. Kita sekali yang dapat ilmu tentang tempat-tempat menarik serta sejarah yang ada pada Pulau Jeju. Padat dengan informasi. And yess tak info-dumping hehe.

🗣 Ada conversation dalam Bahasa Korea jugak tau. Seronok hehe! And dekat belakang buku turut ada Peta Pulau Jeju yang comel hehe. Ohh ada glosari dan inspirasi watak jugak tauu. Hehe.

=====================================

🤔 Cuma, saya agak confuse pada akhir cerita. Siapa sebenarnya watak utama? Adakah Najat? Adakah Puteri Tiara? Sebab akhir sekai kita nampak perkembangan watak Najat dan bukannya Puteri Tiara.

😇 But overall, saya sukaa dengan info yang ada dalam ni. Tetapi dari segi jalan cerita dan juga nama novella serta part yang saya confuse tu yang membuatkan saya meletakkan ini cuma sekadar 3.5 bintang. Beberapa penambahan dari segi keselarian mungkin diperlukan. hehe.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
August 1, 2025
Ceritanya agak kelakar dan menarik dibaca.. Seolah-olah kita turut sama melancong dengan watak didalamnya..
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.