Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cahaya Qaseh

Rate this book
"Aku tengok kau bukan main lagi nak raih balik cinta Qaseh tu."Tiba-tiba Amri bersuara. Pandangannya dihalakan kepada Tengku Aiman.

"Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?" tanya Tengku Aiman pula. Iman Hafifi hanya menjadi pendengar. Tidak mahu masuk campur.

"Tapi aku tengok Qaseh tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aiman. Baik kau cari perempuan lain. Tak pun kau ambik je Damia yang sampai sekarang masih terhegeh- hegeh kat kau tu. Buang masa je kau tunggu Qaseh." Sinis sahaja Amri berkata-kata. Tengku Aiman tergelak kecil.

"Aku rasa kalau aku buang masa sampai mati sekali pun aku tak kisah. Lagipun aku tak sakitkan hati orang lain. Tak macam kau, dah ada anak bini pun masih ada hati lagi kat Cahaya. Kau ingat aku tak tahu ke? Jadi, aku rasa kau yang patut sedar diri sikit. Jaga je anak bini kat rumah tu, daripada kau jaga Cahaya kat sini." Sela Tengku Aiman bersama hujah yang cukup panjang. Air muka Amri terus berubah.

Tengku Aiman, Amri dan Iman Hafifi. Tiga lelaki berbeza tapi mempunyai rasa yang sama iaitu rasa ingin memiliki hati Cahaya Qaseh. Namun tanpa mereka sedar, keinginan mereka itu membuatkan Cahaya Qaseh sering diherdik dan dihina oleh kekasih hati masing-masing.
Akhirnya, setelah puas berfikir, Cahaya Qaseh mengambil keputusan untuk menerima lamaran Tengku Aiman yang juga merupakan kekasih pertamanya. Tapi sayang, pilihan yang dibuat itu menyebabkan dia terpaksa berdepan pula dengan Syuhada dan Auntie Norly. Kedua-dua anak beranak ini punya agenda tersendiri. Selagi Cahaya Qaseh tidak tersungkur, selagi itulah mereka mengatur strategi.

Tapi adakah Cahaya Qaseh hanya mendiamkan diri bila dirinya dipijak lumat oleh orang lain? Jadi, ikutilah perjalanan hidup gadis bernama Cahaya Qaseh yang penuh dengan suka, duka, romantis dan bahagia…

585 pages, Paperback

First published April 1, 2012

4 people are currently reading
22 people want to read

About the author

Kathy Tuah

3 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (20%)
4 stars
25 (51%)
3 stars
11 (22%)
2 stars
3 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 20, 2016
Qaseh seorang yang ceria, lembut dan baik hati, dicintai oleh 3 orang jejaka. Kerana kesabarannya yang melangit tu dia sering di buli oleh perempuan yang mengelilingi abang2nya dan Tengku Aiman.

Kerana fitnah perkahwinan yang akan berlangsung dihentikan dan dia merantau membawa diri. Setelah beberapa tahun kembali ke tanahair, she decided to get married to her old flame dan rumahtangga yang baru dibina hampir musnah kerana fitnah yang direka oleh sepupu Aiman.

2 orang ni pasangan yang sangat setia dan romantik. Cantik dan secocoklah. Senang diperdaya kerana kebaikan diri mereka.

At the end of the story, someone did mentioned that it is not easy to be Qaseh..in fact it is true. Sebabnya..senang kena buli..sepak..fitnah pun masih boleh sabar dan tidak melawan..kalau saya ditempat dia dah lama 'parasit' tu semua habis dengan menggunakan PI, polis then finally gear up with lawyer to file suit..sikap tegas tu mesti ada.

In short cerita ni bagus..jangan terlalu ambil mudah dengan apa yang dihebahkan, apa yang dilihat atau dengar..ambillah tindakakan yang wajar agar sesuatu perkara yang berlaku tu dapat diselesai dengan baik bukan ambil jalan yang singkat. Nak berhusnuzon tu pun berpada2lah.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.