Jump to ratings and reviews
Rate this book

Gerabak Merah Jambu

Rate this book
Hujan yang turun pada setiap hari Selasa selalunya berwarna-warni. Macam pelangi. Sepuluh saat pertama, air hujan akan mencurah-curah warna merah tetapi bukanlah seperti darah. Sekejap-sekejap hujan turun warna jingga. Kadang-kadang kuning, hijau, biru, indigo dan akhir sekali warna ungu.

Kalau langit rasa gembira, hujan turun dengan pelbagai warna secara serentak. Sesungguhnya, langit memang baik hati kerana memang selalunya warna-warna hujan bercampur-campur setiap kali hujan turun. Dia tahu waktu itu langit sangat gembira. Dia juga tahu hari ini dia akan gembira.


Bagi sesetengah orang, gerabak wanita boleh saja menjadi tempat yang paling indah di dunia.

Ikhwan tidak sedar, pada pagi Selasa sambil diiringi oleh hujan yang lebat dia telah tersalah naik gerabak yang dikhaskan untuk wanita. Namun, mindanya terus sahaja melenyapkan kesalahan tersebut apabila tanpa disangka-sangka dia telah bertemu dengan gadis paling cantik di dunia.

Sophia namanya.

Bila Khaleel beritahu Sophia bahawa mereka berdua perlu berpisah atas sebab-sebab yang dirasakan sangat klise, Sophia seperti bakal hilang sebahagian nyawanya. Khaleel, si sahabat baik mahu meninggalkannya tapi Ikhwan si lelaki gila sanggup menjadi pengganti.

Di dunia yang lain, Zulaika hanya mampu makan hati berulam jantung apabila mengenangkan hati Ikhwan bukanlah untuknya. Hanya Azimah, jirannya yang separuh gila itu sahajalah yang memahami perasaannya.

347 pages

First published April 1, 2012

2 people are currently reading
21 people want to read

About the author

Kamalia

17 books77 followers
Aku membaca sejak kecil kerana dengan membaca, aku bagai hilang dari dunia sebenar, dipeluk selamat dengan cerita-cerita yang pelbagai. Menginjak dewasa, buku sekadar eskapisme, bukan sekadar penyelamat jiwa tetapi buku memberitahu, menasihati dan paling penting memberi amaran yang dunia tidak berkisar tentang diri kau semata-mata.

Aku menulis sejak kecil, sejak kutahu mengeja namaku sendiri pada usia tujuh tahun. Bermula dengan menulis pengalaman sendiri, kemudian tulisanku bercambah menjadi cerita-cerita rekaan yang meronta-ronta mahu keluar daripada kepala.

Akhirnya aku menulis untuk dibaca oleh orang ramai. Ramai yang memuji dan ramai yang mengeji.

Setiap pembaca datang dengan pendapat berbeza. Ada yang suka dan ada yang kecewa. Aku sedar, memuaskan semua orang sesuatu yang mustahil. Kemudian aku teringat sebab awal aku mula menulis dulu. Pertama sekali, aku menulis untuk diri sendiri.

Watak-watak yang aku cipta ialah bayangan daripada segala yang berlaku dalam hidupku. Mereka yang aku ingin jadi, yang aku kagumi, yang aku takuti, yang aku pernah temui dan yang aku sayang.

Menulis membantuku memindahkan beban dalam dada.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (10%)
4 stars
9 (45%)
3 stars
8 (40%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Rinzuas.
4 reviews3 followers
November 18, 2012
Aku dah belek-belek buku ni lama tapi masa tu aku bertangguh nak beli sebab aku dahulukan buku lain(buku sekolah).

Lepas aku khatam buku ni aku terbawa-bawa dalam mimpi cerita Ikhwan yang suka sangat buat cerita dongeng style dewa-dewi dan hikayat lama. Dalam mimpi tu aku tolong ikwan menyerang penduduk kampung yang canibal. Ohoi, nilah padahnya baca buku ni sebelum tidur malam.

Aku sebenarnya penggemar cerita dongeng(buku kanak-kanak ala-ala awang kenit dan pahlawan alam raya) dan aku tak sangka pula dalam novel ni terselit semua tu melalui watak Ikhwan(Ikhwan ni penulis).

Jadi, disebabkan buku ni sealiran dgn tastes dan minat aku, aku bagi 5 bintang tanpa segan silu.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
May 29, 2014
Cerita Ikhwan-Sophia-Khaleel ni sebenarnya dramatik. Kisah cinta ini ditulis dengan cara yang berbeza. Saya rasa ada pro dan kontra di situ. Tapi baguslah sebab penulisnya berani bereksperimen.

Permulaannya agak perlahan. Mungkin sebab watak ramai kot. Saya masih rasa macam masalah Sophia tak habis kat situ. Maksud saya dari sudut psikologi. Mmm, seram juga kalau saya jadi Ikhwan hehe...

Bagi yang sukakan kelainan bolehlah baca tulisan Kamalia ni.

*Tak semena-mena nak juga ingat lagu Aku Tak Marah haha
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
June 21, 2012

Sophia & Ikhwan

'Kawan khayalan' ~ kawan imaginasi yang ada dalam diri kita. Siapa pernah ada 'kawan khayalan'? Masa kecil dulu ada la...namun ianya akan pergi apabila umur meningkat dewasa dan itulah yang terjadi di antara Sophia & Khaleel. Hanya bila Khaleel 'pergi' meninggalkan Sophia, barulah dia membuka hatinya untuk menerima Ikhwan.
Profile Image for Afiqah.
45 reviews5 followers
July 23, 2012
4 bintang untuk: Berjaya buat saya tersenyum hampir sepanjang membaca novel ini. Manis, kelakar dan sedih berbaur. Oh, seram juga. =.="
-1 bintang untuk: Belum habis dibaca. :p

(:
Profile Image for Amirah Aris.
139 reviews2 followers
December 8, 2019
Aku rasa macam tengah dengar seseorang bercerita tentang kisah Sophia, Khaleel, Ikhwan, Zulaikha dan Azimah.

Watak Azimah sesungguhnya tiada kaitan langsung dengan kisah Sophia-Ikhwan-Zulaikha, tapi Azimah membawa cerita sendiri yang pada aku sangat sinis. Penulis menggunakan Azimah untuk menyindir masyarakat yang suka-suka hati cop orang lain sebagai gila atau mengandai yang bukan-bukan jika seseorang itu mula berkelakuan pelik.

Plot twist tentang Khaleel tak dapat dinafikan sangat gempak. Tak sangka yang Khaleel itu sebenarnya 'begitu'. Aku dah syak yang Khaleel ni macam sesuatu tapi aku tak tahu pula 'sesuatu' itu membawa kepada 'begitu'.

Kudos kepada penulis, Kamalia, dan aku mengharapkan penulis akan terus berkarya.
:)
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
January 9, 2015
Mula jatuh hati dgn penulisan beliau sjk membaca cerpennya dlm antologi Kerana Dia Ratu Sehari dan Cinta Pertama (terbitan js adiwarna). Kemudian memburu karya beliau yg ini dn Dia Bukan Shah Rukh Khan.
#Bolehlah aku dikategorikan sbg ketinggalan kereta api. Tak kisahlah. Buku itu tdk basi selagi belum dibaca. Kan?

Mengisahkan cinta tiga segi zulaikha-ikhwan-sophia. Eh, mcm bersegi-segi pulak dgn campur tgn khaleel. Watak2 sampingan turut menceriakan suasana. Walau sekadar watak sampingan tp memainkan peranan cukup baik buat yg mahu berfikir akn signifikan kehadiran mereka.

Ceritanya mudah. Simple. Tak ada konflik yg blh buat kau rasa nak maki hamun hero heroin. Pun begitu, ada kejutannya. Tapi penghujungnya tetap manis gitu.

Ini bukan cerita klise. Kau takkan jumpa watak2 tipikal drama melayu gitu. Tetapi cerita tetap menarik. Tak ada adegan kena kahwin tangkap basah semua tu. Sesuai sgt lah letak bwh kategori si manis 17 tu. Jadinya, kalau yg tak berapa nk manis dh tu pun blh bca. Hehehe

Unik. Jalan cerita yg unik. Lain drpd yg lain. Pemikiran penulis jg unik. Mcm manalah blh trfikir nak buat cerita mcm ni. Berani ambil risiko. Tetapi risiko yg berbaloi pada hemat aku.

Bahasa. Santai (walaupun kdg2 rasa mcm merapu pun ada... hahaha) tp ketawa juga sembunyi2. Takut mak perasan. Hehehe. Bg yg maklum dgn rumah Adiwarna maka maklum dgn penggunaan bahasanya.

Setiap makhluk Tuhan berhak merasai cinta. Dan bak kata penulis, "kita tak kalah mencintai seseorang".

P/s: mgingatkn aku pd its okay that's love(drama korea 2014)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.