“Cinta bisa membuat bahagia. Bisa juga mengundang derita. Buku ini mengajarkan kita bagaimana mengelola cinta agar bahagia sesuai aturan-Nya. Dengan adanya perpaduan dalil, kisah dan hikmah, juga tutur bahasa yang indah, membuat buku ini nikmat dibaca.” (Oki Setiana aktris dan penulis buku)
Entah mengapa, tiba-tiba ada perasaan lain pada si dia. Kalau sebelumnya biasa-biasa saja, kini hati jadi dag-dig-dug tak karuan. Saat disebut namanya, saat melihatnya, atau saat mengingatnya. Berdebar. Brrr... Bahkan jantung terasa mau copot kalau tiba-tiba berpapasan di tengah jalan. Waduh!
Apakah ini cinta? Naksir padanya? Atau bagaimana? Ah, bingung jadinya. Jangan-jangan saya dosa karenanya?
Tenang. Enggak usah bimbang. Enggak perlu tegang. Ini bukan aib dan dosa. Bukan pula perbuatan tercela. Mencintai dan rasa ingin dicintai adalah fitrah manusia, setiap insan akan merasakannya. Tidak bisa tidak. Cinta bersemi dalam hati sanubari, alami dan sesuai fitrah insani.
Rasa cinta adalah karunia yang mesti disyukuri. Mengundang pahala bila diekspresikan sesuai dengan porsinya. Sesuai syariat Allah dan Rasul-Nya. Buku ini akan mengajak kita untuk merayakan cinta yang menyeruak dalam dada; cinta yang tumbuh sehat, kuat, mekar, dan berbunga. Belajar menata hati untuk melahirkan cinta yang hakiki dan cinta sejati, sehingga hati tak salah mencintai.
Ini kali pertama aku berjaya khatam sebuah buku cinta. Buku 'Agar Hati Tak Salah Mencintai' merupakan sebuah karya dari seorang penulis, Jauhar al-Zanki dari Indonesia.
Penggunaan bahasa baku Indonesia dan sasteranya yang separa berat di dalam buku ini membuatkan penulisannya tidaklah begitu jauh dan asing dari Bahasa Malaysia.
Penulis membawa pembaca merenung dan berfikir dengan menimbulkan pelbagai persoalan tentang cinta dan hati. Dari mana datangnya cinta? Ada apa dengan cinta? Dan mahu dibawa ke mana hubungan cinta ini?
Di bahagian-bahagian tertentu di dalam buku ini, diselitkan juga beberapa soal jawab (survey) yang disediakan untuk pembaca menilai sendiri situasi masing-masing. Dan setahu aku, soal jawab 'self-survey' sebegini selalunya akan muncul dalam buku-buku motivasi dan psikologi. Untuk pembaca skeptik macam aku ni, sudah pasti akan langkau bahagian sebegini dalam mana-mana buku, dah rasa macam buku latihan.
Aku kagum dengan usaha penulis mengaitkan kisah-kisah cinta dalam kalangan sahabat dan salafussoleh dan juga membawa cerita-cerita benar dari dunia barat yang boleh diambil pengajaran dan mengukuhkan lagi mesej-mesej penulis yang ingin disampaikan kepada pembaca.
Aku cukup tertarik dengan sebahagian ungkapan Ibnu Qayyim rahimullah dalam menafsirkan hakikat cinta;
"Cinta akan lenyap bersama lenyapnya asbab." Cinta tidak akan tumbuh tanpa asbab, dan sekiranya asbab itu tidak kekal, maka begitu juga cinta yang tumbuh itu. Maka cinta apa yang kekal? Sudah pasti cinta yang akan sentiasa tumbuh mekar kerana asbabnya Yang Abadi.
Penulis juga cuba membawa pembaca menilai apakah pacaran ini dapat membawa cinta antara dua ajnabi (laki dan wanita) kepada kebahagiaan yang hakiki? Apakah ada kebaikan dan asbab untuk seorang Muslim membuktikan cinta itu dengan hubungan sebelum pernikahan? Semuanya terjawab di dalam buku ini.
Cinta itu relatif. Boleh jadi ianya baik dan begitu juga sebaliknya. Semua bergantung pada pilihan manusia, bagaimana kita bertindak terhadap cinta yang Allah nilai. Manakala perasaan yang muncul itu, ia adalah anugerah. Ia adalah ujian buat hambaNya. Apakah anugerah itu ingin disandarkan pada Pemiliknya, atau disalurkan pada jalan yang dimurkaiNya?