Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta High Class

Rate this book
CINTA HIGH CLASS
Cinta High Class bukan eksklusif milik sesiapa. Cinta High Class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita dan si dia mesti mencintai secara High Class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara High Class juga.

CINTAKU KERANA AGAMAMU
Dalam agama Islam, ada perkara yang baik dan perkara yang TERBAIK. Adat yang selari syariat elok diraikan. Masyarakat akan lebih berbaik sangka dengan setiap pilihan orang lain apabila mereka mengamalkan mana yang menjadi prioriti. Inilah namanya konsep fiqh al-awlawiyat.

492 pages, Paperback

First published January 1, 2012

80 people are currently reading
915 people want to read

About the author

Fatimah Syarha Mohd. Noordin

34 books344 followers
Dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Apit, Sekolah Bukit Diman, S.M.A Mahmudiah dan S.M.A (Atas) Sultan Zainal Abidin dalam aliran Thanawi. Berkelulusan UIAM jurusan Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, pengkhususan Fiqh & Psikologi.

Karya pertama beliau ialah 'PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA' bersama Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria. Beliau menjadi ko-editor 'ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH'. Novel beliau MAWAR BERDURI memenangi tempat ke-3 Sayembara Novel Remaja sempena Jubli Emas DBP 2006.

Gadis yang menjadikan 'Lailahaillallah Muhammadurrasulullah' sebagai prinsip hidup ini amat menitik-beratkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya.

(Dari kulit belakang novel 'Tautan Hati')

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
342 (58%)
4 stars
155 (26%)
3 stars
50 (8%)
2 stars
17 (2%)
1 star
18 (3%)
Displaying 1 - 30 of 51 reviews
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
June 16, 2013
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah akhirnya Berjaya juga menghabiskan novelet tarbiah yang pertama yang di karang oleh Dr.Farhan Hadi yang bertajuk Cintaku Kerana AgamaMu

Bait-bait kata/petikan yang memberi kesan kepada pembaca ketika membacanovelet Tarbiah ini:

“Ya Allah , jika benar dia untukku,kuatkan sayapku untuk terbang kepadanya.Kuatkan dirinya mempertahankan keindahan yang terpelihara.ya Allah jika benar dia untukku, sampaikan aku padanya”(m/s 36)
“Ya , mata menilai kecantikan pada rupa.Akal menilai pada fikiran.Nafsu menilai pada akhlak dan budi pekerti”(m/s 42)
Daripada Abdullah Ibnu Amr r.a, rasulullah saw bersabda, “ janganlah kamu menikahi seorang wanita kerana kecantikannya, kerana kecantikan itu merosakkannya.Janganlah kamu menikahi seseorang wanita kerana hartanya keran mungkin harta itu membuatkannya melampaui batas tetapi nikahilah wanita ini kerana agamnya, seorang budak wanita yang sumbing lagi hitam tetapi beragama adalah lebih utama” (riwayat ibnu majah) (m/s 43)
Pesanan nabi kepada al-Mughirah bin syu’bah, “lihatlah terlebih dahulu wanita itu, kerana sesungguhnya hal itu dapat merukunkan kalian berdua”.(HR at-tirmizi dan An-nasa’ie(m/s 45)
Ilmu mengangkat darjat seseorang.beruntunglah mereka yang menfokuskan usia remaja untuk mendalami aktiviti-aktiviti keilmuan(m/s 46)
Hasan al-banna berpesan di dalam hadits al-thulasa’,”walaupun seorang lelaki atau wanita mendampingi pasangannya dua puluh tahun sekalipun tetap ia tidak akan mengenalinya.ini kerana ia akan cuba menyembunyikan keaibannya(zahir dan batin).Selepas berkahwin, barulah keaiban tersembunyi itu akan terserlah.terlihatlah riak dan kefasikannya seperti pepatah Arab setiap bekas yang penuh melelehkan airnya.” (m/s 51)
Seorang ayah yang memuliakan isterinya akan tampak berwibawa di mata seorang anak.(m/s 67)
Ya Allah perjalanan sukarku dalam usaha menjadi soleh, akhirnya menemui jalan semudah ini untuk menemui si solehahku.(m/s 69)
Rasulullah saw, “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.”(hadis Riwayat Ahmad.(m/s 72)
Betapa indah istikharah hingga Allah menunjukku arah.Betapa ajaib doa sehingga usahaku tidak sia-sia.Betapa berkat restu ibu bapa sehingga ketenangan menyeruak di dada.Betapa manis keihlasan sehingga Allah menjadi teman(m/s 81)
Pesan nabi,”Mintalah fatwa dari hatimu”.(m/s 88)
Suatu hari amirul Mukminin sayidina Umar al-Khattab r.a hendak menilai seorang lelaki yang dating kepada beliau untuk memohon jawatan di dalam pemerintahan.Sayidina Umar r.a mengarahkan agar lelaki itu membawa seseorang yang mengenali dirinya.Lalu Sayidina Umar r.a bertanya kepada lelaki itu,
- ”Adakah kamu mengenalinya?” “Ya”
- “ Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui keadaan sebenar tentang dirinya? “tidak”
- “adakah kamu pernah musafir dengannya sehingga kamu tahu perangai dan akhlaknya?” “tidak.”
- “adakah kamu pernah berurusan dengannya sehinggakan kamu tahu bahawa dia seorang yang takut dengan harta yang haram?” “tidak”
- Adakah kamu mengenalinya hanya ketika menunaikan solat di masjid? “ ya”
“kalau begitu, pergilah kamu dari sini.Kamu bukanlah orang yang mengenalinya dan tidak boleh memberikan maklumat tepat mengenainya.”(m/s 94-95)
Apabila meletakkan Allah swt sebagai pengawas kehidupan,persepsi terhadap cinta bukan persepsi orang kebanyakan .jika mengambil nafsu sebagai Tuhan, jadilah cinta ingin bermaksiat sentiasa.aku tidak menyesali memiliki nafsu.suatu amanah agar taatkan Allah.(m/s 98)
Pesan syidina umar r.a “Dalamilah ilmu agama sebelum kalian menjadi pemimpin.”(m/s 98)
Solehah bertemu yang soleh.yang cerdik bertemu yang bijak.yang taat bertemu yang setia.(m/s 103)
Sabda Rasulullah saw, “barangsiapa diberi kurnia isteri yang solehah oleh allah swt, maka sesungguhnya Allah telah menolongnya atas separuh agamanya, maka bertakwalah (untuk melengkapi) yang separuh lagi.”(hadis riwayat al-hakim.
Sabda Nabi,”mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?Iaitu isteri yang solehah .jika suami melihat kepadanya dia akan gembira,jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suaminya tiada dirumah dia akan menjaga harta suaminya dan memlihara kehormatan dirinya.”(riwayat ibnu Majah)(m/s 123)
Buku karya cahyadi Takaryawan-Di jalan dakwah aku menikah,Agar cinta menghiasi rumah tangga kita,Pernik-pernik rumah tangga Islami,Di jalan dakwah kugapai sakinah,Izinkan aku meminangmu(m/s139)
setianya rasulullah kepada khadijah, setianya Ali kepada Fatimah, setianya Usman kepada Ruqayyah dan adiknya Ummu Kalthum, setianya Abu al-ash kepada zainab(m/s 142)
mampu bermujahadah melawan nafsu, mampu mengambil sesuatu yang asal disisi syarak,bukan rukhsah,mampu mencontohi nabi yang setia dengan isteri pertama,mampu bersama-sama kesusahan seorang isteri dalam mendidik anak-anak kecil,mampu mengekalkan cinta dengan kekasih pertama hingga keakhirnya,mampu menolak sesetangah keinginan tanpa alas an yang benar.(m/s 145)
kata-kata ibnul Qayyim al-jauziyah”fitrah cinta sebenarnya cenderung hanya pada seorang kekasih.”(m/s 146)
daripada abu hurairah r.a Rasulullah saw bersabda,”barangsiap yang memiliki dua isteri lalu ia condong (kepada isteri yang dicintai)maka dia akan dating di hari akhirat dengan separuh badannya condong,”(hadis riwayat abu daud,tirmizi,nasa’I,ibnu majah,darimi dan ahmad)(m/s 149)
Dr.yuuf Al-Qardhawi dalam buknya Markazul Mar’ah fil hayatil islamiyah halaman 118,”Para gerakan kristian dan orientalis menjadikan topic poligami seakan-akan ia adalah syiar daripada syiar-syiar islam, ataupun wajib daripada kewajipan @ islam, atau sekurang2nya galakan daripada galakan2 islam.Ini adalah sesat lagi meneyesatkan .Asal yang mendominasi dalam perkahwinan Muslim ialah berkahwin satu, yang mana isterinya menjadi penenang dirinya, pelembut hati, pengurus rumah tangga, tempat menyimpan rahsia.dengan itu terbinalah atas keduanya ketenangan ,kasih saying dan kerahmatan yang menjadi teras kehidupan perkahwinan dalam pandangan al-quran(m/s 152)
Islam tidak melarang perancang keluarga(tanzhimul usrah), islam Cuma menegah sengaja mengehadkan jumlah ahli keluarga(tahdidul usrah) (m/s 155-156)
Kata seorang ulama” janganlah kamu mendidik anak-anakmu seperti cara kamu dididik dahulu kerana zaman kamu membesar tidak sama dengan zaman anak-anakmu membesar”(m/s 158)
Formual paling berkesan untuk mendidik anak ialah bermula dengan memilih ibu yang terbaik untuknya.(m/s 160)
Ulama berkata’proses mendidik anak bukanlah bermula daripada anak ini dilahirkan.Ia sebenarnya bermula daripada proses memilih ibu yang beriman untuk anak ini.(m/s 161)
Sayidina Umar menyatakan bahawa hak anak iaitu meilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik dan mengajarnya Al-quran(m/s 161)
Jika kamu tidak dapat membuatkan kedua-dua orang tuamu bahagia, janganlah kamu membuatkan mereka menangis kerana kamu(m/s 162)
Saiyidina ali r.a berkata,” ilmu itu lebih nbaik daripada harta.ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta.ilmu itu menghukum dan harta itu terhukum.harta itu kurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu itu bertambah apabila dibelanjakan(m/s 179)
Daripda ibnu mas’ud r.a, “jangan ada perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan,;(pertama ) keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda, serta menjadikan nya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua)keadaa orang yang dikurniakan Allah imu penegtahuan agama,lalu ia beramal dengannya dan menyebarkannya.”(Riwayat Bukhari,Muslim dan Tirmizi)(m/s 181)
Think like a man, act like a lady(m/s 184)
“tiga kunci kebahagiaan seorang lelaki;pertama adalah isteri solehah yang jika dipandang membuatmu semakin saying dan jika kamu pergi membuatmu berasa aman kerana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dana hartamu, kenderaan yang baik yang boleh menghantar ke mana kamu pergi dan rumah yang lapang, damai dan penuh kasih saying.”(hadis Riwayat Abu Dawud)(m/s 190)
Keberkatan itu adalah apabila kita Berjaya mengawal keinginan kita”(m/s 194)
Dari Abdurrahman bin auf r.a ,rasulullah saw bersabda,” Jika seseorang perempuan mengerjakan solat yang lima, puasa di bulan Ramadhan , memelihara kehormatannya dan taat kepada suaminya maka akan dikatakan kepadanya masuklah ke dalam syurga dari pintu mana sahaja engkau suka.”(hadis Riwayat Ahmad dan thabrani)(m/s 198)
“apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka dia akan masuk syurga.”(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)(m/s 199)
Profile Image for Nusrah.
25 reviews26 followers
July 4, 2012
Alhamdulillah, it takes almost three weeks to finish it. Seperti biasa, karya ustazah fatimah syarhah lazimnya mempunyai sumber-sumber rujukan autoriti. Saya kira buku ini menjawab persoalan seputar ikhtilat, masalah cinta, adab ketika tempoh pertunangan dan sedikit rencah dalam mendirikan rumah tangga.

Qani'ah Syumaila. Doktor as-Solihul Muslih.

Cukup terkesan dengan kata-kata Qania'ah pada novelet yang kedua :
"Saya ingin memberi mesej kepada kaum lelaki bahawa betapa ramai wanita mengimpikan mereka menjadi lelaki sejati, takut kepada Ilahi. Pilihlah cara yang diredhai, bukan mengurat sesuka hati."

"Saya ingin memberi kepada kaum wanita, betapa ramai lelaki tidak keruan dengan pesonanya. Maka, bantulah lelaki dengan tidak melayan kecuali atas dasar urusan." - ms 327 & 328

Ketika tempoh merisik, betapa indah Islam mengetengahkan kaedah merisik melalui orang tengah serta memuliakan peranan wali. Hikmahnya, lebih beradab apabila melalui orang tengah dan ayah yang bertindak sebagai wali merasa dimuliakan.

Ketika tempoh pertunangan, bisa sahaja si adam merisik perkhabaran si hawa melalui ibu bapa nya. Jika ingin berurusan, muliakan khidmat orang tengah sebagai pemudah cara. Hikmahnya di sini, ikhtilat lebih terjaga, pintu-pintu fitnah yang syaitan cuma tunggu masa membukanya lebih tertutup kemas dan ukhuwah antara keluarga dapat dieratkan dengan cara yang lebih bersyariat.

Ciri-ciri orang tengah juga ada disebutkan secara tidak langsung di dalamnya. Antaranya, orang tengah yang aman dari fitnah dan punya tsiqah. Kedua-duanya bermaksud, orang tengah itu seeloknya-eloknya telah berkahwin dan kita punya kepercayaan yang tinggi pada agama dan akhlaknya serta sebarang perkhabaran yang dibawanya adalah benar dan dipercayai.

Rindu? Mustahil tidak rindu, kita ini manusia yang punya fitrah sedemikian. Kita bukannya malaikat. Bezanya bila mengikut syariat ia menjadi terurus bila kita kuatkan dengan zikrullah dan mujahadah. Bukannya mesej, telefon atau memilih mana-mana jalan-jalan fitnah yang boleh melepaskan rindu.

Makanya, RM22 adalah sangat berbaloi untuk novel ilmiah dan membangun jiwa seperti ini.
Profile Image for Syamil A Samad.
25 reviews2 followers
November 22, 2012
Memberikannya lima bintang saya kira adalah satu penghargaan yang terbaik. Buku ini sarat dengan ilmu dan manfaat yang tiada ternilai. Boleh menjadi rujukan yang baik untuk mereka yang baru memulakan alam percintaan berlainan jantina sehinggalah mereka yang sedang melayari alam rumahtangga. Enak dibaca. Mudah dihadam dan menenangkan. Isinya penuh dengan suruhan untuk menuju redha Allah tetapi tidak diungkap dalam keadaan memaksa. Semuanya menjurus kepada tepuk dada tanya iman. Sekiranya berasa baik untuk diikut maka ikutlah, sekiranya tidak mahu mengikut perkara yang baik maka tinggalkanlah dan rasailah sendiri bahana dan kesan yang bakal menimpa. Menekankan setiap manusia punya hak untuk mempunyai fatwa hati sendiri. Sekiranya ada yang menempelak, janganlah mudah melenting kerana kita juga harus menghormati fatwa hati orang lain. Sentiasa bersifat mudah dan memudahkan orang lain. Sekiranya tidak mahu memudahkan janganlah menyusahkan.

