Jump to ratings and reviews
Rate this book

Siapa Sangka Terjatuh Cinta

Rate this book
[Pemenang Sayembara Novel IMAN 2022]

Dia Mawarti. Pendiam, tak suka bergaul. Baginya yang penting, dia tak kacau hidup orang.

Dia Arif. Peramah tak kena masa, ceria semedang dan bermulut manis. Kalau boleh, semua orang hendak ditegurnya.

***

Rimas dengan sikap abang-abang yang over-protective, Mawarti memutuskan untuk berpindah rumah supaya hidupnya lebih aman. Arif pula, curiga apabila melihat ramai jejaka keluar masuk rumah jiran barunya — Sah, jirannya ada sugar-daddies!

Sangkaan Arif meleset apabila mengetahui jejaka-jejaka itu sebenarnya abang-abang Mawarti. Sejak itu, Arif menjadi runner tak rasmi Mawarti untuk beli barang-barang dapur sebagai tanda meminta maaf.

Pertemuan mereka akhirnya membawa mereka saling memahami luka lalu yang dipendam. Tanpa sedar, ada sekelumit perasan sayang timbul dalam diri masing-masing, namun mereka berdua, masih ragu.

“Having feelings and insecurities are two different things. I know my feelings, and this time it's for real.”

Akan hilangkah semua beban yang tersimpan, jika mereka lebih jujur dan berani berperasaan?

513 pages, Paperback

First published May 26, 2023

138 people are currently reading
890 people want to read

About the author

Violetfasha

4 books22 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
333 (36%)
4 stars
278 (30%)
3 stars
174 (18%)
2 stars
94 (10%)
1 star
39 (4%)
Displaying 1 - 30 of 192 reviews
Profile Image for Suraya (thesuraya).
787 reviews227 followers
dnf
September 25, 2023
DNF @ 30%

I can't go through this. It made me became hateful and my mood sour. Tak suka Mawarti and her rudeness. She gives out this negative vibe that I don't like. I also dont quite like the premise of extreme introvert and extreme extrovert thing, as if that's the only personality the characters have. Tak suka jugak how unrealistic this story is. Umur 25 tapi masing-masing mampu nak sewa rumah kat Aussie? That's just funny. Rumah kat Aussie sewa mahal nak mampus weh. My sister rented a 2-room apartment with her friends and it costed them 1850 AUD per month. Imagine a double-storey bungalow with a lawn that they lived in AND they both lived alone? The girl works in the book industry some more, which is known to be underpaid? Memang kelakar.

Mawarti is plain rude and self-absorbed. Being an introvert (heck, even an extrovert) doesnt give you an excuse to disrespect others. Bila baca review orang lain, it turns out that at the end of the book she doesnt have a character development? I'll pass. Sebelum saya jadi someone yang hateful towards somebody who doesn't even exist, baik saya berhenti baca.
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
August 5, 2023
Jalan cerita dah best tapi bila semua benda yang dibuat dikaitkan dengan ‘aku macam ni sebab aku introvert, kau extrovert’ agak membuatkan dahi aku berkerut bila baca & ada sedikit ketidakpuasan hati disitu. Label-melabel antara introvert & extrovert pun bagi aku terlalu rapuh hanya permukaan saja.

Walaupun ada certain scenes yang macam tak berapa nak masuk akal tapi aku just ‘mehkan’ di situ sebab its too good to be true? Dan sesudah habis baca, kesimpulannya Mawarti & Arif really need help & therapy to overcome their trauma. ohh, penamat tu kenapa nampak macam rushing?
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews335 followers
December 2, 2025
Novel ni buat aku stress.

Aku tak ada masalah kalau premise-nya clishe - about exploration of relationship between 2 individuals with contrasting personalities: Mawarti, who is quiet and introverted and Arif, who is outgoing and sociable.

Aku OK kalau plotnya predictable - despite the differences, an unexpected attraction developed, then there were misunderstanding, and then both of them undergo personal growth and development as they navigate their feelings and the complexities of love yada yada.

Sebab ini novel genre Slife of Life.

Tapi, the execution part - kalau narrative-nya menjadi, novel ini ada potensi sebenarnya.

Sayangnya, naratif novel ini sangat repeatetive. Aku boleh paham kalau ia tak ada compelling incidents or turning points, tapi repeating the same cooking again and again menjadikan reading experience aku almost flat. Mawarti's trauma, which is the story's core ni sangat lack of credibility. To make matters worse, tak ada seorang pun watak utama dalam novel ni felt genuine to me. Dorang ni orang biasa, but were either excessively portrayed as introverted or extroverted, making the story seemed artificial and overly dramatic. Sometimes I'm honestly torn about whether to classify Mawarti as an introvert or a narcissist. Then Arif - he is just, too complicated. Aku rasa abang abang Mawarti lagi lebih likeable berbanding 2 orang ni.

Satu cadangan aku kepada Violetfasha adalah, tolong benarkan main characters awak ada sparkle dia, intelligent dia atau moment dia, paling sedikit pun biar ada likability dia. Macam Mawarti ni, makin aku baca makin aku rasa stress dengan attitude dia. Sampai ke penghujung cerita pun dia tetap immature, pessimist, and negative. How would you expect me to enjoy this novel if I don't connect with her? There’s no point in continuing if I'm not invested in them, you see..

I think isu utama novel ini adalah Violetfasha terjerat dalam masalah oversimplifying stereotypes. Before diving into the nuances, it's essential for an author to grasp the fundamental distinctions between introverts and extroverts - jangan lupa even the most introverted person has moments of extroversion, and vice versa. And you must consider how the environment impacts the characters, bukan experience semata - mata. This whole situation menyebabkan unengaging plots, draggy dialogues and all that - make me felt so emotionally detached. Itu belum ending nya yang setiba - tibanya it happened tu.

Dah 3 4 5 kali sebenarnya aku buka buku ni, baca 1 bab, then tutup balik. Malam ni, aku gagahkan diri untuk baca for the sake of nak habiskan.

Sorry. Tak boleh masuk juga.

2 / 5 stars
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews68 followers
Read
June 1, 2023
Pertama sekali nak cakap, tahniah buat penulis. Buku yang ditulis dan digarap dengan baik dan mampu mengekalkan minat aku untuk terus membaca sampai ke muka surat terakhir.

Susunan plot yang teratur dan tak terlompat-lompat pun buatkan proses bacaan lancar. Bila dah mula baca tu, memang rasa susah nak berhenti. Sedar-sedar dah next chapter. Sedar-sedar, eh dah habis?

Aku rasa penulis ada kekuatan yang baik dalam menulis watak yang relatable dan realistik. Hubungan adik beradik antara Mawarti dan abang-abangnya sungguh wholesome. Typical siblings, bergaduh tu biasa. Tapi bergaduh pun masih sayang, masih ambil peduli. Cuma mungkin cara je yang tak kena.

Cuma aku rasa ada beberapa part yang penulis masukkan tapi surface sangat dan macam forced-insert PSA pula. Contoh perbualan Ally dan Mawarti tentang tunang Benjamin. Aku tau ada mesej yang cuba dibawa dalam scene tu tapi rasa macam detached dari the whole plot of the story. Rasa macam terbazir jumlah word count kat situ dan mungkin lagi boleh focus pada backstory Arif.

Kisah Arif dan kenapa dia jadi people pleaser tu cuma nampak dalam bentuk Arif berkongsi kisah. Pembaca tak kenal pun keluarga Arif tu accept a short phone call between Arif dan adik dia. Aku tak puas kat situ. Rugi sangat sebab banyak boleh explore dengan Arif ni. Boleh bikin pembaca existential crisis.

There are some conversations yang macam out of place and forced tapi aku abaikan je part tu sebab aku masih boleh enjoy cerita dan level annoying tu macam minimal.

Also, aku kurang setuju dengan label introvert/extrovert yang digunakan dalam buku ni untuk describe dua watak utama tu. Sebab bagi aku manusia ni too complex untuk dibahagikan kepada dua spectrum personality semata-mata. But I guess for the sake of the plot, aku terima je lah. Tak ganggu bacaan aku.

Tapi overall, baca buku ni memang macam roller coaster feeling dia. Geram dengan Arif tu kadang. Geram jugak dengan Mawarti tu degil tak mengagak. Kelakar dan terhibur dengan gelagat diorang. Pastu tiba-tiba part sedih curhat pulak sampai nangis-nangis.

Memang well-rounded buku ni. Seronok baca.
Profile Image for Fuka-chan.
146 reviews
July 17, 2023
Slownye… banyak unnecessary filler episode.. 370 baru nampak conflict….iaitu Arif ada insecurity..lambat sangat nye pun..

Aku akui maybe disebabkan aku annoyed dengan dialog meleret-leret dan filler episode yang mcm tak nampak memberi apa-apa impak, jadi mostly lepas 50% aku skimmed thru je. Wei too long! Nak menyampai ke Mawarti punya book launch tu ya tuhan.

And then entah tibe nape gaduh sebab buku. Tak tau punca, elok je kan sebelum tu, tiba-tiba terasa hati sebab buku? Aik. Tiber sangat. Adakah konflik yang diadakan selepas halfway thru? Adeh.

Lepastu ada la 2 helai sebelum penamat, tibeerrr lagi sekali bertemu semua. Aarrgghh apakah half-cook story ini?

1/5 not recommend. Kecewa kot sebab tiktok semua letups mak beria promote. Last last. Hmmmmmmm

Good in theory but poor execution. Sorry penulis cuba lagi!

++++++++++

The more I think about it, the more irritated I become. Like the Mawarti is sooooooo immature. 1. Trauma pertama datang dari..*let me check* rejection sekolah rendah? Really? Weird but okay.. 2. Trauma kedua datang dari abang beliau. Okay.. both sakit tapi bila dah besar, sikit-sikit berbalik ke trauma no 2. Like urgh sudah sudah la tu. Dimanakah personal growth beliau? Kenapa 20 pages terakhir dekat hospital masih sama menyalahkan orang lain selain dari diri sendiri? Apa function Arif tinggalkan beliau? Semata-mata plot ke? Macam semua kdrama, hero dgn heroin kena pisah dlu, episode akhir baru jumpa balik. Hmmmm


Lagi satu yang aku xpuas hati ialah kenapa menjadi kan introvert tu sebagai satu personaliti anda? Anda tiada personaliti lain ke? Anda bukan introvert. You are a reclused asshole. Man i do hate MC.

Ok la enough hating the Mc.. bai
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
July 29, 2024
So… this is about an introverted girl x extroverted guy. More like about a socially inept person and a people pleaser.

I am about to yap about this book, so here goes nothing…..

Hands down to the book that made me cuss from the beginning until the end. Here’s why:

FL is insufferable. Rude. Self-centered. Always uses being an “introvert” as an excuse for her nasty attitude and questionable approach in life.

I just despise how she treated and acted around her brothers. She wanted to be accepted the way she was but at the same time she kept pushing her siblings away - and guess what she did when her plans failed? She threw a freaking tantrum, saying she didn’t ask to be born, yada yada yada. Girl, come get your ass here because imma smack your head real hard so you’d know better to not repeat the same behaviour next time.

FL’s definition of introvert & extrovert - like lol girl. It’s so easy for her to assume how one has lived their life and when she get treated the same, she’d be flipping her imaginary middle finger at an instance. Judgemental much? Oh wait, I think feeling entitled is a better way to describe her character.

She keeps pushing people away but still expects them to stay forever but when they didn’t, she feels everyone is going to leave her eventually. It also pisses me off when she told Arif that he’s projecting his insecurity on her as if she hasn’t been doing it from the start of the story??

EVERYONE has to understand her and it’s fine when she doesn’t do the same to others because that’s just who she is. (You see how ridiculous that sounded? BECAUSE IT IS.)

Don’t even get me started on this too-good-to-be-true living overseas life with well-paying career. Come on, be serious. Girlie ain’t a Harry Potter author and the guy who is just a mere IT guy can afford to be independent in a foreign country? What is this, some sort of a Disney movie setting?

Haih. I am so tired typing all these. I need a good breather after this 🧘🏻‍♀️

After 75% of the story, I just skimmed through until the last page and I am beyond disappointed because FL’s character has no development at all.

What’s the moral of the story? That you can be an ass and still get a nice ending? Oh come on. Cut the crap.

One good feedback about the book? The cover’s design is definitely intriguing, but that’s it.
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
292 reviews15 followers
June 9, 2024
Buku ni beli waktu PBAKL tahun lps sbb hype. . The biggest turn off utk aku is the FL.
Like.. PULL YOURSELF TOGETHER WOMAN!!!😭

sedih nokks bila aku baca novel tapi MC dia buat aku annoyed especially the FL😭😭. Menyirap aku tak memasal.. Bila aku baca buku, aku nak root dkt MC esp the FC but this book made me loathe her😌. FL ade semua traits yang aku tak suka🥴 suka victimise diri sendiri, dia buat orang boleh, org buat dia melenting, acah terpaling edgy. Apa masalah kau nyahhh???😑

Terus takde mood nak baca, just skipping through, buku mahal kan, at least tahu apa pengakhirannya tapi tula endingnya tu pun alahai.. 🥲

So pengajaran dekat diri sendiri jangan beli buku yang tgh hype sekian 🙂
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
February 19, 2024
Baca dari 14 Februari. Baru ada kesempatan nak masukkan rak sini.

Mungkin...............saya bukan target audience.
Hahaha. Entahlah. Nak ulas pun, dah ramai ulas perkara yang sama, jadi tak perlu untuk saya ulas lagi.

Mungkin lepas ni, saya tak perlu ikut novel pilihan pembaca (?). Baru tersedar yang kebanyakan undian novel pilihan tu cerita yang meleret, cinta yang agak tak logik & tiada sesuatu isi pengalaman realiti.

Pengajaran buat saya. Lain kali saya tak perlu ikut novel tular.
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
July 28, 2023
Patut tak kita hantuk kepala dua orang ni?

Aku terus teringat rumah ni waktu penulis describe karakter Arif dan Mawarti.

description

Memang boleh relate dengan Mawarti & Arif, sebab aku di tengah-tengah HAHAHA

Aku suka watak Arif yang gemar mengusik, ringan tulang, pandai masak, peramah, pendengar baik & banyak lagi. Aku banyak ingat Mawarti mengamuk dan marah saja 😅 tapi dia slowly berubah lah

Dan,
Trauma Mawarti dicerita lebih jelas dari Arif, aku sedikit kecewa di situ.

Cuma aku hairan, Mawarti tiada reaksi waktu Arif cerita kisah silam dalam majlis Robert. Am I missing something???

Kali kedua bila Arif bercerita pun dia cuma tersentak & terfikir kenapa Arif macam tu.

Aku rasa seolah-olah Mawarti langsung tak berperasaan. Macam ni ke seorang introvert? Tenang je... (tapi tak juga LOL)

Banyak & panjang juga penggunaaan dialog English dalam buku ni

Secara keseluruhan, aku enjoy baca buku ni. Okay itu je, bye.
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
June 17, 2023
trope(s) — neighbour to friends to lover, family and siblings issue, introvert fl extrovert ml, grumpy sunshine reverse, broken soul, opposite attract, swiftie couple

genre — slice of lice, romance🌷

tw⚠️: insecurities, depression and suicide attempt mentioned

📝Pertemuan mereka bermula sebagai jiran sebelah rumah di Australia. Arif ingatkan Mawarti ni ada sugar daddies bila ada tiga orang lelaki keluar masuk rumah gadis itu. Lahh rupanya mereka semua tu abang kandung dia! Untuk menebus rasa bersalah kerana menuduh Mawarti begitu, Arif mula jadi runner buat Mawarti membeli barangan dapur. Sebagai balasan, Mawarti akan exchange makanan dengan dia. Dah jadi rutin, kalau Mawarti tak masak, Arif akan bagi makanan dekat dia and vice versa.

Dua manusia yang cukup berbeza. Mawarti dan Arif Amsyar. Perangai Arif yang kepoh dan selalu ambil berat pasal Mawarti yang tak suka keluar rumah dan bergaul dengan orang menjadikan hubungan mereka semakin rapat sehingga selesa untuk berkongsi masalah dan memahami antara satu sama lain. Seorang introvert, seorang lagi extrovert. Tak mudah sebenarnya bila dua personaliti ini bertemu. Ada sahaja percanggahan pendapat dan sudut pandangan.

my thoughts;
this book is raw and beautifully written, i feel so seen while reading this story, just a perfect book for introvert, first born and socially awkward person🤧💗

the plot — start smoothly when Mawarti and Arif met, how they become from only a neighbour to friends to 'thing'. the flow and plot building just niceee even ada some part yang macam draggy but i understand thats how it works to make us understand the characters better.

characters development — through out this story kita rasa bangga sangat dengan perubahan Mawarti dan Arif, their journey is not easy tak mudah nak berubah and betulkan mindset kita but how they help and giving advices to each other especially bila Arif tolong Mawarti keluar dari comfort zone dia eii suka betul baca😭 agak bengang jugak kadang dengan perangai dua orang ni but thats how people in real life act. dan tak lupa jugak hubungan adik beradik Mawarti dengan tiga abang dia. realistic sungguh walaupon selalu gaduh tapi mereka masih keluarga kita yang akan sentiasa ada untuk kita.

Kerjaya Mawarti and Arif slayed so hard! really making them like a perfect soulmate jaw dropping betul bila tahu apa Arif buat, indeed a genius man😮‍💨 dah la hijauuu his love languages are act of service, words of affirmation and quality time. oh tak lupa akan sentiasa tanga Mawarti dah makan ke belum😔🫶🏻 also Mawarti's attitude and thinking relatable fr

Vibe — a book for swiftie!!! and seronok gila baca sebab banyak references like harry potter, some bollywood movies and my hospital playlist loml, ikjun?? omg saya nak jadi kawan author boleh tak, your tasteee is immaculate😭🫶🏻

what i hope — a deeper backstory of Arif's family it could be better, quite dissapointed we cant see his interaction with his family that made him become like that wish i could hug him, youre going through a lot Arif so proud of you🥹💪🏻 and can we get a sequel of them becoming spouse??😭🙏🏻 mesti lagi banyak cabaran dalam alam perkahwinan diorang and i want to see Arif becoming a good father, that was his dream🥹🤍

overall, this is one of my best read this year, i learnt a lot from this book🌷 def a full stars read from me🌟 if you still hesitated to get this book, this is a sign for you. Orang kata manusia akan jatuh cinta pandangan pertama pada rupa and this book will make you fall harder once you dive into Mawarti and Arif's story🤍🦋🦋
Profile Image for booksofbells.
267 reviews7 followers
January 12, 2024
'siapa sangka terjatuh cinta'

Review aku bercampur dua bahasa; bm dgn bi. So sapa xsuka jgn baca. And this is going to be a 'dislike' review ok. Im sorry in advance because i wont hold back everything yg aku pendam.
.
.
Kisah dua personaliti berbeza; introvert dan extrovert, yg saling 'fall in love' walaupun berlainan pendapat, i think?
.
But seriously this was not what i expected in a love story.
.
Awalnya aku agak excited nak baca since ramai sgt review buku ni 'berbunga2' dan sebagainya lah. Turns out it wasn't anything like that.
.
Let me tell you what i like about this book:
- banyak quotes/advice yg menarik.
- abang2 mawarti yg kelakar dan sempoi.
- penulisan yg senang dibaca dan mudah difahami.
- cover buku cantik yg amat, sesuai utk selfie atau nk flex2 kt socmed.
.
Now it's time for me to truly let out my honest feelings :
.
First, im going to straight up say that aku tak suka mawarti. Dia claim dia introvert tapi aku langsung x relate dgn dia. Aku juga introvert, ada beberapa bahagian yg aku mcm boleh terima tapi kebanyakannya aku tak boleh brain kenapa dia ckp mcmtu. Kenapa fikiran dia sentiasa pesimis dan narsistik. Play victim dia another level. Gaslighting takyah cerita. Aku rasa dia mmg hidup dalam dunia dia sendiri sampai tak nampak orang lain. She's 25 yrs old, right? Tapi makan pakai sudu pun bersepah? How is that even realistic? Takkan sebab x bersosial dgn society kau terus x reti table manners? Common sense mana mawarti? You are an adult. A writer even. It seems very weird to me. Watak dia mmg annoying dan frustrationg utk dibaca. At least arif ada common sense walaupun dia complicated. Abang2 mawarti pun lebih best utk dibaca berbanding watak utama kita ni. Serious talk she's straight up rude, langsung x sympathetic, pastu claim diri dia je tersakiti, orang lain jahat...🥴 Apa2 jelah jnji heroin yg always right, kan?

Then, bila arif open up pasal dia pernah nk suicide, mawarti punya reaction mcm xde pape langsung. Mcm dia xde simpati ke apa ke.. Dia mcm hilang rasa. She's so ignorant that she can't feel other people's pain. Bila dh hujung2 buku tu bru la dia mcm haaa ada emotion kejap tpi pstu play victim balik. Fine, Abang2 dia salah masa zaman dia kecik2 dulu tpi mawarti, kau dh 25 tahun! Grow up please. Aku serious x leh relate dgn dia. Aku pn membesar dgn background yg susah, yg ada bnyk kisah pahit, tpi itu yg menjadikan aku kuat utk terus hidup dan ADA COMMON SENSE. mawarti mcm x reti nk jdi manusia but at the same time she's a well-known author and her books are famous. The irony.

I pity Arif tbh. Yes dia salah sbb layan semua kawan perempuan dia baik2. But he realised his fault pastu dia berubah. Yes dia baik dgn semua orang tpi bukan ke mmg logically kita kena layan semua baik x kira jantina? Then mawarti had the decency to feel jealous bila arif bercakap dgn pompuan lain padahal terang2 arif tu tgah networking. Pstu nk jeles. Mende tah. At least logik la kalau arif tu nk jeles kalau mawarti dgn benji mesra2 sbb terang2 arif tau mawarti ada crush kt benji. Dua situasi berbeza tpi mawarti guna situasi tu utk 'find fault' dekat arif and cop arif ni layan semua perempuan sama. Aku mcm EH KAU.

Then, aku nk comment pasal Ally. Dh terang2 Ally tu yg salah, pehal diorg x ada pun salah kan Ally tu ea bila dia senyap2 send diary Mawarti as book draft? Aku mcm eii itu bukan dh mcm khianat ke? Kenapa mawarti x salahkn Ally? Nobody pointed that out and it frustrate me so much.

I think watak2 yg menghiburkan hanyalah abang aqil, chad dan badang. Diorg jelah yg buat aku stay dekat buku ni.

Kebanyakannya aku mmg meluat dgn perangai mawarti. She's an adult for God's sake! Dia selalu compare diri dia dgn org lain and end up rasa diri dia tersakiti. Org lain lah yg jahat. Dia je yg betul. Pstu bila kena tegur, mulalah mcm 'yelah2 salah aku sbb aku kn toxic' HAAH MEMANG KAU TOXIC PUN.

this book isn't about introvert AT ALL. Aku sebagai introvert malu nak ckp mawarti ni introvert. Lepasni aku harap buku2 iman publication lebih teliti dalam penulisan dan content. Tlg bgi content realistic dan ada karater development yg bagus. Sbb aku x nampak pun bagusnya mawarti ni melainkan dia adalah penulis yg berjaya (sumpah part ni pn aku mcm ye ye oo je kau).

You know that book isn't for you when you find yourself loving every moment of the main character's downfall. Seriously aku suka bila mawarti ni kena tegur bertubi2 dgn karakter lain. Masa tu aku mcm haa kau hadap la dgn apa yg kau dh bagi kt org lain.

Konklusinya, aku sedar yg novel ni bukan utk aku. To be honest, if this writer wrote another book, i probably wont purchase it sbb takut the content would be similar to this one. Im sorry but this book isnt for me.

I saw someone ckp mawarti ni 'pick me'. I think it might be true.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fatimah.
293 reviews25 followers
July 2, 2023
The main character is so sombong and Arif is annoying
But I can accept them as the story goes on
Also cannot brain how Arif's first assumption is Marwati's a pelacur? So extreme

Sometimes there's too much drama, sometimes there's too much preaching

All in all, I look forward to reading the next book by this author
Profile Image for Mslvoe.
2,047 reviews200 followers
October 9, 2025
Wow so damn rich both characters! Yelah both of them datang dari rich family. Family Arif kan orang senang.. and abang² Mawar kaya. Tapi cam tak realistic they can afford to buy a house camtu.

Yelah² imagination. 🙈

Okay F thought this was gonna be a cute opposite attract love story. Tajuk buku je dah appealing. Betul tak? Ermm introvert girl... extrovert guy... you know the drill. Tapi lepas baca few chapters, F was like… wait, introvert camni ke? menyombong?

Mawar ni konon introvert tapi attitude dia kadang macam i’m not shy, i just don’t like people type.

Wahai Mawar... that’s not introvert, that’s rude. Dia buat semua orang nampak salah, dia je betul tapi tak pernah reflect diri sendiri.

Yang Arif pulak, extrovert tapi penuh insecurity. So dua² ni macam mix air dan minyak.. tak boleh blend, cuma terapung bersama sambil buat F stress. Aarrgghh!

F waited for Mawar’s character development sampai page terakhir… and guess la apa jadi..
still loading... tahu pun lepas meet and greet buku Mawar

Ending dia okay... predictable tapi sebab dah invest masa baca F redha je.

Overall, it’s an easy read. If Mawar ni wujud, I’d probably mute her in real life.
Profile Image for Elvina Zafril.
710 reviews104 followers
November 20, 2024
Buku ni memang hype gila masa awal keluar, kan? So of course la I terpengaruh jugak nak baca. Tapi weh, honestly, kalau tak sebab nak bagi peluang, memang buku ni dah lama kena DNF.

Mula-mula baca, I was like "okay ni boleh tahan la kot." Tapi lepas tu? Semua jatuh menjunam. Dua-dua watak utama tu, seriously? Diorang ni patut pergi jumpa therapist. Lepas satu satu drama tak habis-habis, dengan alasan “Oh, memang perangai aku macam ni, so terima je lah.” No, sis. No. Kau tak boleh guna personality as alasan untuk lari dari masalah. That's not very cutesy, it's toxic.

Dan part paling tak logik — macam mana watak perempuan ni, kerja book publishing boleh hidup mewah sampai umur 25 dah boleh sewa rumah dekat Australia??! Bungalow pula tu. Unrealistic betul. I pun nak kaya macam tu, okay.

