Apakah lantaran dirinya hasil dari noda, Putik harus menanggung derita sepanjang usia. Tidak layakkah dikecapi kasih sayang seperti manusia lain atau dia harus ternoda dalam pencarian diri yang sebenarnya!
AZIZ AFKAR (1942 - 2007), penulis. Dia lahir pada 12 Disember 1942 di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Abd. Aziz @ Hussin bin Ismail tetapi lebih dikenali dengan nama Aziz Afkar. Dia mendapat pendidkan awal di kampung kelahirannya dan mula bergiat dalam bidang penulisan ketika masih di bangku sekolah lagi.
Biar benar... 'adakah manusia sekejam itu?'. Iya memang benar, jawapannya ada. Terlalu menyedihkan tragedi yang harus dilalui Putik. Selepas beberapa tahun menanggung sendiri derita, masih tiada orang kampung yang perasan apalagi ambil peduli. Walaupun rumahnya jauh dari pandangan, logik kah keadaan ini? Mengapa jadi begini? Terlalu ramai lagi di kalangan saudara-saudara kita yang buta hati dengan rela ditunggangi iblis. Tiada langsung rada bersalah? Terlalu ramai juga yang naive di luar lumrah alam hingga mudah diperdaya pembohongan si manusia hamba syaitan. Mungkinkah cinta dan sayang yang tidak dilandaskan pada ilmu menjadi punca? Saya terlalu bencikan character bernama Majid. Dia masih ada isteri dan keluarga isteri yang menyayanginya. Dia masih ada kawan-kawan yang sanggup bersusah payah demi kesejahteraannya. Walaupun setelah mengakui jenayah berat yang dilakukan, masih ada pegawai polis yang menaruh simpati hingga boleh tersenyum sambil memegang bahu Majid selepas memberi nasihat. Dunia apakah ini? Hanya selepas segalanya terlambat, dan ada nyawa yang tewas, baru mahu menyesal? Baru mahu menitiskan air mata? Adilkah?
Saya sebenarnya mencari Novel Hartini yang pernah dibaca ketika matrikulasi milik seorang rakan, namun buku itu telah habis dan tidak diulang cetak lagi. Lalu saya memujuk hati membeli novel Putik ini. Malangnya buku ini lama beratur di rak dengan berbalut rapi hinggalah hari Jumaat lalu saya membacanya.
Kisah penderaan kanak-kanak yang dicitra dengan begitu tragis sekali. Saya kira ini isu yang hangat diperkatakan pada pertengahan tahun 1990-an dan isu penderaan kanak-kanak ini tak pernah habis selagi ada manusia yang berhati binatang. Putik atau Fetty diserahken kepada Jarah oleh Nora ketika berusia 7 bulan dengan bayaran upah setiap bulan namun Putik yang hanya berusia 5 tahun diminta buat kerja rumah macam hamba dalam cerita Amerika Latin dulu-dulu.
Jarah kemudian berkenalan dengan silicik Majid yang mempunyai dua isteri, satu di Melaka dan satu lagi di Johor Bharu dan bercadang menjadikan Jarah isteri ketiga. Majid dan Jarah bersekedudukan dan mendera serta merogol putik hingga menyebabkan kematiannya.
Apa yang lebih tragis, Nora yang merupakan adik iparnya yang berasal dari Melaka membuat pengakuan bahawa putik adalah anaknya dari benih Majid.