Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Awek Dan Pakwe

Rate this book
PERCINTAAN di antara Noah Zuhairi dan Didi Dania terputik di sebalik rasa egois masing-masing. Masakan Didi Dania ingin meluahkan? Itu seperti perigi mencari timba. Noah Zuhairi mahu kata ‘aku cinta padamu’ pada Didi Dania? Dia bukan ‘mat jiwang’. Dia Mat Rock! Bila Juliana dan Razy Radin mula masuk dalam episod cinta mereka, cinta Didi Dania untuk Noah Zuhairi semakin menjauh. Didi Dania merasakan dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dia memilih untuk menerima dari terus mengharap pada sesuatu yang tiada. Apakah cinta di antara Noah Zuhairi dan Didi Dania bisa bersatu? Hanya keikhlasan yang mampu menyatukan cinta mereka.

720 pages, Paperback

First published February 29, 2012

Loading...
Loading...

About the author

Hasrudi Jawawi

21 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (27%)
4 stars
11 (21%)
3 stars
20 (39%)
2 stars
4 (7%)
1 star
2 (3%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Qaantang.
17 reviews1 follower
February 19, 2026
Buku ini menceritakan tentang cinta, dugaan dan pengorbanan sebelum mengapai cinta. Kisah cinta yang penuh liku liku kehidupan dimana Noah Zuhairi dan Didi Dania yang saling mempunyai rasa cinta tetapi keduanya memilih untuk tidak meluahkan. Noah berasa dirinya mat rock oleh itu egonya sangat tinggi dan tidak mahu meluahkan rasa cintanya kepada didi. Manakala didi pulak berasa dirinya seperti bertepuk sebelah tangan. oleh itu didi mahu menjarakkan diri dari Noah kerana tidak mahu berharap pada perkara yang tak pasti. Dengan hadirnya Juliana menjarakkan lagi Didi dengan Noah. Juliana sanggup bersubahat dengan Razy bagi merebut Noah. Razy jugak ingin mendapatkan Dania bagi membalas dendam kepada Noah. Namun akhirnya masing masing mendapat balasan dan akhirnya Noah dan didi bersatu. Bagi saya penceritaan agak baik tetapi akan lebih baik jika dugaan dan liku liku kehidupan itu dapat diringankana sedikit penceritaannya kerana ianya membuatkan cerita agak complicated.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,565 reviews1 follower
July 13, 2017
Kisah cinta yang complicated dan penuh ranjau.. Kebahagiaan itu datang tatkala hati mula memaafkan.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Peranan ibu bapa juga penting dalam membentuk peribadi anak.. #cintaawekdanpakwe #hasrudijawawi #bukuprima #pengajaran #lovenovel #novelcinta #bookstagram #hobisaya #bacaanjulai2017 #bloggerbuku #bookreview #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
October 9, 2016
3.8*
It seems like author is quite versatile in his writing. I hope I'm right that the author is male from his pseudonym. Macam2 genre dia tulis. I thought ini cerita baru rupanya sangkaan saya meleset lagi.

Denoting from the title, I thought it was a romantic comedy, but I was wrong. Nak cakap content dlm novel ni quite lethal with plots mcm tak kena. But it was tightly wrapped around one another. Saya tak tahu watak siapa lebih sedih dan sepatutnya bersimpati.

1. Dania & Noah in love tapi tak kesampaian sebab Juliana.
2. Juliana in love with Noah sanggup berkomplot dengan Razy.
3. Razy hated Noah for petty reasons, rebut Dania dari Noah untuk melunaskan dendam.
4. Puan Rafeah (PR) madu Puan Salwa (PS). Mother kepada Dania and Juliana respectively. I wonder macam mana Malik boleh tinggalkan PR macam tu je..
5. Dialog PS to PR, kalau saya tahu dia belum menceraikan awak saya takkan kahwin or suruh dia cari awak..(tak berapa ingatlah padahal baru baca sebab affair org tua mls saya nak masuk campur). :)

But is having an affair with a married man just because he was without offspring at that point of time warranted? After 25 yrs dtg balik ajak bermadu semula..give PR some credit lah..dah lama hidup sendiri mls nak hidup bersuami lagi..senang cakap PR retorted, mcm sedekahkan suaminya yg tak guna..tahu fed up juga si Malik ni...yalah dah 25 years PS bolot kasih sayang seorang diri konon bila jumpa balik ajak reconciliate so that dosa lama boleh tebus balik and berkenaan status Dania..oh please. Ni mcm mak borek anak rintik dua2 perampas..luckily bab anak ikatan belum terjalin sebelum memasang jerat.

Ada few incident happened..sedih juga but ada happiness yg menanti Dania dan Noah.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
November 12, 2012
Cinta antara Noah dan Didi terputus kerana ego masing-masing. Maka orang lain jadi pasangan masing-masing. Terlalu pahit perjalanan cinta mereka. Banyak penderitaan dan dugaan yang harus mereka lalui. Namun, ada keinsafan dan kesedaran. Razin meninggal kerana leukaemia dan Juliana kehilangan anaknya. Akhirnya, Noah dan Didi dapat bersatu tapi setelah melalui terlalu banyak cubaan.
Depressing sangat cerita ini. Wish it was better...Actually, I tak suka bila perempuan di perlakukan seperti apa Noah lakukan kepada Juliana dan Razin juga ambil kesempatan. Rasa keterlaluan sangat...
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
June 11, 2013
Cerita ni sesuai untuk bacaan remaja lah kot.

Penceritaan yang agak meleret. Skip. Gaya bahasa mungkin tak sesuai untuk seusia saya kot...huhu...skip. Konflik dalam cerita ni walaupun biasa tapi saya sangat tak suka. Sedih :'-(
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
October 17, 2017
Boleh laaaa..

Tapi tak sehebat karya² beliau sebelum ini. Dimana bila bab 1 shj membaca dah terasa keterujaannya. Tapi kali ini terasa hambar, sehingga terfikir² penulis dah tiada idea ke???.

Kekuatan jln cerita macam kurang, tak "kit" seperti karya²nya sebelum ini.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews