Jump to ratings and reviews
Rate this book

Saya Muslim, Awak Iman

Rate this book
Andai cinta hadir untukku,
hadirkanlah seseorang yang hatinya terpaut pada-Mu


Sejak mereka kenal, ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja salah faham. Iman dengan angin puting beliungnya. Muslim dengan angin pembakar amarah Si Iman.

“Perempuan ni kalau kecik-kecik dah malas, dah besar nanti, susah nak buat jadi bini!”
“Lelaki kalau kecik-kecik mulut dah macam longkang, dah besar nanti tak boleh jadi laki.”
“Iman… Muslim… sudah. Nanti kamu berdua yang abang kahwinkan.”
“Tak nak!!!”
“Kuat jodoh ni, cakap pun main serentak aje ni. Sesuai la kau orang.”
“Tak nak jugak!!!”


Benarkah tiada ruang untuk Iman-Muslim itu berdamai?
Kehilangan seorang adik merubah Iman dan membuatkan Muslim mati kata. Tatkala diri baru merasa teguh berdiri, datang pula rombongan meminang yang membuatnya bungkam kembali. Mengapa mesti ‘beliau’ menurut andai Iman bukan pilihannya sendiri? Perlukah Iman reda dengan takdir itu seperti dia reda dengan kehilangan adiknya?

Bahagia itu bukan hanya perlu dicari tetapi bahagia itu perlu dikenali

***

NUR FIZKKMI SATAR membawa kita mengenang kembali zaman kita mencari dan mengenali diri dalam Saya Muslim, Awak Iman. Beliau turut memaparkan isu kekeluargaan yang memikat hati kita untuk terus membaca.

453 pages

First published July 10, 2012

36 people want to read

About the author

Nur Fizkkmi Satar

1 book2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (31%)
4 stars
27 (29%)
3 stars
27 (29%)
2 stars
4 (4%)
1 star
4 (4%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Ummu Auni.
664 reviews
May 3, 2013
Sukar untuk saya menafsirkan perasaan saya membaca buku ini. Mungkin agaknya saya merasakan blurb pada buku, memberi gambaran akhir cerita ini bagaimana. Plot yang agak klise, Muslim & Iman diusik semenjak kecil, Razin Muslim yang suka mengacau Iman dan menyimpan hati pada Iman tetapi eksplorasi hati dan perasaan itu banyak bermain dengan perasaan sendiri. Saya kira cerita ini biasa-biasa, sentuhan tarbiyyah itu ada, cuma mungkin akan jadi lebih kukuh sekiranya penulis melakarkan tentang ijazah sarjana muda alam sekitar, sesuatu ilmu yang baru untuk saya. Degree yang tidak berapa dikenali. Apapun, masih cubaan yang baik dari penulis
Profile Image for Rodhiah Rahman.
79 reviews21 followers
July 22, 2013
Somehow, this book brings back old memories. .. So, istilahnya hati kering, ey? Heh.. Anyway, the main theme is a very good lesson, recommended for single teens n young adults out there, especially those who are still searching for the love that matters... Kudos to the writer for being able to write about things that i haven't realized until recently.. And for that, i thank u... :)
Profile Image for Diya Nordin.
Author 6 books34 followers
November 19, 2012
Alhamdulillah...

After few month(s) started to read this novel, hari ini dengan jayanya dah berjaya habiskan pembacaan. well-done dik! I really enjoy reading this book :)

I am not going to summarize the story in a long way. I'll try to make it simple and short; insha-Allah.

Saya Muslim, Awak Iman. Kisah dua remaja. Berpegang pada syariat. Insha-Allah. Each one of them masing-masing ada perasaan tapi tak pernah dilayan. Yang paling utama, cinta pada Allah will lead to true love between a women and a man in so call marriage institution. Betul la kan? Cinta yang diredai Allah itu adalah cinta yang terbaik :)

Lot's of thing yang dapat dalam cerita ni. Secara automatik, saya muhasabah diri sendiri. I wish I can be as good as Iman. As tough as Iman and insha-Allah, i'll looking forward to it :)

Being a good and true muslimah is ain't impossible. Lagi pun bila nak buat benda yang baik, Allah akan uji kita kan? Nur Fizkkmi Satar menulis dengan cara yang mudah, simple tapi melekat di hati. Banyak pengajaran ada di sini. And yes! Saya sendiri cemburu. I want to be better. Better like Nurul Iman.

Dan memang rasa worth it ada buku ni dalam simpanan.
Terima kasih dik, atas cerita yang manis.
Dan selamat menulis.
Insha-Allah, will have all of your book as my collection :)
Profile Image for AtIeyz Athirah.
1 review
June 18, 2019
Saya suka baca novel ini.. One of my favourite novels.. Jalan penceritaan yg cukup menarik sehingga saya dpt membayangkan situasi yg tergmbr dlm novel tersebut.. Good job penulis.. Kan best lau muncul dalam TV drama novel ni.. Sesuai utk student mcm sye yg blum prnah rasai pngalaman bercinta.. Alangkah indahnya kalau dpt merasai percintaan seperti Muslim dan Iman..
Dan senior lelaki saya juga ada yg brnama Muslim dan personalitinya sgt baik.. Dia seperti ala2 ustak, slalu pergi surau, Jaga pergaulan dan dia seorg yg amat baik.. Seorang yg ramah.. Dan saya salah seorang Pminat dia dlm diam2x.. 🤭 It my secret.. Biar hti je lh yg tau.. Hehe..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 18, 2013
Melihatkan kulit buku yang agak comel ni saya jangka kisahnya pun mesti agak comel. Ternyata, tekaan saya tidaklah tersasar jauh.

Mengenali Muslim Razin (Razin) dan Nurul Iman (Iman), memang tiada istilah 'berbaik' dalam kamus hidup mereka. Ada saja pergaduhan dan salah faham yang tercipta antara keduanya. Iman terkenal dengan angin puting beliungnya manakala Razin pula terkenal dengan sikap sebagai pembakar amarah si Iman.

Hubungan mereka berdua ni banyak diselamatkan oleh Zamil, abang susuan Iman merangkap teman sebilik Razin dan juga Ikhwan, adik Iman yang berkawan baik dengan adik Razin.

Sungguh pun hubungan antara keduanya tak begitu baik, ramai yang dapat menghidu rasa hati antara keduanya. Cuma masing-masing pandai menukar topik bila melibatkan hal hati dan perasaan ni.

Bagi Iman, dia tak sebaik mana untuk digandingkan dengan Razin. Iman ni sangat kagum dengan kisah cinta atuk dan opahnya yang bercinta selepas berkahwin. Jadi, dia pun berusaha untuk menjaga hati dan pergaulannya agar tak tersasar dan bakal menjadi maksiat hati. Dia tekad untuk bercinta dalam hubungan yang halal. Padanya, kalau dia tersasar, bukan hanya dia yang bakal menjawab di'sana', tapi para lelaki yang ada dalam hidupnya turut terlibat sama. Kan bagus kalau semua perempuan berfikiran macam Iman ni?

Bagi Razin pula Iman sukar untuk didekati. Menjadi pembakar amarah itu hanyalah satu jalan untuk berkomunikasi dengan Iman. Selepas pemergian Ikhwan, adik bongsu Iman, kesenyapan Iman makin menjauhkan hubungan antara keduanya. Cuma bila umi Razin berkenan untuk menjodohkannya dengan Iman, barulah mereka mula berkomunikasi. Itu pun bukanlah dalam keadaan yang 'baik'.

Dapatkahkah kedua mereka ni disatukan?

Bahagia itu bukan hanya perlu dicari tetapi bahagia itu perlu dikenali.

Komen saya: Saya sukakan kisah kekeluargaan yang diselitkan dalam buku ini. Kenakalan Iman tu pun seolah-olah wujud depan mata. Hehe. Di samping itu, saya rasa membaca kisah ini seumpama membaca karya Syud dan Hlovate. Oh, jangan salah faham. Penulis ini bukannya klon Syud dan Hlovate, cuma unsur-unsur gaya penulisan yang comel dan manis serta banyak peringatan membuatkan saya menyatakan begitu. Not bad untuk seorang penulis baru. Tahniah Nur Fizzkmi. Moga akan lebih banyak ilham lepas ini ya. :)

Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
October 15, 2012

Muslim Razin @ Nurul Iman

Uniknya 'percintaan' mereka. Walaupun tak terungkap tapi masing-masing punya prinsip dan arah tuju yang sama dan itulah yang menyatukan mereka berdua.

"Kalau cinta itu ada mada, tentu kita tidak payah bercerita fasal hati lagi. Kalau hati itu ada mata, pasti dia dapat mengungkapkan cinta dalam satu bahasa." (ms:317)

Bahagia itu bukan hanya perlu dicari, tetapi bahagia itu perlu dikenali. Kita takkan sedar kita sedang berbahagia jika kita sibuk mengukur kebahagiaan orang lain, itu kata papa. Hidup ini perlu dihadapi, payahnya hidup memberikan pengalaman. Mudahnya hidup, memberikan keindahan, itu kata mama. Manakala opah pula, hidup ini pinjaman. Terpulang kepada kita untuk menghargai pinjaman yang kita peroleh itu. Tapi, sanggupkah kita nak pulangkan hidup ini kepada-Nya dalam keadaan yang sia-sia? Tak malu?
(ms:184)
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
September 15, 2012
Nurul Iman & Razin Muslim

Kata Ustaz: "Iman itu sememangnya harus ada dalam diri setiap Muslim. Iman itulah yang membawa hala tuju hidup setiap Muslim sebenarnya. Tanpa Iman, hidup seorang Muslim itu sia-sia. Iman yang kukuh, membawa bahagia dunia dan akhirat. Iman yang lemah, akan membawa seorang Muslim itu tenggelam dengan dunia sementara."

Mereka kalau berjumpa, ada je bende yang nak digaduhkan & nak ditekakkan.. Tak pernah ada ruang damai..
Profile Image for Emma.
20 reviews
December 4, 2012


Membaca buku ini membuatkan sya befikir betapa byknya dosa zina hati, mata yg sya buat.... Bukan mudah menjd seorg iman kepd seorg muslim.... Hanya iman hati yg kuat bole memberi kekuatan dlm menempuh ujian drpdNYA..... Bacalah buku ini tuk perbaiki diri....
Profile Image for Izziewizzy.
80 reviews
December 10, 2012
Satu benda yang saya suka bila baca buku adalah bila buku tu dapat buat saya muhasabah diri saya sendiri dan 'Saya Muslim, Awak Iman' did it quite well.

Tahniah!

4 stars.
Profile Image for Noraim Ismail.
8 reviews4 followers
September 23, 2012
Its just cool. bergaduh dari sekolah, masing-masing simpan perasaan tapi disebabkan hubungan yang tidak halal, mereka menjadi musuh
Profile Image for ddaniiii._.
19 reviews
April 23, 2017
Cant explain how i felt after i read this book.

Precious, Islamic and everything is just perfect .
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.