Kalah dan menang itu belakang cerita. Apa yang lebih penting adalah kesanggupan untuk berperang demi kedamaian. Buku ini ialah buku aksi, aksi watak-watak yang berpegang teguh kepada prinsip bahawa aksi lebih kuat laungannya dari kata-kata kosong.
Kumpulan cerpen bertemakan aksi. Tumbuk2... gaduh2... lempang2 dan yang sewaktu dengannya. Ada 2,3 cerpen je yang best bagi aku dalam Gasak ni. "Samseng kampung" salah satunya. Semua sekali ada 14 kisah. Kompilasi cerpen ni diberitakan telah sold out dan tidak lagi dijual di mana-mana kedai buku.
I wrote Culik for this compilation of short stories. I love all the stories as this is my favorite genre. It's great to have one of the short stories written in English. Found many great twists in this book. All of them are so refreshing. If you're done with all those 'kahwin paksa' novels, do get this one.
Ah, baca buku ni bikin adrenalin aku membuak-buak. rasa macam nak pegi balajar balik segala gerak langkah teakwondo yang dah bertahun tinggalkan tu dan jadi hero malaya.
Ok, berbalik pada buku nih, banyak cerita yg dikisahkan. ada samseng kampung, taiko berebut wilayah, wrestling underground, budak rock band, gangster taman, pergaduhan adik-beradik dan macam-macam lagilah. tapi aku paling suka kisah cinta gila. pakwe yg suka tangan-tangankan makwenya.at the end kena hempuk sedas kat rusuk dengan makwe sendiri yg sememangnya ada silat. hahaha...
anyway, buku ini memang lain dari yg lain. bukan kisah cinta biasa. bukan kisah masalah rumahtangga. atau bak kata kak dayang noor bukan kisah novel kawin paksa. bagi mereka yg mahukan bahan bacaan yg baru, segar, adventure, extreme, dan rebel, inilah buku yg boleh bikin hormon adrenalin anda menderu-deru laju.
4 bintang sebab kelakar. Ada yang biasa-biasa dan langsung tak menyengat. Ada pula yang sengal seribu bahasa dan gaya! Senyum sendiri aku baca cerpen-cerpen yang terdapat di dalam Gasak. Teruja dapat baca karya pensyarahku sendiri iaitu cerpen Liga Gusti Bawah Tanah. Pernah dia ceritakan jalan ceritanya kepadaku, tak sangka pula diterbit di dalam kompilasi Gasak :)
sukar diulas tentang apakah dalam pemikiran sebahagian penulis dalam menakrif maksud karya 'indie'.. adakah maksud 'indie' itu bagi mereka bermakna bebas dalam menukil kelainan berkarya, termasuk mempertengahkan unsur2 keganasan dan seks.. sedangkan 'indie sebenarnya bermakna menukil sebuah pemikiran baru..
Disebalik editingnya yang kucar-kacir, mudah saja ia dilupakan ketika membelek satu persatu isi buku ini. bertumbuk, bercakar, bergelak dan bertumbuk. ini sebuah buku gangster penuh aksi