Murtad Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang. Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka. Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil menelan liur.
“Kerja gila apa sebenaqnya ni… haaa??” Akhil bertanya keras. “Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir dan apa yang kamu lihat sekarang.” “Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?” “Ya.” “Nakharrom.” “Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD.”
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - Adam and Akhil are twin brothers who are hired by a mysterious man to kill Muslims who become apostates. But who is this man and why is he doing this?
_________________ Novelis : Hasrul Rizwan Hasrul Rizwan yang juga dikenali dalam dunia siber sebagai Mat Gorn, seorang blogger yang penyegan untuk menaik muat posting terbaru di manapiranha.blogspot.com. Dilahirkan di Mahang, Kedah dan dibesarkan di Melaka sejak kecil selama 16 tahun di sebuah Kem tentera Komando, Hasrul disajikan dengan aksi para tentera semenjak kecil. Bergelut melihat darah, bertarung hidup dan kaya dari segi selok belok ketenteraan menjadikannya seorang pencerita yang lantang. Separuh umurnya dihiburkan di dalam kem bersama teman yang sama, berbual perkara yang sama dan bermain dengan permainan yang sama cukup membuatkan Hasrul untuk baligh awal dari masanya. Ya, Seorang cerpenis dalam genre Komedi hitam, satira, erotika dan juga bercorak fast paced. Murtad adalah cubaan pertamanya untuk keluar dari daerah cerpen yang telah bertahun beliau berkasih sayang.
Rekakulit : teckhee.blogspot.com
Cetakan Pertama : Jun 2012 Cetakan Kedua : November 2012 Cetakan Ketiga : Februari 2013 -
Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn adalah penulis novel dan cerpen dalam pelbagai rumah penerbitan alternatif masa kini.
Antara karya terlaris tulisannya adalah trilogi Murtad yang diterbitkan oleh FIXI, Budak Hostel Otaknya Sewel dan juga Bercakap Dengan Jun dari Dubook Press. Karya-karyanya banyak berkisar tentang dunia fantasi yang mengkhayalkan selain bersifat absurd, lucu, gelap dan vulgar.
“Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?” “Ya” “Nakharrom.” “Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang murtad.” [blurb novel]
Bagaimana? Ada berani? hahaha5 Aku rasa salah satu sebab kenapa orang memilih Fixi kerana sinopsis belakangnya yang superb. Kalau nak tahu betul atau tidak ceritanya, memang sah-sah lah kena beli dan baca bukunya.
Adam dan Akhil. Dua beradik kembar yang tak pernah berpisah. Eh! Tiba-tiba teringat cerita Hilang *wink* Mereka berasal dari utara dan datang berhijrah ke kota langit [baca: Kuala Lumpur] untuk membaiki kehidupan mereka. Dengan berbekalkan Diploma IT, mereka cuba mencari pekerjaan yang sesuai tetapi apakan daya susah rupanya nak bertapak di bandaraya besar ini.
Takdir membawa mereka kepada satu pekerjaan yang tak pernah dibayangkan - menjadi pembunuh upahan. Bukan sebarang pembunuh, tetapi membunuh mereka yang murtad. Wow! Nyata Fixi cukup berani membawa isu ini ke tengah. Walaupun pada mulanya pasangan kembar ini menolak, akhirnya mereka akur. Bukan hanya kerana harta yang ditawarkan tetapi tentang agama yang ditaruhkan.
Aku suka cara penulis memanipulasikan pekerjaan pembunuh upahan itu. Bukan mudah rasanya. Apatah lagi hukuman bunuh untuk muslim yang murtad. Terima kasih lah kerana tidak menjatuhkan hukuman secara sembereno. Tiap pembunuhan digarap dengan penuh berhati-hati dan teliti. Mungkin sebab tu aku jatuh cinta dengan Murtad. Ke kau suka dengan Akhil rina oi? ;P
Aku suka cadangkan ini kepada mereka yang pertama kali nak baca buku keluaran Fixi. Cuma ya, perlu membiasakan diri dengan gaya bahasa Fixi. Tak banyak masalah sebenarnya cuma aku rasa pihak editor perlu lebih berhati-hati. Dua-tiga kali tersalah nama antara Adam dan Akhil, tak berapa nak ‘masyuk’ la bro ;))
Pertama kali juga aku beri extra 1 bintang [nak letak 4.5, GR tak main lah setengah-setengah ;P] untuk buku Fixi. Ada 3 sebab:-
1. Solat sunat sebelum solat fardhu Subuh. Aku tak jangka ia ada. Surprising! 2. Selepas Ngeri & Kelabu, cerita ini juga ‘bersih’ [ini pun mengejutkan aku] *wink* 3. Untuk kulit bukunya yang cantik dan elegan [markah bonus kih5]
Sebab lain? Entah... aku bagi lebih sebab yang ini saja hee ;))
Novel Fixi pertama yang Cik Pah baca. So mcm culture shock gitu dgn bahasanya dalam bentuk penulisan. Mmg dah biasa dengar cakap-cakap orang utara macam tu. Dah cheq pun org utara. Hang suka, sayang, syok, marah, geram sama saja menggunakan perkataan makian, ejaan je jadi lain ikut intonasi orang yang menyebutnya. Tu sbb org kata orang utara ni kasaq. Sapa tak tahan tegheyak balik ngadu kat mak ;)
Dok pikiaq juga, masa bila dua beradik kembaq ni belajaq silat ka, judo ka, karate ka, tembak ja kot yang depa belajar sbb dok tembak b*b* hutan kat kampung. Ker Cik Pah terskip baca.
Yang Cik Pah suka, 1. hubungan 2 beradik kembar yang wonder pet 2. Depa solat 3. Macam layan ong bak
Agak berat juga untuk saya mengulas novel terbitan FIXI yang bertajuk Murtad ini. Hal ini kerana apa yang ingin saya ulaskan mungkin akan mengundang kritikan dari para peminat novel tersebut yang rata-ratanya memberikan penilaian atau rating yang baik dan tinggi. Namun demikian, anggaplah ulasan saya ini adalah satu sudut pandang yang berbeza. Lain orang, lain citarasanya. Usai membaca Murtad, sedikit sebanyak saya boleh memahami kenapa novel ini mampu menarik perhatian para pembacanya. Lebih-lebih lagi kepada pembaca berketurunan Hawa. Dua watak utamanya, Adam dan Akhil, sememangnya dibentuk untuk menjadi hero yang menjadi idaman setiap wanita. Bukan sahaja kacak, malahan, hebat bertarung tempur tanpa senjata dan cekap menggunakan senjata api. Dari segi personaliti, soft skill untuk berbicara dengan wanita secara gurau senda turut menjadi aset yang baik. Kekacakan dua adik-beradik kembar ini juga digambarkan menyamai lelaki di sebuah negara Asia Timur yang dipanggil Korea Selatan. Mungkin wajah-wajah lelaki Korea yang menjadi pelakon drama Korea dan ahli-ahli kumpulan K-Pop yang semakin bersepah jumlahnya ini diterjemahkan di dalam ‘wayang minda’ pembaca untuk membayangkan wajah kedua-dua watak, Adam dan Akhil. Mungkin sesuatu yang mudah kepada para pembaca yang menyukai lelaki-lelaki Korea yang turut dikenali sebagai oppa ini. Agak sukar untuk saya melakukan sedemikian rupa kerana saya bukanlah peminat produk-produk hiburan dari negara tersebut. Secara amnya, saya sukakan tema atau latar belakang cerita novel ini yang menampilkan isu yang kontroversi, iaitu murtad. Namun demikian, saya merasakan jalan ceritanya tidak begitu mantap dan tidak kompleks. Malah, agak berterabur dan tidak tersusun dengan baik pada pandangan saya. Saya fikir, elemen-elemen lain boleh dimasukkan untuk membuatkan perjalanan cerita lebih menarik. Tidak dinafikan, Murtad padat dengan babak-babak aksi pertempuran yang mendebarkan. Tetapi, malangnya, terasa begitu kosong pada saya. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Sifat dan ciri-ciri para watak protagonis dan antagonisnya juga tidak begitu berjaya memikat hati. Sebagai contohnya, saya lebih suka sekiranya watak antagonis/jahat merupakan seorang ketua pertubuhan rahsia yang menyebarkan dakyah murtad kepada orang Islam di Malaysia yang disokong oleh ‘tangan-tangan ghaib’ berbanding hanya seorang ketua kumpulan kongsi gelap. Dengan ini, plot ceritanya akan lebih menarik dan mendebarkan pada pandangan saya. Namun demikian, saya juga berpandangan bahawa penulis mempunyai kebolehan yang baik dalam mengolah dialog. Dialog yang kelakar dan kasar, tambahan pula ditulis dengan menggunakan loghat Bahasa Melayu-Kedah, mampu membuatkan gusi para pembaca tidak kering. Terdapat juga unsur satira yang berdasarkan kisah benar, iaitu, kisah pergaduhan pekerja KFC dengan pelanggannya di I-City yang pernah hangat suatu ketika dahulu. Mungkin dimasukkan untuk menunjukkan sikap orang Malaysia yang suka merakam video sesuatu peristiwa dan memuatnaikkannya di dalam Youtube daripada menyelesaikannya. Tambah menarik, novel Murtad ini mempunyai perkaitan dengan sebuah lagi novel terbitan FIXI yang bertajuk Zombijaya.
Membaca buku2 Fixi, yang paling paling penting adalahhhh.... * Minda kenek kosong * Akal fikiran tidak boley rasional * Jiwa kenek kental * Perasaan mesti zero Sekiranya tidak, ANDA AKAN RASA SESUATU YANG ANDA TAK SANGKA ANDA AKAN RASA. Cukuplah saya tertipu sekali dengan Kelabu, Takkan ku ulangi kesilapan itu.
Sejujurnya.... Ada tiga rasa membaca buku ini. PENAT, BLUR, sikit KECEWA.
PENAT - Penat sebab cuba nak memahamkan amendeeeeee la diorang ni cakap. Nak bukak kamus, takdak lak kamus bahasa Kedah. Makanya, saya redah je lah baca tanpa cukup feel.
BLUR - Memang mereka berdua "Jackie Chan" semula jadi ek? Sebab tiba2 je tau berkungfu and guna pistol bagai? Tang tu saya BLUR. Apakah memang tiada penceritaan tentang itu atau selepas saya PENAT, saya terus BLUR dan terus tak Nampak bahagian itu?
sikit KECEWA - Macam banyak lopong sana sini ataupun memang saya blur? Pengakhirannya pun agak mengecewakan sebab si kembar tidak sempat berjejak kasih dengan Mr T.
Tapi ade juga lah yang saya suka.... Saya suka jugaklah pada lawak sengal n senget 2 beradik tu walaupun sedikit kasar dan lucah tapi masih boleh membuat saya tersenyum. Saya sukakan 'percintaan' Akhil dan paling penting, saya suka ADAM sebab bagi saya Adam seorang abang yang baik dan pelindung dalam erti kata sebenar. Kalau dilihat pada setiap mission mereka, pasti Adam yang berdepan dengan public. Kerana itu apabila ditanya saya pilih siapa? ADAM lah pilihan saya.
Yang mengagumkan saya adalah, endingnya tidak memblurkan saya. Mungkin kerana saya dah baca TUHAN dulu baru baca MURTAD.
Apa-apa pun, seperti juga TUHAN, MURTAD juga bukan genre pilihan saya... Boley dibaca, tidak boleh dihadam....
Buku ini boleh dikatakan salah satu hasil Fixi yang sangat berjaya penjualannya. Laku keras. Tahniah penulis kerana menghasilkan naskah ini. Mungkin aku salah seorang yang terlewat menghadam kisah ini.
Lewat daripada pembacaan, aku langsung tak tahu kenapa aku tak boleh jatuh suka dengan watak kembar itu. Mungkin watak tersebut dihasilkan memang untuk para wanita. Takde pun sampai aku terkenangkan watak kembar ini sehinggakan tak puas dengan kehadiran mereka di dalam kisah 300 mukasurat ini.
Jika bukan kerana kisah buku ini mengangkat berkaitan watak harus membunuh orang yang murtad, mungkin naskah ini hanya biasa-biasa sahaja. Tapi seperti biasa, penulis memang pandai menyelitkan sedikit humor yang membuatkan aku tersenyum sedikit. Masih ada pengajaran yang ditempel untuk para pembaca yang memegang naskah ini.
Bab aksi tu, aku setuju dengan beberapa pembaca lain yang mengatakan, ada beberapa bahagian aksi yang dipersembahkan, seperti melihat cerita Tamil di tv 2. Hihi...
Apa-apa pun, naskah ini masih baik. Bahasa yang digunakan pun tidaklah terlalu berat.
Kepada sesiapa yang belum baca, cubalah. Mungkin ini adalah cheese cake anda.
Intro yang dah cetus satu insiden dan pengenalan kepada dua watak utama. Karakter utama yang punya identiti yang menarik dan unik. Penceritaan penulis di bahagian aksi agak bagus (tak kelam kabut atau bersepah) walau kadang babak heroic terlalu dramatik macam tak masuk akal pulak. Aku tertarik dengan dialog antara dua watak utama yang kebanyakannya dalam loghat utara (walaupun kadang geram dan jengkel juga dengan Adam dan Akhil bila mereka bergurau dan buat lawak). Terasa dekat dengan persekitaran dan peribadi Adam dan Akhil bila penulis kekalkan identiti asal kedua watak ini dalam naratif (tertanya juga mana mereka belajar seni pertahan diri?). Tema MURTAD agak berat sebab melibatkan hal agama dan sensitiviti (walaupun aku tak gemar watak Zulaikha tapi aku sependapat dengan Zulaikha dalam hal menghukum orang-orang murtad ni). Aku difahamkan ini novel sulung penulis dan satu pujian kepada penulis kerana berhasil aturkan gaya penulisan yang kemas dan penceritaan dengan idea yang berani dan berlainan. Pemilihan dan penggunaan bahasa juga tersusun dan struktur penceritaan pada setiap bab terasa santai saja dan tak rush. Sebenarnya berharap jalan cerita tak expected sangat (terutama bahagian Talha), bila dah boleh agak apa jadi dengan Adam dan Akhil terus rasa tak ada surprise factor untuk plot (kecuali di bahagian Joe). Fiksi yang sesuai jadi manga atau drama tv.
Buku pertama terbitan Fixi yang saya baca. Hmm...'kata aluan' penerbitnya buat saya terkedu seketika. Ciri-ciri tersebut bukanlah pilihan saya.
Tertarik dengan novel ni kerana terpengaruh dengan review para sahabatku. Haha. Teringin nak baca buku yang mempunyai kelainan setelah diasak oleh novel-novel cinta yang kadang-kadang menyesakkan jiwa. Ohh...ini cuma ditujukan untuk karya berbahasa Melayu ( English novel saya selalu baca genre ini).
Kisah yang diketengahkan penulis harus diberi pujian. Murtad. Hukum ini memang ada cuma ya...seperti kata penulis, umat Islam zaman sekarang ini tidak lagi mengendahkannya. Boleh dikatakan berdakwah juga walaupun mungkin nampak agak extreme sikit caranya. Tapi kadang-kadang perlu bersuara lantang supaya didengari.
Adam dan Akhil. Kembar seiras dari Utara yang ingin mencuba nasib di Kuala Lumpur. Sayang, yang ditemui adalah manusia yang telah lupakan agama, malah memperlekehkannya. Mereka akhirnya menerima tugas sebagai penjatuh hukuman. Membunuh golongan yang bukan saja murtad tapi turut menyebarkan dakyah untuk turut sama menyesatkan lebih ramai umat Islam. Mereka 'dijatuhkan' hukuman bunuh setelah enam kali ajakan untuk kembali kepada Islam ditolak dan tidak dihiraukan.
Nasib baik penulis bukanlah jenis yang suka menggunakan kata-kata melampau dalam tulisannya. Setakat ejekan tu boleh lagi buat tak nampak. Yang pastinya penulis berjaya menerangkan situasinya sehingga saya boleh membayangkan keadaan tersebut seolah-olah menonton filem.
Dan...loghat utara yang pekat. Mujur pernah sekelas dengan orang sana. Dapatlah membayangkan bagaimana diorang tu bercakap. Dan tak der lah tercongok-congok tak faham apa benda yang diorang dok bualkan.Hehe.
Adam dan Akhil. Mereka berdua ibarat hero yang telah pupus ditelan zaman. Boleh juga dipanggil spesies terancam. Kalau jumpa kat luar ni memang tak lepas! Haha....
1. Aksi lawan tu che banyak skip. Che bayang ja aksi Rajinikanth lawan dalam filem dia. Dia pun suka lawan sambil merokok kira sesuai sangat la dengan pasangan kembaq ni. Bab aksi ni sebenaqnya che lebih suka tonton dari baca sebab kalau baca nak kena imagine pula. Ada la juga che bayangkan The Raid: Redemption. Satu ja kot babak aksi che baca. Yang last tu. "Adam menguis kayu yang berada di sisi kakinya lalu melambungkan ke tangan." Huih, sebijik macam Rajnikanth.
2. Bagi che, nak menegakkan agama, orang tu sendiri kena betui. Dari mula Adam rapat dengan Maria, tak dak pula dia dok tarbiah si Maria ni supaya menutup aurat ka apa ka. Jadi masa Zulaikha tarbiah Akhil bab merokok tu, che tepuk tangan.
3. Lawak bak hang. Maklumlah guna loghat Utara. Che gelak setiap kali pasangan kembaq ni buka mulut. Che malas nak skodeng sapa penulis buku ni. Che baca sesuatu karya bukan sebab penulis dia. Jadi che tak tau penulis ni asai mana. Tapi tabik la dengan penggunaan loghat Utara yang bagi che memang kena dan sesuai.
5. Che dok tunggu juga kot geng antagonis tu kenai geng protagonis. Maksud che kot la si Talha ni ada sejarah lampau ka dengan ahli kumpulan jahat ni. Kenai kat kampung contohnya. Tapi tak dak pula habak apa pun. Tetiba ja ketua geng jahat tu macam lebih tau sapa Talha ni pada Adam dan Akhil.
6. Spoil sikit kat penggunaan nama yang tak betui. Contohnya patut Akhil tapi jadi Adam. Tapi bolehlah asaikan che paham.
Takat tu la review che. Kalau taip panjang lagi, banyak merapu dari review. Tapi che puas hati la. Dan che harap buku seterusnya dalam trilogi yang che beli melalui pek gembira ni akan terus menggembirakan che.
Terbaik. Cerita tentang pembunuhan orang yang murtad itu memang menarik. Suka pada perdebatan antara dunia moden manusia dan hukum Allah yang esa yang dilampirkan dalam novel ini. Banyak aksi dan pengajaran.
Cuma satu yang buat saya kurang mood sikit bila baca, ada beberapa scene yang pada saya tidak di'highlight'kan dengan cukup baik dan menyebabkan saya sendiri keliru scene itu milik siapa. Baca beberapa kali baru dapat faham..huhu.
Masih, ini adalah satu cerita yang cukup menarik dan membawa isu yang kurang diperdebatkan oleh khalayak ramai. Satu novel yang menarik untuk dibaca dan memberi banyak pengajaran kepada pembaca. Disarankan kepada semua untuk membeli novel ini.
Novel ni bagi aku dia punya starting agak slow, mendayu-dayu ja mata aku baca novel ni. Tapi bila dah sampai bab action, terus cergas kepala otak aku. Setiap aksi ditulis dengan detail (dan disebabkan terlampau detail kadang-kadang aku jadi lost) jadi hang boleh imagine la macam mana dia tembak bagai tu.
Sinopsis novel ini begitu kuat untuk menarik perhatian saya. Terlalu kuat bagaikan besi berani (baca: magnet). Disebabkan saya menetap di Jordan, agak sukar untuk saya mendapatkan buku ini, namun akhirnya saya berjaya membaca buku ini, hasil pinjaman daripada unit persatuan pelajar (unit Pembangunan Minda Kendiri) di sini. Saya perhatikan buku ini sangat hot di Malaysia, ditambah pula dengan covernya sangat elit, classy dan macho!
Murtad ialah buku Fixi yang pertama dalam "Read" shelf saya. Bagi saya, Fixi ialah jenama penerbitan buku yang sempoi dan lain daripada yang lain. Membaca Murtad ini seakan-akan sedang menonton filem aksi Hong Kong, takpun macam filem lakonan Jason Statham. Tajuk novel ini juga agak sentap. Apa benda ini? Jadi, daripada tertanya-tanya, sebijaknya baca dahulu karya Hasrul Rizwan ini.
Tarikan utama novel ini ialah dua watak utamanya; Adam & Akhil, yang merupakan sepasang kembar seiras yang digambarkan sangat kacak, bermata sepet dan berwajah Thailand. Seperkara lagi, adalah sukar untuk saya mengenal pasti satu daripada keduanya, dan inilah yang penulis kurang teliti tentang watak kembar ini. Tak lupa juga loghat Kedah yang mendominasi perbualan dua watak ini. Awesome dan sangat lucu! Namun begitu, tidak dinafikan ada sesetengah bahasa Utara yang digunakan dalam buku ini agak kasar, censored dan tidak sopan. Mungkin inilah sebabnya mengapa buku ini dibanned oleh kedai buku Popular.
Murtad membawa konsep pembunuh upahan yang berbeza. Saya tak sudah-sudah membayangkan betapa smartnya gaya Adam & Akhil; pembunuh upahan yang kacak memakai suit mahal macam cerita "Men In Black", memandu Nissan Fairlady dan Ducati merah, tangkas berlawan dan mahir menggunakan senjata. Memang stylo derr...
Itu pandangan saya terhadap kontennya yang berbentuk konkrit. Pada awalnya saya agak meragui kontennya yang berbentuk abstrak. Saya bersetuju dengan isu yang dibawakan oleh penulis. Saya faham bahawa penulis cuba memasukkan isu berat (isu murtad) dalam cerita yang cukup santai. Kita semua maklum, gejala murtad yang kian berleluasa di negara kita. Itu baru sedikit yang dilaporkan oleh media, belum lagi dicongak kes-kes tersembunyi yang lain. Selepas membaca buku ini, berkali-kali saya berfikir, bahkan saya siap mengkaji segala kekeliruan berkenaan hukuman murtad. Memang benar hukuman hudud bagi si murtad ialah hukuman bunuh, cuma saya agak bimbang kalau-kalau imej Islam disalahtafsir sebagai agama yang ganas melalui pembacaan buku ini. Ada sahabat saya yang berpendapat, membunuh murtad yang digambarkan di dalam buku ini seolah-olah tidak selari dengan prinsip berhikmah dalam berdakwah. Setelah berdiskusi bersama, akhirnya saya menyimpulkan gejala murtad sememangnya bahaya dan hukum-hukum hudud sentiasa digambarkan dengan gambaran buruk, dan seringkali hukum hudud dipenuhi dengan kekeliruan yang disengajakan ataupun tidak disengajakan. Hakikatnya setiap hukum yang Allah tetapkan punyai kebaikan dan hikmah yang tersendiri. Mungkinkah ini salah satu wasilah ke arah memperkanunkan undang-undang Allah yang paling baik untuk manusia?
