Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hai Darling!

Rate this book
Suami umpama ‘menteri luar’, isteri pula umpama ‘menteri dalam negeri’. Suami dan isteri ibarat tangan kanan dan tangan kiri, ibarat malam dan siang. Saling melengkapi. Tempatnya tetap di ruang khas (di sisi), bukan di atas dan di bawah!
Kadang-kadang saya rasa membesarkan anak-anak yang ramai dalam zaman serba canggih ini seperti berada di medan peperangan. Tidak cukup masa untuk menarik nafas dan berehat panjang. Tidak cukup masa tidur nyenyak…
Oh, susah rupa-rupanya nak dapat segala benda yang hebat di dunia ini. Kena bangun malam pada saat orang lain sedap tidur berdengkur dibuai mimpi. Kena bersejuk-sejuk berwuduk saat orang lain lena berselimut tebal. Kena tinggalkan tilam empuk dan teman sekatil.
Memang orang kita, bab nak kahwinkan anak tidak pandai buat ala kadar. Sanggup berhabis, bergolok bergadai demi nak memastikan majlis perkahwinan tu mendapat markah A+ atau markah penuh 100 peratus daripada para juri dan hakim yang terdiri daripada tetamu yang datang.
---------------
HAI, DARLING! Himpunan sketsa rumah tangga yang merangkumi kisah suami, isteri, anak-anak, ibadah dan juga kehidupan yang diadun dengan bahasa yang cukup santai dan bersahaja. Kisah yang padat dengan panduan serta mesej yang sangat berguna. Tidak lupa menyelitkan unsur sinis, humor dan ilustrasi yang sangat mencuit hati dan terkesan pada diri!

183 pages, Mass Market Paperback

First published April 1, 2012

1 person is currently reading
6 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (25%)
4 stars
7 (58%)
3 stars
2 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
March 25, 2014
Betapa tidak seriusnya kita dengan solat. Betapa cuai dan main-mainnya kita terhadap ibadah solat. Bayangkan, usia kita sudah semakin sampai ke penghujung, tapi kualiti solat kita masih macam budak tadika. - pg 164


Perghh..kena setepek! Pheww..pheww..

Full review: 25/03/2014

Pada mulanya aku pilih buku ini kerana aku fikir ianya cerita santai je. Tapi silap, memang silap sendiri kerana suka judge book by its cover *wink*.

Kisahnya memang santai. Macam aku tonton Upin Ipin -- lihat dua beradik tu dengan pelbagai idea untuk bermain, dan dalam mereka bermain tu kita dapat ilmu kan? Ha, begitulah santainya isi cerita buku ini. Tapi ya, santainya bukan kosong semata.

Bukan setakat kisah sang suami isteri, ia merangkumi keseluruhan isi rumah tangga tu. Ada tentang anak-anak dan juga paling penting sekali ilmu ibadah kita. Melengkapkan diri dulu bukan mencari dia untuk saling melengkapi. Allahu Allah! Terasa kerdilnya diri!

Tak mahu cerita banyak. Boleh cari dan baca kisah santai yang padat dengan mesej ini. Sesekali terasa pedih juga bila baca hoho.. mana taknya, banyak yang kena setepek di muka. Pheww..pheww...
Profile Image for حزا ليني.
33 reviews2 followers
March 29, 2013
Read this on a random pick because I couldn't sleep last nite. It took me about 2 hours of read and finished it! Its written in light mode about marriages, husband, wife, children, daily life and much more. A good read that could give you a moment of "Ouch", "Oops" & "Oh yeah" about the wrong doings that is normal but is not realised by families... :)
Profile Image for Ctriko.
281 reviews6 followers
January 3, 2018
Memang mencuit hati dan bukan je menjentik minda tapi siap sental dan basuh lagi tau
6 reviews
July 18, 2020
Kebahagian rumah tangga bukan hanya sekadar tentang diri sendiri tapi juga tentang kehidupan seharian dalam proses kita menjalani kehidupan berumah tangga.
Profile Image for مستور١ مكنن.
90 reviews8 followers
January 30, 2014
buku ni mengisahkan cerita pendek2 tentang kehidupan rumah tangga. walaupun tak kawen lagi buku ni bagus la.. penulis macam nak menggalakkan pasangan yng sudah berkahwin sentiasa romantik tidak kira usia. kira berchenta sampai tua la.. :)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.