Kesimpulannya, buku ni tak deliver macam mana yang I expected. Hype besar, tapi meh sikit lah I rasa. Tak lah teruk sangat. Tapi boleh improve lagi. Would I recommend? Kalau korang suka plot cliche, then sure, go ahead. Kalau tak, boleh la letak buku ni balik kat shelf.
2 reviews
May 30, 2023
A MUST-READ BOOK! 🌟🌟🌟🌟🌟

This is my new comfort book. 500++ mukasurat yang padat dengan isi. Storyline tidak berjela. Plot yang kemas. Saya suka sangat!

Saya pertama kali jumpa buku ni di PBAKL dan terus masuk dalam bakul lepas baca ayat pertama di belakang buku. Dalam banyak2 buku saya beli waktu PBAKL, buku ni paling saya excited nak baca dan memang buku pertama yang saya baca pun lepas sampai rumah.

Saya tak pandai nak tulis review, apa yang saya tulis ni lebih kepada fangirling je rasanya.

Saya kalau membaca memang suka pasang playlist yang penuh dengan lagu-lagu Taylor Swift. So, bila baca bahagian Mawarti menyanyi lagu Sparks Fly terus jadi excited sungguh. Teruja betul dapat berkenalan dengan Swifties yang lain walaupun hanya watak fictional hahaha.

Sebagai seorang yang anti-sosial (kawan saya yang cakap) characteristics Mawarti terlalu dekat dengan saya. Tapi saya tak pandai nak zahirkan apa yang saya rasa kepada penulisan. Jadi bila baca perspektif Mawarti saya rasa macam kena headshot. Sebab first time saya boleh betul-betul relate dengan character fictional.

Tapi dari sudut lain saya dapat baca dari perspektif Arif yang personalitinya yang opposite dari Mawarti. Baru saya tahu extroverts pun ada insecurities mereka sendiri.

Saya suka pieces of advice yang Mawarti dan Arif beri pada each other. Terutama mengenai betapa pentingnya untuk memaafkan diri sendiri dan sayang diri sendiri.

Bahagian abang-abang Mawarti banyak yang kelakar. Random sangat. Saya tersentuh dengan cara masing-masing punya love languages.

Ahh pokoknya, saya suka semuanyalah tentang buku ni.

Okay tu je. 🥰

Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
June 24, 2023
Bagi aku, bukan senang nak tulis buku cinta fantasi yang tak buat aku give up nak habiskan di pertengahan jalan.

Banyak gila scene tak realistik especially bila hang sendiri dalam industri buku & tak realistik for MC’s age.

BUT!

It’s fun, it’s funny, unrealistic, pilihan yang tepat jika kau betul-betul in dire need of escapism.

Kalau rasa nak tengok K Drama atau ala-ala filem Istanbul Aku Datang, bacalah buku ni.

Agak rasa macam tengah berhati rebel, kecewa dengan lelaki, nak berangan ada lelaki macam Arif dan keluarga yang cool seperti abang Mawarti, even hanya terabadi dalam helaian kertas?

Buku ini jawapannya.

Thank you for writing, VioletFasha. Please write more 👏🏻
Profile Image for Nur Fateha.
44 reviews
December 8, 2023
2🌟

Adakah aku kejam? No.. I am giving honest review


Duduk Australia mcm duduk Malaysia ye.. rumah 2 tingkat dan duduk sendirian? Ending buku kurang lengkap takda abg Aqil. Punca ayah dia meninggal sebab kemalangan tak diceritakn detail (ok tk penting sgt)
Perlu ke bila nk luah atau marah kena speaking spnuhnya? Masa Arif beli bku hello neighbor milik Mawarti cakap melayu. Bila Arif share mslh dia dgn mawarti sbuk speaking
Mawarti toxic ye. Dia cakap ayat yang mnyakitkan hati Arif takpe, Bila Arif bgtahu kenyataan tentang Mawarti ehh mengamuk marah. Play victim la minah ni.. tak romantik mana pun. Buku ni mgkn romantik utk budak sekolah menengah but not for me..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Erin95.
148 reviews5 followers
June 5, 2023
Without any doubt, 5 stars ⭐

Even di awal buku pun, aku dah tau buku ni akan dapat tempat yang istimewa di hati aku.

"Dan Arif yakin ini ialah sebaik-baik takdir yang tertulis untuknya. Khas untuknya, kerana takdir orang lain berbeza."

Pada awalnya, aku beli buku ni sebab cover yang cantik, excerpt yang menarik perhatian dan buku yang tebal so worth my money kononnya. But it is. It's so worth it! Sangat worth it.

Kisah tentang Mawarti, pendiam, tak suka bergaul. Arif pula, peramah tak kena masa, ceria semedang dan bermulut manis. Kalau boleh, semua orang hendak ditegurnya. Rimas dengan sikap abang-abang yang over-protective, Mawarti memutuskan untuk berpindah rumah supaya hidupnya lebih aman. Arif pula, curiga apabila melihat ramai jejaka keluar masuk rumah jiran barunya. Sah! Jirannya ada sugar-daddies! Sangkaan Arif meleset apabila mengetahui jejaka-jejaka itu sebenarnya abang-abang Mawarti. Pertemuan mereka akhirnya membawa mereka saling memahami luka lalu yang dipendam. Tanpa sedar, ada sekelumit perasaan sayang timbul dalam diri masing-masing.

Buku ni bagi semua rasa. Happy, sedih, emosi, lawak, menyayangi dan disayangi, memahami dan difahami. Bijaknya penulis dapat selam semua rasa tu smoothly dalam diri pembaca. Aku rasa, semua tu aku rasa. Atau mungkin buku ni lebih dekat dengan aku sebab kisahnya. I need someone like 'Arif' in my life. Haih. Mawarti punya degil kadang rasa nak sekeh je dia. Abang² Mawarti punya lawak tak boleh bawak bincang. Mawarti sepatutnya bersyukur sebab abang² dia still sayang and jaga dia even dia dah besar pun. Abang² dia still kisah pasal dia. Ditambah Arif sebagai penyeri hidup Mawarti. Aku dapat rasa semua feeling dalam buku ni sebab Mawarti dan Arif ada dalam diri aku. Aku suka bersendiri macam Mawarti and I am people pleaser macam Arif.

Jangan risau tak de konfliks orang ketiga macam drama melayu dalam buku ni. Hanya yang ada sebuah 'rasa' untuk kau faham dan selami. Sampai, sampai ke hati.
Ada yang kecil² yang macam tak diterima akal sikit, tapi benda tu sikit pun tak menganggu jalan cerita.

Some petikan yang aku suka:

1) "Jangan bagi orang harapan palsu. Dan yang paling penting, jangan buang masa orang lain. Sebab kau tak jujurlah kau dah buang masa orang lain sebab mereka luangkan masa dengan orang yang salah. Jangan halang jodoh orang lain, kalau kau tahu kau tu cuma nak singgah sebentar saja dalam hidup orang dan tak serius pun."

2) "Don't put your happiness on people. Manusia itu sifatnya menghampakan."

3) "Kalau bosan, cari hobi yang bermanfaat bukan cari manusia untuk dipermainkan. Manusia bukan barang. Tolong hormat perasaan orang lain."

4) "Kalau tak bersedia nak bagi komitmen, hati itu jangan kau sentuh."

5) "Kalau kau tak mampu menjaga, benda terbaik yang kau boleh buat ialah jauhkan diri daripada dia."

6) "Jangan menguji cinta orang yang mencintai kita untuk mencari yang terbaik, kerana kau juga sedang diuji keutuhan cinta kau untuk mencintai yang tidak sempurna."

Terlalu sibuk menguji cinta demi yang terbaik, kau cuma akan tahu dia lulus ujian itu saat kau ditinggalkan.

Kerana,
Dia juga layak mendapat yang terbaik, yang tidak meragui cintanya.

7) Kalau orang berbudi, dia berbahasa, kalau orang tak sudi, dia tak paksa.

To Dear VioletFasha,
You are officialy my favourite author now! Please write more. Congratulations young lady!
Profile Image for Ruzaie Rahim.
76 reviews8 followers
May 30, 2023
I'm pitching this book as: Extreme extrovert and introvert on both ends who teach each other how to find the middle ground - Arif who is a people pleaser and Mawarti who is antisocial.

Congrats sebab berjaya buat saya beli buku ni randomly because of the cute cover, funny excerpt and cringe title 🥳 Fyi, saya sangat jarang dan cerewet dalam memilih bacaan buku romantis.

Siapa sangka buku ni best! Walaupun tebal 500+ saya rasa sekejap je dah habis selak. I devoured this in 1 ½ day tau. Tak rasa lengthy pun sebab semua rasa necessary to the plot. Cuma scene tunang Benji tu rasa out of nowhere walaupun I get the message, so rasa preachy sikit.

Really live up to the romcom expectation. Saya suka sense of humour dalam buku ni, memang kena dan berjaya buat saya gelak for real. Romance pula sweet je dan walaupun tebal, saya prefer it that away sebab relationship development from stranger, neighbours of benefits to friend and something more lebih feeling. Arif dan Mawarti ada chemistry A+ no doubt 🤌🏻

Elemen keluarga dalam novel ni pun 👌🏻 Right amount of dramatic and reality of siblings. Tak terlalu sappy dan ada babak masuk air. The mixture between past trauma and current siblings' dynamic is perfect. Setiap abang ada backstory sikit, cuma Badang punya macam kurang :/ Sampai habis saya tertunggu kenapa dia dulu act macam tu masa dia muda dan kenapa dia baran sangat. But well, this is not his story.

Cuma saya agak kecewa dengan depth watak Arif. Mawarti punya development of trauma and present her sangat in sync dan jelas. Tapi untuk Arif, rasa macam tell but no show. Katanya Arif famous, people pleaser and struggle with self-acceptance but itu apa penulis tulis. Scenes to back up kurang. Jadi rasa kurang impactful, compared dengan Mawarti. Saya faham Mawarti watak utama, cuma struggle Arif banyak di-mention jadi should be more depth on that. For me, Arif pun equally main character like Mawarti.

Anyway, saya suka sangat watak Arif ni <3 Memang crackhead betul astaga 😭 Perangai annoying, poyo dan sunshine boy dia memang on point sangat. Very real, kudos!

Some dialogue on heavy scenes feel out of place. Some lines. Dia macam tak nampak coherent dan flow dia sangat (?) Macam 'eh tiber'. Walaupun some dialogue in english sangat cringe 😶‍🌫️ tapi boleh terima sebab ni novel kan ahahahaha

Lagi satu yang tak puas hati, how come they are 25 and already like that successful ?!? Ada rumah sendiri hello 😤 Career Arif dan Mawarti sounds unrealistic to me who's around the same age. Like I'm struggling and there they are 😮‍💨 Programmer with that much profit? Author with that much achievement? Sounds too good to be true (or saya je pessimistic sebenarnya hahahah)

Last, the plot di 1/5 terakhir buku feels quite messy macam main tarik tali. So many happened to Arif and Mawarti's relationship in the last 1/5. Like the author tries to insert as many tropes as possible. Nice tapi doesn't give them justice and fair attention.

