Jump to ratings and reviews
Rate this book

Relasi

Rate this book

269 pages, Paperback

First published January 1, 2009

6 people are currently reading
99 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

68 books871 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
47 (54%)
4 stars
27 (31%)
3 stars
9 (10%)
2 stars
2 (2%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
897 reviews86 followers
February 19, 2021
(18/2021)

Buku: Relasi
Penulis: Hilal Asyraf

Memberi penekanan kepada maksud 'sahabat', novel Relasi ini membawa kita sebagai pembaca mengenal watak Saif dan sahabat-sahabatnya dalam mendepani kehidupan sehari-harian sebagai pelajar. Ada suka dan juga ada duka yang menjadi rencah hidup.

Sejujurnya, saya menggemari novel ini. Sedikit sebanyak menyedarkan saya tentang peri pentingnya seorang sahabat dalam kehidupan kita. Di samping itu, potongan surah dan kisah-kisah tauladan yang diselitkan membuatkan fokus pembacaan saya terhadap novel ini sangat lancar. Tahniah buat Hilal Asyraf!
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,583 reviews42 followers
March 1, 2022
Saya baca buku ini sekali lagi. Siraman air jernih sesejuk air sungai di pagi hari mengalir deras dari punca air terjun, sekali lagi memberi nikmat segar.
Saifullah Al-Maslul bin Abdurrahman Arshad.
Tengku Saifullah Al-Maslul bin Tengku Muhammad. Tengku Amiri Alimi bin Tengku Muhammad.
===
Alhamdulillah, saya antara yang terpilih dengan rahmat Allah untuk membaca novel ini. Pasti kali ini, tiada sebab untuk sayaa skimming, Relasi saya baca 99% atau hampir setiap perkataan bermula dari tajuk bab pertama 'Bermulanya Sebuah Permusafiran' sehingga ke ayat terakhir dalam 'Kalam Akhir Penulis' - "Mari menjadi hamba!".

Karya Hilal Asyraf seperti yang lain telah saya baca, bukan karya picisan. Banyak kisah cinta namun tiada unsur cinta melalaikan. Kisah kehidupan insan yang biasa biasa saja atau yang berkuasa persis superhero, namun pengajaran berskala besar mengalir deras dan konsisten dengan harapan penulis, supaya pembaca mendapat manfaat, supaya pembaca menjadi insan yang semakin dekat dengan rahmat Allah.

Relasi, sebuah cerita pendek, mengenai budak-budak sekolah menengah agama, yang bergelojak nafsu jahat dan hajat menjadi baik, cuba memahami erti persahabatan, erti hubungan sesama insan, erti sebab, kejadian dan kesan. Sangat sesuai buku ini dibaca oleh remaja malah yang sudah berumur macam saya juga boleh sejuk hati dengan ayat-ayat berhikmah dan gaya penulisan santai namun kejap. Sebelum ini saya baca buku 'Tautan Hati' karya Fatimah Syarha Mohd Noordin, berkisar kisah dan scenario hampir sama, suasana kehidupan budak sekolah menengah agama tetapi watak utamanya ahli-ahli halaqoh muslimah. Relasi pula watak-watak utamanya pelajar lelaki.

Baca Relasi Hilal Asyraf dan hayatilah wadah perjuangan menegakkan agama Allah oleh Tengku Saifullah Al-Maslul bin Tengku Muhammad dan Saifullah Al-Maslul bin Abdurrahman Arshad.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
December 10, 2023
Saya beli Terasing & Relasi. Saya dapat tahu yang kedua-duanya ada kesinambungan, jadi saya nak baca Relasi dulu.

Persoalan "apakah makna sahabat?" itu berkumandang dari awal hingga akhir. Penulis sangat berjaya mengajak pembaca mencari jawapan di sebalik persoalan ni melalui hubungan di antara Saifullah dengan Senior. Ada beberapa persoalan yang diangkat juga seperti persoalan cinta, persoalan kalah-menang, banyak lagi.

Cuma selepas perselisihan faham tu, cerita hubungan di antara Saifullah dengan Tengku Atikah semakin panjang pula. Saya mula fikir persoalan tentang sahabat itu dah terhapus, rupa-rupanya belum lagi. Pembaca kena sabar & habiskan bacaan dulu baru faham & dapat segala jawapan.

Tapi sebenarnya, kan, berdasarkan apa yang saya dapat, persoalan sahabat tu boleh dilihat melalui persahabatan Saifullah dengan semua orang. Bukan semata-mata dia dengan Senior.

Cuma bahagian konflik & pengakhiran itu agak klise, tapi tak bermakna jalan cerita novel ni tak bagus. Kronologinya masih dalam perjalanan yang lain daripada lain. Kejahatan 4 watak ni terhadap Saifullah pun memang saya akui wujud dalam hidup pelajar bermasalah. Hal fitnah tu, fehh....kalau saya jadi Saifullah, saya boleh syak siapa yang pedajalkan hidup saya. Tapi Saifullah tak begitu. Dia memilih untuk bertenang & cari bukti / saksi dulu baru dia syak.

Oh, ini novel pertama Hilal Asyraf, dan juga novel pertama saya baca penulisan beliau. Sungguh, bentuk penulisannya sangat cantik. Inilah bentuk penulisan yang saya sangat selesa nak baca. Saya mula jatuh hati dengan susunan & garapan penulisan beliau. Tak sabar nak baca novel seterusnya.
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
June 3, 2013
assalamualaikum wbt

alhamdulillah, berjaya habiskan buku setebal 240 muka surat ini dalam 2 hari.
relasi edisi kemas kini merupakan karya penulis yang pertama ketika beliau berumur 18 tahun.tak dinafikan penggunaan tatabahasa dan ayat yang mudah difahami ini sesuai untuk mereka diperingkat eendah dan menegah, namun pengisian cerita ini boleh disesuaikan untuk semua lapisan umur masyarakat.

novel ini dibeli kerana temanya 'mencari sahabat sejati'.ya, betul-betul ada kaitan dengan pembaca.masih mencari apa itu maksud sahabat, bestfriends dan kepada siapa yang berhak pembaca tujukan kalimah bestfriends atau sahabat itu.hidup ini apabila terlalu bergantung pada manusia,hati akan kosong.namun jikalau Allah yang menjadi tempat penggantungan kita, nescaya akan bahagia.Dalam mencari sahabat, carilah sahabat yang bukan sahaja membuat kau gelak, gembira, namun sahabat yang benar adalah sahabat yang berani menegur kesilapan kamu dan bersahabat atas nama Allah taala.pembaca pegang pada kata2 ni.

"manusia,mencari diri,
kerana dia tahu tuhan tidak melakukan perkara sia sia,
dia tahu hidupnya punya makna,
maka dia cuba mengenali diri,
untuk mengetahui tujuan hidupnya"

jika kamu ingin meletakkan darjat sahabat pada seseorang, maka kamu perlu ingat bahawa setiap manusia niat dan niat seseorang itu akan terbukti dalam amalannya.jangan sekali kamu lupa, bahawa sahabat kamu merupakan bayangan diri kamu yang sebenar.sahabt mampu mempengaruhisikap dan kelakuan kamu(m/s4)

ketahuilah, sahabat ialah orang yang sanggup terjun ke neraka untuk menyelamatkan kamu sekranay kamu jatuh ke dalamnya.sahabta ialah orang yang ingin beriringan dengan kamu ke syurga.sahabat ialah mereka yang ikhlas menghubungkan silaturrahim denagnmu dan tidak mengharapkan apa apa dalm perhubungan kamu selain redha Allah semata-mata.sahabat ialah mereka yang sentiasa mendekatkan diri kamu kepada Allah dan Rasulnya (ms 4)

manusia akan rasa kesunyian dan rasa sendirian apabila dia meletakkan pergantungan kepada makhluk (ms7)

sahabat yang baik ialah sahabat yang kamu cinta kepadanya dan dia cinta kepadamu, sahabat yang kamu mendoakannya dan dia mendoakanmu (ms 191)

masa yang telah berlalu, selaju mana kamu berlari mengejarnya, ia tetap lolos untuk ditangkapi (ms 234)

watak dan perwatakan
- saifullah al-maslul bin (saif/ahli majlis tertinggi)
- tengku saifullah al-maslul bin tengku muhammad (senior)
- tengku atikah tengku muhammad (isteri saif,pemidato, ahli majlis tertinggi wanita, adik senior)
-tengku amiri tengku abdullah (amiri,abang atikah, dormmate saif,classmate saif, pemain volleyball)
-tengku abbas tengku muhammad (abbas, anak usrah saif, tingkatan 1,adik senior, rapat dengan saif, matang dalm berfikir, sensitif, membela saif/abang.
-saifuddin, karim,omar,ali(kawan baik saif yang terpengaruh dgn abg khairul snior mereka yang membawa anasir2 jahat ke matri,bermusuhan dengan saif,hampir membunuh saif, akhirnya digantung sekolah selama 2 minggu selepas pembongkaran bukti kejahatan mereka,meringkup dalam penjara keran cubaan membunuh saif yang akhirnya diselamatkan senior.
-ustaz mahdzir-ustaz pendidikan islam,warden asrama, antara 10 yang terawal menubuhkan matri.

sekadar pengenalan ringkas sebagai peringatan untuk pembaca sekranya terlupa. :-)

yang masih menjadi keliru, kenapa 5 paksi kejahatan?bukankah 4 sahaja?adakah yang kelima termasuk abg khairul yang hanya disebut tak sampai suku daripada kisah dalam novel ini?

wassalam
Profile Image for Fath A.
39 reviews26 followers
October 31, 2014
Alhamdulillah.

RELASI; adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris, 'relation' setelah di-melayukan.

Cerita berkisahkan kehidupan seharian Saif, seorang pelajar sekolah menengah agama yang mencari erti persahabatan dan ukhwah.

Peristiwa2 suspen, cemas, gembira,dan sedih di dalam buku ini adalah logik di akal,dan berlaku di sekeliling kita. Dan saya akui, penulis benar2 berjaya menjadikan situasi2 ini seperti hidup seolah-olah memahami apa yang dirasai menjadi seorang pelajar sekolah menengah.

Penulis juga berjaya menyulami setiap peristiwa yang berlaku dengan ayat2 motivasi dan dikuatkan dengan ayat2 Quran dan hadis. Pastinya penulis mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri.

Ini adalah satu penulisan yang sentiasa mengajak pembaca kepada Allah, dengan menggunakan bahasa melayu yang mudah difahami dan cara penyampaiannya ringan dan santai.

Bagi saya, buku ini sangat menarik untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira apa pun bangsa dan agama anda.

Highly recommended.
Profile Image for Syed Zulfaqar.
13 reviews3 followers
June 25, 2013
Saya jarang baca novel, but this one really hooked me up.

Penuh dengan elemen suspens, humours dan sedih. Terus terang I was really dissolved into the plot when reading it. The feelings was so real and surreal.

Bagus untuk diinsafi akan pahit manis dan erti sebenar ukhuwwah.

Highly recommended.
Profile Image for Wee.
66 reviews1 follower
January 27, 2014
"sahabat ialah orang yang sanggup terjun ke neraka untuk menyelamatkan kamu sekiranya kamu jatuh ke dalamnya."

Dan kini aku sendiri tercari-cari apa makna SAHABAT. Siapa yang benar-benar digelar SAHABAT dalam kalangan yang ada. *minoriti mungkin. thanks sahabat!
Profile Image for h.
43 reviews
January 17, 2023
THE REVIEW MAY CONTAINS SOME SPOILER;

Buku yang berkisarkan tentang seorang remaja yang mencari makna ‘sahabat’ dalam hidupnya. Menurut Kamus Dewan, sahabat didefinisikan sebagai kawan, teman, taulan atau lebih spesifik, orang yang dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara (tidak mempunyai talian darah) dengannya. Secara literal, kita boleh katakan definisi sahabat adalah seperti ayat sebelum tetapi kita perlu meluaskan lagi pandangan dan perspektif terhadap maksud sahabat tersebut. Perspektif yang berbeza-beza itu wajar kerana pengalaman masing-masing terhadap hubungan persahabatan juga bermacam-macam rancahnya. Ukuran definisi sahabat itu terpulang kepada kita bukan daripada kamus.

Saifullah dan Senior adalah dua manusia yang mempunyai pertalian sahabat yang utuh walaupun berbeza dari segi usia mereka. Pertanyaan Saifullah untuk menjadikan Senior itu sahabatnya mendapat maklum balas daripada kata-kata Senior, iaitu, “Jika kamu ingin meletakkan darjat ‘sahabat’ pada seseorang, maka kamu ingatlah bahawa setiap manusia punya niat dan niat seseorang itu akan terbukti bahawa sahabat kamu itu merupakan bayangan diri kamu yang sebenar. Sahabat mampu mempengaruhi sikap dan kelakuan kamu.” Daripada keterangan Senior ini kita dapat simpulkan apabila kita berkawan atau bersahabat dengan seseorang, adakah ukhuwah yang terjalin kerana Allah SWT atau semata-mata untuk mengisi kesunyian? Boleh dikatakan bahawa kawan membawa pengaruh yang kuat dalam hidup kita, maka pilihlah kawan yang membawa kita kepada kebaikan dan kawan yang selalu mengingati kita kepada Allah SWT.

Pada awal babak, dapat dilihat bahawa Saifullah mengkagumi Senior, namun satu konflik terjadi antara mereka berdua apabila Senior memarahi Saifullah ketika dia cuba untuk menyelamatkan pengawas tingkatan tiga yang dibelasah teruk oleh Empat Paksi Kejahatan (Saifuddin, Omar, Ali dan Karim). Sedari kejadian itu, hubungan Saifullah dan Senior renggang. Bermacam-macam konflik yang dilalui oleh Saifullah sementelah Empat Paksi Kejahatan tersebut menyimpan dendam untuk membunuhnya. Ketika Saifullah cuba berentap dengan mereka berempat, Senior datang menyelamatkannya. Tetapi suatu kejadian berlaku yang membuat Saifullah tersentak dan tangisannya mengalir begitu deras. (Read the book if you want to know more, hehe 😛)

Apa yang menarik dalam buku ini juga adalah, penulis mengetengahkan sisi-sisi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Walaupun menghadapi sebesar-besar krisis, bibir Saifullah tidak pernah tidak basah daripada zikir dan istighfar kepada Allah SWT. Saifullah meletakkan dirinya di tahap yang paling rendah ketika meminta bantuan dan sepenuh pengharapannya kepada Allah SWT. “Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Ra’d, 13: 28). Juga, Saifullah dan Senior mempamerkan personaliti/karakter yang boleh diambil sebagai iktibar dan ibrah daripada kehidupan mereka.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
180 reviews3 followers
October 19, 2020
Kalau ikutkan buku ni dah lama terbit kan, tapi baru ada rezeki nak baca. Pinjam kawan punya. Sebenarnya memang dah lama teringin nak baca buku HA tentang persahabatan. Sebab ramai yang cakap best..

Tapi.... Okay, memang best pun walaupun agak lambat untuk saya dapat 'feel' tu. Haha. Tapi memang tak mengecewakan betul2. Suka macam mana tuan HA sentuh hubungan antara ayah dan anak lelaki dan keadaan keluarga yang agak normal kalau ikutkan. Bagi seorang anak sulung.. Haha

Rasanya 3x juga laa mennagis. Dan tak sangka penamat dia macam tu. Rupanya sangkaanku meleset sama skali. Tapi perkahwinan antara Artiqah dan Saifullah rasanya semua dapat agak kan. Huhu. Apapun, tak sabar nak tunggu versi kemas kini VT. Mesti lagi terbaik. hihi. Terima kasih.
Profile Image for Ahmad Irfan syakir.
28 reviews
October 8, 2019
“Sahabat yang sebenar adalah yang membawa ke syurga, Yang kala dilihat wajahnya teringat kita akan Dia, Yang jika jatuh ke neraka dia akan menarik kita, Yang redhaNya menjadi asbab”
4 reviews
November 12, 2025
Cerita ttg persahabatan, lps baca buku ni baru sedar apa erti/makna sebenar persahabatan. Selama ni salah rupanya pemahaman kita pada perkataan ‘sahabat’.
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews21 followers
February 20, 2017
Mengingatkan zaman persekolahan. Plot yang menarik dan biasalah typical Malaysia story menyembunyikan nama watak2 dan di akhirnya baru diperjelaskan. That concealing truth. Novel fiksyen keempat saya baca dari Hilal Asyraf masih dgn idea watak utama jatuh hati dengan adik perempuan kepada sahabatnya. Saya tahu ianya inspirasi dari personal life.

Apapun, reading this book memang banyak menggamit memori disekolah menengah, undang2nya, gelagat budak2 nya. percaya atau tidak separug daripada kisah dlam buku ini pernah berlaku dalam kehidupan sebenar, lantas ia menambah keintiman antara pembaca kepada jalan ceritanya.

Terima kasih atas happy endingnya.
Profile Image for Ain Daud.
24 reviews
January 29, 2016
konsep tarbiyyah dan dakwah dalam buku ini sememangnya segar, tetapi jalan cerita yg agak over dan cliche sangat mengecewakan, sinergi lebih membanggakan, i was looking forward to read more from you, but this one is simply disappointing, tak pasti samada sinergi atau relasi yg keluar dahulu, tapi seakan dua buku ini mempunyai konsep cerita yg sama, membaca relasi selepas sinergi seakan membaca kisah yg sama, daripada dunia berbeza (dunia sekolah menengah dan dunia universiti). sangat cliche yg watak utama tak tahu yg dia jatuh cinta pd adik rakan2 karibnya. seakan buku ini menumpukan lebih banyak perasaan watak utama terhadap seorang muslimah daripada perhubungan baik bersama rakan2.
230 reviews4 followers
July 11, 2013
Ini buku tentang erti persahabatan seorang pelajar remaja. Banyak yang kita boleh belajar tentang persahabatan dari buku ini. Masya-Allah! Alangkah bahagianya jika mempunyai sahabat yang baik, atau mampu menjadi sahabat yang baik. Sekali lagi Hilal Asyraf membuatku penuh insaf tentang kekurangan diriku, terutamanya dalam menjaga tali persahabatan kali ini. Peristiwa-peristiwa yang dilakarkan menyentuh jiwa dan 'twist' yang munasabah membuat jalan ceritanya lebih menarik. Saya juga sukakan konsep madrasah yang diceritakan - alangkah seronoknya jika dulu saya belajar di madrasah sedemikian.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews