Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Senafas Angsa

Rate this book
Menampilkan 15 buah cerpen dengan tema yang pelbagai serta diolah rapi dengan keindahan dan keelokan bahasa. Cinta Senafas Angsa merupakan kumpulan cerpen yang ditukangi dengan penuh kesedaran ilmu oleh penulisnya.

173 pages, Paperback

First published June 1, 2012

2 people are currently reading
19 people want to read

About the author

Tuah Sujana

6 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (34%)
4 stars
11 (47%)
3 stars
3 (13%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Nur Asilah.
94 reviews
October 26, 2012
Kumpulan cerpen demi cerpen yang tidak mengikut susunan kemantapan penulis sedikit sebanyak memberikan kerehatan. Momentum untuk berkerut dahi tidaklah saya rasakan ia berterusan, ya, saya nikmati karya Tuah Sujana yang sedikit sebanyak membantu dalam pencernaan makna dan keluasan kosa kata Bahasa Melayu itu sendiri.

Melihat kepada pembentukkan ayatnya juga, sejujurnya saya melihat pada kesegaran. Saya merasakan seolah sesebuah ayat itu enak dinikmati; antaranya dalam Sumpah Bakawali- Pulau ini meneruskan dengkurnya yang lena. -Terlentang menadah embun, tertiarap memakan pasir.

Melalui karyanya, saya juga belajar untuk memperbaiki penulisan sendiri. Pembacaan seolah guru.

Melalui karya Kalbu Tengkujuh, saya merasakan detak jantung yang berterusan, masakan tidak, mengikut haluan perjalanan cerpennya kerana ingin tahu dan terus tahu apa kesinambungannya.

Membaca karya-karya Tuah Sujana di dalam buku ini selain memberi suatu macam pendedahan, pembaca seperti saya mulai terdedah dengan pelmacam ilmu. Saya tegaskan di sini, ilmu, bukan dari segi informasi.
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
February 13, 2013
AKHIRNYA! Entah berjuang, entah berperang, hamba merasa seperti melalui pertarungan sengit untuk menoktah-akhirkan buku ini. Terlalu banyak gangguan tak ter-elakkan sepanjang dua bulan ini antaranya kerja, kuliah dan 'ketidakrajinan' (sekarang hamba percaya malas itu boleh menjadi gangguan paling merbahaya antara semua :-P).

"Cerita dalam kumpulan ini diolah rapi oleh Tuah Sujana dan bahasanya sangat indah dan bersih. Tidak syak lagi Cinta Senafas Angsa merupakan sebuah kumpulan cerpen yang ditukangi dengan penuh kesedaran ilmu oleh penulisnya."
Begitulah catatan di belakang CSA yang menjelaskan secara ringkas tapi total tentang karya ini tanpa menyusahkan pembaca untuk menyusun kata-kata. Benar, Tuah Sujana berbahasa dengan sangat indah dalam cerpen-cerpennya. Dia juga bercerita dengan amat lancar dan matang sepertinya dia seorang penulis senior yang berusia 40 tahun (ini satu pujian ya :-D). Cerita-ceritanya juga tidak kosong tanpa bekalan keilmuan. Dan jujur, hamba sempat malu sendiri kerana hamba ternyata cetek fikiran berbanding penulis yang dua tahun lebih muda dari hamba.

"Aku tahu, jika aku jatuh untuk kali kelapan, bermakna aku perlu bangkit untuk kali kesembilan. Titik." ~ dari cerpen Lensa di Cordova, 'Cinta Senafas Angsa', Tuah Sujana.

Satu perkataan yang menyimpul secara menyeluruh apa yang hamba rasakan ketika menutup buku ini iaitu KAGUM. Untuk seorang anak muda yang baru menginjak usia 21 tahun dan sudah menghasilkan kumpulan cerpen seperti CSA, Tuan Sujana sememangnya seorang penulis (baca: pengkarya) dengan bakat yang luar biasa. Ya, lihat juga siapa antara guru-gurunya; Nisah Haron dan Faisal Tehrani.

"Ada yang datang membawa harapan tapi lebih ramai yang pergi meninggalkan senaskhah persoalan." ~ dari cerpen Kidal, 'Cinta Senafas Angsa', Tuah Sujana.

Jika harus memilih, hamba pasti mengatakan cerpen Kidal adalah kegemaran hamba tanpa alasan yang hamba tahu untuk menjelaskan tetapi apabila hamba membaca sepintas lalu untuk kedua kali, hamba amat menyukai Mimpi Senja Kirmizi. Cerpen berciri keislaman yang dilatarkan dengan cara yang berbeza, menarik dan mistikal. Namunn ya, cerpen Di Perkampungan Jawapan turut menambat hati hamba dengan kesederhanaannya.



p.s Sudah terlalu lama 'kesesatan' mencari laman Goodreads. Hehehe.
Profile Image for Jamilah Norddin.
100 reviews17 followers
February 15, 2013
Tuah Sujana. Nama ini pertama kali saya dengar ketika bengkel Minggu Penulis Remaja 2007. Editor majalah di DBP menjadikan cerpen beliau 'cinta senafas angsa' cerpen antara cerpen terbaik dalam Tunas Cipta tahun 2007. Ketika itu saya tidak suka cerpen itu, entah mengapa.

Wujudnya facebook mengenalkan saya pada pemilik nama pena Tuah Sujana dan melahirkan kagum dalam diri apabila dalam usia muda dapat menembusi tembok Dewan Sastera.

2013, saya berpeluang membaca kumpulan cerpen sulung beliau, Cinta Senafas Angsa, dan rasa tidak suka berubah menjadi suka cerpen-cerpen yang ditukang beliau. Ini antara penulis yang matang dalam menulis walaupun usianya muda. Tentu sekali seorang yang rajin membaca bacaannya luas (berdasar cerpen yang saya baca. Saya hanya mengenali tulisan beliau, bukan orangnya)

Bahasa yang baik
Saya sangat senang bahasa yang digunakan pengarang dalam cerpen-cerpen beliau. Segar dan menambah kosa kata saya sebagai pembaca. Selain cerita dan ilmu yang disampaikan pengarang dalam sesebuah tulisan, saya sangat senang dengan tulisan yang menggunakan bahasa yang santun dan baik.

...Dari atas langit, kedengaran guntur memecah kesunyian diiring bunyi gemeretap sebaik sahaja rintik hujan menimpa bumbung gerai. ... (m/s165)

JUDUL-JUDUL CERPEN DALAM CINTA SENAFAS ANGSA:

Bianglala Gaza
Teja, di Sisi Prahara
Cinta Senafas Angsa
Lazuardi
Gendala Cinta Arkad
Sumpah Bakawali
Alkisah Toyol
Di Perkampungan Jawapan
Kalbu Tengkujuh
Rindu Salman
Lensa Cordova
Sebelum Rintik
Mimpi Senja Kirmizi
Jendela antara Purnama
Kidal

Dengan tema pelbagai daripada cinta, zaman persekolahan, budaya, ibrah kisah haiwan, dan kemanusian; pengarang membawa pembaca ke dalam cerita yang di tulis. Latarnya tidak hanya di Malaysia, malah ada cerpen beliau berlatar luar negara.

Kekuatan cerita-cerita beliau bagi saya ada bahasa yang beliau gunakan. Dalam semua cerita, saya sangat menyukai Di Perkampungan Jawapan. Kisah seorang jutawan yang menemui dirinya setelah berada di sebuah kampung. Manis sekali kisahnya!

Ternyata, pengarang akan pergi lebih jauh dan mewarnai dunia sastera tanah air. Semoga beliau akan terus menghasilkan karya yang bermutu.

Profile Image for Hana Ahmad.
57 reviews27 followers
June 25, 2014
Tulisannya mengingatkan saya akan karya-karya penulis kontroversi; Faisal Tehrani.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.