Jump to ratings and reviews
Rate this book

KOPI-AH

Rate this book
Kopiah dan serban semata bukan caranya. Perlu juga pakai topi bila perlu. Barulah stailo pak haji kita!

Islamik perlu ada 'pop' di dalamnya agar getarnya mampu dirasa dan dielus lebih banyak jiwa. Jiwa-jiwa kosong. Jiwa-jiwa separa kosong. Jiwa-jiwa berontak. 'Pop' yang ada dalam penyampaian berbentuk kispen dalam buku ini mahu membuka jiwa-jiwa ini.

Islam itu juga ada pop; bukan k-pop tapi iPop!

135 pages

First published April 1, 2012

4 people are currently reading
37 people want to read

About the author

Abrar Shafie

1 book13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (8%)
4 stars
40 (32%)
3 stars
55 (44%)
2 stars
16 (13%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
October 11, 2012
mungkin saya sedikit bias dalam memberi 5 bintang kerana ditulis oleh sahabat saya.tapi sejujurnya 4 lebih tepat.Mereka cuba membawa satu pendekatan yang baru dalam dakwah melalui sastera.cukup sudah karya-karya sastera Islami berat yang bertimbun tidak laku dek remaja gemarkan sesuatu yang ringan mungkin inilah jawapan.Bukan bermakna saya menolak karya berat tetapi jangan baru bertatih disuruh berlari kan.
Penulis pertama Abrar lebih santai dan ada unsur-unsur sinis terutama dalam Siapa Lagi Hebat dan Ajing Suci. Nah siapa makan cili terasa pedasnya. Karya Si Kecil Imran sudah pernah saya baca dalam blognya namun masih menarik untuk diulang. Tema perjuangan cuba disentuhnya dalam cerpen itu. Juga tema kekeluargaan dalam Hari Ini Hari Ibu dan Putik Cinta Untuk Papa(juga pernah dibaca dalam blog) antara tema yang sering dikatakan lapuk tetapi bagi saya tetap relevan sampai bila-bila kerana kita tetap berkeluarga bukan begitu?Dalam Nama Saya Adam pula tema keinsafan cuba ditimbulkan tetapi bagi saya kurang sedikit umphhnya.sekurangnya bagi saya.Dan cerpen Abrar yang terakhir Aqidah Di Hujung Tanduk itu sebenarnya merupakan kisah benar yang dialami oleh seorang sahabat kami.Namanya ada terselit dalam cerpen itu.Hayati pengajarannya.
Dan untuk kak Munirah pula beliau lebih serius temanya dan bahasanya lebih kepada novelis.tidak pelik kerana ini bukan karya sulungnya seperti Abrar.Saya perhatikan beliau minat dengan ayat "indera" dan "berjanggut pandak" .mungkin suaminya berjanggut begitu Wallahualam.Tema jihad ditonjolkan dalam cerpen Syal Merah Untuk Suamiku, Secekal Al-Fateh Segagah Al-Ayyubi dan Utrujjah.Kritikan halus juga disertakan dalam Si Tukang Kasut Di Tengah Kota kepada mahasiswa yang sering terpesong dan berdarah panas.Titipan Bisyaroh Di Aidiladha pula mengisahkan pengorbanan seorang anak muda demi kebahagiaan seorang tua.saya suka cerpen ini sebab saya rasa nak muda sekrang rata-rata sungguh kurang ajar dengan orang tua.Saya tiada komen untuk cerpen Tarbiyyah Cinta kerana saya tidak minat tema sebegini. Saya dapati Kak Munirah akrab dengan isu Pattani.syabas kerana kita harus sedar bahawa kita punyai Plaestin sendiri di sebelah negara.
Antara cerpen yang saya paling minati ialah Siapa Lagi Hebat, Titipan Bisyaroh Di Aidiladha, dan Aqidah Di Hujung Tanduk.
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
February 2, 2013
Kopi-Ah.

