Jump to ratings and reviews
Rate this book

Urusan Cinta Belum Selesai

Rate this book
Sudah lima hari Cinta ke Tanah Suci.

Dan Rauf (konon-kononnya) sudah berikrar tak mahu peduli lagi pada Cinta. Sebut nama Cinta pun dia tak mahu lagi. Apatah lagi mahu merasa Cinta itu juita hatinya. Lima hari ke, 50 hari ke, 500 hari ke, 5 000 hari ke, 50 000 hari ke, bukan ada kena-mengena dengan aku pun.

Betul ke begitu, Rauf... betul ke tak mahu peduli?
TAK... memang tak begitu. Dia memang rindu pada Cinta. Amat rindu. Sebelum ini, kalau dia rindu pada Cinta, dia akan buka Google Map. Kemudian taip alamat Cinta. Tak dapat tengok Cinta dapat tengok bumbung rumah Cinta samar-samar dalam Google Map pun cukuplah. Tapi kini dia tak berbuat begitu lagi. Dia lawan perasaannya itu. Lawan sungguh-sungguh macam HAMAS lawan Israel. Lawan sampai menang atau mati!

Payah sungguh melepaskan diri daripada Cinta!
Sebab...???
Rauf ini mencari makan seputar novel Melayu. Sedang perkataan ‘cinta’ mungkin antara perkataan yang paling banyak ada dalam banyak novel Melayu di Malaysia selepas perkataan ‘aku’, ‘kau’, ‘mu’, ‘pandang’, ‘renung’, ‘tenung’, ‘kata’, ‘tanya’ dan ‘senyum’.

Dan setiap kali dia menemui perkataan
‘cinta’ dia akan teringat pada Cinta.

Tak patut sungguh bapa Cinta dulu namakan anaknya Cinta. Hanya menyusahkan orang yang mencintai anaknya tapi cinta tak berbalas saja!

***

Imaen, lahir di Kuala Krai, pada akhir Disember, kira-kira 45 tahun dulu. Dia berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Diploma Pendidikan Pengajian Melayu dari Institut Perguruan Sultan Idris. Kini bekerja sebagai editor, dan ketika ada kelapangan dia akan menulis.

357 pages

First published June 1, 2012

4 people are currently reading
67 people want to read

About the author

Imaen

15 books63 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
44 (38%)
4 stars
48 (41%)
3 stars
21 (18%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Mahfuzah Abdul.
50 reviews1 follower
September 29, 2012
sebelum komen saya nak cakap saya suka lah logo baru js adiwarna( nampak international gittew) dan saya suka js adiwarna guna kertas kuning gitu.sedapnya bau kertas kuning.haha


parti bangsa vs parti kebajikan.
wah,seronok juga baca kisah politik dalam bentuk novel lebih2 lagi hero dan heroin mempunyai ideologi politik yang berbeza ttp jatuh hati antara satu sama lain.hmm,susah juga tu ye? hehe

sepanjang baca novel ni saya x henti2 dok senyum sorang2 bila asyik terbaca sindiran halus (tapi memang terkena batang hidung lah) penulis ttg permainan politik yang berlaku di negara kita kini.bagaimana layanan seseorg terhadap seseorg bila mana ,ereka tahu org tu berlainan fahaman politik daripadanya( haruslah yang fanatik terhadap parti masing2 ye dok?)tapi masih mencuit hati dgn gaya bahasa yang santai tapi tidak kasar dan hujah yang digunakan utk membidas mana2 parti tersebut nampak cerdik dan bernas bergeliga.i loike!

keduanya,saya belajar sekiranya kita ingin lebih menghargai kejayaan kita kita haruslah bermula dari bawah seperti rauf yang mula berjinak2 membuka kedai buku secara keci kecilan sebelum dia berangan angan mahu menjadi pemilik kedai buku yang lebih besar.dan buku ini juga ,mengajar kita supaya menjaga manners kita walau dgn sape saje kita berurusan.cthnya tgklah cinta tu walaupun kaya dan bawak BMW xde lah pulak dia nak menyombong dgn rauf yang hanya mampu bawak motor kapcai je.( huh,kalau dah cinta duduk pondok buruk pun mau!)

ketiga,ayat yang paling saya suka ialah kita x perlu risau dgn politik melayu TETAPI apa yang perlu kita risau ialah ekonomi melayu.ya,saya bukanlah seorang yang pandai sangat bab bab ekonomi dan politik ni tapi bila baca ayat ni saya faham apa yang cuba disampaikan penulis dan senyap2 saya menganggukkan kepala sambil2 tgh baca ayat tu.

walaupun buku ni memang banyak sindiran sindiran sinis( yang disindir pun benda yang bukan dibuat2 tapi benda yang betul2 berlaku di negara kita ni cth spt penari tiang hanya dikenakan denda murah setelah didapati bersalah) tapi ayat yang digunakan memang tidak keterlaluan dan tidak kasar.ha,biar yang baca tu terasa sendiri bila da kena batang hidung dan bolehlah ubah mana2 yang patut lepas ni ye( saya dah terkena batang hidung sendiri bab yang asyik dgn gadgets walaupun tgh nyembang dgn kawan.akan baiki kelemahan diri lepas ni iA)

last but not least,this book was amazing and everyone MUST read it.

enjoyyyyyy!!!!!
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
November 17, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM12.00. Pm je....

Antara naskah yang dirakkan sebagai 'Tunggu Sekejap' :)

Nukilan ke-3 daripada Imaen (untuk aku) selepas CLDO dan Vandetta (GJ). Masih membiasakan diri dengan cara penulisan penulis ini sebenarnya. Sebab itu... balutan plastik hanya dibuka selepas 4 bulan dibeli :(

Meneroka naskah ini menelaah peta kejiranan sendiri. Jalan Ibrahim, Sungai Layar, Lagenda Heights, pasaraya Tesco, SP Plaza, Klinik Bersatu, Taman Jubli Perak...etc etc. Kalaulah lokasi ini benar2 wujud (memang x kan ada kesempatan untuk mencari bukti kewujudannya pun) aku teringin ke Kedai Buku Ceritera dan restoran tepi Sungai Semeling.

Dan naskah ini takan tersenarai sebagai bacaan 'escapism' untuk aku selepas seharian melayan karenah boss, anak buah dan tugas yang macam-macam. Segala sindiran yang diselitkan memerlukan pemahaman dan pemikiran yang bukan calang-calang. Ini serampang banyak mata. Tajam pena penulis ini melebihi tajamnya 'caci-maki' blog-blog di alam siber. Ini bukan naskah sappy-mushy dan lovey-dovey. Ini kisah CINTA yang amat dalam ruang lingkupnya.

Kesimpulanya, aku suka biarkan kebarangkalian untuk ulang-baca agak sedikit rationya :)
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
December 4, 2013
Mungkin ini kali pertama aku baca sebuah novel cinta yang ditulis oleh seorang lelaki.

Dan nyata novel sebegini sangat sesuai dengan selera aku, andai kata aku mahukan bacaan yang santai dan berunsur cinta. Dalam soal cinta, tetap terselit pelbagai falsafah dan ideologi penulis. Apa lagi kalau bukan politik? Kritikan dan hujah yang diberikan adalah matang, serta tidak berbaur propaganda terlampau. Kalaulah semua peminat fanatik politik tanah air mampu bersikap sematang Rauf, alangkah indahnya Malaysiaaaa ~

Thumbs up untuk Encik Imaen, dan novel ini aku kira adalah suatu salam perkenalan yang baik antara seorang penulis dan bakal pembaca setia ;)

Urusan Cinta Belum Selesai sudah meninggalkan impak yang amat baik dalam diri aku, seakan-akan meninggalkan suatu aura positif yang membenam dalam jiwa ini. Sukar nak diterangkan bagaimana, cuma terasa lebih positiflah. Lebih bersikap optimis. Lebih mahu meraikan perbezaan pendapat :D

Dari sudut gaya bahasa, Encik Imaen memang pandai mengarang ayat sampai selalu sahaja aku tersenyum atau gelak seorang diri. Nasib baik duduk bilik untuk seorang di kolej ini, kalau tak, sudah tentu teman sebilik berasa pelik :)

Akhir kata, insya Allah, bakal memburu semua karya tulisan Encik Imaen selagi duit berada di dalam dompet kerana dia sudah menjadi salah seorang penulis favorit aku. Sekian :)
Profile Image for Kucc _Aprilsnow.
32 reviews210 followers
July 28, 2012
Sinis yang menampar-nampar tapi tetap memikat jiwa dengan jalinan cerita yang dicipta. Sulaman pelbagai ilmu yang disisip terutama bidangan major penulis memang tidak pernah ketinggalan dilakukan beliau didalam setiap karyanya dan UCBS tidak terkecuali. Berkongsi ilmu itu bukankah tugas bersama. Dan yg bestnya, hero heroin UCBS tak berpisah, akan kahwin akhirnya mcm tagline and they live happily till the end..kuikuikui.

Perkataan yang tak boleh lupa dalam UCBS: pakai tudung fesyen2, byk lapis dan warna-warni macam org Brazil pi karnival!..ahaaks tak boleh blah ayat ni. Sib baiklah tak pernah pakai tudung yg byk lapis & warna-warni...hikhikhik

Well, my last word will be this---> tahniah, bro!
Profile Image for Ika.
Author 14 books54 followers
July 21, 2012
1- novel ini buat saya tertanya-tanya Encik Imaen suka filem2 aksi ganaskah?
2- setiap kali membaca, mesti tersenyum sendiri dengan segala macam sindiran yang bagus-bagus ;)
3- terasa betapa manisnya cerita ini bukan kerana rauf dan cinta tapi betapa sayangnya Encik Imaen pada Kak Su dan rasa hormat pada kebolehan isterinya, terselit diantara cerita watak2 utama dan sampingan. (my personal opinion that is)
4-dari awal sampai akhir, sebab bila membaca saya suka bayangkan 'audio sounds' nya, lalu saya bayangkan suara Encik Imaen as Rauf & Kak Su's as Cinta muahahaha.

Cerita yang best, memang suka karya Encik Imaen selepas Seikat Kembang Merah.
75 reviews6 followers
Read
March 30, 2015
Alhamdulillah setelah byk kali tertangguh, usai juga naskah ini.. saya tak mahu mengulas panjang cuma saya cadangkan bacalah naskah ini, pasti anda tidak kecewa...

Disini, saya tidak mahu membicarakan soal kesinisan bahasanya... kerana saya begitu terpaut dgn kerendahan hati Rauf. walaupun berbeza pendapat dan punya alasan sendiri, dia tetap menghormati pendapat orang lain.
hati terpaut hanya kerana RM10, saban hari menunggu sidia menjadikan naskah ini begitu menarik bagi saya. Temanya nampak mudah namun dari sisi lainnya, ada juga yg mendebarkan terutama hati Rauf yg kecewa bila Cinta menyatakan mereka hanya teman biasa.

Mulanya saya terfikir, apakah ini novel thriller apabila saya membaca prolog. tapi bukan. kisah cinta teruna dan dara rupanya.kenapa saya berkata begitu? kerana prolognya sudah ada adegan tembak menembak. tiba-tiba saja saya teringat filem THE NEW POLICE STORY lakonan Jackie Chan & Daniel Wu. Anak2 org kaya yg mencari kepuasan dengan merompak dgn cara aplikasi computer games. alasan mereka, mereka dah kaya, ibubapa yg terlalu sibuk dgn urusan sendiri hingga mereka rasa terabai dan mereka perlukan sesuatu untuk keseronokan.

melihat tajuknya hati tertanya-tanya jln cerita, akal mula menafsir maksudnya. ada 2 gambaran difikiran, apakah urusan Cinta (sbgi heroin) yg belum selesai ataupun kisah cinta Rauf dan Cinta yg belum selesai. usai titik akhir, kedua-dua gambaran saya boleh disatukan, kerana akhirnya mereka sudah menyelesaikan urusan cinta mereka atas ikatan perkahwinan. SWEETTTTT!!!

Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
October 4, 2015
Macam biasa, tulisan Imaen penuh dengan sindiran dan berbau sinis. Ada kritikan sosial dan ada juga kritikan tentang dunia politik. Kisah percintaan dua manusia yang menyokong parti politik yang berbeza. Cinta, seorang gadis yang merupakan penyokong tegar Parti Bangsa di mana bapanya merupakan bekas ADUN parti tersebut. Dan Rauf, penyokong Parti Kebajikan yang pernah mengoyakkan poster bapa Cinta.

Namun, hati siapalah yang dapat meneka isinya? Kedua-dua mereka jatuh cinta. Bak kata tagline novel ini, "mari kita raikan perbezaan (pendapat) antara kita."
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
November 19, 2012

best!... itu je yang dapat aku katakan. nak tahu lebih lagi, baik cari dan baca...(hanya yang meminati gaya penulisan Imaen saja yang tahu apa yang aku maksudkan)

"...Dr Emato pernah buat satu uji kaji dengan orang Malaysia, di mana kristal air berubah menjadi amat cantik apabila perkataan bismillah dibacakan pada air. Begitu juga kalau perkataan yang baik diucapkan. Kristal air akan jadi cantik."

"....Kristal masih terbentuk pada tulisan malaikat tetapi pada tulisan hantu, kristal akan terpecah dan di tengah-tengah kelihatan seperti api. Kristal air ini rupanya berubah buruk apabila perkataan buruk disebut."

"Jadi moral cerita ini?" tanya Cinta.

"Kan tubuh manusia ini 70 peratus terdiri daripada air. Jadi jika perkataan maki hamun, mencarut, tengking herdik yang selalu manusia sebut atau dengar, maka air dalam badan manusia akan memberi respons yang tidak harmoni. Sebaliknya jika perkataan yang baik, maka air di dalam tubuh manusia akan harmoni."

Cinta angguk faham. Perlahan-lahan dia membaca bismillah pada teh 'o' ais limaunya sebab tadi dia lupa baca.
(ms: 147)
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
November 24, 2016
Bismillahirrahmanirrahim.

Buku 80 / 2016
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
December 1, 2012
1 - Syeikh Faisal Mawlana, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah berpendapat tiada halangan untuk menyambut hari ibu tetapi dengan 2 syarat iaitu hanyalah penghormatan tambahan dalam kehidupan sehari2 yang diberikan selayakkan kepada seorang ibu dan sambutan itu tidak dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum syarak iaitu menyamai Aidilfitri atau Aidiladha yang punya asas yang jelas dalam nusus syariah;

2- Albert Einstein sebut dalam seni, ilmu itu ada batasannya tapi imaginasi itu mengelilingi dunia;

3 - Apa2 perkara yang tidak keruan itu adalah seni;

4 - Chairil Anwar : aku kira beginilah jadinya..kau kahwin, beranak dan berbahagia, sedang aku mengembara serupa ahasveros;

5- Dr Masaru Emato tentang respon kristal air terhadap bahasa. Air memberi maklumat berbeza terhadap rangsangan tulisan, suara, bunyi dan kontaminasi. Dikatakan kristal air menjadi cantik dengan Bismillah. Moral of the story, penemuan tadi kita kaitkan dengan tubuh kita 70% terdiri dari air;

6 - belajar mikro ekonomi : untung itu pulangan pada risiko, hanya orang yang berani ambil risiko akan untung.

7 - aplikasi matematik dalam berkawan : gambarajah Venn. Dua bulatan yang bertindan bermaksud perkongsian hidup antara 2 individu. Kehidupan yang dikongsi hanya kawasan yang berlorek sahaja;

8 - Cormac McCarthy menulis dengan mesin taip. Cap Olivetti. Karyanya No Country for Old Man menang dalam 4 Academy Awards. Blood Meridian 1985 dipilih majalah Times sebagai salah sebuah buku terbaik dari 100 buku bahasa inggeris terbaik terbit 1923 - 2005. Beliau menang Hadiah Pulitzer untuk sastera dan disebut2 untuk pencalonan Hadiah Nobel Sastera; dan

9 - Eric Schmidt, Pengerusi Eksekutif Google Incorporation berucap pada budak2 Universiti Boston supaya mereka kurangkan sikit bergantung pada segala telefon bimbit, komputer, ipad dan segala mak datuk peralatan elektronik tu sebab ada kajian menunjukan melayari internet tanpa tujuan tertentu meningkatkan risiko manusia mudah diserang kemurungan. Ironi.

Imaen. Momentum masih sama selepas Sigaraning dan Bohemian. Selain dari kandungan diatas, novel ni berkisar tentang perbezan ideologi dan cara terhormat berkempen. Ada parti bangsa dan parti berkebajikan. Ada Demokrat dan Republikan. Ada Hamas dan Israel. Innuendo yang digunapakai sangat smooth and ease to understand. Novel ni memang novel cinta tapi aku kira ia novel cinta yang ada value, bukan novel yang klise sebab ada fakta2 yang aku conteng diatas selain meraikan perbezaan pendapat. I give you 4, sir~
Profile Image for Oda.
14 reviews3 followers
May 17, 2013
Macam mana nak mula review buku ni ek, masa mula-mula baca buku ni saya biasa je tapi bila dah mula baca rasa macam tak mahu lepas je buku ni. Saya khatam buku ni dalam masa setengah hari je. Gaya penulisan Imaen yang santai tapi masih menerapkan gaya bahasa baku membuat saya senang hati membaca novel ni.

Saya sukakan gaya pemikiran Rauf tentang politik dan sasteranya. Moto Rauf - mari meraikan perbezaan (pendapat) antara kita tu saya sangat suka. Siapa kata kalau berbeza idealogi tak boleh berkawan, kalau mahu berbahas boleh je buat dengan cara yang baik kan. Isu tentang sastera juga sama, saya setuju tak semestinya kami pembaca novel aliran mainstream ni membaca buku yang tak berfaedah.

Kemudian kisah Rauf, Cinta dan Manisyah diceritakan dengan sangat santai dan ringkas. Walaupun tiada penceritaan yang terperinci tentang kisah cinta mereka tapi kami pembaca dapat memahami kisahnya kerana kisah mereka adalah seperti yang biasa kita dengar di dunia nyata (dunia novel kisah cintanya terlampau dramatik).

Keseluruhan novel yang sangat memikat hati, amat jarang saya beri 4 bintang ke atas tapi buku ni saya beri 5 bintang kerana saya sukakan pemikiran Rauf itu. Tapi kenapa guna nama Cinta, Kasih dan Sayang, sangatlah pelik membacanya.(less)
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,554 reviews41 followers
December 25, 2017
Karya Imaen yang pertama saya baca. Saya suka. Kena dengan cita rasa apatah lagi menceritakan Rauf seorang penulis novel yang berazam ingin menulis untuk memberi makna kepada dirinya dan memberi manfaat kepada orang lain. Sangat setuju dengan pandangan Imaen bahawa nilai sastera atau kualiti novel itu subjektif tetapi sebagai seorang Muslim, nilai tidak murni tidak patut dijadikan seperti norma kehidupan orang kita untuk menggarap minat pembaca. Suka juga bila semacam dapat panduan percuma cara membuka kedai buku. Memang kena sangat dengan hasrat peribadi saya juga.

Elemen lucu dan sinis memang ada throughout buku diceritakan secara bersahaja oleh penulis. Yang jelas, melalui pembacaan buku Urusan Cinta Belum Selesai, saya rasa teringin nak pergi food hunting ke Sungai Petani. Patutnya buat catatan tempat makan dan menu special yang diceritakan melalui Rauf dan Cinta dalam buku ni untuk rujukan bila saya sampai Sungai Petani nanti. Kisah cinta tiga segi pun ada, kejap, tiga segi ke? Saya pun tak pandai dengan definisi cinta tiga segi ni. Tapi dalam cerita ni Rauf sukakan Cinta, Manisyah sukakan Rauf, Cinta akhirnya sedar yang dia sukakan Rauf. Seronok baca cerita ni, pengakhiran cerita tu memang suspense sungguh.
Profile Image for Hani~.
147 reviews2 followers
February 28, 2025
Pilih untuk baca buku ni selepas baca Lelaki Berkasut Merah (Bahruddin Bekri) sebab nak baca cerita dengan mood yang sama. Cerita orang-orang biasa, jalan cerita sederhana tanpa konflik atau plot berselirat, dan pastinya ada pengajaran serta "makanan minda".

Seperti novel-novel Imaen yang lain, mahalnya adalah pada kritikan-kritikan sosial dan politik yang terkandung di dalamnya. Beliau sampaikan secara santai dalam bahasa yang terjaga. Tidak bernada keras namun tetap terasa pukulannya.

Saya suka tiap kali Rauf berbalas hujah dengan rakannya atau dengan Cinta tentang definisi karya sastera dan realiti dunia buku. Teringat novela Hlovate (Garpu & Camca). Boleh dikatakan ini antara perkara paling saya suka dalam novel ni.

Rauf lelaki yang baik. Begitu juga Cinta. Tapi entah kenapa saya tak begitu rasa tertarik dengan soal hati mereka berdua. Saya rasakan seolah-olah Imaen wujudkan watak Cinta dan Hamidun untuk jadi lawan bicara Rauf bagi menjadi medan beliau sendiri (penulis) menabur pandangan, ideologi dan sindiran tentang sastera dan politik Malaysia.

-----

al-Fatihah untuk almarhum Imaen, penulis kegemaran saya. Membaca semula novel-novel beliau buat saya teringat satu kata-kata dalam novel Odisi Tanah Kencana - "Tulislah selagi ada masa, kerana pada akhirnya hanya tulisan yang tinggal".
Profile Image for Siti Nur.
23 reviews
September 2, 2018
Pertama kali membaca buku tulisan Imaen. Mengenalinya lebih mendalam lagi selepas pemergiannya. Kaksu banyak mencoret tentangnya di facebook membuatkan aku kagum dengannya. Moga dia ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman ameeen.
Buku ini berkisar tentang cinta dua darjat. To be honest, aku mendalami watak sebab macam ada kena mengena pulak dengan diri ni.
Tapi aku kagum dengan dua watak utama, hero dan heroin. Rauf (hero) tetap dengan pendiriannya. Tetap berusaha keras dari bawah untuk memajukan perniagaannya. Cinta (heroin) tak pernah memandang rendah pada Rauf walaupun Cinta itu anak orang kaya dan berada.
Penuh dengan nilai murni dan pengajaran yang patut kita kutip. Terima kasih Imaen 😃
Paling penting, banyak falsafah falsafah Rauf yang aku suka. Contohnya falsafah hidup dan kopi di ms310 dan banyak lagi
Profile Image for Khaulah Zulkifli.
94 reviews3 followers
June 1, 2013
1. cinta dua ideology berbeza.

2. imaen suka kan watak perempuan tak pakai tudung. he-heh. kalau igt-igt semua karya wanita tidak berhijab menjadi pilihan dia. kenapa ya?

3. watak jahat. 5 perompak yg dalam cerita ni buat saya teringat movie public enemy. cuma kebetulan saya membayangkan kyoto protocol band malaysia dalam versus tu. especially vocalist tu, fuad eh namanya? sesuai jadi danel tu.

4. cita-cita rauf buka kedai buku tercapai. sama seperti impian saya. ah-ah. lain. sikit. saya nak design library saya sendiri. jadi public library. dengan buku-buku saya ada sekarang ini.

5. pandai la imaen main rasa waktu klimaks tu kan. hampir saja nak campak buku ni. tapi, oh lelaki pun begitu eh bila berhadapan dengan dua wanita. tak tahu mana satu jadi pilihan.

6. ayah cinta dengan rauf sama seperti keluarga kami dengan datuk kadir, org kuat kg bukit. bila mana kami balik rumah atuk kami tidak berbicara perbezaan politik itu. kerana kami hormat atuk. cuma bila atuk tiada santai saja kami keluarga lain-lain mak saudara sepupu-sepapat cakap politik. eheh.

7. sesuai la untuk orang bertanya adakah orang berbeza pahaman politik dapat hidup bersama? dalam pahaman berbeza boleh diterima tapi yang kalau aktif dalam gerak kerja itu yang harus dipertimbangkan. hmmm...


Profile Image for Sufiyyah Zulkifli.
59 reviews6 followers
March 28, 2013
after more than one month i received the parcel, i unwrapped the plastic wrapping the books.

so good that reading the book on the hot like oven bus passed through sungai petani which is the main place setting of the novel. haha.

i'll update later lines i caught interesting. er.. i thought would be better, perhaps.

"Islam pun larang kita daripada menggunakan bahasa yang cabul atau mencarut. .." - Rauf, m/s 147, 148.

"Maksud saya adakah sebab dia tak ikut perintah Allah atau dia tak ikut perintah Manisyah?" - Rauf, m/s 204.

i can't recall why did i mark page 211? -_- maybe because of the Bosnia issue.

"Tip mahu menulis ialah buka manuskrip setiap hari. Kalau tak taip apa-apa pun, baiki titik atau koma." - Noor Suraya kepada Rauf, m/s 239.

'Moral cerita itu, kalau tak ada berada, takkan tempua bersarang rendah.' m/s 243


RAIKAN PERBEZAAN ANTARA KITA - motto cinta Rauf-Cinta.

chenta antara dua darjat (i think Imaen is making this theme his 'trademark'... and maybe by using this theme he can include those economics bussiness entrepreneurship theories inside. ahah)
politics. seems similar to Zuha-Falah, but more explicit and 'hot'ter discussion. haha.
Profile Image for Afiqah.
45 reviews5 followers
November 11, 2012
Secara peribadi, saya lebih suka baca penulisan lelaki kerana saya fikir penulisan mereka lebih keras dan kurang 'angan-angan' peribadi. :p
Karya saudara Imaen kali ini seperti biasa, ada unsur humor, serius, sinis, politik dan 'ganas' yang tersendiri. Saya terhibur dengan permainan pendapat yang selalu ditekankan dalam novel ini. Lagi-lagi apabila Rauf dan Hamidun berdebat. Dari situ, saya dapat tahu peribadi watak itu sendiri. Bagi saya, tak ada seorang pun sempurna dalam semua watak. Dan itu yang buat saya kagum. Tidak seperti watak-watak rekaan dalam novel-novel yang lain. Maafkan saya. (:
Tapi saya paling suka bahagian akhir cerita ni. Memang terbaik! Secara keseluruhan, saya suka cerita ini kerana penuh dengan sinis dan ketidaksempurnaan.

3 bintang untuk 'Urusan Cinta Belum Selesai' karya Imaen. Tahniah! (:
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
October 4, 2015
Urusan saya dah selesai... Imaen tidak mengecewakan setiap kali membaca karya beliau. Psycho 4 org pembunuh tu yang suka mandi darah.. wah planning diorang BAEK. tapi haizzz... Rauf yg mencari Cinta, aku beri senyuman tanda happy. aku cuma irritated dengan kawan Rauf yang ajak berdebat sastera dengannya. aku ini bukanlah pandai pun tapi approach kawan dia tu terlalu annoying. memang patut lah Rauf pun tak sekufu dengan dia. well novel ini by far a great read for me. sambil dapat improve lenggok bahasa santai dengan penuh kemelayuan.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
May 9, 2013
agk lama jugakla nk habiskan novel ni sbb kekangan masa...lg2 byk unsur politik..(tau2 je tgh demam PRU13 baru2 ni).. ok lah..byk pengetahuan yg kita boleh dpt..yg best ada babak tembak menembak..yg pasti Rauf jadik hero..:)
Profile Image for Hijrah.
62 reviews4 followers
September 24, 2013
Menarik. Membawa kita semua untuk berfikir tentang pelbagai isu. Penuh isi berkaitan dengan suasana dan isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia, secara langsung dan tidak langsung. Tambahan pula, Imaen ada juga turunkan tip untuk terus 'istiqamah' dalam menghasilkan manuskrip/cerita/cerpen.
Profile Image for Fira.
37 reviews5 followers
January 4, 2013
novel terbaik 2012!! speechless nak bagi ulasan sebab terlalu best.
cuma tak suka dengan nama Cinta, Kasih & Sayang tu..
Profile Image for rohanibr.
8 reviews2 followers
October 5, 2013
karya en imaen yang pertama dibaca, terus je rasa nak buat koleksi semua buku dia...
Profile Image for Fzh Hns.
45 reviews3 followers
July 29, 2016
Uina Rauf, dek kerana cinta kepada Cinta... Sungai Petani yang teda apa-apa ni terasa begitu indah?
Sia suka!
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.