Saya tidak mengesyorkan Murtad dibaca oleh sembarangan orang. Pastikan anda seorang yang matang dan bersikap terbuka untuk menerima apa saja yang disajikan di dalam buku ini terlebih dahulu. Bagi saya, idea penulis tersangatlah osem, walaupun kisah cinta yang terselit dalam cerita ini sangat klise, dan ada juga scenes tipikal Melayu di dalamnya. Saya mengharapkan idea yang dibawa oleh penulis ini adalah sesuatu yang segar, bermanfaat dan kreatif. Namun babak-babak klise dan tipikal ini membunuh harapan saya untuk melihat buku ini dari sudut pandang yang berbeza. Walaubagaimanapun, saya berpuas hati dengan Murtad. Saya terhibur dengan plotnya. Not bad! Percubaan yang sangat baik oleh Hasrul Rizwan.
5 stars. 5 stars all the way XD. This book is great. I will pick this book first before RAM.
First of, hands down to the beautiful writing. I love the writing, somewhat poetic, somewhat calming. Tapi carut tu carut jugak. Hehh..
There's only a few things I don't like about the book. Let's talk utagha shall we.
DON'T LIKE 1) Hampa jangan ingat semua orang Kedah mencarut macam ni tau? Una orang Kedah jugak baq hang, tapi setiap kali depa mencarut yang loqlaq, really sounds like mat rempit. Taraf mat rempit tau dak. Habih rosak imagination den pasai laki2 yang konon hensem. Konon, ya konon. Aku tak rasa tertarik sebab muka depa btw. Adakah aku pelik. Dak, aku just tak typical and I don't like to be typical. (Btw aku tak rasa mata sepet, muka korea tu hensem. Plastik ja aku tengok. Semua orang Korea muka sama sampai aku tak nampak dah sapa yang hensem). Maaf Korean fans XD.
oh ya dah lari topik. Apa yang aku nak cakap - AKU TAK SUKA ORANG MENCARUT NOK____ , PE___ TU. Aku nak taip pun tak gamak. Tu bahasa rempit tau dak. Rempit yang mintak mati awai tu.
2) Terlalu banyak perkataan dan scene rokok/merokok. Hampa tau dak, aku sampai tahap rasa nak ambik sekotak tu sumbat semua dalam mulut Akhil dengan Adam sekali dengan kotak2. Pelahap apa sangat sampai setiap sub-bab pun nak taboh letak scene merokok. Tapi buleh pulak dok menembak orang murtad yang bleh menyebabkan orang lagi islamophobia. Orang nasihat, hisap rokok lagi. Dah kawin hisap lagi. Kunyahla rokok tu buang 20 kotak hamboiiihhhh.
3) Pompuan lembik. Bajet ayu, lembik mengharapkan hero nak selamatkan. Pi balik rumahla. Buat malu kaum pompuan ja. Dah tau susah tak mau struggle. Nampak POV Maria dgn Zulaikha macam tak kuat langsung dalaman. Lembikkkk. Dahla ada yang menggedik nak laki hensem. Kejam betui aku ni kan. Sapa suruh baca buku kasaq. Nasib baik Zulaikha kuat jugak part last tu. Kalau tak semua pompuan dalam novel ni aku menyampah.
Dah. Cool down pulak haha.
4) Major plot hole? Mana Akhil dan Adam tu belajar seni mempertahankan diri? Tak mention pun dalam buku? I get it, ayah depa samseng. Maybe pandai berlawan tapi it's not possible the genetic is transferred to them. Rasanya En. Hasrul patut masukkan back story pasal ni.
LIKES
1) Superb writing. Poetic. I can distinguish between the characters, that's good enough 2) I like the plot twist weeehoooo. Perfect ending, though. Oh yang last orang tak paham tu, kena baca Tuhan. 3) I like the plot. . Overall okey. 4) I think I like everything hoho. Cuma yang dah listkan kat ataih tu ja.
OH BTW, AKU STILL MENYAMPAH DENGAN ZULAIKHA DAN MARIA. ESPECIALLY MARIA. LAIN KALI PAKAI OTAK. PENAT MENGAJI DARI SKOLAH RENDAH. STUNT YANG LAST DARI WATAK PEREMPUAN TU TAK CUKUP UNTUK MELENYAPKAN KEMELUATAN INI HOHO.
Berkisar mengenai pemburu kembar yang membunuh orang2 murtad di kalangan masyarakat kita…Adam & Akhil yang datang ke KL dr utara untuk menghadiri temuduga, & secara kebetulan di tawarkan satu pekerjaan sebagai pembunuh…setelah 6 tahun berkecimpung dalam jenayah sebegini, pintu hati mereka di ketuk oleh 2 orang wanita …Zulaikha, seorang wanita melayu bertudung yang di temui Akhil di Perhentian Bas, manakala Adam bertemu dgn Maria tatkala menyelamatkan Maria drpd kebakaran…kedua wanita tersebut memainkan peranan penting dalam novel ini, malahan watak Maria yang di besarkan tanpa pegangan agama oleh ayahnya Ghous, di mana Ghous akan di buru oleh Adam & Akhil nanti…bermula pergaduhan, penculikan & pembunuhan antara mereka…
Memandangkan watak2 hero utamanya daripada utara…dialog di berikan dalam bahasa utara oleh penulis…perkataan2 lucah utara seperti “pelaq”, “nokharram” ada dalam ini…telatah kembar2 ini kekadang mencuit hati aku sebagai pembaca…ada 2,3 bahagian di mana penulis mungkin keliru antara Adam @ Akhil yang dimaksudkan, @ mungkin salah cetakan barangkali…& aku tak pasti “beskat’ ada dalam kamus utara…selalunya aku sebut “gerek”…heheh
Ini merupakan pertama kali aku membaca novel yang mengetengahkan bahasa utara...cuma sedikit ralat, banyak perkataan carut marut di dalamnya...aku harap orang2 luar tak menganggap orang2 utara sedenikian rupa...& apa yang aku perasan "rokok" menjadi perkataan utama dalam novel ini...terlalu banyak...fuhhhh
walaubagaimana pun novel ini masih memberi sedikit pengajaran, malahan penulis juga cuba menimbulkan penghujahan antara Akhil & Zulaikha mengenai pembunuhan orang2 Murtad ini...
kali ini review utk naskah ini lebih menjurus pada 'straight to the point' sptmana naskahnya yang ditulis bak air sungai yang mengalir tenang...
MURTAD! pasti akan ada yang tertanya2 mengapa murtad. adakah watak yang digambarkan ini seorang yang murtad?
Pada saya, ini naskah yang berani. Berani menyatakan apa yang batil kerana setiap kesalahan itu pasti ada hukuman lebih2 lagi bila bersangkutan dengan agama. Tanpa iman, agama bisa runtuh apatah lagi seandainya keluar dari Islam. lalu, hukumannya?
Adam & Akhil, 2 watak utama yang mendukung naskah ini. Adam seorang yg cool & Akhil seorang yang berani. tegas dalam keputusan, tahu apa yang dibuat. diamanahkan utk membunuh org2 yg murtad setelah seseorang yg bernama 'T' sudah menemui org yang murtad itu sebanyak 6 kali. seandainya masih berdegil, natijahnya nyawa mereka tidak akan menghuni diri.
dalam ketegasan Akhil, dia 'layu' juga tatkala pandangannyaterlihat sesuatu yang indah. Zulaikha. sejak mata mereka bertentangan buat pertama kali, Akhil memburu Zulaikha tanpa sedar Adam dahulu sudah menemuinya. Namun, seperti kembar lain, Adam seakan dapat merasakan yang Zulaikha lebih sesuai buat Akhil.
Rentetan dari peristiwa membantu ayah Zulaikha yang didatangi oleh 'Along', Adam kembali mengenali siapa Maria. Dan, peristiwa demi peristiwa terjadi. apakah kesudahannya, silalah dapatkan naskahnya yer.
apapun, tak sabar rasanya nak membaca sequal murtad ini iaitu TUHAN. (Rasa menyesal pulak tak beli sekali hari tu.. huaaaaa). cerita yg baik, garapan & olahannya juga baik. plot yang menarik. so, selamat membaca.
Ps: tetap suka Adam yang cool walaupun Akhil nampak lebih romantis. Dapatkah adam menandingi abang pedas? YA!.. hahaha
Murtad - isu yang jarang-jarang diketengahkan dalam kehidupan. Antara yang aku baca tentang murtad dalam flyers sewaktu di universiti. Pelbagai cara dibuat untuk mencegah murtad dan Adam & Akhil menyelesaikannya dengan cara ekstrem.
Watak utama Adam & Akhil. Dideskripsi dengan perawakan tinggi lampai, kulit warna kuning langsat & bermata sepet. Sesiapa yang minat K-Pop mesti teruja. Haha. Aku hanya minat dengan ketangkasan & kecekapan mereka je ^^
Aku ketawa kecil ketika mata menangkap nama Nipis & Koperal Azman. Terus ekor mata mengintai Zombijaya. Terasa seronok bila watak dari novel itu diselitkan bersama. Santai :)
Tidak sah jika tiada watak perempuan sebagai pemanis cerita. Zulaikha dan Maria menambah rencah jiwang Adam & Akhil.
Aku belajar loghat utara pekat. Kadang-kadang tak berapa nak faham. Perlu rujuk kawan utara lepas ni.
Sedikit typo antara Adam dan Akhil dalam cerita namun tidak mencacatkan plot. Sebab aku faham. Hehe
Aksi perlawanan dan pergaduhan aku imajinasikan seperti layar perak. Rasanya boleh difilemkan cuma elakkan dubbing yang teruk. Hancur semua nanti. Ahaks
Adam dan Akhil adalah adik-beradik kembar yang merantau ke KL untuk mencari pekerjaan. Mereka berasal dari utara maka jalan cerita buku ini hampir keseluruhan dialog dalam bahasa utara. Jadi tak jadi masalah buat saya untuk memahami bahasa yang digunakan kerana saya tinggal di utara juga.
Pada mulanya Adam dan Akhil menghadiri interview di sebuah syarikat. Disebabkan bos di situ memperlekehkan soal solat yang diketengahkan oleh Adam, mereka terus pulang. Aku suka pada nilai-nilai Islam yang ada pada dua beradik itu. Tanpa diduga, keesokan harinya mereka dikejutkan dengan sebuah kad yang terdapat alamat sebuah tempat dimana bermulalah kerjaya berdarah mereka sebagai pembunuh upahan. Mereka ditugaskan untuk membunuh orang-orang yang murtad. Serious aku teruja dengan aksi-aksi pembunuhan yang Adam dan Akhil lakukan.
Terdapat juga isu agama yang membuka minda aku tentang dunia masa kini. Kisah cinta mereka juga sweet bagi aku. Overall, congrats Hasrul Rizwan sebab berjaya buat aku teruja sungguh-sungguh bila gambarkan betapa hensemnya pasangan kembar Adam dan Akhil. Hiks :)
Misi yang cool tapi segala-galanya sangat medicore. Boleh imagine hero kereta tiptop duit berkepok tak tertangkap tak terkantoi dengan sangat smooth-nya? Atau mungkin saja polis Malaysia (pihak berkuasa) lengai fungsinya dan Malaysia memerlukan hero kacukan Batman.
Sebuah karya yang penuh dengan aksi. Ada certain part tu rasa macam tenga tengok drama Tamil. Serius. Apapun enjoy dengan cerita ni. Tang bahasa, no komen :) Apapun masih bolh dilayan. Ada unsur homour. Dan ada mesej yang tersirat cuba penulis sampaikan.
Sebagai orang utara. Aku approved novel ni. Lagi-lagi watak Adam dan Akhil ni macam Yin dan Yang. Perangai berbeza, tetapi saling bekerjasama buat kerja yang ala-ala hitman tu.
Jalan cerita pun best. Tak cepat bosan sebab tertunggu-tunggu dengan cabaran yang Adam dan Akhil bakal tempuhi.
Lagi satu, penulis pandai kawal emosi pembaca macam aku ni. Ada masa lawak, aku gelak sambil sengih. Ada masa sedih, sampai menusuk hati. Maknanya feel tu sampai kepada pembaca.
Plot twist yang last tu memang luar kotak pemikiran hahahaha. Aku macam jem sekejap bila baca part tu. Rupa-rupanya scene tu permulaan untuk buku kedua.
Buku 2 tak mula lagi. Sebab buku 2 start dengan watak lain. Aku jadi macam hmm nantilah bila ada mood baru baca.
buku ni buatkan saya tergelak terkekeh-kekeh masa baca, sebab dapat membayangkan perangai Akhil dan Adam dalam minda. some of my friends are from Utara, so boleh je bayangkan perangai diorang ni. memang orang utara seronok macam ni. serious. hahahahahhaa *tergelak sambil membayangkan kisah lama*
*spoiler* overall, buku ni syok la. tapi sumpah lelaki macam ni memang takde la dalam dunia. part background tu percaya la jugak. tapi tang part tiba-tiba berskill gila dok pi lawan tumbuk orang sedangkan diorg bukan ada basic in fighting pun. bukan nya ada pengalaman dok pi belajar silat ke hape. dan semangat menolong orang yg super kuat tu buatkan Adam nampak,Mr Cool. sebab tu ramai awek suka kat Akhil kot. sebab Akhil nampak lagi sempoi. hahaha
Buku ni kalau dibuat movie mesti BEST! Tapi kebarangkalian utk dibawa ke layar perak rasanya tak sampai 10%. Hahahaha.. Mungkin sbb isu yg diketengahkan agak sensitif bagi sesetengah orang.
Tp kesengalan dua beradik kembar Akhil & Badam (eh, Adam) menjadikan buku ni santai dibaca. Jalan cerita mmg terbaik! Unik!
Tp macam buku2 FIXI yg lain, buku ni pun ada banyak masalah teknikal. Dari segi penggunaan perkataan, ejaan, tatabahasa etc. menjadikan keseronokan membaca selalu terbantut. Soalan cepu emas: FIXI tak ada editor ke??
Antara buku FIXI yang dibaca sampai habis -rasanya kebanyakan buku FIXI dibaca habis- walaupun tidaklah sama imaginasi sebelum dibeli tentang apa "Murtad" yang hendak dibawanya, tetapi boleh tahan juga ceritanya. Macam biasa tak terlalu berat. Hukuman untuk murtad, dalam pemahaman Islam konvensional -klasik- sememangnya mati. Tetapi hukuman itu biasanya dijalankan oleh pemerintah-penguasa-negara. Dalam novel ini, dua watak utama mengambil tindakan sendiri, membunuh orang yang murtad -upahan-
Penulis, Hasrul Rizwan brjaya mnarik minat ak utk truskn mmbca hasil pnulisan beliau. Gaya bahasa penulisan yang pelbagai membuatkn ak trtarik utk meneruskn bacaan.
Jalan penceritaannya sgt baik. Disusun dengan sgt kemas & teratur. Setiap gambaran yg diberikan kpd setiap watak kelihatan hidup. Ak sgt puji jln penceritaannya. Tmbah lagi, kdg2 diselit dgn merapu yg ntah ap2. Hahaha. Smpi x terpikir dek akal.
Btw, ak bnyk mengikuti hasil penulisan beliau. Ap yg ak prasan, di akhir ceritanya mmg trdpt plot twist yg mmg x disgkakn. Kdg2 ad sad story, happy story. Begitu juga dlm novel ni. Ak xnak crita bnyk2. Ap yg ak nk smpaikn, ak mmg recommend buku ni. Korg mmg kena baca 2 buah buku lg yg mempunyai kaitan dgn buku ni. Sbb ap? Bg pndpt ak la, buku ni klu nk diterbitkn dlm bntuk movie, mmg ak akn vote.
Secepat yang mungkin aku habiskan buku ni. Tak boleh nak tinggal sekejap. Kalau bukan sebab kelas, mungkin aku dah boleh habiskan dalam masa yang lebih singkat.
aku suka watak dua kembar ni. aku terbayang seorang yang tinggi, handsome, macho, seorang yang berkumis, lagak seorang lelaki gentleman. dengan kot, kemeja hitam dan bertali leher. omg. perfect combination in a guy.
adam dan akhil. nice name btw. tapi aku lagi prefer adam. sebab dia lagi easy going. walaupun kedua kembar ni memang ada sense of humor, tapi ada ketika akhil lebih serious berbanding abangnya. mungkin sebab tu aku lagi prefer adam.
slang utara yang kadang kadang aku tak berapa nak tangkap maksudnya. pelaq, dejey.. makian yang dalam slang utara yang buat aku rasa nak tergelak baca. tak pernah dengar kot. =.=
jalan cerita yang sangat sangat menarik. ditugaskan membunuh orang yang murtad. such a dangerous job, with good payment. mampu own 3 storeys house, 2 kereta sport, dan 1 motorbike. baru. fresh.
dan memang dapat agak pun yang Mr T. tu ayah twin ni. who could have guess Talha tu had such a bad history. judging by the character Adam dan Akhil, mungkin both takde nak simpan dendam kat ayah diorang. i wonder if they knew about their dad.
tapi part ending tu aku macam blur sikit pasal si joe tu. dari masa hadapan? atau mungkin dia yang memang tak mati lagi? and that package yang diorang dapat tu? is it another order? if it’s so, by who? argh. stress.
yang membuatkan aku suka cerita ini sebab dua watak kembar yang almost perfect as a guy, dan jalan cerita yang lain dari yang lain. dan sebab part ending adam still single. *wink wink.*
senang cerita, buku ni aku recommend baca la. one of fixi’s best books.
As what the two star ratings had described, the book was okay. As, in words uttered by my own mouth, a disappointment, or that feeling when a hope of excitement had been murdered barbarously as easily as breathing.
The way the author constructed his sentences in such a meticulous way led me to think he is one organized and detailed human being. If he was allowed to describe every movements in this first book of his, reaching 600+ pages was nothing perplexing to handle.
The storyline is concerning on two young twins described as fine-looking gentlemen with massive richness which would makes gold-diggers go out of senses just to be around them. Seems to have zero flaws, and miraculously always escaped from being tracked after ending the lives of humans who claimed to be an apostate. It is either the forensic team had done a sloppy job or the twins are secretly robots with no DNA detectable.
Tuhan is the sequel of the Murtad, the fact that I've known minutes before this. Puzzle of Johari coming back from the 'dead' should be resolved, yes? Hope Maria makes a cameo and she tries to seek revenge for everything that happened to her.
Superb! Tidak ada yang tidak superb tentang buku ini kecuali hal-hal yang mungkin hamba terlalaikan dek asyik mengadap harimau-harimau di Pestabola Merdeka (hehe). Malah, ada dua kali (mungkin) kesilapan nama watak terjadi dalam Murtad dan tambah menganggu terdapat sedikit defect di kulit buku yang hamba miliki (cik kak ni baru sedar lepas 10 bulan - ptff!) tetapi semua itu cuma jerawat kecil yang tidak mencelakan ketampanan buku ini. Lagipun, jerawat itu norma biasa. *wink*
Murtad sememangnya antara tiga buku Fixi (setakat ini) yang hamba gemari. Pertamanya kerana isu yang rare – murtad - membuat buku ini menjadi menarik secara automatik. Kedua, jalan cerita yang mampat dengan aksi, gaya dan humor menghiburkan. Humor yang paling tak menahan apabila Akhil bertanya, “Ka hang nak kami bunuh Azwan Ali?”. Hahaha.
Ketiga, penulisan yang bagus membuat pembacaan menjadi lancar meski banyak babak aksi yang memerlukan imaginasi. Keempat, pengakhiran yang buat hamba terkebil-kebil untuk lima hingga lapan saat tetapi hamba suka. Setiap satu pengakhiran adalah satu permulaan yang lain. Kan? *Okey, alasan ‘I love Akhil’ tidak cukup kukuh untuk dijadikan sebab nombor lima.* :P
p.s Ketika hendak membayangkan ‘Badam’ dan Akhil dalam badan Bront Palarae, keluar pula ayat ‘wajah Adam dan Akhil yang kuning langsat itu…’ – padam terus imaginasi. Hampa! Huhu.
Mengisahkan Adam dan Akhil yang datang ke KL untuk mencari pekerjaan. Mr. T yang kebetulan ternampak ketangkasan Adam dan Akhil menyelamatkan seorang gadis telah menarik hatinya untuk diberikan tugas khas itu. Iaitu membunuh orang-orang yang murtad.
Cerita aksi santai. Agak suspen diakhir2 cerita. Agak terbelit sikit lidah sebab banyak loghat utara dalam cerita ni. Ada yang faham, ada yang tak faham tapi buat2 faham...hehe. Terselit sedikit watak2 dalam novel Zombijaya.
Antara novel fixi yang terbaik dan terbest yang saya dah baca selain Pecah.
bagi aku MURTAD merupakan keluaran FIXI yang paling menarik sepanjang 2012 ini. sesungguhnya tema pembunuh upahan yang hanya membunuh orang orang yang murtad unik dan tidak pernah aku baca sebelum ini.
Adam dan Akhil, pasangan kembar dari salah satu negeri di Utara semenanjung mencuba nasib di Kotaraya Kuala Lumpur. kedatangan mereka ke Kuala Lumpur merubah mereka dari pasangan kembar yang memegang diploma IT dan tidak pernah terfikir untuk berhijrah dan nasib mereka berubah, kembar yang belajar di sekolah agama ( tentunya tiada pengalaman membunuh) ditawarkan pekerjaan sebagai pembunuh upahan yang tidak tinggal solat lima waktu ( aku assume kerana kedua mereka digambarkan selalu bangkit menunaikan solat subuh di mana solat yang paling kita abaikan. )
kejadian di dalam novel ini mungkin, mungkin berlaku tidak lama sebelum insiden ZOMBIJAYA kerana terdapat cameo si penghantar pizza, Nipis dan Korporal Azman.
This novel would make a good action movie. I enjoy the contrast between the fast-paced action packed plot and the author's witty approach. Appreciate the clever use of Kedah dialect, it made the twins' characters seem very real.
Entertainment aside, while the author has managed to delve into the insights of the apostates, he was quite brief when it comes to the hudud punishment. This could have been clearer/stronger ie when stating death as a punishment for apostates. For example, another belief is that death is only for apostates who endanger the religion, not all of them. This is especially important as Fixi novels are also read by non-Muslims and it may trigger a misconception on Islam or on Hudud.
I hope this will be addressed in Murtad 2 and I look forward to the sequel and more exciting work from the author.