"Sepuluh Ribu" adalah koleksi cerpen yang ditulis oleh Sepuluh penulis amatur berdasarkan sepuluh foto yang ditugaskan kepada mereka. Foto-foto tersebut membawa makna yang berbeza, dan tugas para penulis adalah untuk menghuraikannya, menjadikan ia sumber inspirasi. Suatu cabaran yang menarik dari Wani Ardy.
Cerpen 1 - Agak hambar sedikit. Aku berkerut dahi berkali-kali apabila membacanya. Mukadimah yang tidak sesuai.
Cerpen 2 - Picisan hidup seorang kutu kampung yang berakhir dengan anti klimaks. Janggal. Aku tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh penulis kerana plotnya seperti sedikit terganggu.
Cerpen 3 - Boleh tahan. Zara Suryani mengisahkan tentang pengalaman seorang fotografer didalam suasana tempikan Bersih 3.0. Gaya penceritaannya menyenangkan. Santai.
Cerpen 4 - Aku tidak berapa jelas apa yang cuba disampaikan. Tentang manusia yang boleh melihat "bakal" mayat atau apa? Mungkin penulis gagal menghuraikan disitu.
Cerpen 5 - Aku terharu sekejap ada Sign dari Athina pada permulaan helai cerpen beliau. Hasilnya baik, mendalam, serta penuh surreal. Aku sukakan dialog yang terbit antara Jimi beserta tiang lampu, sepertinya dialog dari teater Usman Awang.
Cerpen 6 - Kisah cinta remaja. Well, boleh tahan, cuma endingnya gagal diolah dengan lebih berkesan.
Cerpen 7 -Aku sukakan yang ini. Plotnya, bahasanya yang indah, olahannya baik meskipun Mosyuki Borhan tidak dapat lari dari gaya menulis puisi.
Cerpen 8 - Sama seperti cerpen 1. Aku agak hampa apabila foto yang mempamerkan perempuan dengan punggung yang cantik ditafsirkan begini. Serius.
Cerpen 9 - Dalam banyak-banyak cerpen, Ezzah Mahmud paling berjaya memaut hatiku. Bahasanya yang lancar dan galir, tidak kekok, serta disuntik dengan ajaran Islami. Cuma frasa "Khali. Jeda. Diam. Sepi. Mati!" yang diulangkan banyak kali itu serasa dilebih-lebihkan.
Cerpen 10 - Aku tersenyum berulang kali kala membacanya. Ia mengingatkan aku pada "Awek Chuck Taylor" yang dihasilkan Nami, kerana mereka mengangkat gaya yang sama, penceritaan yang santai dan lucu. Malahan, Adi Wafi juga berjaya mengolahnya dengan baik. Harapnya beliau akan menulis cerpen lagi.
Cerpen 1: Berjaya menipu aku, olahannya nice dan refreshing.
Cerpen 10: Juga nice, even masih berlingkar dengan tema cinta tapi cara dia olah tu catchy(entah perkataan yang tepat atau tidak)
Cerpen 5: Absurd lebih tepat menggambarkan cerpen ini, better dari tema cinta yang digarap dalam cerpen-cerpen lain.
Cerpen 8: Memasukkan watak penulis ke dalam cerpennya. Boleh tahan, kalau improvisekan lagi cerpen ni menarik juga.
Manakala cerpen lain puitis betul. Barangkali latar penulis bermula dari puisi. Tetapi kebanyakan masih mengangkat tema kasih sayang antara manusia. Itu pilihan mereka, yang menyebabkan saya favor cerpen 1.
p/s: Ia adalah koleksi fiksyen santai, macam Sepucuk Pistol Dalam Laci. Jadi, sejujurnya masih ada ruang yang luas untuk mereka selepas langkah pertama, walau langkah pertama sumbang. Aku tertarik dengan penulisan penulis cerpen 1.
Selain dari karya Mosyuki dan Tun Boja Bistara, yang lain2 sangatlah randum. (atau mungkin aku bias?) Review lengkap aku akan tulis bila aku ada masa dan mood nanti.
setiap penulis diberikan satu gambar untuk masing-masing menulis sebuah cerpen berdasarkan gambar tersebut. konsep yang menarik, buatkan setiap kali aku mula membaca cerpen yang baru, aku bukak dulu page hadapan, untuk lihat, gamba apa yang diberikan, dan apa cerita yang bakal ditulis. bila dah setel cerpen dok tilik2 lagi, apa kaitan gambar ni dengan cerpen tadi? haha (-.-")
menarik. untuk kupas satu-persatu cerpen dalam buku ini mungkin tidak mampu. tapi ada satu dua cerpen yang menarik perhatin dan lekat di ingatan, dan ada yang buatkan kening bercantum tanda tak faham. mungkin seni dalam jiwa aku kurang. aku cuma dahagakan cerita yang diolah menarik. walaubagaimana pun, kisah yang berkerut kening dapat dimaafkan dengan kisah yang bersahaja tapi masih berselirak di sini sana. interesting.
Balik dari Open House K. Yati, Athina hulur pada aku buku 'Sepuluh Ribu'. Aku kembali menghulurkan kepada beliau 20 ringgit. Tadi masa makan-makan kat rumah kak Yati, aku sebut dekat Athina yang aku teringin nak beli buku dia. Dengan sepantas kilat Athina jawab "Oh I ada bawa dalam kereta nanti balik I bagi you". Maka tertunailah hasrat aku untuk memiliki buku sulung Athina.
Sementara menunggu Athina menyerahkan dua buah buku lagi untuk dibeli oleh Zed dan Azzad aku belek-belek buku ni. 'Eh, antologi cerpen rupanya' monolog aku yang berseorangan di dalam kereta Athina yang berbau kucing itu. Aku lupa nama kucing dia. Aku mati-mati ingat dia sorang je yang tulis buku ni, huhu..
cerpen yang dihasilkan daripada tugasan sekeping gambar oleh sepuluh penulis dengan setiapnya mendapat gambar yang berbeza nyata menarik minat aku. Hampir kesemua cerpen berjaya membawa mood aku ke lapisan paling atas, dengan keterujaan pada tahap maksima.