Jump to ratings and reviews
Rate this book

Katarsis

Rate this book
Sajak-sajak Zaen Kasturi tidak menyamai sajak-sajak penyair lain. Hampir keseluruhannya sukar difahami kerana Zaen menggunakan simbol-simbol yang amat peribadi. Walau bagaimanapun, Zaen amat yakin dengan kaedah persajakannya. Ini menyebabkan sajak-sajaknya Rahman konsisten dari segi pengucapan. - Rahman Shaari

87 pages, Paperback

First published January 1, 1993

2 people are currently reading
23 people want to read

About the author

Zaen Kasturi

13 books16 followers
Zaen Kasturi merupakan seorang penulis prolifik yang banyak menghasilkan karya sastera dalam pelbagai genre namun kecenderungannya lebih kepada penciptaan puisi. Penglibatan beliau dalam dunia penulisan sastera bermula sekitar tahun 1980-an dan merupakan penulis generasi baharu yang berani bereksperimen dengan teknik penulisannya. Beliau mempunyai corak atau gaya penulisan tersendiri dalam menyalurkan permikirannya dalam karya sastera dan terikat dengan gaya konvensional. Gaya inilah yang membentuk identiti bagi setiap karyanya. Karyanya yang unik memaksa khalayak mengerahkan minda mereka untuk mentafsir makna tersirat disebalik setiap paparan kata-kata yang digunakan.

Dalam Laporan Panel Hadiah Sastera Malaysia 1992/1993, Zaen disifatkan mempunyai ciri kepengarangan yang khusus, dengan nilai-nilai keinsanannya yang berbeza dengan pengarang-pengarang yang lain, akan tetapi perspektif yang dipilihnya melalui jalan filosofikal, mencabar gerak fikiran realisme untuk meneroka ke dalam dimensi perjuangan hidup, simbolisme, keagamaan, konsep diri, sufisme, antarteks dan aliran seni garis-garis dan warna seni lukis (Lim Swee Tin, 2011: 27).

" Memang. Bahasa Zaen memang kuat. Daya imaginasi Zaen tinggi. Dan Zaen sememangnya seorang seniman. Zaen seorang pelukis yang boleh menghasilkan pendapatan daripada lukisan-lukisan potret ketika bergelumang di Pasar Seni. Zaen juga mahir dalam muzik, bermain gitar. Suara Zaen juga sedap bila membaca puisi. Garau dan jantan, yang memikat. Memang ramai gadis terpikat dengan Zaen yang semulajadinya kacak, tetapi masalahnya Zaen terlalu pendiam. Dalam pada itu Zaen adalah atlit yang cukup aktif. Zaen mewakili pasukan bolasepak negeri Melaka pada era 80-an dan juga terlibat aktif dalam sukan lain... " (S.M. Zakir)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (60%)
4 stars
2 (13%)
3 stars
4 (26%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
January 26, 2015
Katarsis adalah kumpulan puisi terawal Zaen Kasturi. Pun kita ibarat diserbu dan digerpak oleh kata-kata yang membawa pedang makna yang tajamnya menghukum pemikiran kita. Tidak hairanlah penyair Rahimidin Zahari menganggap Zaen Kasturi, antara tiga penyair yang meruntuhkan puisi sebelumnya dan membina hukum yang baharu (selainnya ialah Usman Awang dan Latiff Mohidin).

Kumpulan puisi ini memang menyelongkar makna kehambaan yang tergantung antara bumi nafsunya dengan langit Tuhannya dan meneroka makna hakiki kemanusiaan yang dirimbuni oleh nafsu yang telah menyesatkannya. Pada lapis pertama, bahasa dalam puisi ini sendiri menjadi onak dan duri yang sekiranya tanpa persediaan intelektual dan rohani yang cukup akan mengganggu perjalanan kita menuju ke lapis makna yang berikutnya.

Profile Image for Jack Malik.
Author 20 books21 followers
December 12, 2023
Kumpulan puisi yang baik.

Banyak yang mempesona tetapi tidak ada “keberatan.” Citra Islam dan Timur Tengah begitu kuat. Sesiapa yang meminati sajak-sajak spiritual, Katarsis menawarkan perihal tersebut.

Juga, bagi pemuisi muda yang ingin menerbit bersama Kata-Pilar Books, naskhah ini sesuai untuk dijadikan rujukan (dari segi gaya bahasa dan penyusunan sajak).

Antara karya dalam buku ini paling saya suka:

Kata
Kata ii
Bunga Tulip Hutan
Jatuh
Mayapada
Sajak buat Pencuri Kasutku
Warna Apakah Itu?
Kelana di Negeri Angin
Dikunkan
Profile Image for Hani.
Author 4 books24 followers
November 17, 2014
Kumpulan ini perlu dibaca dengan teliti dan menghayatinya dengan hati. Tidak mudah memahami penggunaan simbol dan naratif yang dipakai oleh Zaen jika pembacaannya hanya santai dan membaca tanpa fokus. Namun, sekali berjaya duduk dan menghayati, begitu teliti Zaen menyirat makna dalam simbol yang hendak disampaikan kepada pembaca. Berbanding dengan Iga, saya lebih menyukai kumpulan puisi Katarsis ini. Ya barangkali itulah yang hendak disampaikan oleh Zaen, kelegaan emosi yang akan ditemui oleh pembaca sejurus habis membaca dan menghayatinya. Malangnya kumpulan ini sudah susah dicari dipasaran. Barangkali pihak penerbit boleh mempertimbangkan untuk menerbitkan ulang Katarsis.




puteri, urat-urat mindaku dari akar pertama meranggas
ke liang-liang tanah basah - menerka bau kemarau musim
purba. esok kutitipkan lagi puisi lain buatmu - barangkali
tentang seorang pertapa tuna yang gagal membawa pulang
sepasang tapakan kaki kijang putih untuk sang puterinya.
kali ini kau jangan bertanya kenapa aku masih ingin bercerita
sesuatu denganmu walau ada sebaris kabut merentang jalan
lengang antara rumah tidurmu dengan teratak igauku!

Zaen Kasturi, Puisi Sang Cintamalang buat Sang Puteri - Sesudah Menggenapkan Syarat Pertapaannya.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.