Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sinema Spiritual : Dramaturgi dan Kritikan

Rate this book
"Sesungguhnya kita tidak boleh lagi bergantung dengan produk filem seperti Lion of the Desert, atau The Message dan dua tiga lagi filem yang sudah lapuk. Musuh Islam telah meninggalkan kita jauh, amat jauh. Maka atas semangat dan kesedaran itulah saya teringin menerjuni dalam lubuk dunia ini. Kerana kita sudah banyak membina masjid, kita sudah melahirkan beratus ribu graduan al-Azhar, Madinah dan Jordan tetapi ulama masih gagal menyelesaikan persoalan masyarakat malah asyik bergaduh dan terikut-ikut mengejar populariti seperti artis. Rasa-rasanya di sini kita tiada filem Islam ( saya sedari sesetengah orang begitu alahan dengan label ini), jadi kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan. Dan tidak ada yang paling anggun sekali dengan memulakan produk pertama kali dalam bidang perfileman dengan menghasilkan sebuah filem mengenai peranan manusia sebagai khalifah Allah."

144 pages, Paperback

First published January 1, 2012

Loading...
Loading...

About the author

Faisal Tehrani

76 books596 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (8%)
4 stars
28 (49%)
3 stars
22 (38%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
July 10, 2015
Buku ini boleh saya kategorikan sebagai antara barisan buku kegemaran saya. Tunjangnya ada dua. Pertama: Inti buku yang menyajikan isu atau falsafah media menurut pandangan Islam. Kedua: Penulis Faisal Tehrani (FT) yang saya gemar mengikuti dan membaca tulisan dan karya beliau.

Saya sedikit sebanyak terkesan dengan idea dan pandangan yang dilontarkan oleh FT dalam buku ini. Kompilasi tulisan beliau sekitar awal tahun 20-an ini masih murni dan tidak seliar tulisan beliau seperti hari ini, pun begitu FT masih lagi mengekalkan pemikiran sufisme atau profetik dalam setiap tulisan beliau (yang mana hal inilah yang menyebabkan beliau sentiasa mendapat tempat tersendiri dalam dunia sastera Melayu). FT yang kita kenali sebagai tokoh yang berpegang dengan fahaman Syiah ini sama sekali tidak lupa untuk menyuntik fahaman tersebut ke dalam contoh-contoh yang dibawakannya di dalam buku ini. Nama seperti Ali Khamenei, negara Iran, sinema Iran tercatat merata-rata. Benar, saya sendiri secara peribadi bersetuju, apa saja sisi baik yang ditonjolkan oleh sesiapa pun yang tidak sefahaman atau sefikrah dengan kita, adalah wajar dicontohi. Kita wajar mempelajari kebaikan daripada sesiapa pun. Pun begitu, FT terlalu fokus membawa contoh negara Iran yang terlihat menyanjungi syariat Islam dan sangat patut dicontohi oleh negara Islam yang lain. Saya kurang pasti tentang hal ini, dan saya akui saya kurang membaca tentang realiti perkembangan negara Iran, lantas saya kontang ilmu tentangnya. Mungkin kerana selalu dimomokkan dengan fakta negara Iran merupakan 'Vatican' bagi penganut Syiah, maka saya kurang peduli tentangnya. Mungkin juga doktrin yang FT suntik telahpun menjadi, kerana saya semakin berminat untuk mengikuti perkembangan (khususnya seni dan perfileman) negara tersebut.

Filem-filem yang diketengahkan dalam buku ini kebanyakannya daripada negara luar. Kebanyakannya daripada Barat, Iran, Israel dan seciput sahaja daripadanya adalah filem tempatan. Kebanyakannya saya tak pernah dengar. FT menyatakan ada beberapa buah filem menuntut pemahaman yang baik dan pemikiran yang berat dan tidak mudah. Oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk cuba menonton beberapa filem yang disenaraikan di dalam buku ini. Ya betul, ada filem yang saya tidak begitu faham sepenuhnya. Hal ini langsung mengingatkan saya kepada sebuah quote oleh watak yang diberi nama Berg (lakonan Bront Palarae) yang dipetik daripada filem tempatan bertajuk Terbaik Dari Langit yang berbunyi: "Masa kat sekolah dulu, kalau kau baca buku tak faham, buku bodoh ke kau bodoh?".

Seorang rakan persatuan merangkap Timbalan Pengerusi Kelab Krew Revolusi Multimedia Jordan (KREM) sesi 14/15 pernah memberitahu saya, dalam kita melatih orang untuk diprodukkan sebagai modal insan dalam bidang multimedia, seharusnya peranan untuk menjentik fikrah media kepada mereka ini juga perlu ditekankan. Fikrah ini penting untuk melahirkan orang yang faham apa yang mahu dihasilkannya dalam bidang ini. Buku ini antara yang menjawab persoalan bagaimana fikrah media boleh terbentuk.

Apa yang menarik untuk disimpulkan daripada buku ini bagaimana sesebuah filem itu ditonton melalui kaca mata seorang Muslim. FT mengetengahkan nilai-nilai Islam yang selalu dipinggirkan dalam seni pada hari ini (walaupun poin yang ditekankan selalu berulang), di samping mengupas filem dari sudut naratif, dramaturgi, sinematografi, lakon layar dan lain-lain. Buku wajib baca oleh pengamal media beragama Islam.
Profile Image for Luc Abdullah.
Author 6 books61 followers
Read
July 13, 2012
Buku ini adalah koleksi tulisan penulis di kolum Sinema Spiritual yang diterbitkan di akhbar politik Siasah dari tahun 2008-2010 yang berkitarkan gagasan beliau tentang Sinema Spiritual yang ketengahkan filem sebagai alat dakwah yang amal maaruf lagi-lagi dalam sinema Malaysia yang tepu dengan filem yang menjadikan Islam sebagai sampingan semata seperti filem seram dan cinta versi islamik.

Ada beberapa pendapat beliau yang kurang saya setujui tapi itu tidaklah menjadi isu untuk tidak menyukai buku ini, kerana ia provokatif dan merungkai intipati filem dari perspektif beliau.

Ada 28 filem dari luar dan dalam negara(termasuklah terbitan Hollywood, Bangladesh, Iran, Iraq, Indonesia dan Malaysia)dan kebanyakannya merupakan filem indie, yang beliau sinopsiskan dan kemudian ceritakan kembali dalam perspektif beliau kemudian disimpulkan mengikut gagasan beliau.

Aku tertarik dengan;

Filem Hunger yang mengisahkan mogok lapar oleh tahanan politik IRA tahun 1981 di mana 10 orang tahanan IRA mati termasuk Bobby Sands seorang wakil rakyat dari Ireland. Aku dah muaturun filem ini dan ternyata, sangat menarik untuk ditonton walau tidak banyak dialog yang terlibat, tapi imej visual yang ditunjukkan sudah cukup menggambarkan perjuangan mereka dari cengkaman orang Inggeris. Menjadi polemik tentunya apabila Margaret Thatcher cuba menidakkan perjuangan mereka dengan mengatakan pejuang-pejuang tersebut hanyalah penjenayah semata. Tanpa makan, mandi, tahi sendiri dipalitkan ke dinding, air kencing sengaja dicurahkan ke liang bawah pintu yang renggang melencunkan koridor penjara. Para warden penjara membalas olah mereka dengan menelanjangkan, melemaskan, memukul, menyepak, menjolok anus mereka dan sebagainya untuk melemahkan mental mereka supaya patuh pada pihak berkuasa. Walaupun ia berakhir dengan kematian, ia adalah detik-detik Ireland untuk berlepas dari pihak Inggeris. Ironiknya di Tehran, Imam Khomeini menamakan jalan yang menempatkan kedutaan British dengan nama pejuang IRA, Bobbysands.

Filem Perempuan Berkalung Sorban yang diadaptasi dari novel tentang seorang anak perempuan kiai yang berpandukan Wahabi, menjadi feminis menentang penindasan yang dia hadapi kerana ajaran Wahabi yang sangat berat sebelah dengan wanita (dilarang melanjutkan pelajaran) sehinggakan buku-buku tulisan kreatif ditentang dan dibakar.

Banyak lagi filem lain yang dikupas, walau ia digarap melalui ajaran Yahudi sekalipun, masih lagi ada sisi kecil yang terlihat, berbaloi untuk ditonton.

Dan lucunya, tatkala sinema Malaysia masih galak dengan filem-filem komersial yang tandus kognitif, negara yang bergolak dengan peperangan dan nonmuslim yang menghasilkan filem Pensil (2008), berjaya mengetengahkan sesuatu yang mengesankan pada jiwa.

Cuma aku sendiri, agak kurang suka dengan penulisan yang agak retorik (sedikitlah). 3 bukanlah sebab tidak bagus, itu dari aku sendiri yang mengikut citarasa sendiri, bukan orang lain.
Profile Image for Johan Radzi.
138 reviews198 followers
September 28, 2012
Ini adalah non-fiksyen pertama yang saya baca dari hasil penulisan Dr Faisal Tehrani.

Seperti novel-novel yang dikarang sebelum ini, Faisal menumpukan idea didaktik, menunjukkan kepada kita (pembaca) suatu jalan yang lurus, tanpa sisi, tanpa tepi, kejalan yang difikirnya "Islam yang sebenar." Berbeza daripada karya-karya yang saya gemar (contoh: Goenawan Mohamad), semua maklumat sudah pun disediakan untuk kita cerna. Tiada ruang yang diberikan untuk kita berfikir atau memilih. Kata-katanya pedas menyerang sekularisme, dasar-dasar Amerika, kegampangan moral yang gugur dari ketamadunan Barat serta filem-filem bebal yang dihasilkan oleh direktor-dorektor global mahupun tempatan.

Catatannya jujur, tulus dari hatinya yang jengkel dengan kebejatan yang melanda dunia perfileman kita sekarang. Filem-filem yang didirikan atas dasar sensasi, toyol, pochong, bohsia, dan rempit baginya adalah idea yang bodoh serta memperbodohkan masyarakat. Malah Faisal juga seolah-olah tida setuju dengan ajuran "pluralisme" yang diselaputi didalam filem-filem Yasmin Ahmad.

Dari sini saya dapat lihat dimana saudara Faisal Tehrani berdiri. Dia berdiri sebaris dengan Syed Qutb, Hassan Al Banna, dan lain-lainnya, yang begitu tegas dalam menegakkan syiar Islam sebagai istana yang utuh lagi kukuh.

Secara peribadi, saya gemarkan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Doktor. Ilmunya mencakupi dunia Barat dan Islam, serta melepasi sempadan. Dia dapat bersyarah tentang sosial, politik, dan seni dengan begitu lancar. Namun kebanyakkan pendapat-pendapatnya tidak pula saya temui memikat.

Ini kerana salah satu gagasannya yang saya tidak mampu terima adalah sebuah filem yang "Ideal". Didalam salah sebuah catatannta, Faisal menyerang filem-filem yang kononnya mengangkat "sisi gelap masyarakat" sebagai suatu pertunjukkan realisme. Dia lebih gemar seni sebagai sesuatu yang sempurna, tiada cacat cela, serta bersuara akan kecantikkan yang tiada tolok banding.

Cumanya yalah, gagasan tersebut mungkin kurang enak bagi orang seperti saya. Seni "palsu" sebegitu tidak pula mendidik secara penuh, kerana apa yang dipaparkan adalah sebuah idealisme. Perlu dinyatakan disini bahwa idealisme dan realisme berbeza seperti langit dan bumi. Penonton akan disogokkan dengan segalanya yang cantik tetapi "buta" akan sisi gelap masyarakat. Terkadang penonton mahu menonton bukan sekadar mahu melihat sisi gelap tersebut, tetapi mahu memahami sebab dan akibat yang menyusul.

Tanpa membawa penonton kedalam gelanggang yang real, mereka akan jadi sepersis lotus eater yang mabuk didalam khayalan sendiri.

Apa-apapun, saya mahu cari filem-filem yang direviukan disini. Semuanya kedengaran menarik dan saya ingin benar merasai "kesedaran spiritual" seperti yang didengarkan oleh doktor menerusi buku ini.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
December 8, 2014
Tak pasti Faisal Tehrani masih menulis kritikannya dalam Harakah atau tidak.

Aku kira lebih baik Dr. lebih mengkritik filem yang berdekatan dengan rumpun kita.

Di Malaysia pun, tidak kurang filem indiepand yang ada yang bagus-bagus ku kira.

Btw, its good.
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
October 27, 2012
kenapa aku gilakan FT...? segala macam idea ekstrim yang sungguh bergaya,perumpamaan kejam sinis, ilmu pelbagai dimensi, hukum logik berdaya intellek yang semuannya bersandar pada bukti tak tersangkal, berani meneroka baik dari isu sunni-syiah, wahabbi, pluralism beragama, sejarah, politik, rumi, hinggalah seni musik, teater and bla bla blah.. dan aku bernafas dengan kegilaan tuh..masih terbimbing untuk berfikir dan merasa semua perjalanan yang selalunya berhasil 5 bintang... itu selalunya lah...

tapi. buku ni...entah kenapa terkecuali...terasa sesak nafas, dan terlalu didesak...ya, memang betul FT seorang pendesak yang stailo selama ni, bagi aku la... selalu 'terdera' dengan semua desakan beliau hinggakan aku terpaksa buat research sendiri untuk memahami sesuatu material yang mana akhirnya, mulut nganga 'woaa hebat ini orang'... tapi fenomena tu tak jadi, kali ni...mungkin aku tak pernah tengok kebanyakkan filem yang disebut, maka aku gagal merasa dan menilai...baca dan terpinga2 taktahu apa.. mungkin juga ada beberapa filem yang memenuhi citarasa aku, maka atas dasar perbezaan pendapat, bintangnya kurang...terasa tak dibimbing untuk memahami, dan seterusnya bersetuju...apa yang sangat pasti, dan aku rela untuk bersetuju, kebanyakkan filem kita sendiri memang nazak tahap ICU...~
Profile Image for Hairie R.
28 reviews8 followers
October 30, 2014
Selepas membaca novel Perempuan Nan Bercinta karya penulis ini, aku cuba mencari karya beliau yang lain. Kebetulan, di Kinokuniya KLCC aku ketemu buku ini.

Sinema Spiritual adalah koleksi tulisan berkenaan filem. Di dalamnya tercatat sejumlah artikel dari penulis yang mengkritik dan mengkaji filem-filem tempatan dan internasional.

Kritikan beliau amat menarik. Pada aku, penulis mungkin lebih gemarkan filem yang membawa unsur spiritual dalam skripnya. Diingatkan kritikan beliau ini mengandungi spoiler setiap filem yang diulas.

Buku ini menarik. Aku suka bagaimana penulis dapat ambil dan gali dari sesuatu filem. Filem Avatar juga ada dikritik. Filem Taste of Cherry juga ada.

Bagi peminat filem. Aku galakkan anda membaca buku ini.
Profile Image for Ophan Bunjos.
Author 8 books36 followers
October 25, 2012

aku cuma nak nyanyi lagu ni;

"git, git semut,
sape sakit naik atas,
git, git semut,
sape sakit naik atas,"

*ulang sampai lidah kalian kematu.

sebenarnya satu buku ni tak memuaskan hati aku, bukan tak cukup filem-filem yang dikritis, tapi sebab bagi aku ia bias. pengulangan fakta juga berterusan. perbandingan yang kadang-kadang dilihat tidak adil antara filem.

sampai habis aku baca, sebijik-sebijik ayat aku intonasikan. akhir kata, penutup kata, Faisal Tehrani berdiri dengan kaki itik.
Profile Image for Jamilah Norddin.
100 reviews17 followers
July 11, 2012
Di Malaysia, saban hari kita dihidangkan dengan filem melayu yang bersifat “sampah” dan kononnya merentang realiti namun sebenarnya mendedahkan sisi buruk tanpa menumpahkan kebaikan dalam karya mereka. Sukar sekali mencari filem Malaysia yang berjaya mengangkat Islam pada kedudukan yang benar sebaliknya seakan merendahkan maruah kita sendiri. Realiti tidak hanya perlu ditunjukkan dengan lakonan realiti itu tetapi penawar dan jalan keluar daripada permasalahan.

Dalam pengantar penerbit (Unit Buku Harakah) ditulis, “Filem murahan seperti tahyul, sisi-sisi pinggiran masyarakat dan bermacam-macam lagi nampaknya semakin banyak dijadikan subjek filem.

Di satu pihak pula, wujud kecenderungan menjadikan wajah dan imej agama untuk menampakkan karya mereka sebagai “seni islam.”, sedangkan apa yang dikemukakan sangat superfisial dan sebenarnya lebih menampakkan satu penghinaan terhadap agama. ” (pengantar penerbit)

Filem yang dijadikan bahan ulasan adalah: Khoda Miad (Tuhan Akan Datang) –Majid Majidi, The War on Democracy-John Pilger, Budak Kelantan-Wan Azli, Le Grande Voyage- Ismael Ferroukhi, Wall-Simone Bitton, Atash, Ard Al-Taf, Ahlaam, Beaufort, Taht al-Qasf, Extraordinary Rendition, Hofshat Kaits, The Last Thakur, Hunger, Kopitiam Ghadir, Bee Season, The Blind Side, Changeling, Pensil, Taste of Cherry, Doubt, Arranged, Perempuan Berkalung Sorban, Personal Effects, Mawakeb-ul Abaa, The Road dan Avatar.

Artikel yang ditulis dalam buku ini sebenarnya adalah himpunan tulisan Dr Faisal Tehrani dalam Harakah yang mengulas tentang filem. Beliau sering mengaitkan filem yang diulas dan kaitannya dengan agama. Bagaimana filem menjadi agen menyampaikan pesanan agama. Bagaimana kekosongan masyarakat tanpa agama, dan Islam jika dilukiskan dengan baik dalam filem meninggalkan kesan yang baik.

Bacalah buku ini untuk mengetahui antara filem baik untuk ditonton. Memang banyak lagi filem-filem baik lain, namun ini antara cadangannya. Apa yang dilihat kekal dalam minda. Justeru, tontonlah filem-filem yang membuka minda bukan hanya mengundang air mata. Sudah jenuh kita ditipu para pengamal filem dengan ceritera yang apabila kita menonton hingga akhirnya kita kecewa. Kita akan berkata: cerita apa begini?
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
January 6, 2013
Empat bintang untuk kesungguhannya menganilisis dan mendedahkan karya kretaif terbaik yang wajar dijadikan contoh oleh penggiat seni perfileman di negara kita. Empat bintang untuk keberaniannya mengkritik karya-karya perfileman yang masih 'alahai' di negara kita.

Itu je sebab aku bagi empat bintang.

Nama pun buku Faisal Tehrani, so of course in a way - Iran, Syiah tidak lari.

But then, contoh filem-filem industri perfileman yang diambil dari negara republik Islam tersebut memang menggiurkan untuk ditonton.

Cuma, kalau boleh lebih mengenengahkan filem-filem Islami dari negara-negara jiran / Sunni yang lain? Barangkali tidaklah terasa berat sebelah.

