Jump to ratings and reviews
Rate this book

Stereo Genmai

Rate this book
KUALA Seorang pemuda mencari teman wanitanya yang menghilang ketika sedang menonton wayang di Pavi, tanpa menyedari dirinya telah tersekat di dalam kontinuum idea-mimpi.

Mangsa yang tidak mahu namanya dikenali bila ditanya siapakah nama gadis tersebut hanya menjawab, "D."

STEREO GENMAI ialah sebuah advencer psikedelik gelap yang meneroka alam kesedaran seorang pengarang dan karakter rekaannya.

148 pages, Paperback

First published June 1, 2012

6 people are currently reading
57 people want to read

About the author

Ridhwan Saidi

34 books187 followers
Ridhwan Saidi is a Malaysian writer, theatre practitioner, and filmmaker known for his interdisciplinary experimentation with language and his fearless exploration of taboo subjects, with his trademark mix of ‘art berat’ and ‘art ringan’, dry humour, and esoteric discourse.

In 2011, Ridhwan penned his first novel, “Cekik,” followed by “Amerika” in the same year. Since then, he has authored “Mautopia” (2012), “Stereo Genmai” (2012), “Babyrina” (2014), and “Brazil” (2015). Each of these works delves into a wide array of themes and courageously challenges conventional storytelling. However, his examination of the darker aspects of human existence has elicited both admiration and concerns regarding its moral implications.

In addition to his association with Moka Mocha Ink, Ridhwan’s enthusiasm for theatre and the performing arts led him to establish Ensembel Teater Kaos Nol. Through this collective, he nurtures artistic talent, encourages conversations, and addresses important issues through artistic means.

“Our aim is to be open and inclusive when it comes to diverse modern art forms and traditional craft. When you have a thirst for knowledge, value historical understanding, and have a sense of humour, things will fall into place.” –Ridhwan Saidi (Moka Mocha Ink, an indie publisher, is making strides in literature and theatre circles. The Star, 20 July 2019)

Ridhwan has made contributions to the field of theatre performance through his works in Teater Modular and Teater Normcore. Teater Modular employs a system of independent modules, creating an ever-changing and interactive experience for the audience. On the other hand, Teater Normcore explores the intricacies of the creator-creation relationship in “Stereo Genmai,” delves into the roles we assume in both private and public spaces in “Masam Manis,” and examines the human condition within urban settings through productions like “Hamlet Fansuri,” “Karaoke Medea,” and “Tahun-Tahun Seorang Novelis.” “Pengalaman Prangin” (2024), is a 2 km roaming performance—incorporating walking and bicycling—that explores memory, history, and spatial sensibilities between geomorphology and built environments in George Town, Penang. His approach remains firmly rooted in unconventional and grassroots theatre.

In his film “Tiada Cinta Selama Muda” (No Love for the Young), Ridhwan blends body movements, documentary footage, and poetry, creating a peculiar audiovisual experience. He welcomes spontaneity while filming on-site and fosters a sense of collective creativity. “Air Mata di Kuala Lumpur” (Tears in Kuala Lumpur) is his second feature length film premiered in Rotterdam.

Apart from his own projects, Ridhwan actively collaborates with others and works as a dramaturg in productions such as “Tidur Lambak” (2022, Kuala Lumpur & 2025, Jakarta), an immersive performance exploring communal sleeping, and Lau Beh Chin’s “Beyond Moving with Artisans” (2021-2024), a choreography exploring fading crafts.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (18%)
4 stars
82 (51%)
3 stars
38 (24%)
2 stars
5 (3%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 48 reviews
Profile Image for Fasyali Fadzly Bin Saipul Bahri.
5 reviews5 followers
July 6, 2012
Saya bukanlah pembaca yang begitu minat membaca karya-karya fiksyen. Lagipun, minat membaca aku timbul sebab saya lebih sukakan membaca teori-teori seni persembahan. Pernyataan ini mungkin kedengaran agak poyo, tetapi sumpah – saya lebih sukakan bahan bacaan yang lebih teoritikal dan ilmiah berbanding karya fiksyen. Jangan tanya kenapa. Walaupun begitu, janganlah anggap saya tidak sukakan bahan bacaan fiksyen. Saya suka juga.

Baru-baru ini saya sempat menghabiskan novel terbaharu Ridhwan Saidi, Stereo Genmai. Saya telah membaca Cekik, Amerika dan separuh Mautopia. Tidak dapat saya bandingkan tulisannya dengan beberapa karya fiksyen daripada penulis yang lain. Saya sememangnya kurang membaca. Mungkin pernah wujud gaya yang lebih kurang sama dengan apa yang ditulis Ridhwan Saidi.


Saya tidak mahu membuat review novelnya. Saya cuma mahu menceritakan pengalaman membaca karya terbaharu beliau Stereo Genmai yang baru-baru ini diterbitkan. Terus terang saya katakan ianya adalah sebuah senggama minda yang baik. Saya secara peribadi mengenali Ridhwan Saidi dan mengetahui beberapa citarasa peribadi beliau berkenaan filem, penulisan, arsitektur dan juga beberapa cabang seni yang lain. Stereo Genmai adalah sebuah karya yang berbentuk metafiksyen. Saya baharu menjumpai perkataan ini di web. Sebelum ini saya ingatkan stail penulisan sebegini adalah metatextual tetapi telahan saya salah. Meta textual adalah sebuah teks yang ditulis berdasarkan teks yang tersedia ada. Contohnya, sebuah kritikan yang mengkritik sebuah kritikan. Contohnya lagi, seorang pengkritik mengkritik kritikan seorang kritikus lain. Pening kan? Hehe. Lebih kurang begitu. Dan metafiskyen pula adalah sebuah karya fiksyen menyerupai bentuk begitu. Saya tidak mahu memberitahu apa itu metafiksyen. Lebih inzal jika anda cari sendiri.

Saya juga melihat Stereo Genmai mempunyai inspirasi daripada filem-filem bermutu seperti Adaptation, Eternal Sunshine of the Spotless Mind, Inception, Purple Rose of Cairo dan Momento. Kebanyakan filem-filem ini bermain dengan plot yang nampak rumit tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga dengan Stereo Genmai. Bagi yang merasakan ceritanya rumit, saya tidak merasakan ianya begitu rumit. Ini kerana pada akhirnya, kita akan mendapat penjelasan daripada pengarang itu sendiri. Hal ini berbalik kepada konsep metafiksyen itu tadi. Antara ciri metafiksyen adalah, sebarang simbol atau petanda akan diberikan komentar secara terus oleh pengkarya (atau wakil pengkarya melalui watak lain) di dalam naskhah itu sendiri.

Eksploitasi plot dilihat sangat berleluasa di sini. Satu adegan yang hampir sama telah berlaku oleh kebanyakan watak melalui pengalaman yang berbeza sebagai contoh adegan kereta terbakar dan terdapat seseorang yang berada di dalam kereta trutu terbakar. Plot ini diulang beberapa kali dengan menggunakan pendekatan yang berbeza tetapi masih relevan. Ini juga sebagai salah satu konsep metafiksyen di mana plot akan digodeh-godeh dan dimain-mainkan bagi membentuk naratif. Hal ini turut berlaku di dalam filem Momento.

Seperti menonton Momento, kita akan putus asa jika kita tidak tabah. Dalam babak-babak awal Stereo Genmai, saya seakan mengumpul maklumat. Keadaan semakin cerah ketika saya pergi ke pertengahan cerita. Konfliknya tiba-tiba datang terjelepuk di depan mata. Ketika ini Stereo Genmai seolah-olah merogol kepala otak saya dan saya pula terima dengan tersenyum. Maka, sejak daripada itu, terjadilah senggama minda yang saya ketagih sehingga ke muka surat terakhir. Saya bersyukur.

Jika ada yang tidak minat dengan Stereo Genmai ni, saya tidak peduli. Tetapi secara peribadi, saya suka jenis metafiksyen dan apa yang ditawarkan di dalam Stereo Genmai. Tahniah buat Ridhwan Saidi.

p/s: saya tak bagi lima bintang kerana satu bintang tu untuk saya. ewah!
Profile Image for Hanif.
34 reviews
favorites
February 27, 2013
melayan stereo genmai ditemani 1.5 mg, butterworth pushful (pernah dikatakan imitasi Nirvana) dan malayneum agak masyuk, mungkin juga perasaan seperti berada dalam pavi yang berlatarkan lagu-lagu nirvana tapi dalam perisa yang berbeza. maaf, ini bukan reviu.

*updated: review mood ON
dan aku pasti kaum feminin, restu dan elite akan tersenyum lebar dengan kesudahan cerita ini walaupun penulis sebenar Stereo Genmai tetap bukan D. tapi masih RS. keh keh... (sebagai kaum adam, ciri-ciri gentleman dan bukan gentelman juga perlu ditunjukkan pada tempat yang sepatutnya).

kisah selitan Anak Argot dengan Saadah Laiho-nya memang kelakar kerana memang wujud kelompok-kelompok sebegini yang membincangkan tentang 'pembaca true' dengan mesin timbang dan sebagainya terutama di blog-blog komuniti. malah mereka yang berlumba-lumba menulis reviu setiap buku yang selesai dibaca (mungkin hanya ditujukan kepada yg ingin menunjuk-nunjuk) juga dianggap hipster. well, who's not a hipster nowadays? aku yang sedang menggunakan istilah 'hipster' sekarang juga mungkin sudah dicop hipster. kahkahkah!
Profile Image for Johan Radzi.
138 reviews197 followers
November 27, 2012
Setelah membaca Amerika, Mautopia, dan Stereo Genmai, saya harus katakan Amerika adalah masterpiece Ridhwan Saidi yang paling ulung, paling mengkhayalkan. Mautopia mempunyai idea setting yang hebat, namun pertengahan ceritanya menjadi hambar. Stereo Genmai ok, walaupun banyak babak-babak yang memeningkan. Tetapi seperti mana-mana novel surreal, ia membengkokkan realiti, logik, dan kadang-kadang, plot novel itu sendiri. Suatu udara kemurtadan terhadap realisme.

Stereo Genmai berbicara mengenai teori penulisan, filem-filem, beberapa kritikan sosial terhadap para hipsters, psikologi manusia, dan diselit juga idea mimpi-idea yang kononnya mempunyai kaitan dengan Aristotle. Ia adalah buku yang enak untuk dibaca, tetapi hanya sekali, kerana Stereo Genmai bukan Amerika. Stereo Genmai ditulis bukan untuk diingati oleh pembaca.
Profile Image for Sizarifalina.
268 reviews
July 3, 2012
1st day: Lepas balik dari Pesta Buku Selangor berbekalkan buku terbaru Ridhwan Saidi , Siz dan Niexo ke tempat kerja Niezxo di Flora Damansara. Setakat ini dah half way baca. In one sitting dah sampai mukasurat 68! Masa tuh Siz saja selak buku ni kat kedai e Quick&Easy tempat Niezxo kerja. Nasib baik Ada kerusi Dan meja, tempat untuk lepak.

Tapi seriously! It really blew my mind and yes, cognitive overload AGAIN. Mana la Ridhwan Saidi boleh terifikir nak tulis buku macam ni?!

Setting cerita ni di Pavilion.Tapak di mana dahulunya terletak sebuah sekolah yang agak elit BBGS (Siz budak CBN) . Tak dapat dinafikan Ridhwan Saidi bijak memilih setting. Sebab Tapak tersebut mempunyai 1001 cerita sejak sebelum zaman perang lagik. So bila Siz mula2 baca. Macam2 andaian telah bermain dalam minda. Tapi tak ada satu pun yang mengena. Bila Siz dah mula nak memahami Jalan cerita, tetiba Ridhwan Saidi corner baring 90 darjah. alamak! A different ride altogether.Siz dapat nampak perubahan Corak langkah jalan cerita Ridhwan Saidi. Cekik lebih santai, Amerika ada substance, Mautopia membawa semua org ke alam fantasi dan Stereo Genmai? Terlalu awal untuk Siz merumuskan lagi. (mcm inception+groundhogday+matrix pun ada setakat ni)
Baca buku ni macam naik train. Up to u nak turun Stesen mana. Tapi bila dah turun satu Stesen , tak semestinya anda berada dimana anda inginkan sebab ianya mungkin satu ilusi. Tapi kalau nak terus duduk dalam train, pegang kerusi kuat2! Sebab mungkin anda akan tersembam kehadapan sebab train akan tetiba berhenti, atau ia akan bergerak terlalu laju...atau...?

Selamat Membaca!!

Last day: ok. How did Ridhwan Saidi came out with this idea and plot? He definitely did some research. At this point, page 60 onwards, cognitive overload x100. Seriously buku NIH gabungan Amerika Dan Mautopia Dan Cekik.Walaupun buku ini nipis jangan tertipu ok. Ia dipenuhi dengan subtance. Bukan itu sahaja, ia akan/boleh menjawab 1001 persoalan mengenai Ridhwan Saidi ( tak semua, mungkin secebis , mungkin semua) Ridhwan Saidi telah menceritakan sedikit mengenai dirinya di dalam buku ini :)

Belum pernah Siz baca buku BM yang memaksa Siz untuk menggunakan otak ( sampai migraine actually) Tahniah Ridhwan Saidi sebab "You kinda made me think what writing is all about. You woke my brain up and forced it to think. My brain has been sleeping for many years due to trying my best to conform to the norm. Basically, I am awake now. Thank you.
Profile Image for Steff.
108 reviews17 followers
May 13, 2017
Ini antara: 'apa kejadah aku baca ni' dan 'berapa bilangan dinding ke-empat dalam novel ni'?

Stereo Genmai pada mulanya mengingatkan saya kepada salah sebuah buku Murakami iaitu 'Hard Boiled Wonderland and The End of The World' kerana mereka punya detail kecil yang sama, iaitu satu, kertas kerja bersifat separa-pseudosains; dua, tengkorak haiwan bertanduk satu; tiga, seorang watak wanita yang tiba-tiba menghilang (elemen lazim novel Murakami walaupun bukan dalam 'Wonderland'); dan empat, pengembaraan dalam dunia yang dicipta oleh kesedaran otak watak utama.

Ah, aku terbagi spoilers ka? Padan muka hang.
Pi baca jelah.

Novel RS kali ini lebih longgar berbanding Amerika (the first novel I've read from RS). Ia bersifat psikadelik, memerlukan imaginasi tinggi. Banyak memecah dinding ke-empat. Nasib baiklah di antara separuh buku pertama dengan separuh buku terakhir aku isi waktu aku dengan catching up episod-episod terkini Adventure Time Season 8 (AT Elementals), jadi otak aku terbiasa dengan segala cherita dan kejadian yang menentang logik dan lumrah.

Ini adalah beberapa perkara yang mengujakan aku bagi novel ini:
1. Kontinuum idea-mimpi yang wujud di luar dimensi ruang-masa. Agak menarik kalau RS tulis pula mengenai kontinuum jisim-tenaga (atau mungkin dia sudah menulis tentangnya tapi aku belum baca lagi).
2. Aku tak boleh agak apa yang akan berlaku seterusnya. Bak kata orang kampung suami imaginari aku Joe Jonas, unpredictable. And unpredictability keeps you going.
3. Stail plot yang ala-ala Adventure Time. Apa-apa sahaja boleh berlaku, dan ia tampak natural. Malah, karakter utamanya pun bersifat menerima helter skelter 70% buku ini.

Aku tak pasti kalau-kalau SG punya layer tersirat yang aku harus kupas dengan lebih teliti. Tapi buku ini sememangnya menghiburkan.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
September 10, 2018
Novel yang nipis tetapi tebal dengan segala kemungkinan, keanehan dan ketidaklogikan.

Stereo Genmai adalah karya pertama Ridhwan Said yang saya baca. Jika tebakan saya benar, RS adalah manusia terpilih untuk menghasilkan magik sebenar, lebih kita kenali sebagai Seni (agaknya dia sudah menjelajah jauh sehingga ke dasar Perigi Idea?)

Novel ini dibeli sebagai pakej bersekali tiket pementasan Stereo Genmai pada Oktober nanti. Sumpah tak sabar - kita lihat bagaimana teks diterjemah kepada bahasa visual dan bunyi di atas pentas.

Satu perkataan sahaja untuk menyimpulkan seperti apa Stereo Genmai ini:
Mindblown (DBP masih belum menterjemahkan istilah ini - maaf)
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
this book just made my night. Guys, I’m in love. haha. no, seriously, this book is mindblowing, it’s unexpected, and it seriously makes me want more. yes! i want more ridhwan saidi! please! haha.

cerita tentang seorang pemuda, Raslan, yang sedang mencari teman wanitanya, D. yang hilang di pavi. see. it’s simple. it’s short. buku ni pun nipis. it’s supposed not to be complicated, right? a guy, lost his gf, bla bla bla. but hey, this is RS lah. you cannot expect something light and simple. it’s MORE than that. haha

this is the 4th book of RS that I’ve read. and i must say, i am not disappointed. like at all! the whole story was amazing. it kinda remind me of inception. and yes, i like love it.

aku dah beli lama, dari bulan 7 lagi. tapi baru sekarang aku berpeluang nak baca. bukan apa. buku ni aku perlukan masa yang betul betul sesuai nak baca. otak aku kena betul betul free dari segala macam benda. lupakan segala hal luar buat sementara waktu, dan fokus untuk menghadam buku ni. haha.

buku ni sekejap dia bawak kau ke pavi, sekejap kau ada dekat BBGS, sekejap kau ada dekat dalam bilik Raslan. semuanya inception guys. like something happened to you, and poof, you’re at another place.

dan of course, mesti lah akan ada scene yang luar jangkaan seperti naga komodo di parking lot. and yes, i was expecting this. haha. naga komodo yang kalau kena gigit, boleh kena jangkitan kuman and you can die. naga komodo yang Raslan lawan hanya dengan menggunakan periuk.

watak D bagi aku adalah sangat dark dan annoying. first, masa dia nak pilih seat wayang tu. okay. interesting kind of thinking. but annoyed. yes. aku rasa annoyed. and second, bila dia menghilang, dan rupanya she’s taking in charge of the writing, i was like what??! haha.

this is so unexpected. i mean, yes. it’s true what Raslan said. she was supposed to listen to Raslan, since he’s the writer, he’s the one who created her!

urgh. there’s so much happening in just one book. aku suka cerita Saadah dan mesin timbang. interesting. berada di dunia sendiri, tak kisah apa orang cakap, menyamakan manusia lain seperti beruk dan babun. kepoyoan yang terserlah. haha.

dan there’s few parts yang buat aku tergelak. terima kasih Ridhwan Saidi. memang tak sia sia aku beli buku ni. memang tak sia sia aku habiskan malam aku baca buku ni.


http://coretantentangbuku.tumblr.com/...
Profile Image for hans.
1,161 reviews152 followers
October 4, 2015
Kontinuum idea-mimpi yang sangat absurd. Dramatik, sureal dengan imaginasi paling aneh pernah saya baca.

Dan satu hal tentang Ridhwan Saidi-- banyak mana pun expected ending yang saya teka untuk tulisan dia, ia selalu akan berakhir dengan hal paling tak tersangka.

Nakal sungguh.
Profile Image for farahxreads.
717 reviews261 followers
March 10, 2017
Actual rating: 3.8/5

(Review later)

WHAT. DID. I. JUST. READ
1 review
July 3, 2012
Karya di dalam karya,mimpi dalam mimpi,sedar dalam sedar,sedar tak sedar-sedar

“...”

Dalam keadaan separa sedar tak sedar-sedar, sedar- sedar saya dah menamatkan muka surat terakhir Stereo Genmai.Sungguh magikal! Saya rasakan seolah-olah baru lepas dari satu trip minda,menjadi roh yang merewang-rewang menjadi saksi untuk kehidupan seorang penulis bernama K.M Raslan yang mungkin wujud di dimensi lain dengan pseudonim R.Saidi mungkin(parallel universe) atau K.M Raslan merupakan pseudonim bagi penulis yang wujud di dimensi ini?Tiba-tiba rasa terus bersemangat nak review walaupun tak pernah seumur hidup review buku dan jarang-jarang pula baca buku.Saya harap review pertama saya ini boleh mencapai standard piawaian ulasan buku di Malaysia ini.
Seperti novel - novel sebelum ini,antara benda yang jelas dirasai sewaktu membaca novel ini adalah keluhan dan kekecewaan penulis terhadap keadaan,citarasa dan hala tuju seni dan sastera, arsitektur dan sinema di Malaysia yang disampaikan melalui watak-watak dalam Stereo Genmai ini dengan nada bersahaja.Inikah antara elemen tipikal binfilem seperti kata-kata mereka itu?atau kenyataan tersirat R.Saidi kepada mereka-mereka itu?Tapi dapat dirasai cinta suci R.Saidi kepada sastera,seni,arsitektur dan sinema sepanjang cerita.Kadang-kala saya terasa seperti R.Saidi sedang berbual dan mengeluh kepada saya.Saya sebagai seorang yang sangat kurang ilmu(hampir tiada) dalam bidang - bidang tersebut hanya mampu mendengar dan bersetuju.
Idea - idea yang menarik untuk dibincangkan disampaikan dalam bentuk perbualan santai tanpa retorik yang merenyahkan tapi tetap menarik dan tidak monotonous dan idea-idea yang bersifat kerohanian disampaikan penuh hikmah tanpa perlu kedengaran seperti berkhutbah.R.Saidi memadatkan perbincangan yang kompleks dan panjangnya boleh mencapai beberapa jilid buku ke satu dua muka surat sahaja dengan gaya penyampaian yang bersahaja,kontemporari dan gediksantai. Karya R.Saidi kali ini banyak bermain dengan idea subconscious dan conscious,kadang-kadang rasa macam baca buku-buku di rak non-fiction>self-help.Stereo Genmai merupakan sebuah novel/novelet yang sarat dengan alegori-alegori kelakar seram yang bersemangat masa kini dan analogi lepas geram, membuatkan kita kadangkala geram dengan penulisnya,rase nak cubit-cubit jeww pipi tue.eee




“Adakah R.Saidi sudah sampai ke ketidaksedaran kolektif warga kota dan cuba menanam benih-benih fikirannya disitu?”



Yang dicapai dari ingatan saya ketika membaca Stereo Genmai:

a)Pavi yang merupakan neokortex K.M Raslan di dalam Stereo Genmai mengingatkan saya kepada konsep heterotopia¹.


b)Saadiah dan Mesin Timbang Saadiah mengingatkan saya kepada sebuah animasi pendek Piet Kroon tahun 1994 bertajuk Dada.Comel dan garang!

c)Entah mengapa hubungan K.M Raslan dan D. dan perkembangan watak D. itu sendiri mengingatkan saya kepada kisah-kisah kaum Yahudi dari zaman pra Masihi sehingga sebahagian mereka berevolusi kepada Zionis yang berkuasa pada masa kini.

Sejurus selepas menutup buku ini,minda terus memancarkan visual litograf Drawing Hands oleh M.C Escher.Adakah R.Saidi telah terserempak dengan Escher di teras bumi?Soalan demi soalan timbul di minda selepas soalan itu.Antara soalan - soalannya( tanpa mengikut turutan) :

1) Adakah R.Saidi adalah antara orang yang terpilih,menghasilkan magik yang sebenar,apa yang kita panggil Seni?
2) Adakah ini review bukunya atau penulisnya?atau kedua - dua sekali?atau buku ini sebahagian dari penulisnya jadi apabila review buku ini secara tak langsung review penulisnya sekali?atau memang buku apa pun walaupun kisah dongeng merupakan cerminan peribadi penulis?Jadi,kita boleh kenal seseorang melalui karyanya atau outputnya?
3)Bolehkah fiksyen dijadikan apparatus untuk memahami konsep-konsep bukan fiksyen secara tepat dan jelas ataupun memang semua fiksyen adalah cerminan kolektif bukan fiksyen atau apa yang kita panggil realiti?Atau memang ada fiksyen yang lebih real daripada realiti?
4)Adakah otak manusia memang berfungsi secara semulajadi menyusun , menyiapkan dan memberi tafsiran atau makna kepada semua objek yang wujud di sekitarnya termasuk objek yang dihasilkan secara rawak? atau manusia tak berjaya menghasilkan objek yang rawak walaupun cuba menghasilkan objek yang rawak kerana walaupun lapisan terbawah otaknya tetap ada agenda tersendiri,dan walaupun dalam minda separa sedar kerana minda separa sedar juga dibina oleh asas dan saranan minda sedar?
5)Adakah R.Saidi tergolong di kalangan orang - orang yang mahu hasil karyanya terbang bebas dan berharap novelnya yang tak siap ini disiapkan pembaca-pembaca Stereo Genmai dengan kesimpulan masing-masing tanpa sebarang agenda untuk menyampaikan idea bahawa sesebuah karya perlu bebas dari sebarang pre-conceived ideas, merewang mencari kebenaran seperti kata-kata Milan Kundera, dan bebas dari label-label intelek?
6)Adakah idea kontinuum idea-mimpi itu boleh dijadikan hujah kepada mereka yang suka melihat dan point out persamaan di antara karya-karya?Bukan ke Jim Jarmusch cakap yang Godard cakap Nothing is original?
7)Adakah elemen ambiguiti atau kejujuran yang memberi nafas kepada karya - karya R.Saidi kerana kita secara jujurnya masing- masing di ambang ambiguiti dalam menjalani satu proses yang takkan habis dalam satu jangkahayat yakni belajar?
8)Adakah semua ini salah faham saya?Salah faham itu bahaya!
9)Adakah saya menulis review ini dengan jujur atau saya sedang berada dalam delusions of a grandeur saya di mana saya kononnya sebagai seorang intelek/ahli falsafah jalanan yang boleh fathom Stereo Genmai ini dengan bijaksana dan jayanya?
10)Adakah saya secara tanpa sedar di bawah pengaruh R. Saidi?Kalau urine test, sangkut tak ni?nak pergi Barsonic ni weekend ni!Macamana nieww?
11)Layakkah R.Saidi menerima Masters in Anthropology kerana Stereo Genmai yang sarat dengan artifak-artifak budaya dan ritual pascamoden warga kota Kuala Lumpur sebagaimana Kurt Vonnegut dianugerahkan Masters untuk karya Cat Cradle nya?
12)Adakah R.Saidi salah seorang pengamal NLP²?
13)Stereo Genmai : a non-fiction delusion? a meta-fiction?pseudofiction?postfiction?Bukan melabel, cuma mentadabbur.

p/s: Bentuk review ini dalam form teks ilmiah (siap ada rujukan lagi kat bawah tu haa,tapi itu cuma dummy yang cuma berfungsi untuk membentuk form sebuah draf ilmiah)disengajakan sebagai apresiasi kepada satu bahagian dari karya Stereo Genmai."Imitation is the sincerest [form] of flattery" kata Charles Caleb Colton

p/s/s: Saya dah cakap saya masih dibawah pengaruh R.Saidi.Baru habis baca tadi. :(



¹.”Places of this kind are outside of all places, even though it may be possible to indicate their location in reality. Because these places are absolutely different from all the sites that they reflect and speak about, I shall call them, by way of contrast to utopias, heterotopias.” -Michel Foucault
².Neurolinguistic programming


Rujukan:

Stereo Genmai, sebuah novel oleh R.Saidi, Moka Mocha Ink, 2012.

Use Your Head, Tony Buzan, Guild Publishing London, 1984.

The Power of Your Subconscious Mind, Dr.Joseph Murphy, Wilder Publications, 2008.
Profile Image for Haizir Othman.
Author 5 books14 followers
May 4, 2014
Ini adalah novel keempat Ridhwan Saidi yang saya baca selepas Mautopia, Amerika dan Cekik, yang mewakili kesemua novel tulisannya setakat ini. Daripada kesemuanya, saya paling meminati Amerika dan paling terganggu dengan Mautopia. Ridhwan, graduan senibina universiti tempatan memiliki pandangan berbeza terhadap gaya penceritaan dan membenci konvensional. Beliau mewakili suara generasi baru penulis masa kini yang meneroka jalan baru penulisan, yang agak tidak biasa dilalui.

Stereo Genmai bagi saya adalah ruang imaginasi Ridhwan yang sangat luas. Plot berkisar seorang penulis novel yang bercinta dan bergaduh dengan watak novelnya sendiri adalah satu idea hebat, dibantu dengan gaya bahasa lincah yang memikat. Di dalamnya, pembaca dibawa ke dalam dan ke luar novel secara sekejap-sekejap; pada kebanyakan masa kita tidak mengetahui ke arah mana novel ini ingin dihalakan – tanda bermulanya masalah saya dengan novel ini. Selepas menyedari keadaan ini, saya mula membaca dengan laju dan kadangkala zig-zag dan akhirnya tidak menemui apa-apa di muka surat terakhir selain keupayaan penulis untuk menulis dengan panjang lebar. Bolehlah dikatakan saya agak kecewa dengan Stereo Genmai kerana jangkaan saya sebenarnya telah ditandakan oleh tiga novel awal Ridhwan. Namun, saya tetap puji kreativiti, keberanian dan menongkah arus Ridhwan dalam novel ini dan novel-novelnya yang lain. Tajuk “Stereo Genmai” itu sendiri sudah kreatif dan menarik hati selain kulitnya yang juga begitu.

Oh, ya! Semasa membaca novel ini juga, saya berharap ia dijadikan filem. Ridhwan sangat berbakat dalam menceritakan sesuatu secara terperinci. Semasa menceritakan babak Raslan terperangkap dalam Pavi sebelum bertemu Delia yang ingin membawanya keluar, saya dapat membayangkan bagaimana eskalator Pavi yang menyambungkan mereka ke BBGS mula menghilang secara perlahan-lahan sebelum malam bertukar siang. Bakat ini ditandai dengan minat mendalam Ridhwan terhadap filem di mana beliau turut menghasilkan filem-filem pendek dan menulis esei-esei filem di blognya binfilem.blogspot.com. Namun, jika Ridhwan menulis novel lagi, saya rasa saya akan beli juga nanti.
Profile Image for Kafka Firdaus.
56 reviews5 followers
April 5, 2017
Tammat. Review? Malas. Nak tahu kau bacalah sendiri. Cuma nasihat aku, layan dan khayalkan saja. Tidak perlu terlalu berimaginasi. Salah faham itu bahaya.

"Setiap manusia secara metafizika mempunyai deria ke-6 berupa antena diatas kepala."
- Flores Chin. 19 Mei 1893.

Cuma persoalan aku, bagaimana Ridhwan Saidi boleh terfikir pasal plot dan idea yang macam ni? Pada permulaan, bila ada scene di BBGS, aku da mcm boleh agak flow cerita ni macam mana. Tapi aku silap. Tiada kena mengena pun dengan andaian aku. Lepas tu bila dah masuk page ke 47 dan seterusnya, aku berhenti untuk buat apa apa andaian sebab aku tak boleh agak cerita ni macam mana. Cuma nak cakap, ini buku terbaik dari Ridhwan Saidi yang aku pernah baca. 5 bintang aku bagi.

Destinasi seterusnya. BRAZIL.
Profile Image for Johnny B. Rempit.
123 reviews34 followers
September 12, 2012
Bukan spoiler tapi saya syorkan supaya kamu yang minat nak baca buku ini supaya baca dulu novel-novel Ridhwan Saidi sebelum ini mengikut turutan; Cekik, Amerika, Mautopia. Walaupun ianya standalone, style novel ini yang 'berbeza' bukanlah ideal untuk pembaca baru Ridhwan Saidi untuk dijadikan sebagai novel(la) pertama.
Profile Image for Nazura.
28 reviews2 followers
December 6, 2016
The book took me to different world view, and from Ridhwan's writing, I was aware he was exploring his unnatural elements and experimenting them. Mercifully, he combined them better. The characters were made up based on the protagonist of the story, and I kinda accept the book logic. He's just a good writer, Ridhwan is.
Profile Image for Ira Nadhirah.
602 reviews
July 29, 2015
Sampai satu tahap aku rasa ah malas lah nak fikir, enjoy the ride aje lah!
Profile Image for Ida.
104 reviews10 followers
February 23, 2013
Aku tak tahu aku layak komen ke tak sebab aku jarang sekali baca buku dalam Bahasa Melayu. Maka dengan pengamalaman yang kecil, aku boleh kata, ini satu usaha penulisan indie dan baik.
Walaubagaimanapun, aku berharap untuk masa depan, penulis lebih peka untuk meng-italic-kan bahasa yang diungakapkan dalam bahasa Inggeris untuk menjadikan sebuah buku itu satu sastera yang bagus.

Suntinganpun perlu lebih peka atas kegelinciran minor, contoh, kereta yang dipandu antogonis/heroin/mangsa terbalik 180 darjah selepas kemalangan namun sejurus lepas tuh, dimasukkan gear dan dipandu ke terowong SMART. Seterusnya,mulanya hero/mangsa tak mahu anak/buku/hah?! mengikut jejak langkah ibunya yang meninggalkan mereka berdua, tapi perenggan seterusnya hero/mangsa mengajar anaknya untuk terbang, hah?!

Ini perasaan saya ketika baca;

huh?!----> ok jap----> apa komen goodreads ya?!----> tumpu!---> noooooooooooo ~ ----> urgh!

Tapi penulis menulis buku untuk pembaca, seperti sebuah zine manual yang dia sendiri terangkan sebuah nukilan cantuman ide-ide, so kita tak perlu nak kritik penggayaannya lebih-lebih.
Apa yang buat aku berperasaan 'noooooooooooo ~' adalah kekerapan penulis 'names droppings'; nama-nama tersohor untuk menjadikan idenya kelihatan intelek dalam masa yang sama dia mencemuh mereka yang mengagungkan intelek. Saya berasa sedikit mual dengan gaya ini terutamanya apabila penulis mengatakan akhirnya tulisannya akan dibaca 'oleh golongan-golongan terpilih'. Yang menyebabkan saya simpulkan dengan bunyi kelat urgh!

Lalu saya memperbandingkan buku ini dengan hasil Yann Martel selepas super hit Life of Pi. Dimana Martel mengekspolarasi 'writers block' dan ada beberapa 'names droppings' dilakukan dengan pengayaan yang original. Di situ kita lihat penulisan buku ini berkrisis ingin menjadi terlalu intelek di mana 'names droppings' dilakukan pada dasarnya sahaja tanpa tujuan yang bernas lalu sering membuat saya tersesat. Unik namun adakah logik? Dan 'where are you taking me with this?' Satira? Ironis?
Lalu penulisan roboh di bawah strukturnya yang kelihatan kukuh tapi belum cukup kuat kerana ingin meletakkan semua acuan.
Di mana Martel berjaya menggunakan semua gaya 'perbicaraan sastera' untuk menjayakan novelnya pada kritikan dan perbicaraan holocaust, saya tak nampak apa yang buku ini cuba buktikan?
Penulis adalah seorang intelek?

Dan aku faham, penulis berbackground dunia seni arkitektur, di mana ruangan kritikannya jelas, idea konsep dipersembahkan, dan struktur dibina dalam pengaruh pembinaan/pembubaran : deconstruction.
Beginilah terbentuknya fikiran kritis arkitektur; komentari sosial, kesedaran sivik dan dicampurkan dengan keeogan kesedaran saintifik dan seni.

Di mana, Arundhati Roy berjaya menjadikan sastera fiksyen yang agung hasil dari pengajian arkitekturnya, dengan pemahman pembinaan ayat metafora 'form follows function' menyebabkan pembaca berdarah hasil dari olahan bahasanya, saya berharap penulis juga akan sampai niche-nya. Mungkin saya baca buku yang dia ada writer's block? Tapi pengakhirannya, saya adalah pembaca, dan seperti penulis names dropping sini sana, saya drop satu nama akhir; J.D Salinger, dalam bukunya Catcher in a Rhye juga menggunakan seni sebagai kritikan sosial sehingga dia berjaya mengkritik buku sastera agung Scot F.Fitzgerald; The Great Gatsby. Tapi kita tak rasa jelek, malahan bersetuju, kerana di bawah sedar, secara diam kita juga berpendirian yang sama.
Dan sebagai barometer yang dicadangkan Salinger kepada pembaca pada pengukuran sastera yang dipersembahkan untuk pembaca bagus atau tidak adalah, adakah pada susun kata buku, pembaca ingin berkenalan dengan penulis?
Tidak K.M Raslan yang misogynist, mahupun D. yang masochist/konon feminis.

Seperti seni yang terilham, Oh! (cetusan pemahaman) dan segera ditinggalkan. Namun, masih percubaan yang berani dan jelas penulis berbakat yang akan menghasilkan masterpiece-nya nanti. Hanya bergantung ia ingin memberi atau mempersembahkan. So that it does not fall to a pretentious attempt rather than art, which I am sure is all designer's intention. And the author is in fact a designer of his art.

Nota tambahan; Aku rasa El-Ghazel itu adalah Imam al-Ghazali. Dan aku tak maafkan dia diperwatakkan dengan timbang kecil! Kerana itu aku buangkan honorifik sosial dan aku markahkan 2. Haha!

Profile Image for Wfx.
25 reviews
July 2, 2012
Stereo Genmai pada aku adalah yang terbaik antara 3 buku Ridhwan Saidi yang aku ada. (Mautopia dan Amerika adalah lagi 2. Cuma Cekik yang belum aku baca. Entah kenapa.)

Sejak kali pertama aku mendapatkan buku ini, di PBS 2012 semalam(Sabtu), aku seperti tidak boleh letak dan berhenti membaca. Buku ini ibarat memanggil-manggil dan menggoda-goda aku untuk terus dan terus baca sehingga aku sedar-sedar sudah pun di helaian terakhir buku ini. Ah, aku cadang mahu habiskan ketika aku sedang bercuti nanti. Tapi apakan daya, aku tidak mampu melawan betapa orgasmiknya buku ini.

Seperti Amerika, buku ini pada aku adalah sebuah bentuk diskusi tentang kehidupan, moral, logikal, imaginasi dan apa-apa lagi yang boleh kamu diskusi-kan.

Banyak yang cuba diluahkan oleh Ridhwan Saidi melalui buku ini secara sinis. Antaranya Anak Argot, penimbang buku, monyet dan babun dll yang mana kita dapat lihat dengan jelas berlaku dalam realiti kita, atau pada pandangan K. M. Raslan kontinuum ruang-masa(KRM). Aku juga ada dapat tangkap beberapa nama seperti S. A. dan R. S., tetapi yang lain-lain aku tidak berapa kenal. Mungkin ilmu aku tentang scene penulisan di Malaysia masih lagi ringan jika ditimbang dengan penimbang buku hitam Saadah.

Isu dalam Stereo Genmai ini sebenarnya kerap aku rasakan. Dimana watak dalam beberapa penulisan aku seperti tidak dapat aku perkembang, lantas aku biarkan dia mati begitu sahaja, tanpa ada penamat. Usai aku tamat membaca buku ini, serta-merta aku menjadi takut, takut-takut aku juga akan digantikan oleh watak rekaan aku. LOL.

Situasi/lokasi yang cuba di-set-kan oleh Ridhwan Saidi dalam buku ini tidak perlu pusing terlalu jauh, cukup hanya di Pavi, tempat para monyet dan babun bersemadi. Oh, jangan salah faham, aku sukakan Pavi, cuma aku off sedikit bila bercakap tentang para pengunjungnya yang pada aku berkelakuan tidak kena tempat memalukan. Oh maaf, aku cuba menjadi moralis. Aku tak patut tentukan apa yang memalukan buat mereka. Mereka punya takat kemaluan mereka sendiri.

Maaf, aku sudah melalut. Banyak lagi yang ingin aku diskuskan tentang buku ini kerana buku ini pada aku amat menarik. Tapi aku sudah mengantuk. Aku sendiri tidak faham apa yang aku tulis. Moga-moga, jika aku tertidur nanti, aku tidak berada di dasar Perigi Mimpi/mimpiskap, dan jika ya, aku mampu untuk pulang ke kontinuum ruang-masa dengan selamat, tanpa mana-mana watak cuba membunuh atau membakar dan membiarkan aku di dalam kontinuum idea-mimpi selama seribu tahun.

Ah abaikan. Sila dapatkan buku ini jika anda mahu sesuatu yang hebat menyenggama minda anda sehingga anda menjadi fakap. Terima kasih.
Profile Image for Adriana.
68 reviews12 followers
August 26, 2012
Serius mulanya aku tak tahu bagaimana untuk rebiu buku ke-4 dari Ridhwan Saidi ini. Ceritanya sekejap kesana, dan sekejap kesini. Membuatkan pembaca sedikit konfius dan harus membaca dengan khusyuk dan tawadaq untuk mengelakkan dari tidak faham sepatah haram.

K.M.Raslan terperangkap di Pavilion di dalam kontinuum idea-mimpi. Dia mencari D., teman wanitanya yang menghilang ketika sedang menonton wayang. Pencariannya menemukan dia dengan beberapa orang, antaranya Delia dan Saadah.

Disebalik spek Rayban D. ternyata dia tidak mempunyai mata kerana wataknya dalam Stero Genmai yang masih belum sempurna. K.M.Raslan terpaksa mencari mata untuknya agak D. kembali kepadanya, namun akhirnya berpaling tadah. Watak sesebuah novel mungkin nampak sempurna pada luarannya, namun disebalik Rayban siapa yang tahu.

Aku juga suka watak Saadah dan geng Anak Argot dalam novel ni. Watak mereka agak sinikal dan aku rasa boleh dijumpai setiap kali pesta buku atau acara yang aku klasifikasikan sebagai 'indie'. Secara jujur aku ada teman spesis begini. Bagi mereka sesebuah buku itu adalah termasuk dalam golongon berat setelah sekelompok manusia melabelkan sebagai berat. Dan mereka membacanya semata-mata dikatakan bahan bacaan berat. Sedangkan tidak pula mereka faham isi kandungannya melainkan sebagai penambah koleksi di rak buku.

Teori evolusi manusia juga agak menarik bahawa sebelum manusia kita adalah komodo. No wonder la manusia dan telur tak dapat dipisahkan. Lagi-lagi sewaktu kenduri kahwin.

K.M.Raslan membawa pulang Dahlia, teman ilusinya semasa kecil kedunia realiti yang banyak membantunya di dalam kontinuum idea-mimpi. Mereka berkahwin dan dikurniakan cahaya mata berupa sebuah buku, Stereo Genmai. Dalam diam-diam G. menyimpan hasrat untuk terbang dan pergi.

Walaupun pemilihan kata agak berbelit namun aku suka cara Ridhwan Saidi berinteraksi dengan pembaca. Ada unsur humor dalam setiap babak. Aku suka bila watak-wataknya membuka mulut, maksud aku lenggok bahasanya. Bersahaja tapi sinikal. Imaginasinya terlalu tinggi. Tidak dapat dicapai dengan hanya menonton slot Adik di 9. Kesimpulannya buku ini adalah 'umpama mimpi dalam mimpi' nyanyian Damasutra.

Tanpa disedari aku ternanti-nanti novel terbaru Ridhwan Saidi.

http://jiwarasagelora.blogspot.com/20...
Profile Image for AZRGHZL.
101 reviews6 followers
July 22, 2012
Tak keterlaluan andai aku katakan novel ini mirip kepada kombinasi dua filem arahan Christopher Nolan iaitu Momento dan Inception yang membawa pembaca berputar pada paksi yang sama ibarat menaiki roller coaster di mana kamu hanya dibawa berputar pada satu landasan yang sama dan isi perut (fikiran) kamu akan terasa terumbang-ambing. Hakikatnya, ia tak membawa kamu sejauh manapun ibarat hayunan pendulum atau ibarat kamu seekor singa di zoo yang hanya mampu mundar-mandir di dalam sangkarnya dan kadangkala dipermainkan oleh anasir dari luar dan dalam sangkarnya.

Naratif dalam novel ini boleh dikatakan agak pelik dan mengarut, namun ada justifikasinya kerana ia bersifat surrealistik yang dibawa oleh mimpi di mana yang pelik dan mengarut itu adalah nyata. Memetik kata Cobb, "Dreams feel real when we're in them. It's only when we wake up that we realize something was actually strange."

Aku seolah sebuah karakter kisah Jack and the Beanstalk dari siri kartun Looney Tunes yang tersembul dan terjaga di negara China selepas dihempap di tempat sendiri oleh gergasi tewas yang gugur dari kerajaan langit di mana Jack terus kekal beperasaan pelik dan mengarut walau sudah terjaga.

Sebenarnya, bila perkataan 'kontinuum' kerap saja disebut dalam novel ini, fikiran aku lebih cenderung kepada album ketiga John Mayer berjudul Continuum.

So while we waiting, waiting on the the world to change~
Profile Image for Plainqoma.
702 reviews17 followers
November 9, 2012
Baca buku ni sambil mmenonton ASK12 yang macam ntah hapa-hapa ntah. Well, penuh dengan timeline twitter aku dengan sumpah seranah manusia yang tidak gemar dengan watak puteri yang dipegang oleh seseorang. Etc and etc.

Well back to Stereo Genmai memandangkan ini review untuk novel bukan untuk ASK12. Mula-mula aku rasa buku ini boleh tahan, boleh relate tapi sampai bab tengah-tengah aku jadi macam "What the? Apa kejadahnya benda yang aku baca ni?", tapi bila sampai bab dekat nak akhir tu jadi best balik. Aku pun pelik. Macam baca cerita Haruki Murakami yang pelik-pelik tapi still boleh digest dan relate. Cuma ni dalam versi ke-melayu-an.

Cerita ni mungkin penulis dapat idea melalui Inception. Well tak tahu lah tapi adalah sedikit ke-similar-an yang boleh kita lihat. Mungkin kalau buku ni diterbitkan sebelum Inception keluar mungkin ramai yang kata Inception telah meniru jalan cerita Stereo Genmai. Well, this is reality.

Siapa dulu dia dapat nama lah kan. Aku tak pernah baca buku R.S ni pun. Dan tak pernah expect pun cerita ni jadi macam ni. Tapi R.S ada cara penulisan yang tersendiri dan aku accept that as his talent dan aku boleh terima cerita yang nak disampaikan. Aku ingat tak nak rate buku ni langsung, bukan bermaksud buku ni teruk tapi aku tak tahu buku ni layak berapa bintang.

So, konklusinya aku ambil jalan mudah bagi 2.5 stars. Setengah dari 5, ok apa.
Profile Image for Azrin Fauzi.
Author 6 books45 followers
August 14, 2013
Aku tamatkan bacaan novel ini dengan helaan nafas yang panjang. Sangat panjang. (Dah kenapa ayat aku macam ayat novel ni?) Aku rasa novel ini agak berat. Jika ditimbang dengan "mesin timbang Saadah", aku rasa novel ini lebih berat daripada 100 kg. Aku rasalah. Dan jika ditimbang dengan "mesin timbang El Ghazal (yang ada pelekat Hello Kitty itu)" pula, aku rasa mesin penimbangnya akan pecah.

Aku tertarik (dan suka) dengan mata D./K. M. Raslan yang ada di permukaan langit malam, memandang telatah watak rekaannya. (Mata ini dapat dilihat secara visual pada kulit hadapan novel ini.) Mata D./K. M. Raslan ini mengingatkan aku kepada mata Dr. T. J. Eckleburg seperti dalam novel The Great Gatsby. Bagi aku, ini bukanlah mata pengarang semata-mata (seperti yang disebut dalam novel Stereo Genmai ini). Tetapi mata pembaca. Mata kita semua. Melihat telatah watak-watak rekaan pengarang ini sebagai hiburan. Kerana perlakuan membaca itu dengan mata, kan? (Novel ini bukan dalam tulisan Braille.)

"Betul juga. Eh korang, buku apa yang terakhir korang baca hah? Berapa kg?" - Saadah
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
October 2, 2012
Stereo Genmai – solid & dark.

Diskusi ‘santai’ dari sudut pandangan kurang normal tentang attitude, morality, life, philosophy, imagination, bla..bla..bla..tiba2 berada dalam kontinuum idea-mimpi menggunakan fikiran dari ruang-masa.. carta alir kronologi, untuk mereka yang berinisiatif susun sendiri, memang berterabur habis..sekali baca, memang tak tahu mana hujung pangkal. berlapis2 berulang2. ye la, nama pun mimpi kan? Bahasa rojak + pasar + santai yang dimaafkan. presentation – sinikal, straightforward, sometimes deep, sometimes mendatar, all times entah apa2. Contents, banyak teori sinis best, terutama teori perigi idea, alat penimbang saadah..

Realiti mungkin kelihatan aneh dari fiksyen. Mungkin. Terkadang, mimpi dan realiti sangat kabur perbezaanya. Delicious ambiguity? itu namanya realiti.

Peringatan: sesat di pavi? hati2 kawan2..~
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
July 7, 2016
4.5 Bintang.
ingatkan sebelum ni penulis paling mindfuck ialah Lokman hakim. tapi aku silap. ridhwan saidi tak kurang curahan elemen senggama minda di dalamnya.

secara terus terang aku kata, mujur aku telah baca Brazil sebelum baca novela ni. sebab apa? cara pengubahsuaian yang dilakukan terhadap novel kedua dua itu sama.

maksud aku pada elemen gambar, karangan fakta (esei), cerpen di dalam. semua sama. oleh itu aku jadi tak seberapa terkejut.

cuma nampak di sini yang Ridhwan saidi banyak menggunakan pengalaman dalam konteks penulis dalam ceritanya. maksud aku watak utama dia. brazil dan stereo genmai menggunakan penulis sebagai watak utama.

mungkin ini cara ridhwan saidi.

dan ya, pada akhir novel ni, aku masih fikir kenapa namanya stereo genmai.

dan patutlah dalam Brazil, dia katakan yang stereo genmai adalah novelnya yang terbaik setakat ini. tahniah ridhwan saidi.
Profile Image for Syahid Abdullah.
23 reviews3 followers
July 15, 2012
aku ni bukanlah penonton filem tegar. mahupun pembaca yang sentiasa membawa mesin timbang dan mempunyai gerakan kolektif penimbang buku. aku juga tak reti nak tulis panjang-panjang bab-bab nak mengulas sesebuah karya tulisan.

sepanjang baca buku ni, kadang-kadang aku terhidu filem Stranger Than Fiction. Cuma buku ini sendiri bagi aku la, menjangkaui karya Stranger Than Fiction yang mana, pengarang mengawal watak, watak mengawal pengarang dan berkitar tanpa kita sedar.

pengolahan idea dan perlambangan memang biasa jika baca karya-karya Ridhwan Saidi. ya atau tidak?

ini kisah benar; baru tadi (saat aku habiskan Stereo Genmai) aku mimpi seakan-akan watak yang sedang dikawal oleh penulis. hahaha.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nadhirah Hamzah.
8 reviews1 follower
Read
May 23, 2013
Ridhwan Saidi again, bring us back to his exploding elements of pyschedelic imagination, every characters build with infinity un-logical explaination, misalnya siapa yang begitu lengkap untuk mereka menyatakan pendapat tentang idea-idea kontinuum ruang masa dan kontiuum idea mimpi (mungkin aku belum pernah keluar lagi) setiap watak-watak dalam novel seperti mempunyai ceramah berjela pada setiap dialog sejurus keinginan nafsu untuk membaca dengan lebih lagi berterusan sampaikan pada pengakhirannya tidak terasa tamat. Kepala otak masih lagi lingering with ideas and batshit facts stuff macam dalam inception berkenaan idea-idea mimpi.
Profile Image for phazleeanna.
249 reviews2 followers
August 5, 2012
Apakah perbezaan di antara kontinuum ruang-masa dan kontinuum idea-mimpi?

Adakah 'keberatan' atau 'keseriusan' sesebuah bahan bacaan itu penting?

Buku ini menceritakan tentang perihal writer's block dan kesungguhan si penulis dalam mengembangkan watak dalam ceritanya. Betapa dalamnya si penulis 'menyelam' untuk mencari idea dan 'qualia' rasa.

Lagu Smells Like Teen Spirit pasti akan terdendang di dalam minda ketika membaca buku ini and you would never look at Pavilion the same way again.

"...buku-buku fiksyen lebih real daripada realiti sepertimana realiti lebih aneh daripada fiksyen."
Profile Image for Aen Lee.
3 reviews32 followers
May 4, 2014
First up, ini bukan review. Aku tak reti bagi review tapi aku nak jugak taip apa aku nak taip. Suck it.



Sebab aku bukanlah seorang pembaca fiksyen dengan gaya psikedelik begini. Buku ni buat kepala aku rasa nak pecah. Aku migraine 5 jam lepas habis baca buku ni. Tapi gaya penulisan Ridhwan Saidi buat aku jadi keras kepala dan teruskan jugak pembacaan. Aku mengkhayal banyak dan setting khayalan aku ni bertempat di Pavi. Lepas baca, stunned, migraine 5 jam, dan shockingly, hal-hal yang ada dalam buku melekat dalam kepala.
Profile Image for Abdul Rahman.
10 reviews1 follower
July 9, 2014
Kali pertama saya baca buku ini, hanya beberapa helai sahaja dan peningnya berpanjangan. Percubaan kedua, saya baca dan perlahan-lahan minda saya menerimanya. Jalan ceritanya yang berada di dalam cerita yang sedia berada di dalam cerita dan ia berputar-putar dengan ulang-ulangan aksi penceritaan. Penulis ini suka benar mengulang ayat yang sama pada babak yang persis yang sebelumnya membuatkan kekeliruan kecil. Dengan sisipan pandangan dan perbincangan dan nada-nada sinis sedikit sebanyak menjadi ubat pening. Memang berat tugas fiksyen berbanding tugas bacaan bukan fiksyen kan, R.D? Tahniah!
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
Lega sebab karya ini stand-alone daripada Mautopia dan Amerika. Namun masih punya mindblowing RS yg luar biasa. Kontinuum idea-mimpi yg ditonjolkan memang terbuai dalam bayangan kosong D. Menjelmakan kontinuum ruang masa pada m/s 47 baru dapat menerima ideologi2 RS yg menampilkankan nerda-slacker berimaginasi dengan zeitgeist generasi milenia. Ikut mesin timbang Saadah,aku kira buku ini milik Mahmudi dengan berat 170kg.
Displaying 1 - 30 of 48 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.