Baca sipnosis atau blurb di belakang, otak aku dah mula bayangkan iPop yang cuba dibawa oleh pihak Lejen Press. Tapi sayang, rupanya masih lagi mengekalkan ciri-ciri cerpen yang dimuat naik di iluvislam.com. Mungkin penulis Abrar berjaya bawa iPop tetapi tidak bagi Munirah. Ya, tidak bagi Munirah. Langsung tiada iPop atau mungkin sedikit sahaja iPop yang dibawa olehnya.

Setiap cerpen punya rating sendiri. Takde yang bagiku mencapai 5 bintang. Paling tinggi bintang diberi cumalah 4.5.

Abrar masih bertatih oleh itu cerpennya straight to the point tetapi jelas pengisian yang cuba disampaikan. Munirah yang punya beberapa pengalaman menulis pula bagiku tidak mahir menggarap sebuah cerita pendek. Mungkin terbiasa menulis novel. Babak-babak yang terlompat sana, terlompat sini buat aku pening kepala. Sekejap sekejap kita flashback, sekejap sekejap ke masa kini pula.

Paling best mungkin cerpen Abrar iaitu Aqidah di Hujung Tanduk yang santai, bersahaja tetapi bagiku membawa maksud yang cukup jelas. Cerpen-cerpen Munirah pula banyak pengisiannya, dan banyak juga ilmu yang aku timba daripada garapan dia namun bagiku, sudah cukup sudah. Oh Munirah, awak tulis novel ajelah! Haha.

Sekian daripadaku yang berjaya menamatkan Kopi-Ah pada 2 Februari 2013 ini.
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
Mungkin lebih baik jika pihak Lejen tidak mengkategorikan buku ini sebagai antologi cerpen Islamik. Untuk mengangkat karya Islamik dengan nada dan gaya alternatif memang susah apatahlagi ingin dibandingkan dengan karya Islamik penulis yang lebih ilmunya. Buku ini nampak biasa-biasa sahaja. Penulisan Abrar jelas terlalu selamat. Mungkin Ipop di situ bergerak terus tanpa klimaks dan tanpa rasa. Tapi apabila dibandingkan dengan tulisan Munirah, Ipop Munirah telah menjadi sangat berat. Penulisan Islamik perlukan jiwa untuk diserap dan dihayati. Latar kedua-dua penulis tidak ditunjukkan. Jadi tidak pasti sama ada penulis mempunyai pengetahuan kuat tentang isi yang ditulis atau sekadar melalui pembacaan lalu menterjemahkannya dalam bahasa sendiri. Bagaimanapun, percubaan bagus untuk memulakan genre baru Ipop. Pengikut karya alternatif dan indie mungkin sudah biasa dihidangkan dengan mindfuck, jadi karya ini agak tidak mencabar. Untuk muhasabah diri, itu boleh.
Profile Image for Yana.
37 reviews39 followers
May 6, 2014
Koleksi pertama Lejen Press Yana! Kombinasi cerpen 2 penulis, Abrar & Munirah. Dakwah santai, namun matlamat tetap sampai! Yana paling senang dengan Munirah, kisahnya banyak berlatarbelakangkan sejarah Pattani, ada masa, nak cari buku2 sejarah Pattani! Gaya Munirah seakan2 Kang Abik!
Profile Image for Saif Ibn Mohd.
120 reviews1 follower
February 4, 2018
cerpen islamik yang diselitkan sedikit pop katanya penulis.... tetapi masih belum cukup pop pada pandangan saya. Ada beberapa tajuk yang menarik tetapi ia masih biasa.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
September 26, 2017
Ayat penarik kat belakangnya bukan main, "KOPIAH & SERBAN SEMATA BUKAN CARANYA. PERLU JUGA PAKAI TOPI. BARULA STAILO PAK AJI KITA!". Aku mati2 ingat buku ni macam rebel2 sikit, macam Hamka Kereta Mayat ke apa kan, padahal cerpen2 islamik standard tahap2 PTS je. Kurang bau2 indie dia.

