هذا الكتاب يتحدث عن أبو بكر الصًديق أول الخلفاء الراشدين هو أبو بكر الصديق بن عبد الله بن أبى قحافة، 573-634 أحد أعاظم العرب وأول من آمن برسول الله(ص) من الرجال ومختار الرسول فى الهجرة ورفقيه فى الغار وصفيه وخليله وأول خليفة للمسلمين يتسلم مقاليد الدولة الاسلامية بعده رحم الله أبو بكر وأجزل له الأجر والثواب أنه كان من عباد الله المخلصين ، والآن هيا بنا نطالع ما كتبه هيكل بتوسع عن اشهر مشاهير الإسلام ابو بكر الصديق
Mohammed Hussein Heikal[a] (Arabic: محمد حسين هيكل Egyptian Arabic pronunciation: [mæˈħæmmæd ħeˈseːn ˈheːkæl]; August 20, 1888 – December 8, 1956) was an Egyptian writer, journalist, politician. He held several cabinet posts, including minister of education.
He obtained a B.A. in Law in 1909 and a PhD from the Sorbonne University in Paris in 1912.
While a student in Paris, he composed what is considered the first authentic Egyptian novel, Zaynab. After returning to Egypt, he worked as a lawyer for 10 years, then as a journalist. He published articles in Al Jarida. He was the cofounder of Al Siyasa newspaper, the organ of the Liberal Constitutionalist party for which he was also an adviser and was also elected as its editor-in-chief.
شاعر وأديب وسياسي كبير مصري درس القانون في مدرسة الحقوق الخديوية بالقاهرة وتخرج منها في عام 1909م. حصل على درجة الدكتوراه في الحقوق من جامعة السوربون في فرنسا سنة 1912م، ولدي رجوعه إلى مصر عمل في المحاماة 10 سنين، كما عمل بالصحافة. اتصل بأحمد لطفي السيد وتأثر بأفكاره، والتزم بتوجيهاته، كما تأثر بالشيخ محمد عبده وقاسم أمين وغيرهم.
كان عضوا في لجنة الثلاثين التي وضعت دستور 1923، أول دستور صدر في مصر المستقلة وفقا لتصريح 28 فبراير 1922م. لما أنشأ حزب الأحرار الدستوريين جريدة أسبوعية باسم السياسة الأسبوعية عين هيكل في رئاسة تحريرها سنة 1926. اختير وزيرا للمعارف في الوزارة التي شكلها محمد محمود عام 1938م، ولكن تلك الحكومة استقالت بعد مدة، إلا أنه عاد وزيرا للمعارف للمرة الثانية سنة 1940م في وزارة حسين سري، وظل بها حتى عام 1942م، ثم عاد وتولى هذا المنصب مرة أخرى في عام 1944م، وأضيفت إليه وزارة الشؤون الاجتماعية سنة 1945م.
اختير سنة 1941م نائبا لرئيس حزب الاحرار الدستوريين، ثم تولى رئاسة الحزب سنة 1943م، وظلَّ رئيسًا له حتى ألغيت الأحزاب بعد قيام ثورة 23 يوليو 1952. تولى رئاسة مجلس الشيوخ سنة 1945م وظل يمارس رئاسة هذا المجلس التشريعي حتى يونيو 1950م حيث أصدرت حكومة الوفد المراسيم الشهيرة التي أدت إلى إخراج هيكل وكثير من أعضاء المعارضة من المجلس نتيجة الاستجوابات التي قدمت في المجلس وناقشت اتهامات وجهت لكريم ثابت أحد مستشاري الملك فاروق.
تولى أيضا تمثيل السعودية في التوقيع على ميثاق جامعة الدول العربية عام 1945م، كما رأس وفد مصر في الأمم المتحدة أكثر من مرة
افضل ما في الكتاب وحدة الموضوع و تسلسل الأحداث بدون تكرار وبدون ذكر الروايات المختلفة وقد ذكر الكاتب رحمه الله ما اطمئنت اليه نفسه ورجح عنده .. الكتاب ممتاز وانصح به لمن لا طاقة له بكثرة الروايات..
ika anda beli bukunya mungkin di tahun 2009 ini sudah melabihi Rp100.000. Alhamdulillah ketika jalan-jalan di dunia maya ini, saya mendapatkan buku tebal ini dengan gratis, saya ucaokan terimakasih kepada Nurul Huda Kariem yang telah menyebarkan ebook ini.
Muslim mana yang tidak mengenal sosok Abu Bakar as-Siddiq ini? Seorang sahabat Rasululah dan yang terkasih. Pejuang Islam awal ini sangat besar pengorbanan dan jasanya, sehingga layaklah jika Allah menjanjikan syurga bagi Abu Bakar ra.
Kitab ini sangat luar bisaa menceritakan mulai nasab hingga wafatnya Abu Bakar ra. Apalgi jika anda membaca sepak terjanya dalam menggantikan Rasulullah SAW hingga menerusakan pondasi negara yang kuat. Profilnya yang lemah lembut, ternyata bisa garang ketika melihat kemaksiatan atau pelanggaran terhadap hukum-hukum Allah. Inilah sosok sahabat hasil pembinaan Rasulullah saw dengan karakter islamnya yang kuat dan berdedikasi yang tinggi dalam menjalankan amanah.
تحفظي الوحيد هو ذكر بعض المواقف للصحابة في بعض المسائل (مثل موقف عبد الله بن مسعود رضي الله عنه من تكليف زيد بن ثابت رضي الله عنه بجمع القران)بدون أدلة واستشهادات كثيرة ومقنعة... وهو عكس الوضع في أغلب الكتاب، حيث يقدم الكاتب الأدلة والاستشهادات على أغلب الموقف، ويؤكد في بعض المواقف أن الدليلضعيف (مثل موقف خالد بن الوليد رضي الله عنه مع القائد الروامين جرجه).
Saya membuat keputusan untuk membeli buku ini selepas membaca Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal yang asalnya ditulis oleh Martin Lings (Abu Bakr Sirajuddin), kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Farhan Affandi serta Al-Mustaqeem Mahmod Radhi dan diterbitkan oleh IBDE.
Saya mula membaca karya Martin Lings tersebut pada bulan April 2024 dan berjaya mengkhatamkannya dalam tempoh kira-kira tiga bulan.
Minat saya terhadap buku ini timbul selepas membaca karya Martin Lings mengenai sejarah hidup Baginda Rasulullah SAW. Buku itu berjaya memupuk kembali minat saya untuk membaca, setelah saya hampir dua tahun meninggalkan tabiat ini akibat kesibukan kerja dan kehilangan motivasi untuk membaca.
Secara jujur, kehilangan minat membaca itu mungkin juga disebabkan oleh pilihan genre saya sebelum ini, yang kebanyakannya adalah fiksyen atau fantasi seperti Dune dan Harry Potter. (Haha!)
Selepas menghabiskan pembacaan Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal dalam masa tiga bulan, pada awal Julai 2024, saya dengan penuh semangat mencari buku yang membincangkan sirah para sahabat Baginda. Akhirnya, saya menemui buku ini, Abu Bakr as-Siddiq: Liku-liku Hayat & Pemerintahan Khalifah Pertama, bersama sebuah lagi buku terbitan IBDE mengenai Sayyidina Umar Al-Khattab RA, khalifah kedua umat Islam. Minat saya terhadap sejarah tokoh besar Islam menjadi semakin mendalam.
Saya memulakan pembacaan kedua-dua buku mengenai sahabat Baginda Rasulullah SAW ini sebaik sahaja buku tersebut tiba, yang saya beli secara online melalui Shopee. Saya membaca kedua-dua buku ini secara bergilir-gilir hampir setiap hari, dan berjaya mengkhatamkan kedua-duanya dalam tempoh sekitar satu bulan atau lebih.
Buku mengenai Abu Bakr as-Siddiq ini berbeza dengan buku mengenai Umar Al-Khattab. Buku tentang Umar Al-Khattab lebih menyerupai analisis keperibadian dan perwatakan (character study), sementara buku Abu Bakr as-Siddiq lebih menekankan peranannya sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW.
