Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rintik-Rintik Hanya Singgah

Rate this book
Hidup ini tidak hanya tentang kisah kita,
akan ada kisah dia dan mereka.
Antologi kisah kita mungkin tidak sama,
tetapi sudah pasti tidak banyak berbeza.
Begitulah hidup…


Ini kisah mengenai kehidupan. Kisah tentang ujian Tuhan dan ketentuan-Nya. Kisah mengenai pilihan. Sama ada mahu duduk ataupun terus berjalan. Mahu lupa atau mahu terus menyuluh ingatan. Ini kisah hati. Kisah manusia dengan Tuhan. Kisah seorang anak muda yang kembali pulang mencari pedoman.

"Temuilah tujuh perkara dalam tujuh masa duhai manusia. Tujuh manusia yang tidak diduga. Tujuh anggota inderanya. Tujuh sifatnya. Kerana yang tujuh akan pulang menuju satu. Kerana semua kisah akan memulangkan dirimu ke satu."

Ini kisah mengenai lupa dan ingatan.
-

382 pages, Paperback

First published April 1, 2012

1 person is currently reading
12 people want to read

About the author

Jamal Ali

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (10%)
4 stars
5 (50%)
3 stars
2 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (20%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Jamilah Norddin.
100 reviews17 followers
August 1, 2012
Ini novel pertama penulis yang menggunakan nama Jamal Ali ini. Jujur, sekiranya saya tidak tahu ini novel sulung, saya menjangka penulis ini sudah punya pengalaman menulis.

Ada satu tarikan dalam lenggok penulisan beliau, walaupun saya ada ayat-ayat yang perlu aku tarik nafas panjang untuk baca. Ada ayat-ayat yang perlu saya baca betul-betul supaya tidak terlepas makna. Jamal Ali sudah boleh jadikan gaya penulisan begini sebagai satu identiti beliau. Banyak daftar kata klasik, perkataan yang jarang diguna, dan lenggok ayat yang lain daripada kebiasaan. Ia percubaan yang baik.

Kata beliau lewat blognya, beliau sudah hadirkan hati beliau dalam penulisan ini. Sungguhlah yang hadir daripada hati lekat dalam hati jua.

Ini bukan sebuah resensi, hanya berkongsi pengalaman diri seputar pembacaan Rintik-rintik hanya singgah.

Tagline rintik-rintik hanya singgah: “hidup tidak hanya tentang kisah kita, akan ada kisah dia dan mereka. Antologi kisah kita mungkin tidak sama, tetapi sudah pasti banyak berbeza. Begitulah hidup.” Ia membawa saya sebagai pembaca untuk terus melekat pada bacaan.

Rintik-rintik hanya singgah lebat dengan kata-kata indah. Pesanan buat diri, pengamatan pada situasi kecil yang membawa makna besar, dan harga sebuah kegagalan yang membawa wataknya merenung diri.

Sesuai dengan judulnya, banyak kisah hujan. Tepatnya kisah ujian yang hadir dalam hidup kita. Latarnya juga sering melibatkan ‘hujan’. Hujan – simbolik ujian yang selepasnya ada kemudahan.

Kisah ini berlangsung hanya seminggu. Latar masa yang sangat singkat tetapi ibrah kisahnya seakan bertahun tempohnya. Bukan hanya kisah Rifqi Sabran, tetapi ingatan untuk kita-kita jua.

Saya petik beberapa kata:
“yang pasti pedoman Allah itu pasti akan sampai kepada mereka yang mencari-cari, bukan? Ia akan datang dalam berbagai-bagai bentuk dan cara. Malah punca datangnya juga tak terduga oleh kita”
“bagi orang bijak dan pandai mengenal hati mesti mereka akan berkata, “bukalah hatimu, kerana orang yang membuka hati memadailah walau sepatah...””

“hujan datang bukan selamanya. Ada masa ia akan berhenti. Dan seperti hari ini, hujan tidak bertandang diri. Mungkin esok ia akan datang, mungkin lusa ia akan bertandang. Tapi seperti ketika itu, kita sudah bersedia.”

Mahu tahu kisah sebenar harus membacanya sendiri. Pengalaman membaca yang lain buat saya pada novel sulung yang ditulis saudara Jamal Ali. Tengah pembacaan, jujur saya teringat pengalaman membaca Dunia Sophie (edisi terjemahan Sophie’s World) yang padat dengan falsafah. Ceritanya tercantum-cantum dan perlu berhati membacanya. Jika tidak, boleh tenggelam dalam pembacaan. Demikian membaca Rintik-rintik hanya singgah yang ketika membacanya, mahu sahaja saya catat banyak kata hikmah dan nasihat yang dilakar pengalaman.

Dalam kisah Rifqi Sabran, saya boleh membaca diri saya. Pada watak yang mengiringi kisah Rifqi Sabran, ada banyak hikmah yang dapat dikutip.
-pertemuan dengan senior di masjid – kemudiannya berjumpa dengan orang yang sama di situasi berbeza
-pertemuan dengan lelaki gelandangan di kedai makan
-peristiwa ayah dimasukkan ke hospital yang akhirnya membawa Rifqi kepada bacaa yang ditulis sendiri ayahnya.
-kisah Hambali.
-kisah seorang buta yang ditemui di stesen bas dan membawanya ke kedai kedai.
-dan watak utama yang mengiringi kisah Rifqi: pemuda berambut putih.

Pada cerita punya ibrah. Ceduklah buat bekal hidup. Allah mengajar kita dengan bermacam cara dan situasi.
Tahniah, Jamal Ali dengan kelahiran sulung yang mantap!

Bacaan wajib para pencari hikmah. Ya, saya sendiri pembaca yang suka mencari hikmah pada kisah daripada mereguk fakta-fakta pejal. Justeru, ceritera ini memberi makna pada diri. Dalam hidup kita ada kisah orang lain, dan dalam kisah orang lain, ada kisah kita.

Hujan singgah hanya sementara, mentari akan datang, dan mungkin pelangi turut muncul.

Hiduplah dan jangan putus asa!

Bacalah dengan hatimu, apa yang mahu disampai pengarang akan menyentuh sanubari.
Profile Image for Jamal Ali.
82 reviews5 followers
May 17, 2013
Novel ini adalah karya sulung saya. Hasil penulisan empat bulan pada hujung tahun 2011.

Sinopsis secara tak langsung boleh didapati di blog saya di alamat seperti berikut (http://kusujud.blogspot.com/2012/06/s...), malah saya sekali melampirkan seperti di bawah.

---

Sinopsis:

Rintik-rintik Hanya Singgah adalah kisah seorang pemuda - Rifqi Sabran namanya, seorang mahasiswa.

Dalam kehidupannya di universiti, Rifqi Sabran menghadapi kesulitan dalam pembelajaran. Musibah itu tampak merundum semangat dan moralnya. Dia hampir putus asa. Rifqi Sabran hampir bertindak di luar batasan.

Namun, Tuhan itu tidak sesekali membiar hamba-Nya berseorangan. Seorang pemuda yang tak dikenali - berambut serba putih - datang tak diduga. Pemuda itu adalah takdir, dan Rifqi Sabran diberi peluang. Satu nasihat dikirim oleh Tuhan. Kerana Dia sayang.

Rifqi Sabran disedarkan bahawa penawar itu ada pada kehidupannya. Hanya dia yang mampu menyembuhkan dirinya.

"Temuilah tujuh nan tiga dalam bertujuh masa. Tujuh anggota, tujuh sifat, tujuh manusianya. Dan semua tujuh akan pulangnya pada nan satu." Itu pesan pemuda tak bernama.

Lalu, Rifqi Sabran mula berkembara dalam kehidupan. Kehidupan biasa, tapi isinya penuh makna. Satu demi satu jawapan bertemu dan ditemu. Saling berkaitan, ada siratan. Kisah sahabat. Kisah di tengah malam, dalam sunyi, balik renyai hujan, bawah sinar lampu jalan. Kembara mimpi. Kembara lampau. Kisah bila abah pulang. Setiap satu mendatang dengan maksud tersendiri.

Semua kisah adalah hujan rintik-rintik. Ia adalah kisah hati. Kisah janji.

Pada penghujung hari ketujuh, Rifqi Sabran telah kembali untuk mendongak. Di tepi tasik, berhampiran masjid bercitra putih - tempat pertemuan permulaan kisah - dua insan tersebut kembali bertemu. Di situ, misteri segalanya perlahan-lahan terungkai.

Tuhan tak sesekali membiar ia sebegitu. Begitulah hidup kita.

---

Novel ini berkisah tentang filsafat kegagalan - tentang apa seseorang perlu lakukan bila berhadapan dengan kegagalan, maksud sebenar dan hikmah yang tersembunyi di balik kegagalan. Sebagai novel pertama pastinya ada banyak bahagian yang perlu diperbaiki seperti penceritaan dan kekuatan filsafat yang menjadi tunjang utama novel ini.

Namun secara keseluruhan saya menyarankan novel ini buat sesiapa yang mahu lari daripada novel konvensional dan sesiapa yang gemar dengan hujan dan sepi malam.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.