Just nak cakap semua watak terasa sangat hidup ya ✨ even Aqil, Badang dan Chad yang kurang writing time. Walaupun watak ada flaws like Mawarti yang insufferable dan buat saya rasa nak masuk dan henyak dia, all characters are very lovable and charming 🤍

Well done to the author!!! One of reason saya beli sebab tahu awak ni penulis baru dan sebaya saya so I just want to support another girl's dream 🍀 I'm looking forward to your future books, hwaiting!

*Ps, all the mention about kpop and hindustan are really relatable lol

**My review is really all over the place...thank you baca sampai habis 🫡
Profile Image for Ummu Auni.
664 reviews
September 23, 2023
Bagi aku, cerita ini tiada wow factor. Permulaan agak baik. Namun, epilog seolah-olah penulis ingin menyelesaikan semua dengan segera. Kurang character development. Banyak kisah Arif yang ingin kuketahui
Profile Image for yezii_.
11 reviews2 followers
December 10, 2023
this book might just be my worst read of the year. dengan one dimensional pick me fmc with no other personality than just being an extreme introvert. plus dialogue yg meleret leret and unnecessary filler chapters
Profile Image for Irdina.
225 reviews
June 4, 2023
an introverted girl who hates people with an extrovert boy who is a people pleaser !!! tbh, I relate to Arif a lot. Like. I didn't expect me to be that similar to Arif 😭😭. But well. Takpela. Although there are some times that I'm very very frustrated with their feelings and misunderstandings, I realized that it's because their fights and feelings are what people actually experienced in real life. I also have gone through a relationship like them. So I know that the fights and the feelings in this book are realistic. That's why it took a lot longer for the fight to be resolved than it should be. Because irl, it's just that hard. Whatever, I need a guy who will cook me stuff like Arif. (Pemalas orangnya)
Profile Image for Shafira.
63 reviews17 followers
July 2, 2023
Pertama sekali, sha beli buku ni sebab cover dia cantik. Cover buku ni dah cukup buat sha teruja nak baca, jadi sha beli terus tanpa baca blurb dia. #janganjadimacamsaya

Banyak² watak dalam ni, saya suka watak Badang. Watak yang paling tabah setakat ni. *Rupa jer sado tapi hati..... Hah macam tu* Watak yang paling dibenci oleh watak lain sebab suka sangat cari pasal.

Abang² Mawarti ni overprotective dengan adik dia, sesak si Mawarti tu dengan perangai abang²nya. 😅😭

Tak nak cakap banyak, nanti terspoiler 🤣🤫.

Overall, sha recommend cerita ni untuk orang yang suka slow burn romance. Memandangkan ramai pembaca sekarang suka bergenre romantis, buku ni untuk anda. Tapi buku ni banyak juga pengajarannya tau bukan hanya romantis sahaja. Terima kasih penulis #violetfasha untuk buku ni.
Profile Image for Qihaa.
41 reviews
June 5, 2024
tahlah buku ni bukan untuk aku kot. hampir nak dnf tapi habiskan jugak 🥲🥲🥲
336 reviews15 followers
August 11, 2023
Tema novel tentang jiwa yang tidak pernah tenang dan menerima. Konflik watak utama berbentuk trauma. Wang melimpah pada usia muda dengan kerjaya yang membina nama. Tapi sayang, tidak dapat membeli hati yang tenang.

Susunan cerita agak berulang-ulang. Ada ruang untuk suntingan yang lebih baik. Agak terganggu dengan dialog Bahasa Inggeris yang menguasai perbualan. Agaknya untuk sesuai dengan latar di luar negeri. Dialog Bahasa Inggeris lebih menarik daripada Bahasa Melayu ( pandangan peribadi).
Profile Image for libraryofaisha.
61 reviews5 followers
May 29, 2024
Emm in my opinion biasa ii je. Not bad but not good either camtu. Okaylah for a new author to deliver this kind of this story. However it’s not my cup of tea. Tak tahu kenapa tapi memang takboleh go lah dengan watak Mawarti 😢
Profile Image for Dibah✨.
13 reviews1 follower
August 2, 2023
Straight to the point, aku setuju dengan comments yang lain yang agak annoyed dgn label “introvert” “extrovert”. Tak semua perkara/perbuatan boleh guna alasan introvert. Tak semestinya yang diam tu introvert dan yang bising tu extrovert.

Walau bagaimanapun, cerita ni bagi banyak pengajaran untuk aku yang lemah to say “No” to other people🤣 it’s okey to say NO but for me still it’s hard. Bagi aku, byk situasi atau dialog yang kena dengan kehidupan aku.

Second, watak Mawarti agak rude ya. Or maybe aku tak kenal dengan orang macam Mawarti 🤷🏻‍♀️ Cara dia menjawab dgn abang2 dia kinda rude. Membuatkan aku rasa geram. Rasa nakk ja tegurr diaa😤

Btw, cover dia lawaa😍 aku tertarik dengan cover❤️Sekiann
Displaying 1 - 30 of 192 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.