Menariknya, buku ini terasa seperti sambungan langsung kepada Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal karya Martin Lings. Walaupun ditulis oleh penulis yang berbeza, kisah Abu Bakr dimulakan dengan hubungannya bersama Baginda dan diteruskan dengan peristiwa selepas kewafatan Rasulullah SAW. Buku ini seolah-olah menyambung naratif yang tamat dalam buku Martin Lings, menjadikannya seperti sebuah “sekuel”.
Lebih menarik lagi, sebahagian besar bab dalam buku ini turut menceritakan kisah Khalid al-Walid, panglima perang pada zaman Abu Bakr. Gaya penceritaan penulis, yang kadangkala memberikan perspektif dari sudut pandang Khalid al-Walid, amat memberi kesan. Terjemahan yang baik ke dalam Bahasa Melayu juga berjaya menangkap emosi pembaca, sehingga saya benar-benar dapat merasai kisah ini di lubuk hati.
Peranan Sayyidina Abu Bakr RA sebagai penggerak utama dalam mempertahankan dan memperluaskan pengaruh dakwah Rasulullah SAW tidak dapat disangkal. Sebagai khalifah pertama umat Islam, beliau memainkan peranan penting dalam mengekalkan kestabilan dan membuka jalan bagi perkembangan Islam ke seluruh dunia.
Secara kesimpulannya, buku Abu Bakr as-Siddiq: Liku-liku Hayat & Pemerintahan Khalifah Pertama karya Muhammad Hussein Haikal ini telah memberikan kesan yang mendalam kepada saya secara peribadi. Bukan sahaja ia membantu memupuk kembali hobi membaca yang telah lama saya tinggalkan, tetapi ia juga berjaya menarik minat saya untuk lebih mendekatkan diri dengan pegangan din saya, iaitu Islam. Alhamdulillah, dengan izin Allah, buku ini menjadi salah satu asbab yang membawa saya ke arah perjalanan spiritual yang lebih bermakna. Insya-Allah
Ramai orang memperkatakan tentang kegemilangan pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab tetapi perkara tersebut dapat dicapai kerana jalan permulaan kepada kecemerlangan itu telah dirintis oleh Saidina Abu Bakar. Dia kan bila baca buku macam ni memang akan berderai air mata sebab akan terselit kisah perjuangan Rasulullah SAW + cabaran yang bukan calang-calang Saidina Abu Bakar hadapi sebagai Khalifah pertama meneruskan perjuangan menegakkan dan menyebarkan Islam selepas kewafatan Rasulullah.
Antara 8 keputusan besar Saidina Abu Bakar sepanjang 2 tahun 3 bulan pemerintahannya:
1. Beliau menerima pelantikan sebagai Khalifah dengan hati yang berat. Asalnya Saidina Abu Bakar mencadangkan supaya Saidina Umar atau Abu Ubaidah yang dilantik sebagai khalifah selepas Nabi Muhammad SAW wafat.
2. Pengurusan tatakelola urustadbir berkesan berpusat di Madinah. Tiada panglimanya yang berpaling tadah.
3. Memerangai kaum yang murtad (umat Islam yang tidak mahu membayar zakat). Sejurus selepas Rasulullah saw wafat, wujud nabi-nabi palsu seperti Tulaihah, Musailamah dan Sajah (nabi wanita). Dasyat ye hendak memerangi golongan yang murtad. Begitu ramai pahlawan Islam yang gugur dalam perjuangan untuk menegakkan syiar Islam.
4. Mempertahankan keputusannya apabila dikritik daripada para sahabat yang rapat - mengekalkan keputusan Rasulullah saw melantik Usamah bin Zaid sebagai ketua panglima perang walaupun beliau baru berusia 20 tahun sedangkan ramai lagi panglima perang yang berpengalaman dan lebih berusia.
5. Memberi sokongan kepada Khalid al-Walid apabila beliau membunuh Malik bin Nuwairah dan mengahwini balunya yang masih dalam iddah sedangkan Saidina Umar mahu menghukum Khalid dan memecatnya dari jawatan ketua panglima perang.
6. Membuka Iraq dan Syam kepada kuasa Islam.
7. Isytihar perang terhadap 2 kuasa besar pada ketika itu - Rom dan Parsi yang sedang lemah akibat perebutan kuasa dan perang lebih 700 tahun.
8. Usaha pengumpulan al-Quran dimulakan oleh Saidina Abu Bakar atas saranan Saidina Umar selepas 39 orang penghafaz Al-Quran syahid dalam Perang Yamamah menentang mereka yang murtad yang dipimpin oleh nabi palsu, Musailamah. Cadangan pengumpulan Al-Quran ini dibincangkan juga bersama penasihat yang lain.
Tahniah IBDE kerana membuat penterjemahan menggunakan laras bahasa yang boleh difahami oleh rakyat marhaein macam den ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
الجميل فيه أنه بيحكي خلافة ابوبكر ك روايه شامله معظم جوانبها و يضع امام القارئ معظم الأقاويل عن اي واقعه ك بيعه ابوبكو و تخلف علي بن أبي طالب عن بيعته لكنه في قصه للفتوحات ليس فيه اي شئ من الصحه غير اسمها و ليس فيها من التفصيل شئ
بالرغم من غزارة المعلومات التي بطويها بين دفتيه إلا اني في انتظار النسخة الرقمية منه التي تستفيد من التكنولوجيا لتضم لنا الخرائط التوضيحية لمسارات الغزوات ورسم توضيحي للحصون والمدن التي افتتحتها لتظهر بشكل تصويري ولو مبسط بساله وشجاعه جيوش حروب الردة
الكاتب ماشاء الله عليه عبقري في اسلوبه والكتاب رائع في التسلسل الزمني للأحداث وبه ملخص للروايات الكتيرة المتضاربه عن الاحداث التي وقعت في هذه الفترة ،ولو أن الكاتب كان مفتونا بخالد ابن الوليد
لقد كان هيكل أنصف هنا، و أقل تحيزاً مما كان في "حياة محمد". قد شرح ظروف تولي أبي بكرٍ الخلافة، و شرح ما قاله كلٌ يوم السقيفة، و لم يسعً لأن ينصف الكل فيجعلهم كالملائكة، كما لم يبرر ما فعلوه و قالوه بما لا تحتمله أفعالهم و أقوالهم. و هذه روايةٌ لرجلٍ ما أظن إلا انه حاول ما استطاع ان يسلك طريق الحق، كما حاول المسلمين بعد وفاة الرسول، فرحم الله من استقام....
مع ان فترة خلافته قصيرة سنتين و 6 أشهر لكنه فعلت الكثير -رضي الله عنه
ففي خلافته حدث الكثير وأهمها حروب الردة وهي حروب ليست سهلة ابدا وكبيرة جدا فمن يظن ان ابو بكر في خلافته لم يفعل الكثير فمن يعرف ؟
ففي خلافته اخمد ثورة العرب وحولها الى انتصارت وفتوحات في العراق والشام
الكتاب يتحدث اولا عن حياة ابو بكر مع رسول الله ثم ينتقل الى ما حدث بعد وفاة رسول الله وكيف استلم الخلافة في سقيقة سعد بن ساعدة ثم اطل ق جيش اسامة الى الروم
ثم حارب المرتدين وحارب الرافضين للزكاة
وقد كانت حروب كبي��ة ثم اطلق خالد الى العراق وفتح منها ما شاء الله له ثم اطلقه الى الشام حيث كانت جيوش المسلمين تنتظره ثم تولى امر المسلمين وهزم الروم وفتح ما شاء الله له من ارض الشام
ثم يتحدث عن وفاة ابو ب��ر وعن خلافة عمر بن الخطاب له
ثم تحدث عن جمع القران الكريم وبين جميع تفاصيل الاحداث عنه
buku ini worthed. ditulis oleh biografer ternama, Muhammad Husain Haikal, yang sebelumnya telah menuliskan kehidupan Muhammad saw. dengan begitu rinci terutama dari aspek politisnya dalam 'Hayatu Muhammad'.
Lebih luks lagi jika membeli buku ini beserta 3 buku lainnya (Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib) dalam satu paket. Benar2 berharga.
رضي الله عن أبي بكر الصديق و أرضاه خلف رسول الله صلى الله عليه و سلم جمع كلمة المهاجرين و الأنصار حارب المرتدين و انتصر حارب الفرس و انتصر حارب الروم و انتصر جمع القرآن و استخلف على المسلمين عمر بن الخطاب رضي الله عنه جزاه الله خيرا