“Kenapa kita dah tak macam dulu lagi?” “Awak cuma ada secara fizikal, tapi emosi dan fikiran di tempat lain.”
Orang cakap, makin lama berkahwin, kita makin kenal dan faham pasangan. Sepatutnya makin serasi. Tapi, kenapa ada hubungan yang terasa semakin hambar? Perbualan harian hanya sekitar perkara rutin. Ada waktunya, lebih banyak berselisih faham daripada bersefahaman.
Adakah perhubungan dikira gagal apabila perasaan cinta dan kasih memudar?
Hakikatnya, membangunkan sebuah rumah tangga adalah satu proses panjang yang tiada noktah akhir. Rasa gembira semata-mata bukanlah tujuan utama kehidupan, tetapi perkongsian makna itulah yang menggerakkan kedua-dua pasangan ke arah kehidupan yang membahagiakan.
Saling berhubung apabila berenggang. Saling meluah apabila bercanggah. Saling mempercayai apabila meragui.
Melalui buku ini, Aiman Azlan dan Dr. Harlina menghuraikan faktor perhubungan suami isteri bertukar hambar dan ada kalanya tegang, serta menggariskan tips dan panduan penting buat pasangan yang sedang berhadapan fasa mencabar ini.
Saling berhubung apabila berenggang, saling meluah apabila bercanggah, saling mempercayai apabila meragui.
Aku setuju dengan ayat di blurb kerana sesetengah pasangan suami isteri yang bila renggang, bercanggah dan meragui, kedua-duanya memilih untuk matikan komunikasi dan interaksi dan terfikir untuk memutuskan ikatan yang dulunya susah payah dicari, dibina sedangkan yang sepatutnya berlaku, kembali berhubungan, kembali meluah dan kembali percaya.
Secara peribadi buku ini sangat baik untuk mereka yang sedang dalam kekeliruan dengan konflik yang berlaku dalam rumahtangga atau mereka yang mahu tahu perkara-perkara real yang akan berlaku. Tak kiralah tempoh perkahwinan bawah lima tahun atau atas lima tahun.
Buku ini di dahului dengan pendahuluan yang sangat membuka mata. Keseimbangan topik memudahkan pembaca untuk mengikuti topik dan subtopik dengan baik. Subtopik disusun dengan reflection dan infightful question. Memberi penekanan kepada apa yang diri sendiri boleh lakukan berbanding fokus kepada apa yang pasangan perlu lakukan adalah satu pendekatan yang sangat baik.
"Tiada lagi perbualan yang saling mengenali dan memahami"
Ada beberapa bab menarik untuk diterokai bagi memahami apa yang menyebabkan hubungan suami isteri itu boleh menjadi hambar. Antara yang menarik:
1. Sindrom zon selesa 2. Memperbaiki komunikasi transaksional 3.The Man's Cave 4. Kaitan dengan teori keterikatan 5. Kepercayaan yang naif dan matang 6. Demi menjaga aib 7. Menzahirkan penghargaan
Selain dari mereka yang sedang dalam kekeliruan dengan konflik yang berlaku dalam rumahtangga atau mereka yang mahu tahu perkara-perkara real yang akan berlaku, aku juga recommend buku ini kepada semua yang berniat untuk kahwin. Jangan tunggu dah kahwin baru baca, rugi. Baca sekarang, prepare yourself, managing your ecxpectation. Terima bahawa perkahwinan bukan semuanya tentang yang indah-indah. Kebanyakan masa, perlu terima dan belajar dengan ketidakselesaan yang nyata. Highly recommended!
Banyak sangat tips rumahtangga berguna dalam buku ni. Kalau ada rasa nak berpisah dengan pasangan, boleh cuba baca buku ni dulu. Cuba selamatkan dulu rumah tangga dengan ikuti tips-tips dari dua penulis ni.
Antara yang paling memberi kesan kepada saya tentang mesti meluangkan masa berdua dengan pasangan walaupun telah menjadi ibu bapa. Mesti ada masa berdua. Mesti ada deep talk berdua.
Kedua adalah tentang sindrom zon selesa dalam rumah tangga. Serius baru tahu ada juga zon selesa ni dalam rumahtangga. Rupanya bila kita dah terlalu selesa dengan pasangan, masing-masing dah tahu buruk baik, kita cenderung tak buat apa-apa. Dah tak buat surprise, dah tak cakap terima kasih, dah jarang bertanya khabar. Sindrom zon selesa namanya. Marriage jadi hambar & bosan.
Dalam buku ni jugak ada jelaskan kaitan masa kecil individu dengan karakter dia hari ini. Misalnya individu yg dibesarkan dalam persekitaran yang menafikan emosi, menyebabkan dia takut utk menunjukkan emosi walaupun kepada pasangan. Memahami ini akan membantu kita lebih mengenali pasangan dan boleh bersama-sama membantu pasangan mengatasi masalah yang dihadapi.
Siapa ada template lagi macam mana nak mulakan conversation dengan pasangan.
Best lah. Berbaloi sangat beli dan baca. Apa lah sangat spend rm30 lebih untuk buku ni demi membina rumah tangga yang lebih harmoni.
Buku yang sangat baik , mengajak pembaca untuk menganalisa kembali sejauh mana perkahwinan kita saat ini. Adakah semuanya berkembang baik atau sudah ke arah hambar, kosong & kritikal?
Sangat digalakkan untuk diulang baca & diskusikan bersama pasangan. Banyak perkara dalam rumahtangga yang perlu diperbaharui + disegarkan niat, cara, halatuju & pembawakannya.
Bahan bacaan yang bagus untuk bakal pengantin - dapat membuka minda & lebih bersedia dengan realiti perkahwinan yang bukan semuanya 'full of flowers & fragrance'.
Syabas penulis keduanya - harap dapat keluarkan lagi buku hasil kerjasama bersama!
I like the discussions in Sekufu better hehehe. Some chapters I wish they were elaborated further. Some chapters feels a bit repetitive probably because I just finished Sekufu hoho. And I'm still trying to digest some chapters because they are rather confusing to me 🫠
Mind you the book uses Bahasa Melayu entirely. But some of the sentences does not make sense to me tonight (my brain is not braining problem I guess) 🤡 I'll reread them tomorrow!
Highly recommended to you and me, the Breaking The Cycle generation! 🤸🏻♀️✨