Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hak

Rate this book

292 pages, ebook

Published January 1, 2023

10 people want to read

About the author

Adnil Zaff

68 books107 followers
Nama pena Adnil Zaff juga boleh dikenali dengan Fazlyn Ridz. Beliau kini menetap di Kampung Gajah, Perak dan merupakan seorang penulis sepenuh masa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (46%)
4 stars
13 (46%)
3 stars
2 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,106 reviews204 followers
June 10, 2023
F suka! F ralit baca sampai buku² lain F tolak tepi.

F kagum dengan sikap hero Zafraan yang tenang bila orang ambil haknya. Tapi bila tanah yang dia ada pakcik nak bolot mengamuk sampai isteri pun takut nak tegur.

Heroin @ isteri Maira sangat berbeza sikap dengan mak kandungnya. Dia lebih selesa dijaga oleh ayah dan mak tirinya. Sikap dia memang sesuai click dengan Zafraan. 2 2 bijak menyesuaikan diri.

Suasana yang digambarkan oleh penulis sangat indah. F pun suka kalau dapat mandi air sungai gitu.

Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
December 11, 2025
Setiap cerita dari Adnil pasti ada jalan cerita yang berlainan. Bukannya klise yang biasa. Untuk kali ini HAK bukan sahaja tentang usaha untuk mengambil hak pusaka yang diragut, tetapi HAK juga adalah tentang kemaafan dan juga kasih sayang dalam sebuah keluarga.

Kemunculan Zaafran di kampung tersebut membuatkan Pak Ngah nya sendiri tak senang duduk. Pelbagai cara dan pujukan dibuat untuk Zaafran tinggal di tempat lain tetapi Zaafran sanggup tinggal di atas bukit yang jauh dari penempatan dan tiada langsung kemudahan asas. Namun Zaafran tidak peduli. Dia Engineer dan dia tahu bagaimana mahu hidup di kawasan tersebut.

Bila dia dijodohkan dengan Maira, dia setuju walau permulaannya dia tidak begitu yakin sebab Maira itu anak tiri pak ngahnya. Pak Ngah aka Tuan Murad itu ingat dengan mengahwinkan Maira dengan Zaafran kerjanya menjadi senang. Tapi dia silap sebab Maira bukan seperti ibunya yang materialistik. Maira dibesarkan oleh ayahnya dengan cara hidup sederhana.

Walau rumah banglo pusaka Zaafran diduduki oleh pak ngahnya tanpa persetujuannya dan pengambil alihan syarikat dengan dokumen palsu, namun Zaafran masih boleh berdiam diri. Tetapi bila kawasan kediamannya dan tanah dia yang ada cuma diusik oleh Tuan Murad, kesabarannya sudah tiada.

Maka bermulalah cara di mana Zaafran cuba mengajar bapa sekeluarganya itu anak beranak untuk menghormati hak orang lain. Lalu kemana yang patut Tuan Murad itu kena pergi selain penjara? Walau macam mana pun Maira tetap mengambil alih tanggungjawab Tuan Murad kerana adik² tirinya itu ada yang masih bersekolah.

Pengakhiran? Sangat bagus sebab Tuan Murad insaf dan sedar kesalahan yang dia telah buat. Dan Zaafran juga memaafkan Pak Ngah nya itu. Air dicincang tidakkan putus. Walau Zaafran itu bukan hero yang romantik tetapi dia ada sifat sebenar sebagai seorang lelaki yang sejati.
Profile Image for Lyana Mikail.
24 reviews3 followers
October 8, 2023
HAK
*ebook*

Cyril Zafraan. Dia asalnya anak orang kaya. Hidup baik-baik saja. Namun selepas kematian ayah dan ibunya, berlaku perebutan harta. Dalam usia yang begitu muda, dia ditinggalkan termangu-mangu.

Masalah bermula sekembalinya dia dari luar negara. Seluruh ahli keluarga bapa saudara yg mengambil haknya mula tak senang duduk. Sedikit demi sedikit, Zafraan mendapatkan semula apa yg sepatutnya menjadi miliknya.

Maira, dia anak tiri kpd bapa saudara Zafraan. Tuan Murad cuba menyatukan Zafraan dan Maira supaya pemuda itu melupakan hajat utk mengambil semula hartanya. Bermacam cara digunakan. Niatnya hanya mahu mengaut kekayaan dengan hasil yang ada di tanah Zafraan.

Rancangannya gagal. Zafraan dan Maira tetap berkahwin tapi yg sebenarnya Maira lgsg tidak bersetuju dgn rancangan ayah tirinya. Malah dia menjadi antara org yg membantu Zafraan mendapatkan semula haknya.

Berlatarbelakangkan kampung di kaki gunung dan dikelilingi dengan dusun buah dan sungai. Bayangkan betapa tenangnya hidup di kampung.

Kisah ni memberi banyak pengajaran. Ilmu tentang undang-undang hak dan harta anak yatim, hukum faraid dan perbalahan harta yg mampu menyebabkan putusnya hubungan kekeluargaan. Kesudahannya sama seperti 'sepandai-panda tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga'. Setiap apa juga kesalahan yg dilakukan pasti akan ada balasannya. Cepat atau lambat sahaja.

Ebook ini ada spin off. Watak Halil yg hati kering tu, adik kpd Maira dalam buku tajuk Till Death Do Us Part.

Oh ya... disebabkan sudah biasa berdikari, apa saja yg Zafraan tak reti buat. Bina rumah kayu sendiri, bercucuk tanam dan menangkap ikan. Pakej lengkap hero kampung.

240623
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
May 20, 2023
memang ralit kalau baca kisah sebegini. nak kata perjuangan merebut hak, zafraan bukan begitu. walaupun pak ciknya, tuan murad terang-terang merampas harta peninggalan arwah ibu bapanya.

watak maira pula, seorang wanita yang bukan mementingkan material sebaliknya dia mahukan lelaki yang punya rasa tanggungjawab dan pelindung. zufri, terang-terang bukan calon yang sesuai. sanggup memarahi dirinya bila ditegur fasik sangat dengan permainan atas talian. laju maira pangkah.

watak ini bertemu bilamana tuan murad, bapa tiri maira nak jodohkan dia dengan zafraan atas alasan sebenar nakkan hak yang masih ada milik zafraan. namun, mereka berdua bukan bodoh. masing-masing tahu tamak haloba tuan murad. maira memandang zafraan sebaagai lelaki yang punya tanggungjawab. walaupun zahirnya seolah zafran tak punya apa. tinggal pun di pondok kayu yang dibina sendiri. sangat berbeza dengan zufri. malah, waktu mereka berkahwin, ada yang pertikaikan zafraan. terutama si zufri lah.

penulis memang tak kedekut. ini yang akak suka bila baca sesebuah ebook. memang ada kekangan tak semacam baca buku fizikal tapi penulis buat pembaca seolah lupa yang mereka sedang menatap telefon/tab/komputer untuk habiskan pembacaan. teliti penyampaian dan tak kurang isi cerita. satu per satu dihurai cantik dan bila sampai penamat, pembaca akan rasa puas dan berbaloi menatap skrin.

hak. kadang manusia memang jadi haloba dan lupa diri. menyangkakan akan menongkat langit dunia ini selamanya. walhal, jauh lagi perjalanan menuju dunia abadi.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
September 3, 2025
Mengisahkan Zafraan yang pulang ke Malaysia untuk menuntut haknya kembali. Dia tahu harta peninggalan arwah mama dan papanya semua telah dirampas oleh Tuan Murad, pak ngah Zafraan.
Saya kagum dengan Zafraan yang cerdik akal dan sangat pintar dalam melaksanakan misinya dengan tenang dan sabar.
Saya suka watak Zafraan yang berterus-terang dengan Maira untuk berkahwin dengannya walau tiada cinta di antara mereka. Tanpa berfikir panjang Maira setuju menjadi isteri Zafraan walau mereka akan tinggal di pondok kayu yang dibuat Zafraan.
Mulalah mereka hidup berdua dalam kesederhanaan di sampaing merancang strategi untuk melaksanakan tugasan meampas kembali hak Zafraan dari Tuan Murad.
Keseluruhan jalan cerita yang sangat menarik dengan plot twist yang cantik tersusun.
27 reviews2 followers
August 16, 2023
Zafraan mmg cool sgt. Xperlu heboh sana sini nk dptkan balik hak dia yg dirampas.
Puas hati sgt dgn kisah ni.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.