Secara keseluruhannya ini adalah nukilan tentang pengetahuan, perasaan dan pandangan dia. Juga tentang seseorang, sesuatu dan apa saja seputar kehidupannya. Jadi hamba kira Hitamputih boleh juga dikatakan sebagai sebuah naskhah terbitan umum bagi catatan-catatan peribadi Taj Addin.
Membaca Hitamputih membuat hamba cuba menjadi lebih berperasaan dari biasa (bukanlah kebiasaannya hamba tak berperasaan langsung - hehe). Ini mungkin kerana hamba melihat buku ini sebagai sebuah catatan peribadi penulis, tidak sebagai sebuah naskhah fiksyen seperti bahan bacaan hamba selalunya.
Menariknya lagi buku ini adalah fotografi-fotografi sang penulis yang turut dimuatkan bersamanya. Dan ya, termasuk sekeping cekera padat lagu Belaian Jiwa 1432 nyanyian Al-Mawlid juga. (^_^)
Antara bait-bait kegemaran hamba dalam buku ini adalah,
Kau tersenyum...
Aku tersenyum...
Dia tersenyum...
Malah semua pun senyum...
Jadi yang mana satu pembohongan,
Senyuman itu atau musibah ini?
(Senyuman dan Pembohongan; muka surat 63, Hitamputih; Taj Addin)
p.s Setelah membelek kulit buku barulah hamba tahu Taj Addin sebenarnya adalah ahli kumpulan Innuendo.