Sekian.
Profile Image for Najihah.
56 reviews50 followers
June 10, 2014
Membaca artikel-artikel Faisal Tehrani yang kebanyakannya ditulis pada tahun 2006-2010, saya tertanya-tanya sendiri adakah Faisal Tehrani masih kekal dengan aliran pemikiran yang sama hingga kini? Lebih menimbulkan persoalan ketika saya membaca kritikan keras Faisal Tehrani pada filem Gubra. Saya cuba menjawab persoalan tersebut dengan membandingkan tulisannya di Projek Dialog dan Malaysian Insider.
Profile Image for Izuan.
80 reviews7 followers
July 3, 2020
Buku ini adalah merupakan himpunan kritikan filem yang di ulas oleh Faisal Tehrani. Sebuah buku yang bagus untuk dibaca oleh peminat-peminat filem yang berbentuk spiritual. Kritikan-kritikan yang diberikan oleh penulis adalah secara terus dengan membandingkan dengan filem-filem keluaran tempatan yang lari dari landasan spiritual yang banyak dipengaruhi oleh ideologi-ideologi barat.
Buku ini diterbitkan oleh Unit Buku Harakah pada tahun 2012.
Apa yang ingin disampaikan oleh penulis di dalam buku ini adalah, filem-filem di Malaysia harus berani melawan arus dengan mengetengahkan filem-filem yang berbentuk Spiritual yang akan menjadi tunjang di dalam perkembangan masyarakat.
Profile Image for Nuruddin Azri.
403 reviews177 followers
August 8, 2019
Analisis filem beraneka rempah-ratus yang membawa pembaca ke lubuk terdalam entiti manusia - spiritualiti. Ya, penulisan awal Faisal Tehrani sebelum tahun-tahun terakhir ini memang nampak lebih berstruktur dan berkualiti walaupun bau-bau sulaman doktrin syiah masih pekat melekat dalam karya-karyanya (dari dulu sehingga sekarang) sehingga menonjolkan sisi-sisi falasi penulis dalam mencuplik rujukan berautoriti seperti Hamka lalu menganyamnya mengikut tatanan yang condong pada detak pendiriannya.
Profile Image for Rasydan Fitri.
Author 16 books29 followers
October 17, 2012
Sinema Spiritual membincangkan wacana yang dipersembahkan dalam filem-filem antarabangsa, baik dari Hollywood yang mungkin lebih biasa didengari, termasuk juga filem-filem dari Asia Barat dan lain-lain. Dalam buku ini penulis bukan saja menegur karyawan filem tempatan yang sampai kini masih belum tampil dengan sebarang karya yang berani, kreatif dan berwacana seperti mereka. Perbincangan yang dibangkitkan juga disesuaikan dengan konteks filem tempatan pada masa artikel tersebut ditulis (buku ini adalah himpunan artikel-artikel beliau semenjak tahun 2008)

Buku ini juga baik buat semua kerana setidaknya ia menyenaraikan beberapa filem yang mungkin boleh kita tontoni dan santuni baik dari segi teknikal (sinematografi, mise en scene, lakonan dsb), juga dari segi idea yang dibawa. Lebih baik lagi sekiranya pembaca sendiri adalah seorang yang berminat dalam bidang perfileman, atau sedang bermula kerana pastinya ilmu yang diserap dari buku ini mampu diterjemahkan ke dalam bentuk filem. Cabaran penulis untuk menghasilkan filem Islam yang bermutu dan menyampaikan filem yang membuatkan penonton berfikir patut disahut.

Buku ini sangat sesuai dibaca terutama apabila isu filem Innocence of Muslims masih diperkatakan. Seni filem perlu dilawan dengan seni. Sekiranya anda telah membaca Sebongkah Batu di Kuala Berang yang diterbitkan sebelum naskhah ini, mungkin tidak perlu mengharapkan isi yang lebih rinci. Saya sempat menyelak novel Sebongkah Batu dan mendapati isinya ada yang sama saja, cuma bentuk Sinema Spiritual dihidang dalam bentuk bukan fiksyen, dan disusun babnya mengikut filem tertentu. Saya rasa mendapatkan kedua-dua naskhah ini pun lebih bagus.

(Jika ada yang mengatakan buku ini banyak elemen syiahnya, saran saya jika bimbang, ketepikanlah dahulu. Masih banyak input yang sangat sangat benar, yang boleh pembaca terima dan muhasabahkan)
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
155 reviews19 followers
June 28, 2013
Ini tulisannya seputar 2009-2010. Mungkin banyak pendiriannya berbeza kini.

Yang merindui, 'jeritan-jeritan' At-Tehrani.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews