Seorang sasterawan yang tidak perlu diperkenalkan. Berkarya dan bertugas sebagai seorang wartawan sejak zaman pendudukan Jepun di Malaya lagi dan fakta sebagai salah seorang pendiri ASAS 50 tidak perlu diragukan. Buku ini merupakan kumpulan cerpen yang ditulis sejak 1944 hingga 1991.
Membaca karya ini saya mendapati bahawa separuh daripada kumpulan cerpen ini berkisar tentang dunia kewartawanan di Singapura dan separuh lagi berkaitan kemasyarakatan. Penulis sering mengupas 'sisi' serong para wartawan malahan masyarakat sendiri yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat, malahan melanggar batas agama.
Banyak cerpen yang sememangnya berkualiti dan menarik. Seperti cerpen 'Ke-Bintan-To', 'Ingin Jadi Pujangga', 'Bung Leman', 'Cina Angkat Najis di Rumah Saya', 'Belum Baik-baik Lagi', 'Pak Yak Mahu Kahwin', 'Amelia', 'Ruangan Wanita', 'Hussein Zet' dan 'Ustaz'. Saya paling menggemari cerpen 'Kau Mesti Sunat, Kata Bapa', 'Belajar Agama' dan 'Ke Rumah Cucu'