Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lelaki Eksistensial

Rate this book
Mengisahkan seorang lelaki yang tidak dinyatakan namanya, dalam kehidupannya mempunyai ramai kekasih yang berlainan gaya dan pemikiran - Fitrana - aktres sinetron gred B Indonesia yang hidupnya dikaburi material, Puspa - seorang gadis hipster vegan yang sentiasa menentang arus serta tidak suka perkara mainstream, Maisara - seorang hijabster yang belajar di institut pengajian tinggi swasta dalam bidang fesyen, meminati Maher Zain dan anak kepada seorang ketua cawangan UMNO, serta Lin, atau Tengku Adlina - anak kepada Tengku Farouk yang memiliki syarikat hartanah terkemuka, meminati dalam bidang penulisan dan membuka syarikat penerbitan buku - Scented Pen Sdn Bhd. Bermula dari seorang penganggur yang hanya memiliki manuskrip novel, kemudian memikat hati Lin dan seterusnya menjadi senang lenang seperti hari ini.

305 pages, Paperback

First published June 23, 2012

34 people are currently reading
321 people want to read

About the author

Nami Cob Nobbler

28 books133 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
99 (26%)
4 stars
124 (32%)
3 stars
102 (26%)
2 stars
30 (7%)
1 star
25 (6%)
Displaying 1 - 30 of 72 reviews
Profile Image for Khrlhsym Khrlhsym.
Author 7 books37 followers
March 20, 2013
Kau tahu buku Menyingkap Alam Mistik keluaran synergy media? penulisnya Dr Hassan Noor. Aku ada pergi ke office synergy media dan dari situ aku tahu buku ini sebab ketua editor syarikat ini Dr Hassan Noor nilah dan ya ironi(1)nya syarikat ini berada di bangsar, sama seperti major penceritaan buku lelaki eksistensial, di bangsar. Dr Hassan ni pelik sikit, pakai shade dalam office, dia kata dia selalu busy.Walaupun tulis pasal buku Alam mistik, Dia bercakap seperti orang-orang cool. Dia cakap dengan aku, buku alternatif nilah merosakkan bahasa, merosakkan minda anak-anak muda sambil-sambil tu aku belek dan baca buku dia dan aku tanya dia "buku ini encik tulis ke?", dan dia jawab "Ya saya tulis," katanya megah sambil memusingkan buku tu ada gambar dia pakai kopiah bagai. Aku tanya lagi "Macamana encik ada masa untuk taip buku ini?", dia jawab google dan editor dengan penuh bangga (sebenarnya dia cakap dia buat research, dan suruh editor dia siapkan). Masa aku lepak-lepak tu, aku nampaklah kat tepi ada gambar perempuan seksi (makeup ke apa) dan aku tanya ni syarikat ini buat ke? dan dia cakap ya dengan bangga kata cantik bukan? Aku tersenyum sambil melihat buku Menyingkap Alam mistik yang ada gambarnya pakai kopiah dan aku tahu semuanya tentang-tentang. "Saya suka bercakap dengan orang pandai" getusnya tiba-tiba, "apa yang menampakkan saya pandai?" kataku. Dia kata buku yang aku baca, dia tunjuk ke arah buku lelaki eksistensial(dimana aku bawa buku ini sebagai contoh hasil kerja),Aku gelak dan masa tu aku fikir, sebodoh manapun novel kau, letak tajuk bertuhankan -isme, kau akan nampak bijak bila membacanya.

Buku ini tentang eksistensialisme dan ironi(2), duh.

Di dalamnya penuh dengan fahaman communism dan seks semberono, dan logik pun semberono jugalah. ironi(3)nya, apa yang kau faham tentang drama / novel melayu tipikal/klise sebenarnya? jalan cerita yang klise ataupun watak yang klise? sebab dalam ni penuh dengan watak-watak klise, watak utama terutamanya. kau tahu kenapa filem lumba / gangster / rempit di malaysia ini gagal? sebab watak. Aku bukanlah nak review watak, tapi penceritaan kat dalam sangat berat sebelah, kutuk mainstream/klise , padahal novel ini sendiri sudah berbaur mainstream/klise (novel cinta itu mainstream ya teman-teman lagi-lagi putus cinta punya jenis).

fiksyen tak perlu pun ada logik kata mereka bin mereka, tapi kalau sangat tipu tu pelik juga, contohnya macam syarikat sdn bhd, di anggap sebuah syarikat kecil, tapi membayar gaji ketua editor 10k? macamana nak untung kalau cetak pun 2k sekali cetak. haha. Empunya syarikat pun diberi suntikan tipikal drama/novel melayu. kaya, keluarga bangsawan, jenis tak kesah dan jatuh cinta secara rambang gitu. dan sefahaman aku tentang pengarah sinetron/drama melayu, mereka dibayar bukan mengikut iklan, tapi mengikut lakunya cerita kau ditonton, lagi laku drama sebelumnya lagi mahal lah bayaran drama kau seterusnya (yang biasanya mengikut season 12+ episod. kalau sinetron berpuloh-puloh episod.)

Dalam buku ini takde nilai kepercayaan atau kesetiaan, tapi kepercayaannya pada lima golden rule yang ntah apa-apa. dia nak terangkan manusia lebih dari manusia kalau kita tak ikut nilai-nilai yang diterapkan oleh agama mahupun manusia, tapi dalam masa yang sama dia mengikut pegangan yang diterap oleh manusia juga. kontradik betul. aku baca buku ini, aku menyampah dengan jenama yang selalu disebut secara bersepah-sepah, kereta, etc yang disebut-sebut sebagai kemegahan, (walaupun watak kata tak). sampai maisara sedia teh pun kau tahu itu jenama cap masjid, kuasa psikik sungguh watak john doe ni.

Ironi(4)nya buku ni selalu cakap konsep-konsep yang diterapkan oleh filosofi ataupun movie dan watak john doe ni terikut-ikut dengan yang itu, tapi bila cakap pasal telenovela, sinetron, itu adalah nilai terapan sampah yang tak perlu diikut. Watak ni digambarkan sebagai penulis dan pencinta filem/ pencinta musik. tapi pandangan dia tentang filem malaysia aku takleh terima (dimana dia gambarkan filem malaysia perlu seperti biasa untuk cari makan dan perlu jadi cerita bodoh) kau tahu kalau kau genius buat filem kau boleh je letak nilai-nilai tersirat dalam sesebuah filem secara halus. contohnya macam mamat khalid, movie dia menyindir halus industri filem negara (zombie kampung pisang), oh mungkin kau anggap ini bukan kriteria /taste kau untuk dikaji penceritaannya.

aku akhirnya novel ini dengan golden rule no 5. antara bodoh atau tak - garisan ini terlalu halus untuk kau lihat perbezaannya.


aku bukan kutuk, ini pendapat, lain orang lain pendapat. ye dak?
Profile Image for Luc Abdullah.
Author 6 books61 followers
Read
July 4, 2012
Bagi orang yang menyukai pengisian apa yang dia tak tahu ke dalam fiksyen, barangkali buku ini sesuai untuknya.

Tapi bagi mereka yang disuap falsafah --(ada dua, sama ada kau suka falsafah yang enak kau telan, lancar, atau terasa dipaksa-paksa).

Aku rasa ironik dan lucu ketika membaca buku ini. Buku ini lebih baik dari Bayang dan Awek Chuck Taylor, tapi seperti kata saya tadi, untuk orang yang tak tahu apa-apa yang dimasukkan ke dalam buku ini, dia akan amazed.

Sebab saya rasa lucu, itu rahsia, kau kena baca sendiri. Tidak perlu saya suapkan di review ini bukan?

After all, ini adalah fiksyen tentang lelaki yang wujud menjadi sial (barangkali).

3 untuk pengisian, 2 untuk kelangsungan cerita (disebabkan transisi falsafah).
Profile Image for ❀ Hana.
176 reviews85 followers
August 25, 2016
Buku pertama Nami yang aku baca, setelah pundi-pundi ingin tahu aku terjentik dengan dahsyatnya. Mendarat saja di KL, terus menerpa ke Kinokuniya (sempat menguntum senyum simpul kepada Pak Samad). Balik hotel, buku ini yang pertama sekali aku terkam.

Pada awalnya, aku sangkakan LE macam novel-novel pulp yang lain. Pretentious saja lebih, dari awal sampai akhir. Melalak-lalak nak membuktikan novel mereka tidak klise macam buku-buku terbitan DBP. Eccentric sangat kononnya - nilai intelektualisme tak ada (kalau ada pun, sekadar sentuh sipi-sipi), 'isi' tak ada, 'jiwa' pun tak ada.

Maka, aku tersilap. Mungkin, ini novel pulp pertama yang 'masuk' dengan aku. Kritikal pada ideologi-ideologi utama yang ada di atas muka bumi; isu patriarchy - itu aku paling suka. Sinikal terhadap Melayu pasca DEB, juga aku suka - walaupun terus terang, aku tertanya-tanya apa agaknya si Nami ni akan buat jika dia yang memegang tampuk kuasa Malaysia selepas 13 Mei 1969. Sebab kata-katanya seolah-olah menggambarkan DEB adalah salah sebuah kesilapan besar yang berlaku di Malaysia. Tutup dahulu cerita cara kita merdeka, penzaliman ke atas mereka yang mendokong PKMM, Parti Gerakan Rakyat - aku cuma mahu tahu apa pilihan yang lebih baik dari DEB.

Buku ini terlalu sarat dengan nilai-nilai intelektualisme yang memberatkan penggunaan logik akal semata-mata. Tetapi ironinya, langsung nihil dengan 'isi'. Mati tak ada 'jiwa'. Mungkin kerana dia sendiri tak tahu apa yang diinginkannya.

Edited 30/12/2013

" ...aku cuma mahu tahu apa pilihan yang lebih baik dari DEB."

Ok. Aku dah jelas di sini. Nami merasakan Dasar Pembangunan Negara (DPN) yang diwujudkan selepas DEB adalah sebuah kesilapan besar. Maka ya, aku bersetuju dengan pandangan hang tentang ini. Sorry Nami. Aku salah.
Profile Image for hans.
1,157 reviews152 followers
August 5, 2017
Seorang lelaki dan Five Golden Rules. Perempuan, ego dan/atau nafsu. Jujurnya saya suka gaya penceritaan penulis. Enak dibaca, tidak bosan. Mungkin sisipan kisah dari buku, kata-kata falsafah dan scene debat bersama Puspa sedikit sebanyak menyumbang kepada tahap kesukaan saya terhadap novel ini. That scene, waktu ke restoren vegetarian dengan debat apa jadi pada tahun 1971 tentang Soviet, opportunity, Ravi Batra, sosialism, Marxism et cetera et cetera terasa macam saya ada di kerusi belakang Volkswagen Polo sekali.

Saya rasa agak bersalah sebenarnya kerana lelaki kasanova tidak harus saya gemari, tetapi kali ini saya boleh terima kisah awal hingga akhir 'aku'. Musykil juga saya kenapa sampai begitu kehidupannya tak akan kerana Sofia semata, tapi ada hal lain dari silam yang asyik lintas depan mata jadi no wonder. Socialis ke pasca DEB ke politik-- pemikiran 'aku' yang mungkin nampak macam penting diri saja, merungut itu ini tentang hidup dan kemahuan, tapi entahlah ada semacam something yang buat saya rasa nak sokong 'aku'.

Sesi kaunseling bersama Kurt antara paling saya gemar. More like kepada kesemua jawapan yang 'aku' cari atau in denial tanpa sedar. That Five Golden Rules-- impressive, tapi kadang yang impressive ini yang makan diri sendiri.

Well written. Love all characters-- kepelbagaian yang menarik. Cerita yang buat saya juga terfikir apa saya mahu.

"Yes, greed is good. But do you know what you really want?"
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
December 28, 2020
Nami.. dia memang pandai menulis. Dan karya nya memang boleh membuatkan kita berhenti membaca dan terfikir seketika. Kita akan rasa betul juga apa yang Nami tulis ini.

Kali ini, Nami banyak menekankan mengenai Melayu pasca DEB. Hahahah. Banyak yang betul nya. Aku bersetuju dengan Nami.