Cerpen terbaik bagi aku dalam buku ni, yang paling aku layan la, ialah dari Abrar Shafie iaitu Anjing Suci & Aqidah Di Hujung Tanduk. Dua kispen ni bagi aku sangat saspen & menguji akal sikit. Yang lain2 tu ok la.

Yang paling x best ialah kispen2 Munirah Rashid, minta maaf ye kak. Cerpen akak sangat boring, walaupun cuma 4/5 mukasurat, sangat berat untuk saya habiskan. Akak banyak main bahasa bunga2 yang kadang2 macam terlalu "pretentious" atau pun senang kata terlampau "sastera skema". Kurang smooth gaya bahasanya, rasa pelik bila baca. Kispen terbaik akak ialah Tarbiyyah Cinta, yang ni je saya suka sebab dia ada cerita yang menarik sikit, pasal cinta terlarang.

By the way, setiap kispen nya sarat dengan pengajaran yang berguna, walaupun x berapa layan (bagi saya).

Profile Image for Hani Yahaya.
34 reviews2 followers
September 29, 2014
Buku ini merupakan antologi cerpen Islamik. Buat pertama kalinya dalam sejarah saya membaca buku terbitan Lejen Press. Sememangnya saya sendiri ialah penggemar cerpen dan tatkala membaca naskah ini saya merasakan kedua penulis telah melakukan yang terbaik. Ingat senang ke nak tulis cerpen? Tu belum lagi novel. Jujur saya katakan, penulisan Abrar lebih saya minati kerana gayanya yang bersahaja namun untuk Munirah saya amat kagum kerana beliau mampu mengupas tentang isu Pattani yang rata-rata kebanyakan dalam kalangan kita tidak cakna langsung tentang isu tersebut.
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
October 23, 2013
satu-satunya buku lejen press (milik adikku yang gilakan buku fixi,lejen press) yang berjaya dihadam...
cerpen-cerpen berkonsepkan islamik pop (i-pop)

paling suke cerpen nama saya Adam..

moga lepas ni bertambah buku berkonsepkan i-pop terbitan lejen press
Profile Image for Sufiyyah Zulkifli.
59 reviews6 followers
June 14, 2013
the first three stories - touche. real.

utrujah - very.

generally, this piece has high faith (iman) value. ^_^
Profile Image for Intan Elya.
21 reviews30 followers
December 20, 2016
Bila mana semua watak lelaki (almost all) berjanggut pandak. #bukuislamiksangat
Profile Image for Fadillah.
830 reviews51 followers
January 25, 2022
“Sayangnya, umat islam bukan sahaja tidak mengepala bahkan kita tidak turut berjuang mempertahan hutan bakau daripada terus dinoadai. Lebih parah lagi, kita memandang sepi usaha memelihara alam sekitar dan tidak menganggap sebahagian dari tuntutan agama”.
- Kerana dia adalah Khalifah by Munirah Rashid (Kopiah Anthology)
.
.
A tad too old school/conservative for me and slightly ‘preachy’ for some part of the stories. But, i still enjoy these stories. I can appreciate that major stories in this book is not a TV3 or RTM Islamic Drama formulaic of “buat jahat/liar, derhaka, then sakit or ada kematian dan terus berubah or bertaubat” which honestly getting stale over the years. The book contained 15 stories altogether : 7 stories by Abrar Shafie and 8 stories from Munirah Rashid. Personally, i felt stories written by Munirah Rashid is more stronger - her focal point would be either islamic history/facts and messages of her story is crystal clear once you finished reading it . Unfortunately, my problem with her stories is that it can be over the top and *i almost rolled my eyes* on the preaching part. Abrar shafie’s stories on the other hand, is much more simpler - almost cynical at some point but i believe the writing fits better with younger generation (Gen Z). The lessons that readers learned from his stories is more subtle. Honestly, if i am not being misled by the blurb at the book cover, i will not buy this book. The blurb mentioned “islamik perlu ada pop di dalamnya agar getarnya mampu dirasa dan dielus lebih byk jiwa” Hence i was hoping for a critical commentary on muslim stories specifically with the way Islam were being practiced by Muslims in Malaysia - “Dasar pandang ke Arab/ Arabization”, Virtue Signalling and Moral policing in this country. Overall, i still enjoyed some stories and since its a short book, i finished it in one sitting.
26 reviews
April 4, 2020
Benarlah, naskah kisah pendek (kispen) yang pop tapi islamik. Penggunaan bahasa bagi kedua-dua penulis juga cantik dan manis letaknya, biarpun kedua-dua nya memiliki lenggok bahasa yang berbeza.

