Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sepucuk Pistol Di Dalam Laci

Rate this book
Dalam dunia cerpen Hadi M. Nor ada dua pemalar. Sesuatu yang pelik akan berlaku dan ia amat lucu. Koleksi cerpen ini adalah alegori pada dunia pasca moden yang semakin tidak waras.

Atau mungkin tidak.

156 pages, Paperback

First published January 1, 2012

5 people are currently reading
77 people want to read

About the author

Hadi M. Nor

11 books56 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (16%)
4 stars
74 (44%)
3 stars
58 (34%)
2 stars
6 (3%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 59 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
October 18, 2018
Ceritanya pelik, tapi aku terhibur.

Dengan bahasa santai, penulis berjaya menggeletek pembaca dengan pelbagai kisah pelik yang tidak kosong, ada sindiran tersendiri, plot twist dan ada juga kisah yang panjang. Ada yang bersangkut paut, namun masih mengekalkan gaya yang sama.

satu perkataan, puas!

Tahniah penullis.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
April 10, 2021
Koleksi cerpen2 "mengarut" dan "pelik" oleh Tuan Hadi M. Noor, banyak kali buat aku tergelak juga. Meminati beliau sejak baca Pengembaraan Laki-Laki Scorpio , ternyata genre komedi adalah makanan beliau. Penulis punya imaginasi yang tinggi tanpa perlu menghisap gam. Tahniah!
Profile Image for Fuka-chan.
146 reviews
July 1, 2012
"Anis?"
"Ya, Harun?"
"Maafkan aku."

i must truly say that i do felt satisfied with this book. funny, simple, sempoi, imaginative. tapi, bila sampai waktu dan masa untuk serious, kamu akan rasa kesungguhan penulis yang cuba menyampaikan hati dan perasaan nya. ada waktu yang aku betul-betul gelak, sampai menangis, dan buka mukusurat yang seterusnya, aku terdiam, menghayati watak dan suasana dan cerpen tersebut.

cerita dalam buku ini simple, but deep enough for the readers to understand the feelings involved dan pembaca mampu membayangkan sendiri bagaimana perjalanan cerita dan suasana ketika satu-satu peristiwa itu berlaku. seperti contoh dalam cerpen Istana Kres, aku dapat bayangkan bagaimana pulau itu dan dari gambaran yang begitu sedikit itu kita boleh dapat tahu apa sebenarnya yang terjadi. how do i say this? The writer are good with his word. he sketch the rough edges and we ourselves will be able to draw every fine details that associates with the story. Seolah-olah aku diajar untuk meneroka alam fantasi aku sendiri. hah!

i love how Sanolo act in this book. dia seperti harapan palsu yang diberikan pada manusia dan saya suka pertembungan antara Sanolo dan Harun. dan cerita bagaimana Saka dan Rais. dalam 'Keganasan Pendekar Gajah', kita dapat lihat perkembangan watak Pendekar yang mulanya dianggap sebagai tidak berdosa, dan akhirnya menjadi syaitan itu sendiri. dan pada masa yang sama,'Kebetulan' adalah sangat kelakar. Begitu juga dengan 'Gerai Pak Ali'. ah yang penting tidak ada satu cerita pun yang aku tak suka dalam buku ini!

a very recommended book!
Profile Image for Ophan Bunjos.
Author 8 books36 followers
October 9, 2013
ada 3 jenis dalam klasifikasi aku terhadap penulis-penulis. pertama, penulis yang tahu menulis. kedua, penulis yang suka menulis. ketiga, penulis yang menulis.

ini datang dari yang pertama. dia diam-diam bagitahu aku buku ini dia tulis sebab dia memang tahu menulis. dan kami bersembang dari satu babak ke babak yang lain sambil kedua kami memandang dinding.

dinding pun merakam perbualan kami dan ketawa diam-diam.

dinding pun tahu apa...
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
January 7, 2014
" untuk mak dan apak, sorry hadi tak cukup pandai untuk menjadi doktor"


Kagum betul dengan penulis buku ini yang mampu menulis cerita pelik-pelik,"luar alam",tak logik, "selamba badak".

daripada 20 cerpen hanya 8 yang berjaya dibaca dan difahami (sambil gelak terguling-guling)
banyak jugak yang tak berjaya difahami kisahnya tetiba habis (jenuh fikir sampai baca 2-3 kali)

yang saya suka walaupun cerita mengarut melalut ada "something" yang penulis selitkan supaya pembaca fikir.nilai.
Profile Image for Encik Psychopath.
Author 1 book11 followers
December 15, 2012
Aku fikir penulis buku ini gila dengan cerpen-cerpen yang tidak waras. Light reading yang kelakar dan ada juga yang hambar. Sesetengah ending macam haram. Cerpen yang saling berkaitan yang tak menjemukan pembacaan namun cukup sekadar dibaca sekali. Juga tidak cukup tebal.
Profile Image for farahxreads.
715 reviews263 followers
August 26, 2019
Ada yang buat saya tergelak, ada yang buat saya berkerut dahi dan ada yang buat saya rasa Eh, macam itu saja?

Antara cerpen kegemaran saya: Setan, Bintang Hijau, Perjanjian Sanolo, Gerai Pak Ali dan Pelarian.

Koleksi yang biasa biasa saja bagi saya. Bacaan ringan dan santai, yang boleh dihabiskan dalam beberapa jam. Rating sebenar: 2.5/5 bintang
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
April 20, 2024
Hari tu terjumpa cerpen ni di sebuah kedai buku terpakai. Tajuknya pula menarik perhatian, maka aku terbeli. Ada 20 koleksi cerpen yang agak ringan - tanpa konflik berat pun, dan aku ambil masa tak sampai sehari menghabiskan bacaan. Tersangat random dan pelik betul ye semua cerpen dalam ni. Ada yang buat sakit hati sedikit sebab aku bayangkan lain, tapi ianya diakhiri dengan begitu tak masuk akal langsung. Walaupun semuanya macam tak bersambung, tapi ada beberapa watak yang muncul sekali dua dalam cerpen yang lain. Harap sambungan Suci akan muncul tak lama lagi.
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
March 8, 2013
Rare, funny and strangely entertaining – begitulah kesimpulan hamba tentang Sepucuk Pistol Di Dalam Laci (SPDC). Ibarat sepucuk pistol yang boleh meledak bila-bila masa, buku ini menghidangkan kisah-kisah penuh kejutan tak tersangkakan.

Dan, jika perlu memilih antara 20 buah cerpen dalam SPDC, berikut adalah kesukaan hamba (tidak mengikut apa-apa turutan :-P);

• Blues Isnin – kerana sindiran blues Isnin yang berjaya mendarat pada batang hidung sendiri :-P dan juga kerana di antara empat cerpen ‘kurang-pelik’ dalam SPDC (Blues Isnin, Hujan Emas, Pelarian dan Pantai Bau Macam Ikan), inilah yang paling hamba gemar.

• Pemburuang – sungguh, hamba boleh membayangkan Stephen Chow membuat filem dari cerita ini dengan dirinya sendiri membawa watak Yamamoto a.k.a Pemburu Beruang (Pemburuang) dan hamba tentunya akan menonton filem itu.

• Setan – kerana hamba kenal orang gila-gadget yang hilang peduli pada alam sekeliling macam Kamil dan ya, hamba pun tak suka.

• Cerpen-cerpen yang ada watak Saka sebab... dia rock! (^,^)

Biarpun kebanyakan isi cerpen dalam SPDC adalah aneh dan tidak ‘waras’ tetapi sentuhan humor Hadi M. Nor berjaya membuat hamba mengabaikan persoalan logika tentang bukunya ini. Cuma satu, hamba mengharap buku ini boleh ditulis dengan lebih baik. Maksud hamba dari sudut tatabahasanya tetapi walaupun begitu hamba masih ingin memberinya 4 bintang ;-).


p.s Hamba suka nak quote sepotong ayat dari cerpen Perjanjian Sanolo 1 - ‘Membazir itu tidak cool’. :^)
Profile Image for Zoul Yazix.
Author 5 books29 followers
April 3, 2013
Aku nak pinjam dekat Bay, dia tak bagi. Dia kata aku kena beli sendiri sebab buku ni best. Adalah beberapa bulan lepas itu, bila aku tengah tunggu Linglung balik makan dekat kedai dia, aku terserempak dengan buku ini dan aku terus beli (Licik betul taktik Linglung).

Aku baca atas sofa merah dalam kedai itu terus, tak skip mana mana mukasurat, ikut susunan cerita. Jarang la aku nak baca satu satu buku, aku sengih sorang sorang. Tak ada lah banyak kali aku sengih, cuma ada sesetengah lawak dalam buku ni kita tak jangka.

Itu lah, yang menariknya bila penulis dengan bijak kaitkan cerpen cerpen sebelumnya (padan muka siapa yang jenis baca langkau langkau) dengan bijak sampai kita rasa "celaka apa mamat Saka ni buat dekat sini?".

Tapi bila Bay kata buku ni best, aku jangkakan sangat best la sebab taste Bay ni boleh tahan juga. Mungkin kali ni taste aku dengan dia beza sikit. Sebab ada beberapa cerita yang hambar dan biasa, setakat berpaut pada kelakar watak watak dia saja.

Tapi aku suka la buku ni.
Profile Image for phazleeanna.
249 reviews2 followers
June 27, 2012
Ia merupakan salah satu buku antologi cerpen yang rare kerana kesemua 20 cerpen di dalam buku ini mempunyai warna yang berlainan dan tersendiri yang membuatkan pembacaannya menarik bak disuap M&M berwarna pelangi ketika lapar kebuluran.

Antara dialog yang mewarnai sesi pembacaan buku ini datangnya daripada cerpen 'Gerai Pak Ali'.

"Punai tak akan mengecut! Punai kita kuat! Punai harus keras!"
Profile Image for Rumaizah Bakar.
Author 6 books19 followers
March 2, 2013
Picked up this book at Silverfish. Didn't know anything about the writer, flipped through and thought it was a new pen name for a much-liked, established author. I'm pleased to find stories that are unpredictable and bold. These are the kind that takes you everywhere and nowhere. Well done! I hope to read more of the author's work in the future.
Profile Image for Idris Abdul rashid.
1 review1 follower
August 27, 2013
Saya takda review...

Tapi kalau ada 100 buku macam ni saya sanggup beli semuanya dan buat marathon 1 hari saaja . . .

melampau bukan?

hadi lebih melampau dalam imaginasinya. khalas!
Profile Image for Dayang Noor.
Author 17 books74 followers
April 5, 2015
Antara buku yang buat aku gelak guling2, hempuk kusyen kat lantai dan sepak dinding sampai nak terseliuh buku lali. :)
Profile Image for Nadira.
97 reviews8 followers
February 22, 2014
Penulisan paling selamba. Suka hati dia saja punya cerita.
Profile Image for Muhammad Nazif.
2 reviews
October 2, 2018
Can't believe what i just read. Kumpulan cerpen yang menarik.

-'Kebetulan' yang penuh dengan kebetulan.
-'Gerai Pak Ali' yang sangat kelakar.... "Punai harus keras!".
-'Malam Tanpa Bulan' yang mind-blowing.
-'Keganasan Pendekar Gajah' yang WTF!
-'Perjanjian Sanolo 1' dengan plot twist yang dem!!

I don't regret reading this brilliant short stories.
Profile Image for N.otabene.
192 reviews3 followers
September 4, 2020
Kandungan yang menarik . Mencetuskan tanda tanya di setiap pengakhiran cerita . Memberikan hak sepenuhnya kepada para pembaca untuk menentukan hujung cerita.
Profile Image for Aween.
38 reviews20 followers
May 10, 2013
Aku kena sampuk Saka gamaknya bila baca buku ni. Gelak sorang-sorang sambil kunyah keropok Rota. Mulut asyik berkata 'ape bongok cerita ni' hahaha. No offense. Bongok in a good way. Portal rosak dan tak boleh pakai gara-gara tertumpah milo kt dalam? Aku gelak sakan bila baca Gerai Pak Ali. Tak masuk dek akal. Buang Flying Fox dari group fb memadai ntk let him know yg dia terkeluar dari kumpulan Punai tu? kahkahkah. Nak rampas Gerai Pak Ali sebab mee goreng dia sedap gila dam murah? kehkehkeh. Makan sekali, bayor asing-asing? Gila kedekut Black Scorpion tu. Si Wahab tu boleh tak ketuk meja perlahan sikit? 2 kali air tertumpah, teruk sungguh ! Ada cerpen yg best, ada yg tak. Aku skip baca Pemburuang tu, sebab tergeliat nk sebut nama satu-satu watak. Kurang berminat, maaf. Yang lain so-so laa. Cerita Malam Tanpa Bulan pon aku tak berapa minat.

p/s : Berkenan cerpen pasal Si Saka dan Gerai Pak Ali secara melampau.
Profile Image for Mohd Asyraf Abdul Nasir.
67 reviews3 followers
June 13, 2016
Satu perkataan tentang buku ini. Sedap! Ya buku ini sedap dibaca. Sebagai satu buku yang tidak menonjol namanya di pasaran dan dikenali ramai, buku ini sedikit sebanyak memberi pengajaran pada aku yang buku yang orang tak pandang ini ada sedapnya walau jika dilihat dari nama tajuk dan design kulit buku yang biasa-biasa (kurang menarik untuk grab dari rak buku kedai atau order online).

Penulis pandai menggunakan setiap bait perkataan dengan cermat dalam antologi cerpen ini. Walau menggunakan perkataan yang minima dan ringkas namun suasana penceritaan tetap padat dan senang dihadam. Rasa tak puas membaca naskah yang nipis ini, dan apa yang aku tahu naskah ini satu-satunya novel bahasa melayu Hadi M. Nor, yang lainnya berbahasa inggeris.

Akhir sekali aku ibaratkan buku ini seperti nasi gorenglah mudah. Nasi goreng ni benda yang biasa orang makan dan ringkas. Tapi ni nasi goreng yang sedap dan portion dia cukup-cukup je, kau tak boleh tambah dah!
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
September 9, 2012
Betullah sinopsis kecil di belakang buku ini.
Sesuatu yang pelik akan berlaku dan ia amat lucu. Oh, tak. Hampir kesemuanya adalah janggal dan sedikit menjenkelkan. Yang mana membenarkan ayat penyata seterusnya pada sinopsis kecil belakang buku ini. Koleksi cerpen ini adalah alegori pada dunia pasca moden yang semakin tidak waras.

Oh, ini rupanya genre pulp fiction.

Okay. Suka watak Saka. Tetapi dia hantu.

Lain-lain cerita. Rasa macam baca cerita atau tonton movie psikopatik. Serius.

Tapi aku faham mesej-mesej subliminal yang cuba disampaikan.

Buku ini tinggal satu masa aku beli. Heh, atau mungkin sebenarnya ia berada di rak yang salah, sebab aku tak nampak kawan-kawannya yang lain. Atau memang ia berada di situ untuk aku membelinya. Untuk aku menjadi tuan kepadanya.

Takdir.
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
bacaan santai, penulisan yang santai, boleh buat kau tergelak sorang2, boleh buat kau rasa 'wtf??!'.
ada cerita tu aku rasa penulis tengah bosan2 so dia amek pen dan terus tulis apa yang dia duk terfikir time tu. tapi, cerita tu still best. plus cerita dia tak meleret-leret. straight to the point.
and yes, kaitan antara cerita tu power. memang kalau cerita tu habis macam tu je tak lengkap, so penulis kaitkan dengan cerita yang lain. yes. power.
dari mula aku baca, memang tak rasa nak letak. perasaan nak tahu, nak habiskan secepat yang mungkin. tapi perasaan nak lagi tu takde lah. haha.

fav: keganasan pendekar gajah.
Profile Image for Eerashera.
41 reviews20 followers
April 30, 2013
Buku ni kelakar. Dalam lucu pun ada jugak sindiran. Macam mana la si penulis boleh buat cerita yang sangat imaginatif macam ni? Kreatif sungguh. Sebab cerita2nya best aku tak peduli tentang logik atau tak dalam setiap cerita.

Aku rasa ramai yg suka dengan Saka. Seekor saka berseluar jeans lusuh, berkemeja-T hitam dan berselipar jepun. Suka main gitar pulak tu. Sungguh rockers!

Aku suka semua cerpennya. Walaupun ada beberapa cerpen yang endingnya macam tak habis. Aku rasa sengaja kot dibuat begitu.

Ini ke pulp fiction? Menarik!



Profile Image for Dayah-sama.
56 reviews6 followers
September 12, 2013
Bila aku baca buku ni, aku rasa macam pernah baca koleksi cerpen ni. Tapi kat mana aku lupa. Semacam deja vu baca koleksi cerpen ni. Sesetengah cerpen power. Padat, ringkas dan menghiburkan.

Yang menarik buku ni, semua kaitan disimpul pada cerpen akhir.

Nak bagi 3.8 bintang, tapi kalau genap, jadi 4 bintang lah kan?

P/s: kepada pembaca yang suka ayat berbunga dan jiwang, tidak digalakkan baca, nanti menyinggung perasaan halus anda.
Displaying 1 - 30 of 59 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.