Merekalah srikandi pada zaman mereka. Kisah mereka melahirkan inspirasi, kisah mereka memberi makna pengorbanan, dan daripada kisah merekalah mengajar erti cinta.
AMINAH
Ibu kepada junjungan agung, Nabi Muhammad SAW. Kisahnya mencoretkan erti cinta seorang isteri kepada suami, dan kasih seorang ibu kepada anak.
FATIMAH
Puteri kesayangan Nabi Muhammad SAW. Ayu wajahnya dan elok akhlaknya, sangat mengharum. Kasih sayangnya kepada sang ayah dan cintanya kepada sang suami, tiada tandingan.
RABIATUL ADAWIYAH
Wanita yang tidak punya suami, tidak juga punya anak. Wanita yang cukuplah Allah sahaja untuknya. Hidupnya hanya untuk Ilahi dan kisahnya adalah untuk renungan semua.
bismillah.... selawat dan salam ke atas Baginda junjungan kita sebagai umat islam...
buku yang membawa penuh makna dan erti bagi setiap insan yg bergelar wanita.. alhamdulillah...dapat juga ku kenali dgn terperinci srikandi2 islam ini....
penyusunan cerita yang bagus dan membuatkan ana sendiri seperti melalui segala musibah dan aktiviti yang mereka jalankan pada zaman mereka.. sungguh mulia wanita-wanita yg disebutkan didlm buku ini... kenali dan contohilah mereka semua.... insyaALLAH...bergembira seluruh penghuni langit dan bumi kelak...
alhamdulillah...jalan cerita yg senang di fahami dan seronok membuatkan ana semakin bersungguh-sungguh untuk menghabiskan buku ni dengan cepat....kerana terdapat setiap cerita baru selepas sahaja ayat sebelumnya tamat... ya benar...mungkin srikandi tu pangkat yg berat untuk kita sebagai wanita galas...tetapi, yakinlah..sesungguhnya ALLAH itu Maha Adil dan Maha Pemurah....
yakin dgn SYURGA ALLAH, insyaALLAH, segala yang ditempuh pasti manis...begitulah yang diluahkan oleh Rabiah..anak keempat dari 4 adik beradik miskin berketurunan Ismail....atau lebih dikenali sebagai Rabiatul Adawiyah... :)
Srikandi-srikandi Yang Benar. Buku berkulit keras setebal 464 muka surat. Himpunan kisah 3 tokoh wanita dalam lipatan sejarah Islam ; Aminah ibu Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam, Fatimah anakanda kesayangan Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam dan Rabiah Aladawiyah. Sesuai sebagai bacaan tetapi untuk rujukan bukanlah satu pilihan kerana ianya adalah fiksyen. Ini pertama kali membaca buku Tuan Zahiruddin. Mendamaikan. Seolah saya dapat mengalami peristiwa yang berlaku ke atas tokoh-tokoh wanita ini. Masya Allah. * Buku terakhir yang dapat diselesaikan sebelum pulangkan semula ke Perpustam
Alhamdulillah....usai pembacaan buku yang sarat dengan pengajaran, suntikan ketenangan, keindahan akhlak tiga srikandi pada zaman mereka; Aminah ibu kepada junjungan agung Nabi Muhammad SAW, Fatimah puteri kesayangan Nabi Muhammad SAW, Rabiatul Adawiyah wanita berilmu Sufi & makrifat yang hidup dan matinya hanya terdorong mengejar cinta agung kekasihnya. Five stars ⭐⭐⭐⭐⭐
* This read managed to soothe my extreme anger and hate towards the character and ending of the novel I just finished reading