Ia bukan naskah untuk menjadi lagenda, tapi kisah-kisah pendek yang mengajak kita mengubah dunia.

Pengisian yang mengajak manusia berfikir dan berjuang ini adalah baik, dan disusun cukup cantik biarpun dalam pendek-pendek.

Semoga kedua-dua penulis boleh terus menulis dan berdakwah dalam cara kalian.
Profile Image for CikNana.
148 reviews6 followers
June 22, 2021
Buku yang mengandungi 15 cerpen dan ditulis oleh 2 orang penulis. Ini pertama kali aku baca buku terbitan Lejen Press.

Kekeluargaan dan perjuangan, itu yang aku nampak dalam cerpen-cerpen tersebut. Gaya bahasa yang jarang aku temui sejak aku tinggalkan subjek KOMSAS 😌 Aku kurang baca genre sebegini 😅

Setiap cerpen tersebut ada mesej yang para penulis hendak sampaikan. Aku perasan yang bila aku faham dan dapat tangkap mesej tersebut, bulu roma aku naik. Antara banyak² cerpen, aku terkesan dengan 'Syal Merah Untuk Suamiku'.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
September 4, 2020
Banyak kisah yang aku dapat dari kispen ni, cuma mungkin aku letak harapan tinggi sangat. Sejujurnya, hanya bahagian pertama, tulisan Abrar, yang aku suka. Yang kedua terlalu banyak cerita disumbat, dah macam baca novel, dan juga babak flashback yang tiba-tiba, buat aku keliru aku tengah baca tentang apa.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Author 3 books9 followers
March 1, 2013
KOPI-AH.

Pada mulanya, saya baca dengan rasa yang biasa-biasa sahaja. Cerpen, jalan cerita yang biasa, ada pengajaran pada penghujung cerita.

Tapi, diakui setiap penulis membawa mesej yang berbeza dan akan membuat pembaca bersenandung sendiri dengan soalan dalam jiwa, "Oh, rupanya kejahatan akan berakhir seperti ini!", atau "Kebaikan pasti selalu berada di hadapan."

Setiap cerpen dalam buku ini, ya memang tidak berbunga-bunga sastera. Tapi kadang kala banyak maksud yang tersirat yang mahu disampaikan, dan itu sesuatu yang pasti membuat otak pembaca bekerja keras.

Tidak berat, dan tidak terlalu ringan.
Ya, buku ini.

Apapun buku himpunan cerpen ini,
berhak mendapat penilaian.
Profile Image for Muhammad Syazwan.
30 reviews
February 2, 2013
Kedua-dua penulis membawa erti dan penjelasan yang cukup luas takrif Jihad Fi Sabilillah. Meskipun latar cerita banyak berlegar sekitar masyarakat Melayu Muslim Malaysia, sekurang-kurangnya mampu memberi kesedaran sejauh mana sebenarnya lingkaran hidup Muslim kini khasnya Melayu Muslim.

