Bagaimana hikmah dan rahasia yang terkandung dalam ibadah puasa, terutama bagi kehidupan rohani manusia? Dampak puasa terhadap pandangan hidup dan pembentukan pribadi seorang muslim, diulas lengkap dalam buku karangan Prof. DR. HAMKA ini. Karena puasa sesungguhnya adalah latihan mengendalikan nafsu, khususnya nafsu makan dan nafsu seks. Kedua nafsu itu perlu dikendalikan agar tidak menjatuhkan martabat manusia yang telah dipilih menjadi khalifah atau wakil Allah di bumi ini, itulah salah satu hikmah puasa.
Selain memaparkan dampak puasa, tarawih dan idul fitri terhadap tradisi dan budaya bangsa-bangsa yang beragama Islam, buku ini pun membahas masalah jumlah rakaat salat tarawih dan witir sebagai salah satu amalan sunnah yang diutamakan selama bulan Ramadhan. Melalui penjelasan dalil, sunnah Rasulullah dan pokok-pokok pikiran para ulama, Buya Hamka mempersilahkan pembaca menentukan sendiri mana yang lebih afdol.
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.
Antara yang menarik, Hamka membandingkan falsafah puasa dengan falsafah 'nafsu perut' Karl Marx dan 'nafsu faraj' Sigmund Freud. Sebelum Karl Marx dan Freud ini muncul, terlebih awal filosof Islam Al-Ghazali telah menyatakan bahawa dua faktor menentukan hidup manusia dan kedua-dua faktor itu amat perlu bagi hidup iaitu syahwat perut dan syahwat faraj.
Syahwat perut boleh menyebabkan berlaku perebutan rezeki yang tidak mengenal damai antara manusia kerana hendak mengisi perut. Timbul pertentangan kelas, antara kaya dan miskin dan timbullan dendam yang tidak berkeputusan.
Begitu juga jika syahwat faraj tidak terkendali, darjat manusia nescaya akan runtuh menjadi binatang. Orang tidak perlu lagi mengenal siapa bapanya kerana semua lelaki boleh menyetubuhi ibunya.
Maka Tuhan kurniakan kepada manusia akal dan agama. Akal yang murni sesuai dengan agama yang suci. Agama mengatur agar dalam mengisi perut, manusia harus kenal halal haram. Dan di dalam mengisi syahwat faraj, manusia harus ikuti peraturan nikah dan kahwin.
Puasa adalah kendali atas syahwat perut dan syahwat faraj yang datang dari dalam diri kita sendiri. Satu bulan lamanya nafsu makan dan nafsu seks dikendali, dan ini bukanlah perkara kecil melainkan akan sangat berbekas di jiwa!
Ringkas, tepat dan padat mengenai hal-hal seputar puasa, tarawih dan Solat Aidilfitri.
Selain membandingkan gagasan yang dibawa oleh Marx, Sartre dan Freud, Hamka menjentik kolam hati pembaca mengenai al-Quran apabila beliau menulis,
“Namun, para ahli tasawuf mengkajinya lebih “tinggi” lagi dibandingkan yang dibahas oleh ahli fiqih. Mereka katakan bahawasanya Al-Qur‘an yang mulia dan suci tempatnya tinggi sekali, terletak di Lauh Mahfuzh bersama dengan Arasy dan tempat-tempat mulia dan tinggi, yang tidak dapat dicapai oleh otak manusia dan dengan pancainderanya. Kita terima pendapatnya karena iman yang ada dalam dada kita. Oleh sebab tempat yang terlalu tinggi itu, tidaklah semua orang akan dapat mencapainya. Al-Qur‘an dapat dibacanya, tetapi belum tentu masuk ke jiwanya, karena martabat jiwanya terlalu rendah. Tingkatkan martabat jiwa terlebih dulu ke tempat yang tinggi, ke posisi Arasy dan Kursi dan Lauh Mahfuzh, barulah dia akan menghayati apakah Al-Qur‘an sebenarnya. Walaupun kita berwudhu setiap hari bahkan terus-menerus, belum tentu Al-Qur‘an yang terletak di Lauh Mahfuzh dapat menyentuh jiwanya. Hal itu karena jiwanya terletak di tempat yang rendah, jiwa yang disebut pada surah al-Ahzaab, yaitu menjadi orang yang sangat suka menganiaya dan sangat zalim.”
Khatam buku ke-9 bagi tahun 2021 - Tuntutan Puasa, Tarawih & Shalat Idul Fitri - Prof. Dr. HAMKA [28 Mac 2021]
Buku ini bukanlah sebuah buku fiqh puasa, walaupun ada disebut juga beberapa isu fiqh dalam ibadah puasa.
Namun buku ini banyak memfokuskan pada falsafah-falsafah dalam berpuasa itu sendiri, termasuklah untuk membina ketaqwaan, menahan diri daripada nafsu perut dan nafsu syahwat, mengutamakan yang utama, menjaga akhlak, empati terhadap orang susah, tolong menolong dan membebaskan jiwa kita daripada belenggu hawa nafsu keduniaan.
Antara yang best dalam buku ini termasuklah cara HAMKA explain berkenaan syahwat manusia pada perut (makanan) dan kelamin (seksual), dan apa kaitan keduanya dengan puasa? Dan apa kaitannya dengan kehidupan seharian kita?
Bila kita baca, baru kita faham erti sebenar puasa itu bukanlah hanya untuk menahan lapar dan dahaga sahaja.
Suka baca mutiara hikmah daripada buya HAMKA. Alhamdulillah tamat bacaan buku ini pada hari ini.
Walaupun bukunya kecil, tetapi kandungannya padat dan mantap.
OpenBuku ini menerangkan tentang puasa, Tarawih dan solat Aidul Fitri dari aspek cara ibadah Dan juga falsafah Hamka.
Pertamanya Hamka menghuraikan tentang puasa, tahun diwajibkan puasa bagi umat Islam dan menghuraikan ayat Quran tentang puasa. Selain itu, Hamka menceritakan masyarakat apabila datangnya Ramadhan di Indonesia.
Setelah itu Hamka menerangkan tentang Tarawih. Perbahasan rakaat yang menjadi perbezaan antara ulama Islam berdasarkan hadis dan kitab ulama muktabar dalam Islam.
Hamka menerangkan kaifiyat melakukan solat sunat hari raya mengikut sunnah.
Selain daripada menerangkan hal puasa, Tarawih dan solat hari raya Ada diselitkan tentang kemerdekaan indonesia dan negara2 orang Islam yang lain.
Bukunya bagusss.. mengajarkan makna puasa itu apa, kenapa kita harus berpuasa, dll. Terus aku dapet ilmu baru tentang Tarawih dan shalat Ied yang jarang dishare di sosmed.. rekomen banget deh buat dibaca.