What do you think?

Permata Di Pintu Kaabah
Mesir merupakan salah satu bumi anbiya yang banyak melahirkan tokoh-tokoh serta ilmuan Islam di dunia. Nama-nama besar seperti Yusuf Al-Qardawi, Muhammad Sayyid Thanthawi dan Al-Mundziri pastinya menjadi sebutan di bibir-bibir para pelajar yang dahagakan ilmu. Universiti Al-Azhar pula menjadi lambang kemegahan Mesir, sebagai pusat penyebaran ilmu ke serata dunia.
Makkah pula tempat berkumpulnya seluruh umat Islam. Selain dikenali sebagai tempat lahirnya Nabi Muhammad, kiblat yang diarahkan ke sana juga menjadi tanda betapa pentingnya kota suci ini di sisi agama. Setiap tahun, lebih 15 juta manusia akan berada di dalam kota suci ini terutamanya pada musim haji demi memenuhi tuntutan rukun Islam kelima.
Selepas menawan Damascus, penulis meneruskan kembara ke Mesir dan Makkah demi mencari nilam dan mutiara buat bekalan hidup pada masa hadapan. Ilmu-ilmu ini diperlukan bagi menjamin kehidupan yang terbaik dunia dan akhirat.

391 pages, Mass Market Paperback
First published January 1, 2012
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
December 11, 2015
Buku yg amat menarik untuk dibaca cuma ada kalanya kisahnya berulang.
Setelah membaca buku ni baru saya tahu mengapa lantai di sekeliling kaabah tu sejuk ketika panas terik.

August 3, 2012
Saya lebih selesa meletakkan 3.5 bintang kerana saya kurang suka dengan pengulangan kisah di Syria dalam buku pertama.
Saya suka buku ini sebab saya suka baca travelog.bagi saya setiap manusia semua punya pengalaman luar biasa dan hanya pengalaman yang luar biasa akan dibukukan.dan memang tepat bahaya agak luar biasa pengalaman penulis. Mengembara ke Mesir untuk mencari ilmu malah lebih manis saya turut berada di Mesir sekarang juga untuk mencari ilmu walau pengalaman saya seperti langit dan bumi kalau nak dibandingkan dengan penulis yang lebih kering hatinya.Penulis juga berjaya bertapak di Mekah yang boleh dikatakan sekarang sudah sukar untuk dijejaki taktik penulis kerana kerajaan Arab Saudi telah mengetatkan visa mereka.
Saya kira buku ini baik untuk anak-anak muda berdarah panas.daripada kalian karut marut duniawi baik jelajahi dunia dengan backpacking mengutip pengalaman.malah mungkin akan turuti penulis yang didatangi hidayah untuk menimba ilmu baik dunia mahupun akhirat.
Moga saya turut dapat mengikuti langkah penulis.

Read
May 10, 2013Menarik. Memikat. Timbulkan perasaan ingin tahu, apa kisah selepas itu. Memaksa aku teruskan menelaah sehingga khatam.
September 13, 2026
Ini bukan kisah permata di pintu Kaabah, tapi kisah seorang pemuda yang berusaha dan bertawakal di bumi Allah SWT.
Agak penat juga nak habiskan buku ni. 😅 Ini travelog yang sangat detail—daripada alam menuntut ilmu, mencari jodoh, mencari rezeki sampailah usaha sehabis baik supaya ahli keluarga dapat menunaikan ibadah haji tanpa perlu tunggu duit Tabung Haji penuh.
Bab jodoh dia dengan isteri memang aku rasa, betul-betul Allah SWT datangkan yang terbaik. Isterinya setia dan sanggup susah senang bersama. Dua-dua saling melengkapi—usaha, tawakal dan terus berusaha lagi. 🥹
Aku sebenarnya tak tahu macam mana rupa penulis. 🤪 Aku budget dia kurus dan tinggi. Tapi bila sampai bahagian akhir, tengok gambar dia… memang nampak muka orang yang sungguh-sungguh mencari rezeki. 🫣☝️💪 Semua kerja dia usaha buat ketika di Makkah. You name it!
Daripada travelog ni, kita dapat lihat kehidupan di Mesir dan Arab Saudi, musim haji zaman 80-an yang masih naik kapal, kesibukan Makkah ketika musim haji, soal rezeki, mencari jodoh, bahasa, pembinaan bangunan, perangai pelbagai bangsa, persahabatan dan komunikasi.
Cuma korang kena sabar nak habiskan buku ni. Aku sendiri bahagi bacaan kepada dua dan paksa diri, “Hari ni wajib habis!” 😂 Kalau tak, memang ada risiko give up sebab perkataan jauh lebih banyak daripada gambar.
Gambar pula banyak diletakkan di bahagian akhir, tapi tak banyak sangat. Ada bahagian yang aku rasa, “Eh, gambar ni tak ada?” 🤣🤣🤣 I want more!
Kesimpulan: Sebuah travelog yang penuh pengalaman hidup, usaha dan kisah mencari rezeki. Cuma kena ada stamina membaca sebab penulis memang jenis cerita detail. 😅

July 18, 2017
Banyak menceritakan pengalaman hidup dalam mencari ilmu. Dalam mencari imu itu pula terletaknya perjalanan kembara penulis.
June 2, 2013
Permata yang dimaksudkan adalah rezeki dunia, ilmu dan pengalaman yang diperoleh.
Daripada pengalaman yang penulis ceritakan, aku nampak beliau seorang yang berfikiran positif dalam menjalani kehidupan dan masalahnya. Jadi, tak mustahillah pelbagai pengalaman dan kejayaan yang beliau kecapi.
"...aku berpegang dengan prinsip jika hari tiada tiada rezeki, esok mungkin harinya aku menuai."
"Aku perlu mencari sesuatu demi menggantikan peluang yang terlepas."
Antara pengalaman/fakta menarik:
-bagaimana bertemu jodoh/isterinya.
-pengalaman menguruskan jemaah haji.
-pengalaman dalam bidang pembinaan.
-mudahnya mendapatkan lesen memandu di Mesir tetapi tidak di Arab Saudi. Siap kena derma darah lagi.
-kenapa lantai jubin keliling Kaabah sejuk.
-boleh belajar tanpa daftar dengan menjadi mustami'(pendengar).
-istilah2 bahasa arab yang penulis kongsikan.
-memulakan perniagaan sendiri di tanah air.
Secara peribadinya, aku kagum dengan pengalaman penulis.
Tak tahulah kenapa rasa tak tertarik nak habiskan bacaan bila dah sampai di tengah buku. Mungkin kerana dah tahu apakah permata yang dimaksudkan. Tapi demi permata untuk diri aku sendiri, aku gagahkan juga diri untuk habiskan bacaan.
Keseluruhannya, penulisan adalah baik, tak susah untuk saya hadamkan ditambah dengan pula dengan pengalaman yang menarik.

June 22, 2013
Buku ini saya kira merupakan sambungan kepada buku pertama penulis iaitu rindu eropah tawan damascus. Menceritakan pengalaman beliau ketika menguruskan para jemaah haji dari malaysia. Juga turut disertakan kisah beliau berumah tangga dan hidup merantau di negara orang.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews