Jump to ratings and reviews
Rate this book

Venom Suria

Rate this book
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyeksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!

700 pages

First published January 1, 2012

11 people are currently reading
159 people want to read

About the author

Mazni Aznita

8 books59 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
90 (51%)
4 stars
68 (38%)
3 stars
16 (9%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 58 reviews
Profile Image for Glow.
81 reviews
July 3, 2023
Chef kiss!

Tak tahu nak bagi review macam mana. Tapi sumpah novel ni memang amazing nak mampus 😭 Aku suka plot, idea, storyline dan etc. Bila aku baca, aku selalu tertanya-tanya...

"How author? How?"

Aku memang tabik spring kat author ni. Sebagai peminat genre thriller, novel ni layak dilabelkan sebagai masterpiece! Segala facts. Segala emotion. Segala plot. Author berjaya salurkan dengan smooth dan sangatlah memberi impak, pendek kata. Romance memang tak banyak dalam ni. But sweetnya masih terasa.

Cuma maaf, aku tak mampu nak ship Suria vs Izwan or Nazrul. Satu-satunya couple aku paling suka di VS hanyalah couple Hadif dan Harlina. Even scene diorang berdua tak banyak, but still boleh buat aku cair dan tersenyum dengan sendirinya. Tapi untuk kebijaksanaan Suria dan Izwan bila berbahas mengenai teori pembunuhan, jujur aku suka. Aku boleh rasa Suria gadis yang bijak meski adakalanya agak terburu-buru.

Wujudnya watak yang terlalu ramai pada awalnya memang buat aku sedikit pening 😅 Tapi meningkat ke satu plot demi plot, aku dah boleh mengingat kesemuanya dan jalinan antara watak-watak tu semua memang mendatangkan segala rencah bagi novel VS ini. Dan ada jugak unexpected scene yang jadi. Arghhh, tak tahu nak tulis apa lagi sebenarnya. Sebab novel ni terlalu seronok untuk dibaca tapi bila diterjemahkan feeling tu menjadi 1 review, auto speechless. Auto tak tahu nak react apa 😭

Untuk author, terima kasih untuk segala penat lelah menulis VS. Terima kasih lahirkan VS. Walaupun dah 10 tahun tapi 'bisanya' jelas terasa. Author, please tulis something macam VS lagi, boleh? Sebab saya betul-betul jatuh cinta dgn VS. Novel ni dah jadi antara novel kegemaran saya 😣❤️

Sooooooo highly recommended! 💣🔥
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
January 4, 2013
Gila best buku ni. Aci tak kata begitu? hahaha5 Baik... ini kisah misteri yang ada unsur mistik juga. Aku tak tahu lah bagaimana penulis dapat idea, jadi aku memang tabik spring. Dan mungkin lepas ini, aku akan letak VS sebagai penanda aras buat Mazni Aznita dalam karya-karyanya yang punya genre sebegini.

Suria Baharom [Suria]; seorang wartawan ibu kota. Periang, ceria dan sangat dedikasi dalam menjalankan tugasnya sebagai wartawan jenayah. Namun dalam satu kes pembunuhan gadis-gadis yang agak misteri, Suria umpama mengalami dejavu. Ada sesuatu yang mengikat dia dengan kes itu, tetapi apa? Walaupun dihalang oleh ayahnya, Suria tetap mahu meneruskan penyiasatannya. Dia perlu menyelesaikan apa yang ditemui. Malah, dia tak mahu jelmaan gadis berambut panjang itu menghantuinya jeng jeng jeng... macam seram tak?

Tetapi apa yang sebenarnya lebih mengikat aku adalah ini. Kisah makhluk air yang memerlukan badan manusia untuk terus hidup. Dan badan manusia yang diperlukan itu adalah daripada keturunannya dan hanya bisa dilakukan ketika gerhana bulan penuh. Jadi, sementara mahu menunggu tu, dia amat memerlukan darah manusia lain untuk terus ‘hidup’. Ha, bagaimana tertarik tak? *wink*

Dalam pada itu, ada juga kisah cinta yang diselitkan. Antara Nazrul; ketua di stesyen KZM yang cool dengan Tuan Izwan; pegawai polis yang dingin dan panas baran. Memang pada mulanya Suria tak sukakan Izwan sebab dia tu selalu mahu kata-katanya dipatuhi dan dituruti tanpa sebarang bantahan. Namun, manalah tahu kes-kes gadis yang dibunuh itu merapatkan lagi hubungan mereka berdua. Dalam diam, Suria harus mengakui dia sudah jatuh suka pada si dia si mata dingin.

Jadi apa kesudahan siasatan mereka? Apatah lagi dengan kejadian aneh yang menimpa Suria. Dia umpama kunci pada semua kejadian ini, yang menjadikan dia juga antara gadis yang diburu untuk meleraikan segala kekusutan ini. Hanya VS ada jawapannya.

Tak dapat dinafikan ada banyak watak yang muncul. Ada Mahira, Aisyah, Yong Habibah, Hadif, Apache dan lain-lain lagi. Tetapi setiap wataknya ‘bercerita’ dengan sendirinya. Malah sepertimana novel garapan penulis terdahulu, akan ada jalinan antara watak tersebut. Dan kalau sebelum ini aku tak sukakan kisah mimpi dalam sesebuah novel, aku harus akui penggunaan mimpi dalam VS adalah apa yang aku tunggu-tunggu. Ia adalah kerana mimpi antara medium yang menceritakan apa yang telah berlaku dan seterusnya membawa kepada konflik watak-wataknya.

Aku bagi standing ovation untuk novel thriller Kak Nita ni..yay! Amboi! Ini gara-gara tengok TV shows banyak sangat la ni kih5 ;P Tetapi ya, kalau rasa-rasa dah muak dengan novel cinta biasa apa salahnya cuba yang ini. Lagi-lagi kalau anda peminat drama bersiri Supernatural, Vampire dan sewaktu dengannya ;D
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
February 7, 2014
Sesuatu yang harus hamba puji Mazni Aznita tentang Venom Suria (juga Street Vendetta, Kasihku Arina dan Sayangku Casper) adalah bagaimana kemas jalinan ceritanya. Kisah yang berkembang dengan satu demi satu persoalan dan peristiwa tetapi berjaya dijahit dengan kemas kesemuanya. Mungkin agak meleret untuk pembaca yang kurang sabar seperti hamba tetapi ketelitian penulis berjaya membuat hamba kagum.– 1 bintang

Selain itu, Mazni Aznita juga sangat arif dalam mengembangkan watak-watak dalam filem kertasnya. Ada penulis yang sangat bagus dalam penerangan tindakan dan kejadian. Ada penulis yang sangat bagus dari aspek bahasa. Dan, hamba merasakan Mazni Aznita sangat bagus dalam men-detail-kan watak-wataknya. Semua watak menjelaskan diri mereka dengan baik dan bergerak seimbang. Dan ya, hamba suka watak wartawan degil seperti Suria. Jangan ditanya kenapa :D. – 1 bintang

Venom Suria adalah sesuatu yang berbeza dari tiga buah novel penulis ini yang hamba baca sebelumnya. Kisah yang berunsur mistik dan paranormal ini tambah menarik dengan sedikit input sejarah. Satu percubaan yang berbaloi dan hamba percaya penulis telah menghabiskan banyak waktu untuk menulis naskhah ini. Dan ya, hamba dapat ‘membaca’ kesungguhan itu. – 2 bintang.

Hamba kurangkan satu bintang kerana di awal kisah hamba merasakan penceritaannya sedikit meleret, mendatar dan kurang mengujakan. Sebab kedua adalah kerana hamba lebih menyukai Nazrul berbanding Izwan. Okey, lupakan alasan yang kedua. Hehe.



p.s Selepas hampir dua tahun diabaikan, akhirnya selesai juga hamba menghadam buku ini meski dalam waktu yang agak panjang – hampir dua minggu. Dan itu membuat hamba merasa hendak menulis kata-kata kutukan untuk diri sendiri - “Jangan Luaskan Kemalasanmu”. Hoho.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
April 23, 2023
LIKE FINALLY!

Took me such a long, long time to finish this. Mainly because I kept encountering new names every few pages. And honestly, it drained my brain capacity. I read to escape reality, not to complicate my head with all these names ㅠㅠ

There might be some parts that aren't necessarily important (imho) but who am I to judge a book that was written more than 10 years ago?

Is the plot good? Superb. But will I be rereading this? Most probably not.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews41 followers
January 3, 2023
Suria Baharom, wartawan yang tak kenal erti takut dan putus asa dalam mendapatkan bahan terutamanya kes-kes pembunuhan. Namun, ada rahsia yang tersembunyi yang cuba ditutupi oleh ayahnya dari pengetahuan Suria. Kes bunuh yang diekori rapat oleh Suria kini bertambah rumit.

Cerita yang penuh dengan tanda tanya. Semakin pembacaan diteruskan semakin banyak persoalan yang timbul. Namun, jawapan diperoleh satu per satu tanpa ada 'dumping'.

Jalan cerita yang menarik. Jenayah buatan manusia + campur tangan dari entiti yang tidak kelihatan. Pening juga jadi polis nak selesaikan kes macam ni.

Suka dengan watak Suria. Seorang wanita cekal dan berani. Kadangkala terlalu berani hingga menimbulkan rasa meluat. Rasa nak cepuk je dia sambil cakap 'Sabar sikit boleh tak'. Yang bahagian dia masuk ke kawasan siasatan tu pun agak geram jugak. Tu kan kawasan polis. Mana boleh masuk. Tapi nasib baiklah Suria ni bijak dan teliti. Mampu jugaklah bagi idea bernas dekat Izwan.

Suka dengan plot twist di hujung cerita. Melengkapkan lagi rencah cerita ini. Untuk yang sukakan naskah thriller tapi ada unsur-unsur mistik sikit memang patut baca naskah ni.
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews34 followers
October 16, 2022
Berjaya habiskan jugak walaupun sampai ke sudah aku tak berapa ingat nama watak sebab terlalu ramai tapi jalan cerita tetap wowwwwww!!! cheff kiss!!

p/s - hampir nak ter’dnf’ kan buku ni sebab ada unsur seram sedikit & aku bukanlah penggemar cerita seram. nak dijadikan cerita pulak aku hanyalah insan yg hanya dapat membaca pada malam hari tp tetap kugagahkan diri 🤣🤣

Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
November 30, 2023
Hmmm sila bersabar dan harap bersabar
Jawapan segala persoalan ada tapi kena sabar
Tak sabar takkan mampu habiskan buku ini ...

Sorry takkan cerita banyak
Sebab nak biar misteri

Don't judge the book by its cover
Plus the sinopsis

Hahaha ... Bukan pure romance for sure
Profile Image for Hida.
119 reviews12 followers
December 29, 2022
My own rate for this book : 4/5

Apa yang aku boleh cakap : Buku ni part thriller memang awesome 👍

Cuma buku ni ada banyak gila ya karakter sampai aku blur, banyak kali jugak aku selak balik page sbb mcm eh ni siapa, ni yang mana pulak 😆 Mungkin sbb aku pun mmg jenis lambat sikit so agak susah aku nak faham memula tu. Kalau fokus pada thriller and mystery part mmg nice, tp kalau korg baca sbb romance, bg aku wrong choice la. Hahah, sbb fl dgn ml dlm cerita ni, aku tak dpt rasa chemistry diorang. Aku lagi excited baca kisah Hadif dan Harlina ya. Walaupun scene diorg sikit, diorg punya chemistry 🔥 Plot twist dlm cerita ni pun nice, ada yg dpt aku agak, tp ada jgk yg aku tak expect 🤯

Overall, siapa minat cerita thriller, this one was good 😌 #emptycanvashida
Profile Image for Hajar.
284 reviews
August 13, 2016
4.5*. Tolak markah sebab editing tak kemas. Rasa rugi pulak peram lelama buku ni. :D

Speechless. Tak tahu nak review macam mana. Aci tak kalau korang baca sendiri je? *gelak jahat*

25-05-2014 :

Suria Baharom (Suria) merupakan seorang wartawan jenayah. Seorang gadis yang ceria, periang dan pastinya sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya. Kejadian penculikan dan pembunuhan gadis-gadis secara misteri yang berlaku sangat menarik minat Suria untuk mengikuti dan mengupas kes ini. Rasa seperti ada sesuatu yang mengikatnya. Tapi apa? Tak lama kemudian Suria kerap mengalami mimpi-mimpi pelik dan yang paling menarik, Suria menerima email misteri berupa gambar-gambar di tempat kejadian pembunuhan yang sedang disiasat oleh pihak polis. Siapa yang menghantarnya sedangkan pihak polis sendiri tidak mempunyai gambar-gambar itu? Walaupun ditentang keras oleh ayahnya, Suria tetap berdegil mahu mengikuti kes ini.

Kehadiran Tuan Izwan, pegawai polis yang berpangkat inspektor itu sedikit sebanyak berjaya menghalang keghairahan Suria untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan itu. Mereka berdua ni memang tak pernah ngam. Apa tidaknya, Izwan ni sangat dingin dan adakalanya panas baran jika keinginannya tidak dipatuhi. Jadi, mereka selalu bertekak dalam menegakkan pendapat masing-masing untuk menyelesaikan kes ini. Tanpa mereka sedari kes ini sebenarnya merapatkan hubungan mereka. Dalam diam, kedinginan Izwan rupanya mengikat hati Suria walaupun dalam masa yang sama Suria berhubungan rapat dengan Nazrul, pegawai atasannya di stesen TV KZM.

Dalam masa yang sama tidak dilupakan kewujudan watak-watak lain yang ditampilkan. Setiap dari mereka ada kisah dan sejarah tersendiri yang berhubung kait dengan kes pembunuhan ini. Jadi, memang tak boleh nak buat lompat kijang masa baca buku ni. Nanti tak faham perjalanan ceritanya. :)

Kata mereka:
Mahira itu asalnya seorang wanita keturunan bangsawan Ceribon, yang tidak ingin menjadi tua atau mati. Dia mengamalkan ilmu hitam tapi termakan sumpah sendiri. Terpaksa menjadi sejenis makhluk air yang dipanggil rangau. Dia tidak boleh memijak daratan kecuali dengan merasuk tubuh manusia. - m/s 607
Fakta tambahan: tubuh yang dirasuk itu hanyalah dari susur galur keturunannya sendiri. (Tiba-tiba terbayangkan The Originals dalam drama bersiri The Vampire Diaries pulak . Ngee..)

Jadi, siapa sebenarnya Mahira? Apa pula kaitannya dengan kes pembunuhan ini? Dan apa pula kaitannya dengan Suria? Memang banyak persoalan yang akan saling berhubung kait. Hehe. Nak tahu jawapannya kenalah baca. :D

Komen saya:
Ehem. Sejujurnya ini merupakan kali pertama saya membaca hasil karya penulis ini. Terima kasih atas saranan teman-teman di GR (Airina dan Kakwan) yang melobi saya untuk membeli dan membaca Venom Suria ini. Sekali baca memang susah nak letak sebab banyak rahsia di sebalik rahsia yang perlu dirungkaikan. Haaa, suspen kan? Tahniah buat penulis untuk adunan kisah yang membuat saya teruja hingga ke akhir pembacaan. :)

Suka dengan:
1. Pergerakan cerita yang pantas dan tak meleret.
2. Plot yang tersusun cantik dengan flashback yang tidak keterlaluan.
3. Rasa ingin tahu yang disemai kepada pembaca. Jadi memang tak ada rasa nak selak belakang semata-mata nak tahu penamat. (Tapi, kalau selak belakang pun tak guna sebab cerita dah habis dan penamatnya bukan typical happy ending *tangan di bahu, mata ke atas* [ampun Cik Pah!])
4. Hadif! Tak tahu kenapa saya lebih sukakan Hadif berbanding Izwan dan Nazrul. Hahaha.

Cuma, ada banyak typo dan beberapa istilah yang tak sesuai penggunaannya. Contoh yang saya jumpa adalah kegagalan penulis / editor membandingkan perkataan abad dan dekad.
Abad - jangka masa seratus tahun
Dekad - jangka masa sepuluh tahun
*Rujukan : Laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP

Nampaknya lepas ni kena skodenglah buku-buku lain hasil karya penulis ni eh? *pekup muka*
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews31 followers
January 31, 2013
Ini merupakan kali pertama aku membaca karya daripada penulis Mazni Aznita & percubaan pertama aku amatlah memuaskan & menarik dari segi plot seritanya..Genre novel ini thriller & sedikit unsur seram di samping penulis bijak menarik pembaca dengan pelbagai persoalan sehingga ke penghabisan cerita..Novel setebal 700 m/s ini memaparkan pelbagai konflik & misteri kepada pembaca…boleh di katakan graf pembacaan aku naik sedikit demi sedikit…

Malahan terdapat juga sedikit info mengenai bidang arkeologi & sejarah bagi menjadikan novel ini sesuatu yang menarik untuk di baca...Mempunyai 2 prolog & 10 bab terawal pembaca akan sedikit keliru dengan cara penyampaian penulisan beliau..justeru, di galakkan korang membaca dengan teliti agar korang tak pening kepala dengan jalan ceritanya…malahan terdapat juga flashback bila penulis ingin menceritakan perihal Mahira, Najmi, Suria & Hadif…

Secara jujurnya terdapat banyak watak dalam novel ini yang boleh menggelirukan pembaca, tapi semakin lama membaca kita akan mula faham dengan kehendak penulis..Perihal Mahira yg mencari mangsa dan menukar tubuh badannya mengingatkan aku pada watak Orochimaru dalam Naruto…hahah

Hasil karya beliau memang menepati citarasa aku, elemen cinta di dalam ini pun tak banyak kerana di selang selikan dengan thrill & seram yang di sampaikan oleh penulis..
Profile Image for libraryofaisha.
61 reviews5 followers
February 2, 2023
Too many characters, almost dnf buku ni but thank god I sambung baca. Permulaan buku ni memang sangat slow ya allah I rasa macam nak skip je every page but bila masuk pages 400+ dah start jadi best ! Storyline yang sangat unik sebab dia mix thriller, horror and action (romance tak banyak sangat)
It was a great book but I couldn't give it 5 stars :)
Profile Image for Siqahiqa.
593 reviews106 followers
July 25, 2019
Buku ini sudah lama diterbitkan (2012). Aku tahu kewujudan buku ni daripada seorang kawan di IG. Bersungguh cari di MPH (tiada), email pulak customer service MPH dan dalam masa yang sama aku cari di group FB. Akhirnya aku jumpa buku ini di group FB dan buku baru! Yes! Sampai je di tangan, terus baca okay. Semangat 😆💪🏻

Cerita dalam buku ini bermula daripada rombongan Puteri Hang Li Po dari China ke Melaka pada tahun 1458. Masa ini, mereka menyelamatkan seorang wanita di lautan dan terjadi pembunuhan di atas kapal. Wanita itu disembunyikan tetapi terlepas keluar pada tahun 1970 oleh sekumpulan arkeologi. Sejak dari itu, pembunuhan makin berleluasa.

Tiga watak utama dalam buku ini adalah Suria, Izwan, dan Nazrul. Suria gadis ceria namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan dan bertemu dengan dua orang lelaki. Izwan anggota polis yang bertanggungjawab untuk mengendalikan kes pembunuhan gadis pada tahun 2010. Nazrul lelaki daripada keturunan yang mesti menghapuskan keturunan yang terkena sumpahan malah perlu membunuh Suria jika perlu. Seorang lelaki (Izwan) ditakdirkan menjadi penyelamat manakala seorang lelaki (Nazrul) ditakdirkan membunuh Suria.

Pening tak baca sinopsis? Pendam lama nak review buku ni sebab tak tahu nak bermula dari mana 😅 Ohh ya, Venom adalah kod sulit untuk kes-kes aneh yang gagal diselesaikan dengan kaedah biasa. Jadi ada satu kumpulan ditubuhkan dalam polis untuk menyelesaikan kes ini.

Bukan setakat Izwan, aku juga merasakan yang aku sedang bermain satu jigsaw puzzle ketika membaca buku ini. Setiap kepingan mewakili satu peristiwa dan jika kepingan itu disatukan, maka semua perkara dapat diselesaikan. Kita main puzzle sama-samalah ye Izwan 😉

Walaupun buku ini tebal (692 muka surat) aku tak rasa bosan pun. Setiap cerita penuh pengisian. Banyak watak ada dalam buku ni, sampai ada kalanya aku agak pening dengan semua watak dari tahun 1458 hingga 2010. Di saat beginilah stick-on flags sangat berguna 😉

Plot cerita berkembang dengan baik. Banyak watak diperkenalkan dan cerita merentasi tahun yang sangat panjang (1458 - 2010), cara pengolahan cerita sangat tersusun cuma bak kata aku sebelum ni, agak pening sikit dengan watak. Aku suka dengan mostly semua watak dalam buku ni. Suria sangat tabah dan berani walau ada kalanya aku rasa membuta tuli. Aku suka membaca buku yang ada watak perempuan yang strong.

Ending best! Sweet manis gitu, dan tidak terburu-buru 😉

Kesimpulannya, buku ni best! Highly recommend untuk mereka yang suka baca kisah thriller supernatural. Tahniah penulis 👍🏻

Rating: 5/5 ✨
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
August 23, 2013
Suka gila cerita ni.. semua rasa ada..haha.. antara semua novel, novel ni yg paling susah nak di review..so kena baca sendiri la.. yg pasti cerita ni kena baca betul2.. x boleh skip2.. sbb akan x faham nanti..memang x mengecewakn karya Mazni Anita ni.. ;)

suka sangat kat watak Izwan si tuan polis.. sangat berkarisma..haha
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
November 16, 2018
Its different, ni pasal cerita kuno zaman raja2 melayu ni...ada unsur2 mistik.. And dibawa ke zaman moden dia punya thrill tu

U have to read it to feel the thrill... Yes.. Penuh dengak plot2 yg mendebarkan, even u skip pages, mmg x dpt agak apa yg dah jadi. So mmg x blh skip pages...

Good job writer..
Well, mmg makanan penulis ni rasanya..hehe..
Profile Image for Kucc _Aprilsnow.
32 reviews210 followers
June 17, 2012
Satu percubaan yang begitu menjadi. Fakta dan fantasi digaul dengan rempah yang cukup rasanya. Elemen cerita digerakkan dengan baik. Teruja hingga ke akhir garisan. Anita, anda memang ber"venom" sekali!..Tahniah.
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
January 3, 2024
Fuh, buku ni sebenarnya sangat banyak potential dengan premis serta latar belakang cerita. Weh mula-mula baca buku ni, bila baca prolog tu memang ada campuran sejarah + thriller + crime jadi minda automatik teringat cerita The Mummy dan National Treasure.

Tapi, bila selak dari satu muka ke muka yang lain saya jadi sangat-sangat lelah membaca buku ini. Penulis guna terlalu banyak teka-teki dalam jalan ceritanya, termasuk juga tarik tali antara watak buat saya penat betul baca. Saya kalau crime thriller ni, saya lebih harapkan fast paced dan fokusnya pada kunci pembongkaran sebab dan siapa untuk kejadian tersebut, berbanding kisah-kisah lain yang lebih kepada filler.

Saya tak suka cara pembawaan watak Suria, dia memang ceria dan periang tapi saya rasa dia tak matang. Maafkanlah saya, tapi saya memang kurang gemar Suria.

Dicampur lagi dengan dialog antara watak yang terasa janggal dan terlalu fiksional buatkan saya bertambah rasa nak skimmed (ampun peminat buku ini dan juga penulis), dialog santai seharusnya ditulis dengan santai jadi tidak perlu terlalu skema supaya watak nampak hidup.

Saya sejujurnya skimmed dari muka surat 200 ke muka 600 untuk tahu apa yang jadi , tidak pula saya terasa aneh bila membacanya sebab saya faham apa yang jadi (tanda terlalu banyak unnecessary events yang ditulis oleh penulis). Yang buatkan saya skimmed tu, bila muka surat 200 tu masih lagi Suria bergaduh dengan Izwan dan Nazrul tentang liputan yang dibuatnya. Gue stress, gaduh sikit-sikit sudahlah, tak perlu diulang-ulang beberapa kali. Kesudahnya sikit je hint yang diberikan kepada pembaca macam saya.

Penyampaian yang lebih kepada 'tell' berbanding 'show' memang buatkan pembacaan saya lari dan tidak fokus, ditambah dengan slow paced yang tidak sejajar dengan fokus yang sedang dicari saya, buatkan saya skimmed. Idea tu memang tip top, I loved it and honestly kalau ada versi revamp saya memang akan beli dan cuba lagi sekali untuk baca buku ni.

Saya bagi 3 ⭐ untuk buku ini, dan memandangkan buku ini ditulis tahun 2011 jadinya memang fahamlah gaya penulisan sebegini.
Profile Image for noveeechim.
37 reviews1 follower
September 18, 2022
FUH TAMATTTTTTT
Rasa mcm baru berlari weh 🤣😭 nasib otak aku tak sesenget sewaktu baca MI dulu wkwkwkwk.

Uishh hebatla penulis ni. Like OMGGGG. Mcm mna dia gabungkan unsur sejarah, mystery, horror??????? Lain genre tapi bila baca semuanya berkait. Mula2 tu mmg rasa pelik. Tibe ni tibe tu tapi bila dh tahu kebenaran, FUHHH RUPANYAAA PATUTLAAA. no words lah haku... Cenggini, 👍👍👍👍👍👍👍👍. Speechless yeeee gueeee. Part ending pun twist sikit. Lah ku sangkakan dia tapi si dia juga jadi pilihan and aku setuju HEHEHEHEHEHEH.

Sekiannj
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,332 reviews67 followers
April 1, 2019
[BOOK 23]

Venom Suria by Mazni Aznita.
.

Best giler weh! This is absolutely a must read and highly recommended book!
.

Sebenarnya, sejak terserempak ngan review tentang buku ni, memang dah masuk dalam list. Dan akhirnya, masa pesta buku Kelantan, dapat juga jadi koleksi. Dan walaupun sebenarnya buku ni dah lama (terbitan 2012), masih lagi relevan dibaca pada masa sekarang.
.

Masa mula-mula baca, kita dibawa ke tahun 1511, masa Puteri Hang Li Po dalam perjalanan ke Tanah Melayu. Beliau diiring oleh Laksamana dan Tun apa entah. (Ampun, ku dah lupa segala details tentang nama dan tahun). Masa ni la, dorang menyelamatkan seorang wanita yang hanyut di lautan. Dan lepas tu, satu demi satu anak kapal yang hilang. Maka, Tun mula menyiasat. Dan dia menemui sesuatu yang menggemparkan.
.

Kemudian, tahun 70 an (kot), sekumpulan arkeologi menemui sebilah keris di dalam sebuah telaga yang sememangnya cuba disembunyikan. Dan lepas tu, seorang ahli mereka mengamuk dan akhirnya membunuh ahli- ahli yang lain.
.

Tahun 1985, seorang lelaki cuba menyelamatkan seorang baby daripada sebuah perkampungan.
.

Dan sekarang, 2010, terdapat penemuan mayat seorang wanita yang disyaki dibunuh. Tapi, yang anehnya, terdapat gigitan di lehernya dan badannya juga hampir hancur. Dan rupa-rupanya, sejak beberapa tahun lepas, sudah terdapat kes kematian yang sama, namun masih belum ditemui jawapannya. Dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes Venom.
.

Suria, seorang wartawan jenayah. Kadang-kadang, dia yang tolong polis selesaikan kes. Izwan, inspektor baru yang ditugaskan untuk mengetuai kes Venom. Dorang ni, mula-mula tak serasi. Asyik gaduh je.
.

Pada masa yang sama, Suria diburu oleh 2 kumpulan. Ada yang inginkan Suria untuk terus kekal hidup dan cantik. Dan ada yang perlukan Suria untuk pastikan tiada lagi yang menjadi mangsa.
.

Apa yang ku suka, cerita ni ditulis dengan sangat details. Dan kadang-kadang, bila ku termissed one point, gigih selak balik pages semata-mata tak nak jadi bengong sorang-sorang. Dan timeline nya sangat kemas. Ku boleh nampak flow ceritanya. Dan walaupun watak cerita ni banyak, semuanya hidup dan berfungsi. Dan kesemuanya berkait rapat. Dan masa mula-mula baca lagi, ku dah tertarik nak tahu apa kesudahannya. Sampai rasa tak nak tido. Dan twistnya unpredictable.
.

Cerita ni ada unsur paranormal gitu.
.

Suka!
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
March 19, 2020
baca novel ni memang banyak cabaran. puan penulis Mazni Aznita bawa pembaca merentas masa jauh ke belakang sana, ceruk, pinggir dan kemudian ke dunia moden. menariknya, banyak yang berdiri atas fakta. cantik aturan dan selangan masa, buat pembaca sukar nak lepaskan naskhah ini.

watak yang didirikan memang banyak. kalau tak tekuni, memang akan hilang punca. ini siapa, itu siapa. keturunan mana satu. siapa berkait dengan siapa. banyak lagilah simpang siurnya. tapi jangan risau. tetap akan jumpa punca simpulannya.

suria. apa kaitan dia dengan venom? seorang wartawan jenayah yang ceria, cerdas dan cekap mencari berita dan cerita. pembunuhan masyitah menjebakkan suria kepada satu kisah yang melibatkan kehidupannya sendiri tanpa disedari.

inspektor izwan yang kematian isteri akibat ditembak, kembali bertugas di malaysia setelah dia bawa diri selepas kematian rauda. dia masih ingat gambaran raut wajah si pembunuh. tapi misi yang perlu dilalui dalam keadaan semasa lebih penting.

nazrul, anak yong habibah. memegang jawatan penting dalam syarikat KZM. bertemu suria dan dia tak dapat nafikan suria adalah cahaya yang menyinari hidupnya yang kelam.

mahira. watak ini yang mengikat mereka semua dari selang beberapa generasi. dia perlukan semua untuk hidup lebih lama dan paling penting ada salah sorang yang sangat diidamkan.

saspen, cemas, geram... banyak emosi yang bersatu sepanjang pembacaan. walau ada babak yang boleh dijangka tapi penyampaian mantap penulis buat pembaca mahu rasai setiap detik tanpa tercicir. paling ditunggu, detik bulan merah. itu klimaks pada kesemuanya.

bila tamak menginginkan sesuatu adakala mampu membuatkan manusia hilang pertimbangan. akal lari menyorokkan diri bila nafsu beraja.

sikap itulah yang mampu mencetuskan sengketa.

kesudahannya...

puas atau merana?
Profile Image for Julia Basri.
Author 7 books8 followers
April 27, 2015
Entah kenapa ku rasa addicted dgn gaya tulisan mazni aznita ni...kemas, tersusun, dramatik, suspen semua bercampur rasa..pendek kata masuk dgn seleraku...ternyata penulis seorang yg berbakat besar.....sekarang ni ku gigih nak cari buku2 lain mazni aznita..
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
March 29, 2016
Pergh... mantap r.. xsangka boleh buat aku seram sejuk..Cerita mengenai manusia yang tersesat dan menghambakan diri dengan syaitan serta menyusahkan keturunannya.. Memang best dan suspen.. dienye twist boleh buat aku panik, sedih, suspen dan gumbira.. pergh.. mantap.. semantap karya RAM..
Profile Image for fatin.
196 reviews3 followers
October 7, 2024
alhamdullilah another okay book ♡

- Sebenarnya, ini buku pertama aku baca dari penulis jadi memang aku tak letak harapan yg tinggi but i love the cover so cover itu main reason aku beli juga.

- Penulisan author ngam dengan aku jadi aku sangat enjoy ya penulisan dia 🫶🏻 alur cerita pun tersusun hahaha.

- Okay komen aku pasal buku ini adalah jalan cerita macam buat aku pening kepala. Ada benda jadi tahun itu, ada benda jadi pada tahun ini jadi siapa yang tak hafal nama watak memang aku rasa kena makan panadol. Ambil masa aku nak habiskan sebab aku cuba fahamkan diri aku sendiri, apa aku dah baca 🤣

- Aku tak suka betapa mudahnya mangkuk hayun itu mati ya?? hampir keseluruhan isi buku mengenai cara diorang nak bunuh dia, sekali waktu mereka bunuh dia, macam huh?? gitu je??? aku sakit kepala hanya untuk dia mati sesaat? siot.

- Aku suka Izwan dari Nazrul. Kenapa? jangan tanya sebab aku pun macam Suria, serabut. Elemen percintaan dia okaylah, kena dengan situasi buku.

- One things i wish author selit dalam ini adalah mengenai pov mangkuk hayun itu, idk even dia jahat tapi aku nak tau kenapa dia ambil jalan sebegitu tapi sedikit je kisah dia.

- Ending dia aku bagi 4/5 ☆ Boleh terima bagi aku, nasib baik tak hidup lagi kalau tak memang hidung darah beb 😮‍💨

Okay sekian dari saya, saya harap author keluarkan lagi buku macam ini. Rasanya historical fiction macam sesuai dengan author. 🤟🏻
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
October 14, 2012
Sebuah novel misteri dan thriller. Sungguh menarik. Ada unsur mistik juga.
Suria Baharom adalah seorang wartawan terkenal untuk stesyen KZM. Najzul pula baru pulang darj luar negara dan adalah ketua Suria. Najzul dengan cepat telah jatuh cinta dengannya. Tapi hati telah tertawan oleh Tuan Izwan, inspektor polis yang telah kehilangan isteri, lima tahun dahulu. Kes gadis-gadis yang dibunuh dengan cara yang menggerunkan itu telah merapatkan Suria dengan bahaya. Dan malam bulan gerhana yang akan datang akan menentukan hidup atau matinya. Siapa Mahira, Aisyah, Yong Habibah, Nazrul, Izwan, Hadif, Apache dan lain-lain lagi? Semua akan terjawab bila bulan gerhana nanti. Siapa yang akan jadi mangsa terakhir?
Profile Image for Nur Asma'.
34 reviews
October 10, 2022
Infinity star for this book! Very worth the hype. Rasa puas je bila habis baca. Recommend sangat untuk orang yang minat thriller. Syabas kepada penulis! 💪

P/s: Lagi puas bila couple yang aku suka bersatu kat hujung cerita 😂
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
January 5, 2015
Done.. Akhirnya habis jugak baca cerita ni.. Azam 2015 nak jadi berani baca cerita hantu.. ahahh.. ‪#‎bolehpercayake‬
Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
January 31, 2017
Taknak komen panjang, semua pon tahu novel ni sangat BEST.
Cuma rasa RUGI tak baca awal.

Kesian kat Nazrul sebab Suria pipih Izwan.
But best man win bro!! ahaks

Profile Image for Nabilah H.
78 reviews
June 30, 2022
Plot twist - 10/10
History - 9/10
Romance - 5% (preferably if the FL didnt caught in love with both ML would be much better I guess?)
Action - 8/10
Mystical- 10/10
Profile Image for Nur Aqilah.
13 reviews1 follower
April 14, 2021
Penulis menggunakan gaya bahasa dan teknik penulisan yang sesuai untuk menggambarkan latar tempat, masa/zaman dan masyarakat yang pelbagai. Saya amat tertarik dengan latar masa zaman silam yang diceritakan oleh beliau. Jalan cerita juga menarik kerana mempunyai elemen2 misteri, mistik, thriller, sejarah, sains, seram, di samping plot twist yang tak terjangkau dek akal. Pendek kata, huh seram sejuk la baca buku ni. Terbayang bayang hantu tu terbang dekat tepi sambil mengilai ngilai :'). Setiap bab meninggalkan persoalan yang membuatkan saya tertanya tanya dan pada awal bab agak pening kerana banyak situasi yang mempunyai lompatan selang masa yang jauh. Hubungan antara watak utama juga dibina dengan baik, nampaklah ada chemistry di situ. Akhir sekali, jalan ceritanya menarik, personaliti watak2 bolehla, selalu ada kesalahan grammar semasa berbahasa Inggeris tapi takpa sikit ja, cover ja kot kena improve. Btw, beli la buku ni, memang berbaloi sangat.
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
January 8, 2018
Jalan cerita yg baik bg saya. walaupun banyak flashback & watak yg ramai sampai terpaksa selak² semula halaman yg sudah d baca bagi nak ingat semula watak² dlm novel ni.
Tetapi masih tidak mengecewakan malah sentiasa teruja & tertanya² apa lagi yg akan berlaku hingga ke penulisan "tamat".

Bukan itu sahaja terasa bagaikan berada dalam cerita ini.
Displaying 1 - 30 of 58 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.