Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kumpulan Cerita Rakyat Melayu Polinesia Jilid 1

Rate this book
Kumpulan Cerita Rakyat Melayu-Polinesia mengandungi 100 buah cerita rakyat yang berasal dari tanah daratan dan kepulauan yang sangat luas yang dikenali sebagai Melayu-Polinesia. Cerita-cerita rakyat Melayu-Polinesia ini mempunyai signifikannya yang tersendiri. Ia membawa makna penyatuan dan pemisahan, penjajahan, kemerdekaan dan kemajuan. Faktor-faktor inilah yang telah membentuk pelbagai warna masyarakat dan cerita yang berbeza-beza dalam alam Melayu-Polinesia itu sendiri. Warna dan alam inilah yang banyak dipaparkan kepada pembaca supaya tahu dan sedar betapa pentingnya erti kemerdekaan sesuatu bangsa, betapa hebatnya perjuangan datuk nenek yang terdahulu dan betapa berharganya pengetahuan tentang sejarah, latar belakang serta pengalaman hidup para leluhur kita pada zaman baharu.

771 pages, Paperback

First published January 1, 2007

1 person is currently reading
12 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (25%)
4 stars
1 (25%)
3 stars
1 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (25%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Hasanah HM.
72 reviews41 followers
May 18, 2014
Tujuan utama saya membeli dan membaca buku ini adalah sekadar untuk mengetahui cara hidup orang-orang Melayu dahulu kala. Buku ini, saya akui, membuatkan saya benar benar bersyukur dilahirkan sebagai seorang Muslimah dan juga dilahirkan pada zaman sekarang, walaupun tidak sempurna Islamnya namun kaya dengan kemudahan-kemudahan moden. Alhamdulillah.

Dahulu saya pernah bertanya pada diri sendiri, 'Jikalau manusia dicampakkan didunia tanpa diberikan panduan hidup (yakni AlQuran), bagaimanakah cara kehidupan mereka?' Nah, buku ini penuh dengan cerita-cerita atau sejarah dahulu kala...tentang nenek moyang kita. InshaAllah, akan terjawab juga disini jika saudara/saudari juga mempunyai soalan yang sama.

Terus terang saya katakan saya tidak suka apa yang saya baca. Kalau anda ingin saya simpulkan dalam satu perkataan tentang buku ini, saya akan kata 'NGERI'. Iya...benar-benar mengerikan. Terutama sekali apabila membaca cerita-cerita bermula dari Kepulauan Marquesas hingga ke Kepulauan Tumotu, Samoa, Tonga dan sekawasan dengannya. Acapkali diri ini beristighfar. Membunuh dan memakan manusia disertai dengan berpesta adalah amalan mereka seharian. Astaghfirullah, astaghfirullah. Namun, saya faham dan dapat saya terima kerana mereka dahulu benar-benar jahil. Islam belum sampai ke sana. Maka terjadilah perlakuan-perlakuan dan budaya aneh sebegitu.

Jika berbicara tentang apa yang suka dengan buku ini, saya memilih cerita Putera Takuyung dari Negara Malaysia. Rata-rata cerita-cerita dari negara Malaysia, Indonesia dan Brunei...mempunyai cerita dimana binatang pandai berkata-kata, sakti dan juga terdapat putera puteri dari Negeri Kayangan. Bahasa Melayu juga bahasa yang indah lagi halus. Ini yang membuatkan saya tertawan dengan cerita Melayu pada mulanya.

Ada beberapa perkara yang sering diulang-ulang dari berpuluh-puluh cerita dalam buku ini:
1) Ada 7 puteri-puteri kayangan yang sama cantik rupanya namun yang dipilih oleh si 'hero' adalah si Puteri Bongsu.
2) Ada cerita 'Cinderella' mahupun 'Snow White' versi Melayu dan juga negeri-negeri ASEAN. Teringin benar saya tahu dari mana asal usul Cik Cindy atau Cik Snowy ni. Nampaknya setiap negara ada versi mereka tersendiri.
3) Pabila adik-beradik atau teman rapat berkelahi, mereka akan bertarung, mencederakan sesama sendiri sehingga memecahkan anggota badan mereka. Dengan itu 'terciptalah' pulau-pulau atau gunung dari tubuh badan mereka.

Buku ini wajib dibaca bagi mereka yang ingin tahu asal usul bangsa Melayu. Bersedialah melalui pengembaraan yang 'ngeri'. Don't say you haven't been warned! :P
Profile Image for Aimi Nadiah.
53 reviews1 follower
July 31, 2022
Kisha melayu polinesia.

Membaca buku ini ibarat mengembara kepulauan yang indah. Pelbagai Cerita menarik untuk di teladani .

771 mukasurat
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.