Jump to ratings and reviews
Rate this book

Selamat Datang Ke Malaywood

Rate this book
Menghimpunkan 18 buah cerpen yang penuh dengan magis-magis kritikan budaya, sosial dan politik. Semua cerpennya menghapuskan sempadan antara fiksyen dan realiti, tergelincir daripada hukum logik, menjungkarbalikkan plot dan persoalan, malah bebas daripada ikatan ruang serta waktu.

319 pages, Paperback

First published June 1, 2012

12 people are currently reading
91 people want to read

About the author

Roslan Jomel

17 books25 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (13%)
4 stars
33 (44%)
3 stars
26 (34%)
2 stars
5 (6%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 30 of 31 reviews
Profile Image for Luc Abdullah.
Author 6 books61 followers
Read
August 11, 2012
ITBM, seakan memberi nafas baru pada antologi cerpen dan puisi para penulis Malaysia, walau ia bukan untuk menggantikan DBP (dah ramai yang bandingkan ITBM dan DBP).

Antologi ini telah dua kali ditolak oleh penerbit-penerbit lain (nama antologi ini sebelumnya ialah Semenanjung Borneo) dan akhirnya ITBM menerbitkan dengan sampul buku yang amat menarik, surreal line art. Tiada lagi rekaan grafik primitif yang menjadi kayu ukur para penggila sampul buku yang mahu jatuh cinta pada pandang pertama.

Kebanyakan cerpennya sangat sinikal (bukan sinikal yang kontemporari) dengan simbol-simbol dan hiperbola yang dimasukkan. Absurd. Bagi saya lah, kerana saya seumpama terperangkap dalam bawang merah ketika membacanya. Tak tahan dengan kepedihan bau bawang, saya terpaksa kopak dari dalam untuk melarikan diri tapi makin saya kopak, makin luas ruang dalam bawang, tapi biasalah, bawang kan berlapis-lapis. Boleh juga dikatakan saya ter-beli tiket bermain roller coaster di mana saya tidak menyukai permainan itu, dan akhirnya saya telah mabuk roller coaster.

Cerpen Mesej yang watak utamanya ialah Mohamad Zamrin bagaikan simbolik penulis-penulis yang berada di luar kotak konvensi, tetapi barangkali ialah Roslan Jomel sendiri, sekaligus mengingatkan saya dengan Etgar Keret, cerpen Creative Writing. Bukan mengatakan mereka sama, tetapi berada di genre rak buku yang sama.

Berlapis-lapis yang saya maksudkan adalah kebanyakan yang terkandung dalam buku ini (seperti juga Namaku Epal Kuning) adalah fiksyen tentang fiksyen tentang fiksyen yang berlainan. Bukan yang fiksyen tentang fiksyen yang sama. Pendek cerita, metafiksyen yang masih menyentuh kehidupan manusia yang kecil-kecil perwatakannya dalam kehidupan, tetapi diangkatnya dalam kritikan halusnya.

Dipendekkan lagi cerita, saya lebih menyukai koleksi cerpen beliau yang ini.

"Pesanan? objek apakah itu?" Petikan dari cerpen Mesej.
Profile Image for Syafiq Ghazali.
35 reviews6 followers
July 22, 2012
Roslan Jomel adalah Mohamad Zamrin - ingin mencipta suatu gaya penulisan relevan dengan suasana kontemporari. Saya harap sangat dia berjaya.

Keseluruhan cerpen di dalam Selamat Datang Malaywood ini bernada sinis dan tajam sekaligus menonjolkan kebijaksanaan Roslan Jomel menyusan kata dan menganyam naratif. Boleh dibilang, Roslan Jomel adalah Franz Kafka dan Haruki Murakami Malaysia.

Diharap dengan munculnya penulis sastera seperti dia, landskap sastera negara akan berubah dan lebih mekar agar lebih mendunia.