Isu-isu kekeluargaan, jihad, menuntut ilmu dan alam sekitar yang mudah difahami dan mengingatkan kita fungsi seorang khalifah di muka bumi Allah. Islam itu mudah, yang menyusahkannya hanyalah orang yang menggelarkan diri 'penganutnya'
Profile Image for Ubi.
314 reviews
March 2, 2013
Bila baca sinopsis bahagian belakang, aku harap buku nih menggunakan bahasa yang lebih santai dan tidak berat dan dalam masa yang sama berjaya menyampaikan dakwah i-pop.

Senang kata aku agak keciwa sebab apa yang aku harapkan tak macam yang digambarkan dalam sinopsis. Aku suka penulisan Abrar dan aku berpendapat penulisan Munirah Said agak berat untuk diletakkan dalam kategori i-pop.

Tapi, mesej dorang sampai dan i give them 4 stars for that.
Profile Image for syakir rhmn.
13 reviews
May 27, 2013
Sebuah antologi cerpen islamik untuk mereka yang urban. Elok untuk bacaan santai dan tidak terlalu berat. Tertarik dengan cover buku ni dan sinopsisnya, jadi aku pon grab la satu. Dan ok la jugak untuk isi masa lapang. Hehehe. Apa2 pun, setiap cerpen dalam buku ni bervariasi dan setiapnya ada unsur2 Islam yang cuba diterapkan....... (http://www.projeksosial.com/2013/05/k...)
Profile Image for Najihah.
50 reviews46 followers
August 18, 2014
Cerpen-cerpen islamik mengandungi lima belas cerita semuanya; berkisah tentang kasih seorang ibu, peranan khalifah, sayang seorang bapa, perjuangan memburu syahid dll.
Jujurnya, cerpen-cerpen ini belumlah mencapai tahap iPOP tetapi tidaklah rugi untuk dibaca - masih bisa mengisi jiwa kosong atau separa kosongku.
2 reviews
January 13, 2016
Sesuai dibaca ketika santai-santai sambil hirup kopi.
Penyampaian konteks isinya senang dihadam oleh terutamanya remaja yang perlukan sedikit suntikan pemurnian minda.

Permulaan cerita dengan tajuk Hari Ini Hari Ibu mungkin boleh mencengkam rasa sanubari bagisiapa yang mudah tersentuh hatinya.
Profile Image for Nawfal Ahmad.
37 reviews2 followers
September 17, 2013
ramai yang kecewa dengan buku ini kerana beranggapan ianya adalah sebuah buku ipop yang sangat sempoi. namun saya tidaklah sehingga kecewa. cuma mengharapkan lebih, khusus daripada abrar.

terlalu ringkas dan biasa. satu dua sahaja yang 'wow' .

namun tahniah kepada kawan sekolah saya abrar!
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
July 22, 2014
Tulisan 2 anak muda yang mudah difahami dan dihadam. Cerpen-cerpen pendek yang mengajar aku sedikit sebanyak ilmu baru tanpa sedar. Banyak juga menimbulkan persoalan yang tidak pernah terlintas dek hati. Syabas !
Profile Image for Azlinah Awang.
25 reviews4 followers
June 11, 2013
3 daripada 5 bintang. Hanya 3 cerpen menepati citarasa saya. Apapun himpunan cerpen islamik yang berbaloi untuk dibaca.
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
August 26, 2013
benar, sinopsis dibelakang kulit buku tidak menggambarkan isi di dalamnya, pada pendapat aku lah. Terdapat beberapa cerpen yang menyentuh hati.
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
March 8, 2017
karya2 cerpen islamik yg menarik..tidak terlalu berat untuk dihadam..mmg santai dan penuh tarbiyah...
Profile Image for Amyrull Fazmi.
10 reviews5 followers
April 21, 2014
Suka. Tapi tak i-pop sangat. Andaian awal saya kumpulan cerpen ini menggunakan gaya bahasa yang lebih santai..
Displaying 1 - 30 of 30 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.