Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tak Akan Menyatu

Rate this book
BLURB

“Saya mengandung.”

Hanya dengan penipuan ini, Dania berjaya memperdaya Fareez dalam sebuah ikatan dan membuatkan lelaki itu memutuskan pertunangannya. Sekaligus, memusnahkan penghalang pada kebahagiaan lelaki yang dia cinta dan sayang.

That is her perfect plan. Dan segalanya berjalan seperti yang dia mahukan.

Tapi dia lupa… rancangan yang dia anggap sempurna itu telah menzalimi seorang lelaki yang tidak bersalah. Menyakiti hati seorang lelaki yang cukup baik dan penuh rasa tanggungjawab.

Bila Fareez tahu yang selama ini dia telah diperdaya, lelaki itu dilambung dendam. Satu rancangan kejam diatur dan setelah segalanya terlaksana, dia tinggalkan Dania dalam keadaan yang begitu keji.

Dan bila mereka ditemukan semula…

“Lepaskan saya. We are even. I wronged you and you took your revenge on me.”

Dania minta dirinya dilepaskan. Kerana bagi dia hubungan mereka tak akan ke mana. Mereka hanya akan saling melukai.

Namun, Fareez enggan melepaskannya. Ingin menyeksa dia sehingga lelaki itu rasa puas.

“This game is not over! Kau yang mulakan game ni tapi aku yang akan tamatkan. Dan sekarang kau terperangkap dalam game yang kau cipta sendiri. Kau tak boleh lari daripada aku. Aku tak akan lepaskan kau.”

Lalu Dania pasrah.

“Baiklah, kalau ini yang awak mahukan… Saya tak paksa awak untuk terus jadi suami saya. Bila awak dah puas atau dah mula rasa bosan, awak boleh lepaskan saya. Sementara tu, awak boleh gunakan saya sebagai buah catur dalam permainan awak.”

Dania:

Saya memang bodoh, Fareez. I don’t know what else to do. Saya tak tahu macam mana nak perbetulkan semua ni. Hati saya terluka bila tengok awak terluka. Hati saya sakit bila tengok awak sakit. Dan hati bertambah perit sebab saya tahu saya punca pada segala keperitan awak.

Tapi, jika ditanya adakah saya menyesal dengan apa yang saya dah buat pada awak, jawapan saya tak. Saya tak menyesal. Sebab saya tak akan berpeluang untuk kenal lelaki sebaik awak.

Fareez:

Do not let this woman fool you, Fareez.

She’s a vixen. A poison. A drug.

Jika ditanya, adakah dia menyesal mengenali Dania, jawapan dia adalah ya! Dia sangat menyesal. Kerana kehadiran perempuan itu telah memusnahkan segala-galanya.


**
Untuk pembelian, boleh hubungi penulis melalui Instagram @azura_rasiddin

906 pages, Unknown Binding

First published May 19, 2023

16 people want to read

About the author

Azura Rasiddin

12 books96 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (62%)
4 stars
11 (34%)
3 stars
1 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,042 reviews197 followers
June 28, 2023

Fareez adalah satu kesilapan dalam hidupnya.

Fareez adalah satu kebodohan yang dibuat tanpa berfikir panjang.

Namun, tidak pernah dia rasa menyesal. Kerana tujuan utamanya telah tercapai.

Apa yang dia lakukan bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Cuma apa yang dia kesal… dia tak mampu nak perbetulkan keadaan.

Dan yang paling dia kesal, maruahnya tergadai.

Korang, kisah Fareez dan Dania best giler!



Dua² dalam keadaan pain.. dua² ego tinggi melangit. And Dania ni F tak tahu la kenapalah dia bodoh. Plan dia tu memakan diri sendiri. Dah buat "jahat" apa pergi update² kat twitter. Tapi kalau tak update kat twitter takdalah panjang kisah diaorang.. takdalah sedih².

F taknak review lebih². But please tolonglah baca. F suka sangat kisah begini.

Nak masuk ending tu.. alahai dua² sweet sangat. Eeeeee rasa nak cubit je pipi² diaorang ni.

💜💙💜💙💜💙💜💙
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
May 21, 2023
''And you know damn well. For you I will ruin myself. A million little times." -T.Swift (2020)

She hurts him. And he hurts her back. They are just hurting each other. And they can never be happy together.
.
.