"Pesanan? Objek apakah itu?"
Profile Image for Hanif.
34 reviews
Read
October 24, 2012
Ada mesej yang padat, pedas dan padu di sebalik kisah-kisah fiksyen yang kadangkala agak 'mindfucked' seperti Lelaki Yang Menetak Anaknya. Masih dibayangi Epal Kuning tapi kali ini karya Roslan Jomel sangat mengujakan.
Profile Image for Mardia Awang.
41 reviews2 followers
March 3, 2018
3.8. Intens untuk pembaca ringan macam saya. Suka cerita Barbie sampai saya pun rasa nak terjun bila fikir apa benda saya buat selama ni di pejabat. Cerpen yang ikan duyung tu pun menarik juga. Saya rasa saya belum cukup sedia baca koleksi cerpen ni, dan bercadang satu hari nanti akan ulang baca, mungkin.
Profile Image for hans.
1,158 reviews152 followers
October 29, 2012
Wow imajinasi fiksi penulis sangat tinggi kalah atap rumah aku. Jujur cakap aku suka gaya penulisannya, segar bugar macam kena detox. Kagum juga bila tanah malaya ada penulis begini. Lebih dari satu cerpennya aku suka, mungkin lebih dari lima (takde masa nak kira aih). Jadi sekarang aku sedang fikir haruskah aku beli hasil tulisannya yang lain (?) hmmm.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
September 25, 2017
Aku beri 3.5 untuk kumpulan cerpen yang menang anugerah ini. Mungkin sebab tema kritikan sosial bukanlah suatu yang aku gemari sangat atau mungkin kerana garapan RJ dalam buku ini kurang menyengat. Tapi ada beberapa buah cerpen yang sangat2 menarik perhatian seperti Barbie, Mesej dan Bawang Putih Bawang Merah.
Profile Image for AZRGHZL.
101 reviews6 followers
October 10, 2012
Menyelak buku ini ibarat sengaja menyuntik dosaj sedatif yang menjurus aku lebih cenderung ke arah kekeliruan mental digetus oleh gangguan fungsi kognitif rentetan daripada perasaan mahu lena diulit mimpi sekaligus membawa aku ke fasa delirium yang gemar dimainkan oleh penulis. Tarik nafas, secara jujurnya aku kerap terlelap ketika membaca buku ini, bukan kerana jemu tapi merasa seolah himpunan perkataan yang di-hiperbola-kan oleh penulis sekiranya aku menjadi Roberta Flack, tidak akan berkehendak lagi akan lagu yang mampu membunuh aku secara perlahan-lahan tetapi berkehendak pula akan himpunan perkataan.

Barangkali kebanyakan orang meminati cerpen "Lelaki yang Menetak Anaknya", aku tidak. Aku lebih gemarkan sorotan dan pecahan beberapa cerpen perihal seorang penganggur lelaki berusia 39 tahun yang menyewa dan menghuni sebuah bilik beraroma darah pijat. Sayangnya, ia sebuah cerpen.
Profile Image for Johan Radzi.
138 reviews197 followers
May 23, 2014
saya rasa semua cerpen-cerpen R.J. ok (Petang Sentimental Tuan Banana adalah kegemaran saya ok!), sampailah saya tiba di Lelaki Yang Mendetak Anaknya. Saya kira cerpen itu terlalu panjang dan meleret-leret. Saya rasa agak terseksa utk meneruskan pembacaan sampai akhir. cerpen-cerpen sesudahnya juga begitu - dengan pengecualian cerpen Tidak Dibenarkan Menulis Cerita Buruk dan Semenanjung Borneo yg saya rasakan masih baik.
Profile Image for Encik Psychopath.
Author 1 book11 followers
October 24, 2012
Rangkaan naratif yang menarik, tidak stereotype dan ditulis dengan perspektif yang berbeza. Sesetengah cerpen yang meleret dengan perlahan sehingga berjela-jela dan melemaskan pembacaan tetapi pedas dan padu dengan mesej. Walaubagaimanapun dengan buku setebal ini dirasakan berbaloi untuk dimiliki.

Kulit buku yang cantik dan berkualiti.

Profile Image for sn_fiq.
162 reviews11 followers
April 14, 2019
Pro:
Gaya bahasanya cantik dan teratur, sedap dibaca.

Con:
Stress baca buku ini. Watak-wataknya mengalami krisis dalam kehidupan, dan tiada penamatnya. Tiada juga unsur moral ditonjolkan dalam buku ini. Mungkin memang ini yang penulis mahukan, tapi saya stress baca buku ini. Susah nak menghabiskan membacanya. Mungkin buku ini tidak sesuai untuk saya.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
May 15, 2017
Pertama kali membaca Roslan Jomel (RJ). Di #PBAKL2017 tempoh hari, aku membeli semua karya RJ di reruai ITBM. Dan pergi ke reruai DBP, tak ada stok Namaku Epal Kuning.