Buku ini juga memberi gambaran jelas bagaimana pendapat Islam berkenaan poligami. Ia sangat jelas dan saya kira wajib untuk semua yang bergelar lelaki dan perempuan untuk memahaminya. Setiap manusia mempunyai hak masing masing dan ia perlu diperjuangkan supaya seiring dengan redha Allah.

Terlalu banyak ilmu didalam buku ini dan ia memang bermanfaat. Bacalah dan rasai sendiri kenikmatannya. Buku seperti ini tidak rugi untuk menguliti.
Profile Image for Fira.
37 reviews5 followers
September 24, 2013
novel yg sgt bagus! tips sebelum perkahwinan & selepas perkahwinan & mcm2 lg tips yg dikongsikan.

terima kasih bt kak ha & suami utk penghasilan novel berbentuk motivasi begini.

bintang yg aku beri tu bkn sebab novel ni tak bagus. tak. ia terlalu bagus sehingga wataknya terlalu sempurna sebagai manusia biasa (maksum lah senang cakap) jadi aku rasa sedikit spoiler disitu. tak salah mencipta watak (atau ceritakan watak sendiri?) sebegitu tetapi bg org yg byk kekurangan mcm aku ni tetiba je rasa novel ni bukan utk org2 macam aku. ia lebih sesuai utk org yg belajar di sekolah2 agama @ maahad tahfiz sbb watak Qaniah itu sendiri telah dididik sedari dia sekolah. aku ni sekolah pn sekolah kebangsaan aje kot. jd paham2 ajelah perbezaan sosial itu bagaimana...

dan bagi aku novel ini tak mampu menandingi novel Tautan Hati pun... :)
Profile Image for Ain_j.
17 reviews
November 22, 2012
Buku ini dua dalam satu. Meaning ade dua novel dalam satu buku.
Satu penulisan dr Farhan Hadi dan satu lagi Fatimah Syarha.
Tahniah kepada penulis! satu buku yang berjaya membuka mata hati saya tentang pandangan cinta.
Masih ramai diluar yang tercari-cari cinta. Cinta ada di depan mata, cinta ada di mana-mana. cuma kita sendiri kena usaha untuk mencari cinta itu. Dimana? siapa? Dialah- cinta agung kepada yang menciptakan rasa cinta ini. cinta highclass
Karangan yang banyak mencarik hati untuk muhasabah diri dengan dosa yang telah dilakukan. Namun, saya bukan seorang yang gemarkan ayat terlalu bersastera. so, bila ada ayat2 sastera, puisi, saya lebih suka skip.
Overall... Tahniah!
Profile Image for Faqihah Salleh.
14 reviews
September 6, 2013
This book is AMAZING! Untuk orang yang macam saya (hard to be friendly with religious books), buku ni memang sesuai sangat sebab ianya sangat santai tapi sarat dengan nasihat dan tunjuk ajar. Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada buku ni tentang cinta. Apa-apa cinta dalam dunia ni perlu berpaksikan cinta kerana Allah, the Almighty. A must-have-book for teenagers, adult for both boys and girls!
Profile Image for Azri Hisam.
9 reviews2 followers
January 21, 2013
alhamdulillah.. selesai baca...

[satu] buku yg sesuai bagi mereka yg mencari indikator bagi menentukan tahap keyakinan utk berkahwin

[dua] sedikit kebosanan apabila perkara yg disebutkan seumpama sama dengan buku yg sebelumnya seperti; kekasihku selepas Allah dan Rasul

[tiga] high class itu mujahadah,
kata kunci mudah. tapi aku bukan malaikat... haha...
Profile Image for Salihah Alias.
4 reviews1 follower
February 16, 2013
hu3....jatuh cinta dengan watak dalam novel nie...dr. Muslih dan Qa'niah....
no more poligami just monogami...setiap isteri ada hak memilih sama ada untuk dimadukan ataupon tidak..so tambahkan pengetahuan tentang wanita supaya rasa tidak ditindas..
Profile Image for Nabihah Norisham.
18 reviews8 followers
May 21, 2013
Buku ini aku baca sebelum tidur. Yea. Ia kadang hingga terbawa ke mimpi dan buat aku tersenyum sebelum lena. 'Cinta High Class' dari si isteri benar benar buat aku ingin jadi sepertinya. 'Cintaku Kerana Agamamu' pula dari sang suami, bernada lebih serius dan tegas.
Profile Image for Amiera Shahrir.
9 reviews
February 2, 2013
awesome !
xbaca rugi.. hahah
mengajar kita untuk berubah menjadi lebih baik :)
sila baca..sila baca..
Profile Image for Azeyra Hazirah.
4 reviews
February 5, 2013
Antara novel karya Fatimah Syarha yang sangat saya minati....Indahnya cinta apabila berlandaskan syariat Islam.....=)
Profile Image for Mohamed Hanif.
5 reviews
October 25, 2014
Alhamdulillah. Just finished reading this and it took me about 5 days (yes I know these are busy times for us students).

Written by the pair, Dr Farhan Hadi and Ustazah Fatimah Syarha, the book combines the journey of a man and a woman towards their marriage through their separate perspectives. The husband-to-be's part is presented first with short-lengthed chapters depicting the man's experiences riddled with trials leading up to his marriage to a matching woman, whose strength of character in the face of temptations and challenges was laid out in long chapters in the second part of the book. The book is like a simplified compilation of the rules in Islam regarding the indescribable innate feeling that comes at some point into everyone's lives, the feeling we call love, presented as a 'love story' centered around two youths. How the characters go about their lives may seem a bit ideal but it gives a kind of standard, a 'cinta high class' to strive for while acknowledging the reality of life. Apart from the joy of seeing how the pair's lives turn out to be, there is much knowledge to be gained and lessons to be learned from their personal and other people's experiences. That is the true point of this book and I believe it has been written well to realize that. May Allah reward them.

This book is written in Malay and the authors neither confirm or deny the characters' experiences were their own. But that is not the point of it anyway.

Pick it up. You may find the book to be cliché but not terribly so that it becomes unbearable. I myself prefer not to read love/romance-themed novels but I don't regret reading this one (the book's not mine anyway). I hope you would gain some benefits from this book too.
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
March 7, 2015
Lima bintang saya kira layak untuk diberikan kepada novel tarbiah nukilan pasangan suami isteri Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi ini. Karya bestseller ini sememangnya sarat dengan nasihat-nasihat dan panduan berguna.

Biarpun secara umumnya novel ini berkisar tentang cinta, namun apa yang lebih menambat hati saya tentang novel ini ialah bagaimana kedua-dua penulis menggarap semangat perjuangan dan matlamat hidup dalam penulisan mereka. Bahasanya sangat menarik, ditambah pula dengan dalil al-Quran dan as-Sunnah yang mengiringi jalan cerita novel ini.

Jujurnya saat saya membaca novel ini, saya merasakan seperti seseorang sedang menasihati saya, sedang menguatkan saya, sedang meleraikan persoalan dalam benak jiwa remaja saya. Maka betullah kata orang; "Siapa yang sanggup menjadi guru kita sepanjang masa, kalau bukan buku?". Saya percaya, buku yang baik ada manfaatnya kepada diri kita. Mungkin sesetengah orang berpendapat bahawa novel ini begitu jiwang dan tidak kena dengan jiwa mereka. Bagi saya, tidak sama sekali saya tertarik membaca novel ini kerana kejiwangannya, sebaliknya niat awal saya untuk menceduk nasihat, semangat dan prinsip Muslim sejati yang ada dalam novel ini.

Saya tidak rasa novel ini sesuai untuk golongan tertentu. Ia sesuai dibaca oleh semua orang. Bahasanya mudah, plotnya juga santai. inshaAllah, mudah difahami dan diterima ramai. Melalui novel ini juga Ustazah Fatimah Syarha memperkenalkan kepada saya sebuah karya Ulama Dunia, Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang bertajuk "Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Impikan". Saya berkenan sekali untuk membacanya suatu hari nanti.
Profile Image for Raihan M.
33 reviews2 followers
February 22, 2016
MashaAllah...memang high class punya novel (reviewed back in 2012)

....

new review (21 feb 2016)

done reread this book only on qaniah's story. first reading was in 2012 way years ago. after i reread the book in 2016, one question appeared on head; "why i did not read by heart and mind back in 2012?"

yet, another question popped out; "isn't that Allah has blessed me as He made me read this book again?"

i love the part where the criteria of choosing a husband which is taught by the prophet sallallahu'alayhiwassalam is by looking upon his deen and akhlaq (good manner). yet, how to determine that person has these two criteria?

DEEN: by seeing how he dresses? has beard? ustadz/islamic title? islamic background? ikhtilat (the way he engages/interacts with the opposite gender)?

AKHLAQ: his relationship with other mankind and other creatures? towards his own self?

if one guy asks your hand for marriage who seems so soleh physically or the way he speaks, does it suffice to believe he has both criteria?

wallahi, reading this book again helped me to realign my relationship with Allah and other creatures of Him. :)
Profile Image for Ctriko.
281 reviews6 followers
May 19, 2014
Karya ini memaparkan kisah yang sungguh menyentuh hati dari sudut pandangan seorang LELAKI iaitu Dr Muslih dan juga seorang PEREMPUAN, bagaimana cara untuk meningkatkan kualiti iman sebagai seorang lelaki dan perempuan dalam mengharungi hidup di dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Aku tidak mahu comment lebih-lebih disini, cukup hanya aku menyatakan di sini masih belum terlambat untuk para pembaca budiman sekalian untuk menambah ilmu di dada untuk menjadi seorang Muslim yang sebenar. Kalau ingin tahu lebih lanjut dan menghayati serta menimba ilmu yang cukup hebat dalam karya yang aku pasti memang hebat ini, cuba dapatkan karya ini dan buat penilaian sendiri setelah membacanya. Anda pasti menemui jawapan disebalik persoalan yang tidak terjawab di minda selama ini insya-ALLAH. Highly Recommended Book untuk yang belum,ingin atau yang sudah menempuh alam perkahwinan dan menimba ilmu untuk menjadi seorang isteri atau suami yang soleh dan solehah yang sentiasa mendapat keredhaan ALLAH SWT.



http://myhookedbooks.blogspot.com/201...

230 reviews4 followers
July 9, 2014
Buku ini terbahagi pada dua, tetapi jalan ceritanya berlaku di waktu yang sama. Saya kurang minat dengan gaya menulis Fatimah Syarha. Oleh itu, bahagian kedua saya tidak habis baca sebenarnya. Tetapi bahagian pertama cukup menarik. Walaupun sarat dengan pelbagai nasihat, tidak terasa pun yang saya sedang baca ceramah. Tambahan pula, meskipun penulis seorang lelaki, dia meraikan hak wanita - sesuatu yang sukar kita jumpai dalam masyarakat kita. Buku ini patut dibaca oleh mereka yang hendak mendirikan rumah tangga - terutamanya lelaki.
Profile Image for Hanan.
108 reviews15 followers
August 14, 2014
Sangat sangat mengubah outlook saya tentang cinta romantik di sisi islam. Cinta sebelum kahwin & selepas kahwin etc. Saya rasa menarik sangat, part yang menjawab persoalan usaha mencari pasangan tanpa dating. Lagi, isu poligami, melayan pendapat orang tua & masyarakat lain yang ada masih terikut dengan cara mereka zaman dulu. Nak cerita pun tak tau, banyak sangat pengajaran dalam buku ni. Yang slack sikit la, pada pendapat saya, cara penyampaian/bahasa yang digunakan dalam buku ni. Kadang-kadang baku sangat sampai rasa macam erk. Tapi lepas 100 pages camtu dah boleh biasakan so okay je la.
Profile Image for حزا ليني.
33 reviews2 followers
August 1, 2012
Alhamdulillah, Finally finished reading the whole book. Absolutely enjoying reading this. Have just finished reading the whole book. A must have for those who wants to fall in love, for those who are in plans to get married and of course for those married couples Coz it teaches the islamic way of thinking to lead a happy love/marriage life that is to Allah's concern.

Jaga Hati, jaga iman, jaga perbatasan...insyaAllah perkahwinan akan terjaga jua olehnya :)♥♥
Profile Image for Juhana Jazuli.
1 review
March 27, 2013
this book is very helpfull for teenager like me who want to be in love but in syariah's way.it is also remind me to take care of myself to be a good muslimah,prepare myself to be zaujah for my zauj. be like what you want first,then you get what you want..that was the biggest lesson i have got in this book ..i love this book so much..
Profile Image for مستور١ مكنن.
90 reviews8 followers
January 17, 2013
Jujurnya expectation aku kat novel ni tinggi la jugak. Tapi tu la.. Tidak seperti yang dijangka. Jalan cerita boleh diagak sebab penulis dah banyak kali membawakan jalan cerita yang serupa. Tapi tak pe lah. cerita Fatimah Syarha dan Dr. Farhan ni bosan macammana pun masih ada ilmu. So buang yang keruh ambil yang jernih okey!
Profile Image for Mazatul Kafli.
1 review
January 31, 2014
Novel cinta sinonim dgn melalai2kan pembaca dgn fantasia bulan madunya.. tp Alhamdulillah novel ini sgt berbeza.. byk ilmu universiti kehidupan yg dikongsi dlm novel ilmiah ni..sgt sesuai kpd semua lapisan umur dan status.. tqvm kpd penulis kerana mghidangkan ilmu melalui pengolahan novel yg menarik.. may Allah bless the authors..
Profile Image for nurhafizah.
40 reviews
April 2, 2013
awesome . mula2 baca separuh je . rasa macam tak boleh bawak. tapi, bila fikir balik , aku kena habis kan novel ni jugak walau apa pun jadi . so, very awesome . different . jom cari cinta high class .
Profile Image for ilafahmy.
114 reviews19 followers
September 30, 2012
Memang high class kisah cinta ini...Ya Allah bimbinglah dan mudahkanlah jalan untuk ku mendidik anak perempuan ku agar sesolehah Qani'ah Syumaila..amin...
Profile Image for Shawal Sahid hamid.
2 reviews1 follower
September 17, 2012
gaya penulisan yang sangat hebat.. mendorong saya untuk mengejar impian dan mencapai cinta yang hakiki..syabas Dr farhan dan isteri.
Profile Image for Arieana rie.
388 reviews11 followers
November 26, 2012
Best. Tidak memboringkan. Sangat mendidik jiwa dan memberikan inspirasi bagi muslimin dan muslimah dalam mencari cinta yang diredhai.
Profile Image for Syukri.
159 reviews9 followers
December 14, 2019
Menarik betul pasangan ni...
To all readers yang minat novel.you should pick this..
Profile Image for Nurul Addy.
2 reviews2 followers
Read
January 30, 2013
Buku yang telah membuka bukan sahaja mata dan minda ana bahkan mata hati ana. semoga Allah menguatkan hati ana untuk bermujahadah melawan nafsu :)
Displaying 1 - 30 of 51 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.