Bagi Dania:
'Jika ditanya adakah saya menyesal dengan apa yang saya dah buat pada awak. Jawapan saya tak. Saya tak menyesal. Sebab saya tak akan berpeluang untuk kenal lelaki sebaik awak.'

Bagi Fareez:
Dia sangat menyesal dengan kehadiran Dania kerana telah memusnahkan segala-galanya.
'Do not let this women fool you. She's a vixen. A poison. a drug.'


Fareez yang masih berdendam dan marah akan perbuatan Dania cuba untuk menidakkan rasa cinta yang hadir. Nak kata Fareez jahat? The answer is yes & nope. Fareez tak jahat, dia juga mangsa kepada rancangan gila Dania. Bak kata Dania, Fareez ialah lelaki terbaik dan bertanggungjawab yang dia pernah kenal tapi disebabkan dia, Fareez bertukar menjadi lelaki jahat.

Kerana sikap bertanggungjawab dan ambil berat Fareez akan Dania buatkan Dania serba salah yang teramat. Dan bila rahsia Dania terbongkar, dia menerima segala cemuhan dan kebencian Fareez & bagi Dania dia telah 'membayar' dengan harga yang mahal bila Fareez cuba..... dan meninggalkan trauma yang mendalam.

Sejujurnya, kedua-dua watak ini buat aku marah sebab ego yang teramat. tetapi yang paling ego mestilah si lelaki. Dalam cinta ada benci, tetapi benci lebih menguasai hinggalah masing-masing saling menyakiti. Tak nak mengaku rasa cinta, tak nak communicate, saling menyakiti, buruk sangka sensorang haaa ishh.. Bila sorang cuba untuk duduk settlekan masalah sorang lagi akan lari. Terasa nak masuk dalam cerita & suruh dedua duduk haa cakap! Tapi bila Fareez sedar akan kesilapan yang dilakukan dan cuba untuk membetulkan semula tali yang hampir putus... aaaaa my heart also bleeds for you.

Untuk ending, nasib baiklah panjang okay! Berterbangan segala perasaan marah, sakit hati, meluat, kecewa aku.. kalau tak aku riot sebab tersakiti sekali dengan Dania & Fareez 😂 Dan dia punya side story buatkan aku teringat 1 Pengakuan 9 Luahan Zafran dan Dhira punya cerita, my first novel from AR yang buatkan AR masuk dalam fav auhor aku.

p/s - BTW, cerita ini berkonsepkan 'dark' akan ada scene yang akan membuatkan pembaca triggered. So read at your own risk.
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
September 30, 2023
Dark theme (Pain + Depression)

Best, got a hook from the first start. Pacing ebooknya laju dan captivating. Sesuatu yang berbeza bila baca karya yang menyentuh detail tentang isu trauma dan depresi. Dapat tambah ilmu juga bila penulis masukkan tentang '5 stages of grief'.

Akan lebih feel kalau penulis lebihkan flashback momen-momen ketika Fareez dan Dania ketika mereka masih 'in a good term' sebelum segalanya terbongkar. Mesti melting habis dengan layanan Fareez towards Dania. Indeed, Fareez was such a good man and husband before the truth ruined everything.

Dijamin tak rugi beli ebook ni. Teringin nak tengok penulis keluarkan karya fizikal terbaru pula akan datang.
Profile Image for Wan.
18 reviews3 followers
June 26, 2023
Karya pertama daripada kak AR yang aku baca.Aku tertarik nak membeli ebook ni sebab asyik tengok orang bagi review yang memberangsangkan kat GR.Jadi aku tertanya-tanya apa yang best sangat dengan ebook ni.Kebetulan pulak ada promosi mid year sale,aku pun putuskan lah untuk membeli ebook ni.

Disebabkan ini kali pertama aku baca karya kak AR,so mula2 tu agak susah jugak aku nak menyesuaikan diri dengan gaya penulisan kak AR ni.Memang karya-karya kak AR ni kurang dialog ke ataupun aku je yang rasa macam tu 😂?Apapun,aku enjoy je baca sampai ke hujung cerita✌️.


---------------------------------------------

"We should end this. Hubungan ni tak akan pergi mana. Awak...dan saya...it won’t work. We will eventually hurt each other more. Let’s stop before it gets deeper."


Memang main emosi ye baca ebook ni.

Suka.Sedih.Marah.Kasihan.Semua ada.

Antara Fareez dengan Dania,aku tak tahu nak kasihankan siapa.Nak kesiankan Fareez,rasa macam dia ni jahat juga sebab buat macam tu kat Dania,nak kesiankan Dania,tapi rasa macam dia patut terima layanan macam tu daripada Fareez sebab dia yang mulakan semua ni dulu.

Mula-mula tu aku rasa macam bodohnya Dania ni sebab sanggup korbankan diri semata-mata kerana terlalu sayangkan seseorang yang bukan ada pertalian darah pun dengan dia.Nak marah pun ada sebenarnya,sebab perkara yang dia buat ni bukan perkara kecil,tapi melibatkan masa depan orang lain dan diri dia sendiri.Tapi lama kelamaan rasa marah dan sakit hati aku tu beransur hilang lepas tahu trauma yang dia alami tu.

"She is very good at hiding her feelings.Pretending as if nothing happened."

Yess,Dania memang hebat dalam sembunyikan perasaan dia..Depan orang lain dia boleh pura-pura yang dia okey,tapi hakikatnya tak..Dania seorang yang sangat2 kuat ye.Kalau aku lah yang berada kat tempat dia,aku tak rasa aku mampu nak hadap semua tu.

Untuk watak Fareez pula kan,aku rasa nak hempok je mamat ni.Ego dia tu memang setinggi gunung Everest ke apa..Tak boleh ke kau berterus terang je yang kau tu dah jatuh sayang dekat Dania tapi tulah kan,perasaan dendam tu melebihi segalanya..Tak boleh nak salahkan Fareez juga sebab Dania yang tukarkan dia jadi monster..Sungguh,sebelum kebenaran terbongkar,Fareez memang lelaki yang baik.Mana kau nak cari lelaki yang nak bertanggungjawab macam dia ni.

Apa-apa pun aku happy dengan ending diaorang berdua ni.Nasib baik ada side story yang manis-manis gitu kalau tak memang aku merajuk dah tak nak baca sebab perjalanan diorang berdua tu pun dah cukup lukakan hati aku.

Memang berbaloi lah aku beli ebook ni.Cerita lain dari yang lain.Jalan cerita tersusun elok.Dan paling penting sangat bermain dengan emosi.

So,aku bagi solid 5⭐
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
May 25, 2023
Saya rindu. Saya rindu pada awak. Tapi saya tahu saya tak layak untuk simpan rasa rindu ini.

Dan... saya masih sayangkan awak.

I do still love you, Fareez.

And all this while I can only secretly love you, miss you and wish for your happiness.

Kalau kata kena buat pilihan nak pilih side siapa, saya laju2 akan pilih Dania. Sebab hanya wanita yang faham perasaan wanita. Tapi tak semualah kot 😜 Siapa yang paling bersalah dalam cerita ni? Dua-dua. Dua-dua buat tindakan yang bodoh. Benda boleh settle dengan elok, tapi seorang main lari. Seorang duk pendam perasaan. Pastu banyakkkk sangat salah faham.

Nasiblah ada tempoh untuk masing-masing let go kisah silam. Memaafkan diri. Perbaiki apa yang perlu diperbaiki. Barulah ada satu nafas baru dalam perhubungan. Saya tak suka betul peluang kedua sebenarnya sebab sekali buat silap, dahlah aku tak nak lagi dah dengan kau. Tapi untuk kes Dania & Fareez ni memang harus ada peluang kedua. Kisah silam tu memanglah perit tapi kalau bukan disebabkan tindakan bodoh Dania dulu, mereka takkan dipertemukan. Mereka akan tak jumpa cinta pertama masing-masing. Amirul cuma crush, Aida cuma kawan waktu kecil.

Dania & Fareez, mereka adalah masa depan.

Kak Azura tak pernah mengecewakan saya. Walaupun setiap kali baca novel ke, ebook dia ke mesti saya nangis tapi saya suka je. Saya suka penulisan akak. Untuk TAM ni, walaupun banyak muka surat tapi sekejap je baca. Bila jumpa perkataan tamat tu rasa frust jugak 😂 Nasib ada side story yang sweet. Penat jugak menangis, kecewa & marah dengan dua ketul tu. 😁 Tak sabar nak baca cerita akak seterusnya pulak.
Profile Image for Nisya.
75 reviews3 followers
December 21, 2025
Kisah kali ni saya agak bias sebab kisahnya menepati selera dan apa yang saya inginkan dalam sesebuah karya. Walaupun ada grammatical errors, nama watak yang tersilap sebab nama Dania dengan Danial hampir serta ada beberapa perkataan yang tertinggal.

Apa yang saya suka:
1. Dialog penulis yang memberikan rasa ngilu bila saya membacanya. Dengan saya sekali terasa terhiris dengan kata-kata dan monolog Dania serta Fareez.
2. Ada pov kedua-dua watak utama.
3. Plot ceritanya yang: Konflik - konflik selesai - mereka bersatu semula- saling memulakan perkenalan baru - ada bab special yang banyak dan memuaskan hati saya selaku pembaca

Plot:
Fareez kembali semula ke Malaysia selepas 10 bulan meninggalkan Dania yang tanpa disangka-sangka trauma akibat perbuatan terakhir yang dilakukan Fareez sebelum menghilangkan diri. Tapi bagi Dania, mereka dah seri. Dia yang pernah mengkhianati dan perangkap Fareez dalam perkahwinan hanya sebab sayangnya pada crush dia, Amirul. Bila terbongkar, Fareez berubah dari jadi seorang yang baik sangat, kepada 'monster' yang berlaku kejam serta mengeluarkan ayat yang menyakitkan hati. Siapa sangka, selepas kehilangan Fareez, macam-macam berlaku dekat Nia ni. Perit bila baca monolog Nia:

She lost her virginity,
She lost her soul,
She lost Nek Jah, her only family,
And... She lost her baby.

Yang menjadi masalah kepada rumah tangga mereka juga adalah sebab miscommunication. Masing-masing tak meluah, memendam dan buat assumption sendiri je tentang perasaan. But after terbongkar apa yang terjadi kepada Nia selepas kehilangan Fareez ni, situasi terbalik. Fareez pulak jadi macam Nia. Sedihnya bila Nia sedar daripada koma tu.... orang yang dia harapkan tiba-tiba buat keputusan untuk mengakhiri perhubungan. Apa yang mereka pasti juga, mereka Tak Akan Menyatu sampai bila-bila.

Apa-apapun, ada juga yang saya rasa tak sepatutnya dilakukan in real life:
1. Mungkin saya tidak memahami keakraban Nia dan Amirul yang berjiran dan seperti keluarga. Amirul memang sentiasa ada untuk Nia. Amirul yang sikapnya lebih kepada prihatin, tapi sebenarnya ibarat memberi harapan kepada Nia. Pastu diorang boleh mesra-mesra berlari berkejaran sedangkan masing-masing sudah berkahwin.
2. Hinaan Fareez yang agak kasar. Ya...sebab dalam ni Fareez terlalu terluka dan in denial dengan perasaan dia.
3. Fareez yang mengiyakan bila Dania nak jadi 'Aida.' Walaupun niat untuk sakitkan hati Nia sekalipun, tak sepatutnya macam ni.
Profile Image for Slow mode: on ✨️.
87 reviews1 follower
June 27, 2023
Dangkal betul lah bila Fareez nak berpisah dengan Dania selepas sahaja dia pulih dan kehilangan orang-orang yg dia sayang. Kenapa yaa? Di saat dia perlukan teman, dia berharap Fareez dapat bantu rawat kesedihan hati dia, tapi zzaappp si Fareez pula minta perpisahan. Marah juga sbb rasanya tu bukan waktu yg sesuai utk buat benda tu. Dania bru kehilangan kot dan dia rasa keseorangan, berharap si Fareez dpt bantu dia. Walaupun kesudahannya tahu sebab Fareez minta perpisahan tu tpi masih rasa sedih sbb mcm terlalu tiba-tiba.

Kelakar juga taw cerita ni. Dania dgn Fareez ni mcm lalang. Ada masa nk bergaduh-bersedih, ada masa eh tetiba mcm gembira-gembira gitu. Hahaha dia mcm tiba-tiba taw. Sangat.

Aihh dedua tersakiti sbenarnya. Pembaca ni pun rasa tersakiti. Sepanjang baca novel ni, dada mcm memulas-mulas taww. Sedih sangat. Sakit. Salah ka klau kata I like this kind of pain? Hahaha mereng betul. But im really happy for the good ending.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
787 reviews227 followers
July 16, 2023
okay the author improved so much since Teman Lelaki Upahan. I'm glad i took a chance on this. Buku ni has the best after-conflict situation of all the other malay novels that i've read. If you read my previous reviews on such books, you'll notice banyak kali i membebel pasal how the 2 main characters selalu boleh berbaik dengan senang lenang dan senang hati lepas konflik berat terjadi. In this one though, the author carried exactly what ive wanted all these while. Dania & Fareez actually sat down and discussed what happened to them. They took their time to get together again, and they did it properly.

Sebab buku ni is a self-published ebook from the author, I harap that the author will improvise the formatting in terms of font size. Font dia terlampau besar, makan ruang page banyak sangat so jadi penat nak scroll. It would be better if the font is smaller and more words can fit into one page.
Profile Image for Cutie_pie28.
389 reviews9 followers
April 2, 2025
Sy rasa sedih + frust ngn Dania.. tk patut die buat mcm tu.. pastu pegi up kt twitter.. adoiii..

Fareez pulak mmg greenflag abis.. sedih bile Fareez decide utk bgi Dania happy.. masing² tk sedar yg dorg mmg syg each other tp sbb ego kan..

Bile da together, suke scene surat cinta dorg.. lovey sgt ❤️
55 reviews2 followers
May 20, 2023
𝑻𝒉𝒆𝒚 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒆𝒂𝒄𝒉 𝒐𝒕𝒉𝒆𝒓. 𝑻𝒉𝒆𝒚 𝒉𝒖𝒓𝒕 𝒆𝒂𝒄𝒉 𝒐𝒕𝒉𝒆𝒓.

Eiii bencinya sebab ingatkan boleh kawal emosi sepanjang pembacaan, tapi TAK. Mengisahkan Dania dan Fareez. Mangsa dan pemangsa (?) Eh sesuai kot. Siapa mangsa yang sebenarnya. Saya rasa saya lah mangsa yang sebenarnya lol.

Dania berkorban demi lelaki yang dia cinta lalu dia berkahwin dengan Fareez. Pelik kan, terlampau menyintai lelaki itu sehingga sanggup memusnahkan hubungan orang lain? Kenapalah dia buat keputusan sebodoh itu (maaf) dan penipuan yang sangat menyakitkan tu. Dia bukan sahaja memusnahkan kehidupan orang lain, dia juga memusnahkan kebahagiaan dia sendiri. To be honest dari mula sampai habis, saya sangat kesiankan dua watak ini. Nak marah tapi lepastu tak jadi marah sebab kesian.

Saya suka cara penulis recap balik tentang perkenalan antara dua watak utama. Not too much. Letak sikit-sikit je pun dah boleh relate dengan watak Fareez dan Dania, kenapa masing-masing ambil keputusan macam tu. By the way kemunculan satu watak tu macam tiba-tiba sangat. Ini bagi pendapat saya tau (penulis jangan marah 🙏) Tapi mungkin orang lain okay je. Tak boleh nak sebut nama takut spoiler 🥲

Tak ada watak antagonis, perampas ke apa dalam cerita ni jadi jangan risau. Cuma kurang berkenan sikit dengan watak Aida tu. Tapi bila kita letakkan diri dekat tempat dia, kita akan faham apa yang Aida rasa sebenarnya.

Dari apa yang saya perhatikan, kebanyakan novel & ebook Azura Rasiddin mesti ada part yang paling hurt tapi mungkin terbaik untuk mereka (and saya pun dah ready bila start baca TAM ni).

By the way sesi pembacaan saya bermula pada tengah malam (sebaik sahaja author send file. Haa semangat ke idok) Tak sangka seawal tu dan akhirnya tak boleh tidur sebab habiskan pembacaan sebanyak 906 mukasurat ini. Tapi itulah ambil masa lama sikit nak tulis review 🤣

Saya tidaklah katakan cerita ni terlampau sempurna, ada juga part yang tak menarik minat saya tapi selain itu semuanya okay.

Kalau berminat dengan story yang ada tema lebih kurang sama macam ni, boleh baca Sesuatu Yang Tak Mungkin. Ebook tu pun best! Kalau rasa berbaloi atau tak beli ebook TAM ni, boleh juga baca bab 6 terawal di wattpad penulis. Akhir sekali, silalah beli ebook ni terutamanya untuk peminat dark romance dan romance tipis². Tapi pastikan hati dah tenang baru baca.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.