Membaca RJ ibarat membawa kita ke alam fantasi yang lain, tetapi tidaklah karya yang sangat berat hingga tak faham langsung.

Pada mula bacaan; aku agak skeptik dengan tulisannya kerana tiada arah. Tetapi selepas 2-3 cerpen, baru aku dapat adapt; buku ini membawa kita ke lembah yang berbeza. Banyak cerpen-cerpen dalam buku ini yang menarik, santai, kelakar, sinikal, absurd, menghentam masyarakat dengan hiperbola yang melampau; sehinggakan kalau tak berhati-hati membacanya, tak ada faham dan boleh lost.
Profile Image for Lyla Ibrahim.
194 reviews6 followers
November 13, 2012
Akhirnya berjaya menghabiskan buku ini. Saya suka membaca buku ini tetapi mungkin kerana saya belum biasa dengan gaya bahasa sebegini membuatkan saya lambat menghabiskan buku ini.

Namun begitu, apa yang saya suka tentang ini ialah Roslan Jomel mampu membawa beberapa isu dalam kehidupan seharian dalam satu cerita dan mengolah cerita dengan begitu baik sekali. Walaupun kadangkala saya merasa bosan membaca, saya tetap mahu membaca kesemua cerpen dalam buku ini.

But, I think it's just way too heavy for my taste...
Profile Image for Ophan Bunjos.
Author 8 books36 followers
October 10, 2013
setahun! wah, tempoh masa yang begitu lama! aku di mana selama waktu-waktu itu berlalu?

oh, aku baru sedari yang aku baru saja keluar dari Malaywood! celaka lah satelit-satelit yang menyesatkan aku. biar mereka diserang tentera-tentera kosmos!

aku capek!!!
Profile Image for Ramzah Dambul.
Author 9 books59 followers
December 4, 2014
Sebuah buku yang tajam dengan kritikan masyarakat. Persembahan yang segar dan sedap dibaca. Ia memberi provokasi minda dan menguja daya fikir pembaca. Buku yang sangat sesuai dimahsyurkan di Malaysia dalam situasi sekarang yang bejat dengan limpahan bacaan-bacaan yang terlalu pop dan klise.
Profile Image for Ruslan Bukhari.
87 reviews3 followers
April 16, 2019
Aku membaca cerpen-cerpen awal karya ini dengan sangat perlahan. Ini merupakan satu kejutan budaya untuk aku. Aku sejujurnya tak pernah baca karya sebegini jadi aku perlukan masa yang banyak untuk menghadamnya. Setelah tempo dan ritmanya mula aku kesan, wah aku tak mampu berhenti pula. Bingung di tengah-tengah bacaan, ini fiksyen atau realiti? Betul, minda kau tak akan mampu membezakannya. Ini karya atau magis?
Profile Image for Najah Mustapa.
91 reviews5 followers
July 9, 2021
Kalau sebelum ni aku sukar untuk habiskan dan mengambil masa 2 tahun tapi tidak habis juga. Tapi akhirnya tahun ini aku berjaya habiskan dalam masa 2 bulan dengan kadar bacaan yang perlahan. Ternyata menarik dengan gaya bahasa yang bagi aku tidak terlalu rendah tapi tidaklah terlalu tinggi. Cuma dari segi imaginasi penulis itu buatkan aku terpaksa mengulang baca beberapa kali sesetengah bahagian itu. Paling menyeksakan lelaki yang menetak anaknyaa. Fuhhh, susah nak habis kan.
Profile Image for Wan Atiee.
38 reviews22 followers
February 24, 2013
Pada pendapat saya buku ini telah memberikan suatu nafas baru kepada pembaca nya. Saya juga meminati sebuah lagi karya dari penulis yg sama iaitu epal kuning. Selamat membaca!
Profile Image for helmymuhammad.
47 reviews3 followers
October 24, 2013
Roslan Jomel,menggeletek keseluruhan tubuh dengan naratif bersahaja,seperti membaca 1 teks lengkap..
Profile Image for Syahirah Jani.
46 reviews1 follower
March 6, 2017
Penulisan sastera Melayu kontemporari, dikatakan gaya penulisannya bukan bersifat nasional, lebih terbuka kepada corak penulisan antarabangsa. Berunsuk mistik dan sinis, tidak dinafikan memang ada pengaruh daripada nama-nama besar antarabangsa seperti Murakami dan Garcia Gabriel Marquez. Saya sejujurnya menghargai usaha penulis untuk membawa karya sastera Melayu yang lain daripada karya-karya sastera konvensional, malahan saya sendiri penggemar novel-novel fiksi (fiction) dan fiksi sastera (literature fiction), namun saya merasakan sebahagian daripada karya beliau banyak diceritakan dalam satu dimensi sahaja. Latar cerita yang ditulis banyak diilhamkan daripada budaya dan suasana di Malaysia, namun gaya naratifnya seperti tidak fokus, mudah tersasar dan bersifat monolog (lebih kepada perbincangan peribadi penulis, penulis bertanya dan penulis yang menjawab). Saya sebagai pembaca merasa amat sukar untuk mengikuti arus pemikiran penulis yang sering bertukar topik dalam penceritaan dan seolah penulis tidak membuka ruang untuk saya sebagai pembaca menyertai jalan cerita tersebut. Bagi saya, penulisan seperti karya "Lelaki Yang Menetak Anaknya" bersifat peribadi, bukan ditulis untuk hiburan pembaca mahupun pembaca sendiri, malahan penulis gagal menyediakan minda pembaca untuk menerima segala hiperbola dan perbandingan yang ditulis dalam cerita tersebut dalam satu frekuensi dengan penulis. Kesudahannya pula diakhiri dengan penutup yang tidak berkesimpulan konkrit dan mesej yang disampaikan masih terlalu samar buat pembaca sampaikan saya merasa menyesal menghabiskan masa membaca cerita tersebut. Seperti copy carbon Murakami, namun Murakami masih mempunyai simbolik dalam penulisannya yang boleh difahami malah mudah dijangka juga kadang-kala.
Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak lagi karya menarik yang ditulis seperti "Selamat Datang Ke Malaywood", " Timbus Bayi" dan "Kekeliruan Bawang Merah" yang memberi nafas baru dalam penulisan sastera Bahasa Melayu.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews332 followers
October 8, 2025
18 cerpen yang magis - yang menolak sempadan konvensional antara realiti dan fantasi, antara logik dan absurdi.

Aku tertarik dengan pilihan nama Malaywood ni sebenarnya - metafora yang aku rasa memang sesuai untuk lanskap budaya kita yang sarat dengan kepalsuan, hipokrasi, dan kegilaan media serta politik. Dalam dunia Malaywood, watak - watak bergerak dalam ruang yang tak tetap, masa yang terputus - putus, dan logik yang sentiasa tergelincir.

Aku suka cerpen "Selamat Datang Ke Malaywood", "Kamera", dan "Penyiaran". RJ bijak memanipulasi struktur naratif untuk menyingkap realiti yang lebih dalam - realiti yang tak dapat ditangkap oleh media arus perdana atau wacana rasmi.

Ini sebuah karya yang menolak kepalsuan budaya popular dan menyoal semula nilai - nilai yang kita anggap sebagai "normal". Ia mengkritik budaya selebriti, politik identiti, dan media massa yang membentuk persepsi masyarakat secara manipulatif dengan kesedaran sosiopolitik yang tinggi, tapi bukan dengan gaya khutbah atau propaganda yang membosankan. RJ menggunakan absurditi dan realisme magis untuk memancing renungan yang mendalam.

Dan harus diingatkan yang kumcer ni agak eksperimental. Ada beberapa cerpen yang aku rasa seperti sketsa atau fragmen idea yang belum masak sepenuhnya. Struktur yang terlalu bebas sebegini kadangkala buat aku keliruan, maybe sebab tak biasa dengan gaya realisme magis atau naratif non-linear cara RJ.

Seorang penulis yang belum terlambat untuk dikaji karyanya.

4.2 / 5 stars
Profile Image for Fahmi Khir.
71 reviews3 followers
July 31, 2018
Menghabiskan cerpen Roslan Jomel adalah kelegaan dan ketidakpuasan dalam satu masa yang sama.
Profile Image for Hairie R.
28 reviews8 followers
January 2, 2021
Nak bagi 5 bintang tapi cerpen Lelaki Yang Menetak Anaknya buat aku hilang sabar dan hampir nak tutup buku terus.
Profile Image for Nasrul Hadzir.
12 reviews
October 7, 2021
Koleksi cerpen mempunyai gaya penulisan tersendiri.
Penuh dengan kritikan sosial.
Cuma ada cerpen yang terlalu panjang dan agak meleret.
Profile Image for Iza B. Aziz.
224 reviews29 followers
June 26, 2022
Terasa agak kecewa dengan buku kali ini. Mungkin kerana saya juga terlalu mengharap tinggi terhadap himpunan cerpen dari Roslan Jomel.

Setiap kisah yang ditulis cukup luar biasa, tiada batasan dan fantasi luar universal.

Namun keseronokan membaca saya sedikit terganggu kerana ada beberapa cerpen yang meleret-leret dan tiada kesudahan yang tetap.

Sebagai seorang yang ingin meningkatkan penggunaan perkataan baru dan tatabahasa. Roslan Jomel memang kaya dengan bahasa yang cantik serta rapi.

Apa yang saya boleh kata hampir 100% kisah cerpen dalam buku ini membedah masalah depresi manusia.

Buku ini sesuai untuk dibaca sebagai selingan harian. Bukan pada setiap masa ☺️
Profile Image for Aziz.
Author 5 books27 followers
December 17, 2015
Kulit depan kumpulan cerpen kedua Roslan Jomel ini cukup memikat. Diterbitkan oleh ITBM (kumpulan cerpen pertama beliau Epal Kuning adalah terbitan DBP) kumpulan cerpen ini terdiri daripada 18 buah cerpen bermula dengan Selamat Datang Ke Malywood dan diakhiri dengan Semenanjung Borneo (susunan yang sangat cantik saya kira).

Dan diantaranya ialah sebuah dunia fiksi Roslan yang kompleks, penuh renungan, idea, emosi, ejekan, kemarahan dan hentaman pada sisi-sisi kehidupan yang ditampilkan dengan suara yang memberontak pada pengucapan sastera melayu yang semakin klise.

Tokoh-tokoh cerpen Jomel kebanyakannya ialah tokoh-tokoh menghuni dunia bawah sedar masyarakat, yang bergelut dengan persoalan-persoalan abstrak masyarakat dan mereka ini cuba memahami persoalan-persoalan ini secara manusiawi tanpa terbelenggu dengan pola pemikiran-pemikiran besar yang kerapkali mencengkam struktur budaya masyarakat establishment.

Dan untuk menghidupkan watak-watak itu Roslan menampilkan cerpen-cerpen yang cuba melanggar struktur sastera melayu konvensional dengan menghidangkan kita dunia fiksi dengan watak-watak aneh yang pada pendapat saya tidak lain dan tidak bukan ialah bertujuan meghancurkan penjara realiti yang kerapkali menyembunyikan wajah kotor kita, agar pada akhirnya kita mampu bercermin dengan lebih jujur tanpa berselindung dibalik tirai wajah tokoh-tokoh konkrit yang kerapkali menjadi pelindung kelemahan dan kebodohan masyarakat kita.

Teknik penceritaan Roslan ini harus ditangani dengan teliti oleh pembaca. Jika tidak pembaca akan tersesat dalam labirin permainan Roslan yang menjungkir balikkan kata-kata agar ianya bebas membentuk dunianya yang tersendiri.

Kecuali mungkin cerpen Sebilah Parang untuk Menyayat Malam yang agak berjejak pada realisme, lain-lain cerpen bagi saya ialah satu pencarian pengarang untuk lebih memahami seni sastera dalam bentuknya yang tidak terikat dengan struktur yang telah membeku.

Bagi saya kehadiran Roslan Jomel dalam persada kesusasteraan melayu seakan jirusan air dingin pada tubuh sastera melayu itu sendiri. Menyegarkan. Membangkitkan.

Untuk pembaca yang bersedia mengembara bersama Roslan dalam dunianya yang berwarna-warni itu, kumpulan cerpen ini ialah sebuah tram yang wajib dinaiki.
Displaying 1 - 30 of 31 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.