Melayu pasca Dasar Ekonomi Baru. Banyak Nami kritis mengenainya. Nak tahu.. sila lah baca yaa.
Profile Image for gasko.
40 reviews3 followers
May 28, 2014
Saya sepertinya menjilati ludah sendiri apabila pertama kali membaca buku ini, apatah lagi mencapai ia dari lambaian almari dan mengorbankan RM22 dari dompet saya. Tetapi saya tidak dapat menahan dari mengambil tahu apa yang telah digembar-gemburkan generasi saya tentang Lelaki Eksistensial ini. Ini jelas sekali kerana saya bukanlah peminat besar novel berirama pulp culture yang menjadi tanggahan utama mereka, malah saya selalu meludah ia -- kerana kelemahan bahasa, dan kurangnya level intelektual dalam garapan budaya tersebut. Sarat juga imitasi kosong yang jelek. Maaf Fixi sebagai penerajunya.

Tetapi dengan buah tangan Nami Cob Nobbler ini beza. Jika pulp cult itu genre musiknya punkrock, novel ini Sex Pistol nya, jika pulp cult itu genre musiknya irama Malaysia, novel ini Siti Nurhaliza nya. Ianya sebuah landmark, tetapi bukan revival.

Saya tertarik bagaimana Nami mempersonakan watak utama novel ini, sebgai penunjang, ia tak perlukan Nami itu bercerita kritis tentang personaliti persona, tetapi karektor nya itu senantiasa mudah diimajinkan. Secara sub-sedar kita melihat persona itu tubuhnya bagaimana, rambutnya, tingginya, sifatnya luar dan dalam, ia digarap dengan begitu baik. Cara bagaimana penulis menggunakan metofora perempuan-perempuan yang melingkari cerita ini juga boleh dikatakan amat baik, dengan setiapnya mempunyai karektor yang aneka, lantas menimbulkan pembaca dengan pelbagai ragam generasi masa kini yang bersangkutan, lantas menerbitkan setiap filosofi dan sosioni yang melantun disuap-suap kita.

Untuk menjadi seorang moralis, mengorbanan untuk mengatakn buku ini sampah dan lucah itu sentiasa ada. Bahkan ada ideologi yang dihidang persona ternyata dalam liberal dan sikularnya.

Namun seperti biasa, bahasa pulp cult seperti ini landasnya haruslah kasar dan kurang membelai itu haruslah. Antara elemen yang diimitasi setiap genap peminat dan penulis ruang lingkup ini, sebenarnya memusnahkan estetika bahasa, bagi saya sebagai si kolot yang masih mengambil berat nilai pembahasaan.

Walau bagaimanapun dalam aspek landmark seperti impaknya buku ini kita sentiasa dibolehkan cari ruang pengecualian.
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
August 3, 2012
manusia yang bertuhankan Tivi; manusia yang melihatkan imej visual itu sebagai satu keutamaan; sistem pendidikan yang mengajar pelajar untuk mendengar arahan, bukan berfikir; kehidupan yang umpama kilang, dari satu proses ke satu proses yang sudah ditentukan; mengelak klise yang secara tak sedar itu sendiri klise; dan.. hah Lelaki Eksistensial memang sial !
Profile Image for Nor Mohamed.
Author 5 books34 followers
August 10, 2012
Saya suka buku ini.ia mengajar saya untuk mengorat awek.
Profile Image for phazleeanna.
249 reviews2 followers
July 24, 2012
Buku ini banyak membicarakan perihal hipster dan mainstream.

Soal kapitalisme dan sosialisme.

Tentang id, ego dan super ego (dan Ganguro Girls).

Tetapi ianya tidak lari daripada intipati utamanya -- The Five Golden Rules. (Berguna kepada barangsiapa yang ingin menjadi seorang kasanova berjaya.)

Persoalan terbesar yang dileretkan sepanjang-panjang buku ini adalah, "Apa yang kita mahu?". Tentang kewujudan sesuatu entiti dan fungsi entiti tersebut sepanjang kewujudan dan keberadaannya di muka bumi ini.

Kalau kau rasa kau dah terlalu banyak membaca, dah sampai tahap "Ah semua buku aku dah baca!", then this is the book for you. Ego boleh ditarik sehingga ke dasar yang paling dalam. Percayalah.

** Saya agak terganggu dengan struktur ayat dan juga grammar di dalam buku ini. Proof reading harus lebih kental ye, penerbit?
Profile Image for Fuka-chan.
146 reviews
July 5, 2012
membaca Lelaki Eksistensial membuat aku merasakan betapa kurang membacanya diri aku ni. okey bukanlah kurang membaca macam mana, cuma lebih kepada "how naive I was on political views and my perception on the world". aku terasa macam aku ni seorang yang kurang sangat-sangat ilmu pengetahuan, and how oblivious i was on very important topics such as history, pyschological thoery and human behaviour. man i need to read more. haha

but it was expected because i was an avid reader on TTGB. cuma aku sedikit tak puas hati tentang ending dia. i was expecting something more unexpected to happens, but it didnt. still, it was a good book. adakah lelaki akan menjadikan buku ini sebagai rujukan untuk mengorat awek? berjaya tak? kalau berjaya, sila share. hahahaha
Profile Image for Mago0.
5 reviews17 followers
July 10, 2012
Lelaki eksistensial. Ini buku fes yg aku bace dari Nami Cob Nobbler. Byk falsafah yg Nami utarakan, tokoh, falsafah tentang itu dan ini, dan hmpir kebanyakan falsafah dlm buku ni,mg xmesra lgsg pada pendengaran aku. Ni mg buat aku rasa lagi banyak kena membace. Thanks to nami.

Membaca novel ini kadang2 buat aku rase semcm tengah tengok video aksi ghairah,dan hampir setiap chapter di muatkan. Dan ape yg aku rase ialah, come on, aku bayar beli majalah playboy ke, buku novel? Ni,buat mood aku spoil sikit dlm bace novel ni.Dari cover page, dh boleh agak kan sebenarnye benda2 mcm ni mesti ade.

Apepon lain padang, lain belalang. Lain orang yg baca, lain lah pandangan.
Profile Image for Azam Baizen.
64 reviews2 followers
September 24, 2012
At first ak tak suka baca buku nih pasal in the beginning of the story mamat (hero) dlm cite ni adalah kasanova. Meluat pon ader but lepas dah baca kisah dier dgn stiap satu galpren dier ak trus Ooohhh Aaaaah Oo0o0o0.

After dat dier dh stat cerita kisah hidup dier dgn elemen2 sejarah, philosophy, global and Malaysian societies, culture, norms n etc ni wat ak lagi minat nk baca. Kebanyakan dier ckp smuanya btol n I really like his thinking.

Tp gist yg paling penting n ak akn ingt smpi bile2 pas baca buku ni adalah Melayu urban ad 2 jenis which are:

1. Melayu Urban Proto
2. Melayu Urban pasca DEB.

Hahahaha
Profile Image for Meor M Syafiq.
2 reviews1 follower
September 7, 2012
Bismillah.

Pertama sekali, ini yang pertama aku baca buku yang tidak ditapis. Boleh kata macam tu lah kan? Sebab segala perincian tentang Adam dan Hawa jelas diceritakan. Untuk nafsu, seronok jugalah sama turut berfantasi. Ahh nakal sesekali apa salahnya. Tapi untuk ibu bapa yang pasca DEB pasti takkan bersetuju kalau mereka tahu anak mereka membaca tulisan sebegini. "Belum sampai masa" - itu mungkin alasan retorik mereka.

Watak yang tidak dinamakan namanya itu bagi aku jujur. Jujur kerana tidak mempergunakan kesedihan kisah silam untuk mengorat. Ha ha!
Profile Image for Nina Amani.
9 reviews
September 12, 2012
bahasa dia best. nampak yang penulis ni banyak sangat membaca dan buat kajian. bagi saya yang kurang membaca ni, saya rasa bahasa melayu yang digunakan tinggi. banyak perkataan dan term baru yang saya belajar. dari segi cerita, okey la. kesian dekat Lin yg macam setia. yang lain curang sama macam dia, jadi tak berapa kesian sangat. yang Maisara pun tak berapa kesian sebab dia tu tengah keliru kemahuan seksualiti dia. dialog watak dalam ni kadang-kadang boleh buat tergelak. unsur komedi dia menjadi. bacalah dengan minda yang betul-betul terbuka. sekian.
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
Kenapa aku lambat review buku ni berbanding Rokok Nan Sebatang? Abaikan. Mungkin masa tu otak matematik dan sains aku yang berfungsi. So,aku gagal serap falsafah Nami. Apapun, sebab baca buku ni lah,aku request dengan suami nak beli oven baru. Nak buat lasagna and semua yg mampu nampakkan aku mcm hipster ala ala 'aku' . Serius ganteng bila 'aku' memasak. Ok,takda kena mengena. Tapi sungguh,tu lah perasaan aku time tu. Tak percaya,tanya suami. Dah,merepek! Stop! I'm not a hipster. I'm snob,definitely not a noob.
Profile Image for Johan Radzi.
138 reviews197 followers
November 24, 2012
Apa yang buat buku ini menarik adalah watak-wataknya, bukan plotnya. Plot terlalu mendatar. Tetapi watak-wataknya dipersembahkan dengan bagus. Ada hijabster, hipster. Ada pelakon sinetron dan perempuan editor kumpulan buku indie. Watak dari semua sudut masyarakat yang diceritakan dengan terperinci.

Seperti biasa, Nami dengan falsafahnya, punk-rocknya, dan skeptipnya terhadap melayu pasca-DEB. Nami banyak memetik nama-nama seperti Nietzche, Noam Chomsky, Freud, dan sebagainya.

Aku tak puas hati satu benda saja. Aku tak tahu apa itu golden rule ke-5. Kakakaka.
Profile Image for Hayamira.
7 reviews1 follower
September 13, 2014
buku paling pretentious yang pernah aku baca, terlampau banyak refference dalam satu perenggan. aku tak tahu apa motip penulis sehinggakan aku letak buku ini ketepi dan terus minum kopi lagi bagus. sepatutnya tak payah rate satu bintang ni tapi goodreads tak kasi can. tak pe lah. buku penulis ni macam pengejar bintand dan bau semangat anak muda kira ok tapi buku ni langsung. cant. even. hah. you tried too hard Nami.
Profile Image for Gary Asip.
7 reviews1 follower
June 28, 2014
buku ni memang superb. tuhan je tau berapa kali aku berdoa masa baca buku ni. "tolong la ending dia bukan macam awek chuck taylor". keseluruhan novel ACT memang best. cuma endingnya sedikit merentap jantung dan jiwa raga. tapi alhamdulillah. doa dimakbulkan. ending dia cantik dan lancar. (tapi dia rentap balik jantung aku dalam rokok nan sebatang). thanks nami. ko sentiasa buat aku berfikir. kalau ko jadi ayah pin, aku tak heran.
Profile Image for ~:The N:~.
850 reviews55 followers
November 9, 2020
Resensi ditulis pada 6 April 2013

Macam membaca kisah Matt Romeo dari majalah Gila Gila cuma 'aku' ini langkahnya lebih panjang sehingga ke ranjang. Atau, mungkin Matt Romeo juga demikian, cuma saya terlalu naif semasa membaca kolum itu semasa zaman kanak-kanak saya.

Tiadalah saya bersetuju dengan cara hidup watak protagonis yang hedonis tetapi boleh dikatakan saya suka gaya Nami menulis (setelah campur tolak segala kesalahan tatabahasa).

3.5/5 bintang.
Profile Image for SyaMimi.
151 reviews12 followers
October 8, 2017
Hmm..50 muka surat pertama aku marah betul. Marah dengan penggunaan bahasa buku ni dan watak Aku yang kasanova. Tak mahu sentuh tentang bahasa dah, aku fikir memang buku-buku macam ni bahasanya. I cringed so much! Tapi aku cuba terima sebab nak baca seterusnya.

Dari segi naratifnya aku suka. Cara penceritaan seperti aku berada di hadapan penulis. Pengisian buku ini banyak tentang falsafah, sejarah dan kritikan sosial yang aku rasa agak berat sebelah, lebih kepada pendapat peribadi penulis. Debat-debat yang berlaku antara watak, aku kira sebagai sebab untuk aku terus membaca. Sengaja nak tahu pandangan penulis tentang isu yang ditimbulkan watak-watak sendiri. Memang menunjukkan penulis luas pembacaan dan pengetahuannya.

Tak mahu cakap pasal golden rules tu, bukan aku boleh pakai pun. Tapi menarik juga. Nak cakap pasal mainstream, rasa buku ni mainstream la. Kisah cinta ditolak kerana wanita yang diminati kena sailang dengan kawan baik sendiri. Cerita putus cinta rupanya, cara watak Aku bangkit balik dari keyakinan diri yang telah runtuh, tapi dengan jalan yang aku fikir kurang baik untuk dicontohi.

Aku berharap sangat buku ni ada nilai-nilai baik tapi terlalu sedikit melalui watak Pak Derus (aku lupa nama pakcik yang ada warung dan tolong watak Aku tu) dan watak Lin yang sedia membantu menaiktaraf hidup si Aku . Tiada nilai baik lain dalam buku ni. Sighhh. 3.4/5.0
Profile Image for Shafiqahsamin.
206 reviews4 followers
May 15, 2018
Aku tak tau pun kenapa aku suka. Tapi i just like it. Apart from 5 Golden rules untuk memikat wanita dan menjadi kasanova yang berjaya, there's so many falsafah and... i dont know, ideas maybe? But something like that lah.

This guy is a cheater. Dia bercerita tentang macam2. Kehidupan, falsafah, ekonomi, sosial, politik dan perkara yang semua org2 berilmu berkata2. I dont know. Kenapa aku tak tau? Sebab aku noob dan tak pernah amik tau pasal semua tu. I am Ignorant. Aku tak pernah amik kisah pasal benda2 ni. I dont even know betul ke tak apa yang dia cakap. Tapi sebenarnya untuk orang ignorant seperti aku, aku merasakan bahawa penulis ini banyak membaca. Jika dia boleh wujudkan satu perdebatan yang hebat (for me) seperti ini, maka dia seorang yang banyak membaca.

Well, instead of member perhatian kepada 5 golden rules yang dijanjikan penulis, aku lagi banyak fokus kepada kehidupan dia dan apa yang dia nak dalam hidup dia. Dan juga fokus kepada tahap kebijaksanaan lelaki ni dalam membincangkan isu2 yang noobers seperti aku tidak tau.

I really hope that he found a way out from his miserable life. It seems good but actually its not that good. Hidup dia macam FATAMORGANA.

Anyway, its good. Really. and Good is subjective
Profile Image for Nisa.
31 reviews
February 8, 2021
Jaranglah buat camni tapi kali ni aku insist sebab aku cam tak puas hati spent time baca benda ni. Buku ni amatlah tak sesuai baca with zero knowledge. Dalam ni dia cerita how messed up his life. Throughout, dia selalu timbulkan persoalan² eksistential. Well, initially, you might say it was existential questions la. Tapi sebenarnya tu bukan persoalkan. Dia hanya mengomel tak puas hati cos he lived this miserable life berpunca dari the broken system around him. Buku ni kalo kau baca with zero knowledge, kau akan setuju all stuffs he says cos dia bawa watak knowledgeable (ass). Bengkek aku baca! Lagi pathetic (that's my pov for this kind of book), semua persoalan tu takda solusi pun. Bahkan dia sendiri tak resolve his life yang akhirnya stay at the same cycle. If I'm not mistaken, buku ni ada sambungan dia lagi 2 buku. Malaslah. Baca ja rasa cam nak tumbuk mamat ni. Tapi tulah, bersepah org camni sekarang. Aku tau, mesti korang nak cakap 'Baguslah, menceritakan realiti masyarakat sekarang'. Iya betul. Tapi kita ada banyak realiti masyarakat. Kenapa nak juga cerita realiti yang ini? Personally, buku2 indie tak semestinya kena fokus pada cerita² macam ini. Pada aku, nak berubah kembali pada Pencipta, Allah SWT. Approach apa nak guna, terpulang, asal kau jumpa Allah di akhirnya. Tu ja. Jangan deny benda depan mata.

P/s: Oh, aku skip few pages (or many), demi kesejahteraan otak & iman aku
Profile Image for Syahirah.
9 reviews
October 14, 2025
Entah cane nk review sbb aku jenis santai dan tak terlalu taksub kepada buku2 yg memberikan gambaran negatif, kita tak boleh menolak dan menghentikan karya apetah lagi penulisan selagi mana ianya tidak membebankan. Tapi seperti mana kita ketahui setiap karya dan juga penulisan perlu ditapis oleh pembaca agar tidak menjadi ikutan ataupun terpengaruh pada suatu karya yang tidak begitu baik.

Bagi saya buku ni memberikan otak saya refresh sbb di malaysia agaknya jarang ada buku yang terlalu open mcm ni, or maybe saya yang kurang tahu ada banyak buku mcm ni di malaysia.. kalau ada boleh komen sikit?

Sisi baik buku ni ajar kita tentang psikologi sedikit tentang bagaimana nak tackle awek dgn menggunakan sifat juga tingkah laku. Pada masa yang sama watak utama sangat pandai adapt dgn situasi. Keburukannye pulak tamak, ego, terlalu ikut kehendak,

So bagi saya sebagai pengreview yang santai dan pelik saya bagi 5 sebab buku ni seronok BAHHAHAH bye
Profile Image for najah samser.
42 reviews1 follower
June 13, 2024
playboy horny ahhh book.





bacaan untuk brainrot. not suitable for teens. ah orang dewasa pun tak payah baca. banyak 🔞 scene yang not nescessary, sekadar untuk tebalkan buku.

Pergi mampus dgn 5 golden rules. tak ada input dan morality langsung. Tidur dengan betina sana sini. Tapi tak boleh nak nafikan yang lelaki macam ni memang wujud.
but still, apa yang cuba penulis nak sampaikan? sekadar untuk tulis fantasi dan imaginasi kotor kah?

baca pun sebab sepupu bagi pinjam, aku pun tak tau kenapa dia bagi pinjam dengan title macam tu, i thought it was good but wtf. Penat aku sorok buku bodoh ni tau dalam bilik. aku tak pulangkan buku tu sebab tu ex dia yang hadiahkan dia HAHAHA berakhir di tempat recyle center. BYE!
Profile Image for S. Alyssa Azmir.
153 reviews11 followers
November 10, 2025
Kalau boleh letak negative star, I would put it. I don’t recommend any one to read this. Maybe towards the end it gets better, but nothing is worth reading the condescending, pretentious, demeaning, and obviously self-insert nature of the main character in the first few chapters I read.

Men aspiring to be “casanovas” will read this and think it’s how they should treat woman and I worry about that. Women aspiring to open their world up and try a book they don’t normally try will feel disgusted in ways she has not yet in yet, and want to take an immediate shower after a page. Not recommend.
Profile Image for Bobo.
70 reviews1 follower
October 14, 2019
Setiap kali baca buku tulisan Nami ni, macam-macam rasa bergelodak dalam jiwa aku. Tapi yang pasti, lepas baca aku mesti rasa fresh dan seperti tersedar dari mimpi,
Profile Image for ddhia.
41 reviews2 followers
November 11, 2020
buku ni buat aku mendalami dan memahami pemikiran seorang lelaki. overall, not bad.
Profile Image for Wierna.
37 reviews
Read
June 9, 2021
Unfortunately not worth for any star... DNF
Profile Image for Jaw.
28 reviews1 follower
November 3, 2015
Like:
- Main character agak real. Makes you believe this kind of guy really exist (trust me, they are).
- It makes you think about something you might have never questioned before. Tapi kadang-kadang huraian idea terlampau kucar-kacir, sekejap itu sekejap ini and end up, idea tak sampai pun. But in certain points, memang win (eg: patriarchy dalam negara timur ; ketuanan bangsa ; keluarga yang nampak bagus tapi salamnya ber'cangkuk' juga dll)
- Lagu-lagu dalam ni semua legend bhai XD

Dislike:
- Sex scenes everywhere you'll be like, "Perlu ke?"
- Cover tulis 'bagaimana mahu memikat hati wanita dan menjadi kasanova tanpa gagal', but all I see is an insecure, confused guy. But I guess that's the essence of this book, existentialism. Mungkin kalau ada yang rajin nak catat rules kasanova tu, membantulah agaknya. Maka carilah kau, satu rule duduk berjarak dengan rules yang lain. Pepandailah hidup.
- Cubaan untuk nampak classy dengan menggunakan istilah yang hebat (kononnya), faux riche lah, soixante neuf lah and all those science anatomical terms gagal sebab last sekali, joystick, lollipop dan bertarung lidah juga digunanya. *if you know what I mean muehehe*

Footnote:
- Ya ke lelaki ni tak bernama? muehehe
- Aku rasa buku kena tukar title, Lelaki Eksistennya Sial macam lagi best. jk XD
Displaying 1 - 30 of 72 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.