Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sebelum Aku Bernikah

Rate this book
Sebelum Aku Bernikah,

Telah aku lamar seorang perempuan,

Aku kira engkau adalah dia,

Aku berharap engkau adalah dia,

Boleh jadi bukan,

Boleh jadi ya,

Kerana engkau sahaja aku cinta,

Bukan tunangku,

Bukan yang nanti menjadi isteriku,

Melainkan dia adalah engkau,

Maka nyata Allah telah mengawalkan syurgaku..

203 pages, Paperback

First published January 1, 2012

48 people are currently reading
643 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books863 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
178 (39%)
4 stars
190 (42%)
3 stars
69 (15%)
2 stars
9 (1%)
1 star
6 (1%)
Displaying 1 - 30 of 58 reviews
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
August 24, 2012
Alhamdulillah Alhamdulillah.Di dalam kesibukan menyambut hari raya yang sebenarnya tidaklah sibuk sangat bagi keluarga saya,akhirnya Berjaya juga saya habiskan buku sebelum aku bernikah karya beliau.Buat pertama kalinya buku ini tidaklah termasuk dalam senarai buku yang ingin saya beli dan miliki.Buku ini juga bukanlah menarik minat sangat untuk membaca kerana cliché tajuknya,namun disebabkan buku ini hasil karya penulis yang saya minat,maka,kini buku ini telah pun habis saya baca.

Cinta bukanlah perkara yang menjadi topik utama bagi saya,sebaliknya mencapai cita-cita itulah yang menjadi pendorong saya untuk melangkah maju kehadapan.Namun jika difikir semula,persediaan untuk menghadapi 'cinta' ini perlu saya perkuatkan dan perkukuhkan bermula daripada sekarang walaupun perkara ini masih jauh daripada perancangan saya.

Tipulah saya jika saya tidak mengimpikan seorang bakal suami yang serba serbi 'perfect' di mata saya,namun perlu saya ingatkan pada diri saya,janganlah menCARI sebaliknya menJADI.Menjadi seorang yang cukup serba serbi InsyaAllah,dari segi Rohani,Emosi,Material sepertimana yang dinyatakan dalam buku ini.Menjadi seorang yang wanita yang solehah,InsyaAllah lelaki yang soleh pasti akan Allah hantarkan kepadamu.

Secara umumnya,buku ini merupakan kefahaman,pengalaman,pemerhatian Hilal Asyraf bagi persediaan beliau sebelum beliau bernikah,dan bukan untuk beliau sahaja,sebaliknya untuk pembaca-pembaca yang turut bakal mendirikan alam rumah tangga.Mungkin kebanyakan yang dirungkaikan oleh beliau merupakan daripada sudut pandang beliau sebagai seorang LELAKI.Kerana bagi saya yang merupakan seorang wanita,ada serba serbi sedikit yang berbeza dan bercanggah dengan pandangan beliau seperti topik istikharah,persediaan perkahwinan dan perhubungan dengan bakal mertua.Ya,semua ini disebabkan perbezaan jantina penulis dan saya.Walaubagaimanapun,penjelasan beliau amatlah jelas dan membuka mata saya untuk mengenali dengan memahami serta mempelajari kehidupan seorang lelaki itu sebelum bernikah.InsyaAllah ia juga boleh menjadi rujukan untuk saya mengenali bakal suami saya.Namun,saya tidak meletakkan syarat untuk bakal suami saya menjadi seorang 'Hilal' kerana setiap daripada kita berbeza,ada kelebihan,ada kekurangan.

Akhir kata,Bacalah,fahamilah dan petiklah apa yang terbaik untuk kehidupan kita.Jangan main-main dengan perkataan 'Nikah'. :)

*Mungkin saya patut baca semula buku ini di ambang pernikahan saya suatu hari nanti :')*
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
September 17, 2012
Tulisan ini khusus buat pembaca yang belum berkahwin. Bagi yang sudah berkahwin boleh juga dijadikan sebagai satu muhasabah perjalanan anda dalam menuju gerbang perkahwinan dan alam rumah tangga. Memetik kata-kata penulis dari seorang pakcik : “Perkahwinan adalah gerbang, sedang rumah tangga adalah alamnya.”

Penulis mengupas definisi cinta muda-mudi masa kini, menghurai definisi cintanya, melontarkan pandangan berdasarkan realiti masa kini serta menjentik minda pembaca akan 3 kepentingan persediaan menuju pernikahan.

Cinta digambarkan sesuatu yang indah, asyik-masyuk, mengikut nafsu, "couple", "dating" dan seumpamanya. Malah ada yang lebih ekstrem terus menghukum bercinta sebelum kahwin adalah haram. Jatuh hati juga haram sehingga ada yang mengatakan zina hati. Benarkah?

Sememangnya begitulah yang kita selalu dengar.

Namun, tahukah kita sebenarnya definisi cinta itu datang dari kasih sayang. Ia sesuatu yang murni.

Walaupun kini saya sudah berumah tangga dan mempunyai anak, saya akui akan kebenaran yang disentuh oleh penulis di dalam buku ini. Sesungguhnya saat sebelum berkahwin memberi banyak dilema kepada diri dalam soal jodoh. Hakikatnya, jodoh itu sebenarnya perlu dicari bukannya dinanti. Ia sama seperti perkara lain seperti belajar yang mana memerlukan kita berusaha sebelum mencapai kejayaan.

Buku ini sangat saya syorkan buat adik-adik yang masih tercari-cari solusi dalam mencari jodoh, yang sedang kekeliruan mahupun dalam dilema. Semoga pencerahan dari penulis memberi kelegaan kepada jawapan yang dicari.

Apa pun berserah kepada Allah adalah paling utama. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin :)
Profile Image for Mahfuzah Abdul.
50 reviews1 follower
March 11, 2013
laju aje habiskan buku ni kerana nipis,straight to the point dan cerita dia mmg bergerak laju( pengalaman hidup mana ada yg boring,dak?)

apa yang saya paling tertarik mengenai buku ini ialah definasi cinta yang hilal ashraf takrifkan.cinta adalah apa2 yang boleh membawa kita ke syurga dan mana2 yang membawa ke neraka maka itu bukanlah cinta(lebih kurang begitu lah definasi dia)

keduanya,buku ini menyedarkan saya ttg realiti cinta yang dah dikotorkan oleh mentaliti dan fikiran kita hari ini sehinggakan cinta yang sebenarnya adalah fitrah kepada manusia seperti dicemari dengan tingkah laku yang x sepatutnya manusia lakukan dan perkara2 maksiat semata2 ingin menzahirkan cinta itu sendiri.

seterusnya,berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh penulis beliau turut menyelitkan guidance sebagai nasihat kepada pembaca ttg permasalah hubungan lelaki dan perempuan ini.dan kebanyakan nasihat yang diberikan rasanya semua boleh dipraktikkan dan selari dgn syarak.

highly recommended book and worth reading.
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
August 4, 2012
Buku ini bukan sebuah buku motivasi cinta sebarangan. Bukan sebuah buku motivasi cinta yang membuatkan kita terus hanyut dalam cinta versi dunia, sebagaimana yang didefinisikan oleh penulis tetapi buku ini membuatkan kita yang membacanya bertambah semangat dan meningkat motivasi sejak dari pembacaan muka surat pertama lagi.


Buku ini buat saya jadi semakin bersemangat untuk terus berusaha, bermotivasi untuk terus mengubah diri menjadi lebih baik daripada seminit yang lalu.


Cinta, hakikatnya ia indah dan suci tetapi telah tercemar dek sikap-sikap manusia sendiri.


Oleh itu, semoga dengan membaca buku ini dapat membuka minda ramai orang terhadap apa itu sebenarnya cinta? Cinta yang lebih hakiki, cinta yang lebih sejati sehingga mampu mengalahkan "keagungan cinta palsu" ala Laila dan Majnun serta Romeo dan Juliet. Keunggulan cinta nan hakiki akan tersingkap, dengan pendapat dan pandangan peribadi penulis yang diolah melalui perkongsian ilmu serta pengalamannya sendiri. Insya ALLAH :)
Profile Image for Hidayah Arifin.
23 reviews1 follower
May 13, 2014
A MUST read!

Bukan untuk yang belum,ingin atau bakal bernikah sahaja,tapi untuk semua,termasuk yang telah berumah tangga dan punya anak-anak, sebab saya melihat pengisian buku ini amat berguna untuk semua golongan pembaca. Jika kepada yang belum berkahwin,boleh dijadikan panduan untuk mempersiapkan diri ke arah itu, biarpun belum punya keinginan atau belum ada sesiapa yang istimewa di hati,apa salahnya mempersiap diri,kan? Jika kepada yang sedang dalam perjalanan ke arah perkahwinan,boleh dijadikan pembakar semangat untuk mempersiap diri dengan lebih baik,agar rumah tangga yang bakal di bina utuh dan teguh di landasan yang benar. Dan jika kepada pembaca yang telah berumah tangga, boleh dijadikan panduan muhasabah, serta panduan untuk memimpin dan mendorong perasaan cinta anak-anak apabila sampai masanya nanti.

'Sekiranya benar-benar cinta, mahu bersama hingga ke syurga. Segala perkara yang membawa ke neraka, itu bukan cinta.'

Ya, sangatlah tidak logik andai sayang dan cintakan seseorang,kita bawa dia ke neraka yang penuh seksa dan kesakitan, kan?
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
March 25, 2013
Tazkirah buat yang telah bernikah. Panduan buat yang belum. Penulis menyampaikan pandangannya tentang percintaan dan rumahtangga.

Usaha penulis sangat saya puji kerana cuba menjelaskan makna cinta suci yang sebenarnya menurut pandangan beliau. Iaitu tunjangnya adalah iman & keyakinan bahawa landasan cinta suci sesama manusia adalah cinta suci kepada Ilahi yang mesti membawa ke Syurga Allah. Sebarang tingkah laku sang pencinta yang membawa ke neraka bukanlah cinta suci yang sebenar.

Islam membenarkan pasangan bercinta kerana ianya fitrah manusia. Namun berlandaskan syariat yang benar.

Demikian mengikut fahaman saya yang membacanya setelah bernikah selama 15 tahun. Buku ini bakal diturunkan kepada anak-anak untuk dibaca sebelum mereka bernikah.
Profile Image for Izzati  Hashim.
38 reviews8 followers
Read
February 24, 2013
Hentikan cinta kosong.
Hentikan cinta berasaskan nafsu semata-mata.
Letak Ilahi itu sebagai matlamat dan letakkan Islam sebagai jalan.
Ingat percintaan kita ini bagi membina ummah yang kuat pada masa hadapan.
-Hilal Asyraf.

Nice sharing from Hilal Asyraf.
Nice ideas, nice thought from him.

Bercinta bukan hanya sekadar aku suka kau, kau suka aku, kita kahwin. Selesai.
Nope.
Cinta seiring dengan tanggungjawab.

Sebagaimana mengakui aku cinta kau hingga ke syurga.
Penuh tanggungjawab, penuh persediaan.
Jika betul cinta, persiapkan diri dari awal hingga akhir.

Profile Image for Akram Muhammad.
45 reviews6 followers
May 3, 2024
sepertimana yang penulis inginkan, buku ini sebenarnya untuk remaja yang masih keliru tentang cinta. mungkin sebab itu aku tak mampu menghabiskan buku ni dulu... sebab kebanyakan isi-isi sudah diketahui, tak ada daya yang membuatkan aku rasa ingin menyelak halaman seterusnya. kali ni baca pun untuk 2016 challenge dan sebagai katalis sebelum membaca buku medik yang lebih kompleks. kalau buku ni terbit masa aku sekolah menengah ok kot sebab hanyut jugak aku huahua.

buku yang ok, setuju juga dengan pendapat penulis tentang ekstrimis zina hati, penjumud2 cinta, istikharah dsb. cuma ikut kata syeikh rohimuddin al-bantani, zina hati itu bila kita membayangkan dalam hati kita melakukan zina dan perkara yang dilarang serta aurat dsb. kalau tak salah.

dan syeikh rohim juga ada cakap tentang istikharah macam penulis. bro hilal kata istikharah ini bukan magis, bukan nak jawapan bukan nak tanda2 dalam mimpi bagai... bak kata syeikh rohim, "istikharah itu untuk menenangkan hati dalam membuat pilihan, bukan untuk jawaban."

dan buku ni tak da indeks ataupun lampiran rujukan :D cuma pengalaman penulis dapatlah kita teladani, ambil apa yang baik dan jadikan yang buruk sempadan.... kot2 la situasi aku sama macam bro hilal masa nak kawin nanti ke... tapi biasa lain la kan huhu.

itu sahaja kot wAllahu a3lam

Editted:

Habis baca semula Sebelum Aku Bernikah oleh Hilal Asyraf. Saja baca balik buku ni sebab baru habis baca siri novel Saga Hero dia. Rindukan penulisan bukan fiksyen beliau barangkali. Definisi cinta dan pendapat beliau tentang cinta aku suka. Bersederhana, tak terlalu ketat dan juga tak pula terlalu longgar. Antara yang diketengahkan penulis ialah takrif mampu (Rohani, emosi & material), takrif matang, takrif zina hati dan lainnya. Dan kebanyakan penulisan beliau adalah pengalaman beliau jatuh cinta hinggalah bertunang dan sebelum berkahwin. Buku sequelnya Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna katanya pengalaman berkahwin pula. Nanti baca kot lepas baca buku novel Inggeris yang aku bawa ke sini (Adultery by Paulo Coelho & To Kill A Mockingbird by Harper Lee).
Profile Image for Afiq Fadhli.
22 reviews1 follower
January 14, 2014
Buku ini cerita pasal sebelum pengarang berkahwin dan pandangan beliau sekitar perkahwinan dan remaja pada. Kahwin itu satu perkara yang besar. Nak buat perkara yang besar, sudah tentu memerlukan persediaan yang sewajarnya. Dalam buku ini, pengarang bagi tiga iaitu rohani, emosi, dan material. Rohani tu berkenaan spiritual seperti solat 5 waktu, mengaji al-quran setiap hari, etc. Emosi tu contohnya dapat kawal diri ketika marah, bertolak ansur dengan orang lain etc. Material pulak contohnya pengurusan kewangan dan berjimat cermat.

Begitu juga tentang kefahaman kita tentang islam contohnya berkenaan taharah (cara bersuci), cara berwudhu', mandi etc. Ustaz Azhar Idrus selalu sebut yang sebenarnya suami yang wajib ajar isteri tentang fardhu ain. Kalau suami tu tak mampu ajar, dia kena bawak ke kelas-kelas pengajian agama untuk belajar. Dan yang penting juga, tentang perancangan berkenaan kehidupan.

Part berkenaan dengan realiti menarik jugak. Sebab hidup ini tak manis sentiasa. Hidup ini macam roda, sekejap di atas,sekejap di bawah. Kalau masa tengah bercinta ini, semuanya nampak indah dan baik-baik sahaja. Tapi bila dah 24 jam bersama, welcome to the reality bro. Sedih, kecewa, gembira, tertekan, bahagia semuanya dikongsi bersama.

Tapi yang jadi 3 bintangnya sebab, kisah cinta kita, perlu ke kita share supaya satu Malaysia tahu? Mungkin pengarang cerita supaya kita boleh ambil contoh dan ibrah, serta lebih kepada perkongsian pengalaman dari beliau, tapi yelah, setiap orang ada pengalaman dan cara fikir yang berbeza. Yang baik kita boleh ambil sebagai contoh. Aku baca ni pun 2 hari je, baca pun laju-laju je sebab pernah baca kat Langit Ilahi. Aku rasa dulu aku suka dan selalu gak baca artikel Hilal kat LI, tapi sekarang ini memang dah kurang. Mungkin sebab dah 4 tahun tinggalkan zaman persekolahan. Bak kata Faiz "Level budak sekolah okay la baca buku tu, untuk orang yang memang tak ready".
Profile Image for حزا ليني.
33 reviews2 followers
December 10, 2012
Ideas thrown based on personal experience, a perspective infused with Islamic guidelines on the preparations of the mind before heading for a marriage. An explanation of how love should be before marriage..good for those who wants to know how the Islamic Love is and also good for those who are too extremist of how Islamic Love should not be... appreciated with the explanation of the "Istikharah" situation..of how people tends to confused in getting answers from dreams and how people always relate on performing the Istikharah prayers prior to the decisions of looking for their soulmates only but is actually a prayer for making any decisions in life :)
Profile Image for Syamil A Samad.
25 reviews2 followers
March 13, 2013
Buku Motivasi Cinta yang ringkas dan boleh dikatakan padat. panduan mudah untuk golongan muda yang ingin bermula menjejakkan kaki ke alam perkahwinan. tentunya panduan yang berlandaskan syariat islam sebenar dan menolak amalan asasi remaja bercinta zaman sekarang.

di dalam buku ini, saya berpendapat bahawa Hilal Asyraf adalah penulis yang tidak mengikut arus biasa yang sentiasa ada dalam novel cinta islam, beliau mempunyai pendapat dan fatwa hati sendiri yang harus diraikan. tidak sewenang-wenang menyempitkan yang halal dan tidak pula mudah untuk meluaskan yang haram. Meraikan perasaan dan fitrah manusia sebaiknya tetapi haruslah berlandaskan fitrah Islam yang syumul dan berpandu
Profile Image for Muhammad Faizal.
6 reviews
March 29, 2013
tema/message yang hendak disampaikan menarik dan jelas. cuma lenggok bahasanya agak skema.
Profile Image for Nur Fathinah.
130 reviews6 followers
February 5, 2020
Buku ini telah saya beli sewaktu tingkatan 2. Tetapi baru memberanikan diri membacanya sewaktu berumur 22 . Sehingga buku ini sudah ada edisi tulis semula.

Definisi cinta penulis agak berbeza dengan fahaman saya. Sebagai pelajar lepasan sekolah agama,saya merasakan bercinta sebelum kahwin itu satu dosa besar. Cinta sebelum kahwin itu dilihat jijik untuk didekati apatah lagi dilafazkan.

Penulis memberikan definisi baru tentang cinta. Pada awalnya sukar untuk saya terima. Setelah dihadami, ada betulnya pendapat penulis.

Buku ini boleh dijadikan sebagai langkah pertama untuk persediaan ke gerbang perkahwinan. Penulis lebih menekankan kesedaran untuk membuat persediaan. Selepas membaca buku ini, banyak lagi ilmu perlu dikumpul seperti ilmu kewangan, ilmu mengurus emosi, ilmu fiqh dan sebagainya.

Terima kasih kepada penulis kerana berkongsi pengalaman sendiri dalam mencari cinta. Tulisan penulis kelihatan lebih realistik dan bukan sekadar fantasi seperti di dalam novel² islamik yang lain.

_________________

"Cinta yang melalaikan itu hilang ditelan keseriusan kita"
Profile Image for Afifah Ahmad.
1 review
November 11, 2021
Penulis mengetengahkan definisi cinta menurut kaca mata beliau, dan bagi saya definisi tersebut sangat bagus untuk dijadikan panduan bagi kita secara umum.

Banyak perkara yang di’highlight’kan oleh penulis tentang stereotaip masyarakat mengenai perhubungan antara lelaki dan perempuan, khusus perhubungan sebelum pernikahan. Bagi saya perkara tersebut sangat baik diulas.

Cinta yang selalu dipandang negatif oleh sesetengah “golongan alim” menjadikan ia seolah-olah bukan dari fitrah yang lahir sementelah terjadinya manusia. Begitu salah, begini haram dan berdosa. Jadi bagaimana cara kita menyentuh dan meletakkan cinta?

“Sebelum Aku Bernikah” buku yang sangat patut dibaca oleh semua untuk mengeluarkan kita dari sempitnya sudut pandang serta memberi satu nafas baru untuk kita terus memperjuang dan menyemai fitrah dengan cara yang sebenar.

Profile Image for Fatihatul Insyirah.
11 reviews21 followers
October 20, 2018
Concise in every aspect. The author gives short and actionable items based on his experience. Useful for those who have or currently feel something about someone. This book offers an alternative on how best to develop the fitrah of love. How to channel this natural feeling bestowed from Allah.

Key takeaway, in my opinion is the holistic and apt definition of love. It guides me in every action that I intend to do now. The definition that the author described is: "Love as something that brings us to Allah's paradise". Hence, whatever step we take to portray this love which does not support this definition is a big naaah N-O ya!

May Allah continue to guide us in all our affairs! Aameen!
Profile Image for yanasazalli.
12 reviews
April 8, 2020
It tells me the meaning of the correct love between a man and a woman who wants to get married. Before this I do feel that I have to do something before I want to say to myself that I want to get married. Well I’m not married yet. But after reading this book, it gives me more confidence and clearer steps of what to do before getting married.
I love to quote some parts of the book which is,

“Cinta itu berusaha mempersiapkan diri, berusaha memantapkan peribadi, berusaha mencapai mampu, berusaha menggapai matang. Itu adalah bukti cinta.”

I may change some sentences but yeah overall I like this book and can’t wait to buy the ‘Sebelum Kita Bernikah’. :))
Profile Image for Amira Nadhirah.
46 reviews1 follower
August 3, 2021
Ingatkan buku ni memang untuk orang yang sudah mahu mendirikan rumahtangga so tak plan pun nak baca, tapi terbaca juga. Rupanya buku ni punn sesuai untuk remaja-remaja yang masih single, yang rasa belum bersedia dan belum mampu pun nak mendirikan rumahtangga.

Antara take home message yang ada

“Memahami sebelum mencintai, bukan mencintai sebelum memahami”

“Luahkan perasaan bila benar bersedia, bukan luahkan dahulu sebelum bersedia”

“Luahkan n bincang pada parents or orangtua sebelum luah pada empunya badan supaya tiada timbul masalah”

Persediaan bukan dari segi kewangan namun emosi dan rohani
Profile Image for Fina S.
59 reviews14 followers
May 10, 2017
Rasa bagaikan ditampar oleh realiti. Setelah selalu bermimpi, ada yang datang membawa hakikat sebenar. Kata penulis, "Buang mainan perasaan seperti mimpi-mimpi dan kebetulan-kebetulan ini. Buang pernyataan-pernyataan malaikat seperti menanti jodoh yang sudah ditetapkan dah sebagainya. Usaha dengan apa yang Tuhan BERI bukannya dengan apa yang Tuhan AKAN BERI."
Profile Image for F. Hanim.
176 reviews
December 25, 2018
Buku yang secara personalnya saya rasa bagus, kerana mengingatkan kita bahawa perkahwinan itu bukan sekadar majlis satu hari di antara lelaki dan perempuan, tetapi pembinaan rumahtangga dengan asas agama yang kuat, insyaAllah bakal melahirkan ummah, bakal pewaris, anak-anak muda yang bermanfaat.
Profile Image for Zzati Alydrus.
124 reviews
October 4, 2020
Penulisan yang penuh kelembutan, nasihat dan telah bagi sisi baru tentang pernikahan, jodoh, bercinta. Sungguh, dari pembacaan dapat gambarkan penulis berfikiran lain dari yang lain dan dapat membuka lebih luas mata dan pandangan serta pemikiran para pembaca. Tahniah.
Profile Image for Muhammad Zul Aiman Zulkifli.
6 reviews
November 30, 2021
Ringkasnya, buku ini sangat membuka cara fikir saya tentang perhubungan yang baik sebelum berkahwin. Bukannya 'Islamic couple', pergaulan yang bebas atau terlalu rigid. Buku ini lebih kepada perkongsian penulis, mana yang sesuai boleh ambil.
1 review2 followers
November 20, 2019
Kayu ukuran matang

1. Rohani (how you take care of your relationship with Allah)
2. Emosi (how you control your emotion and cope with others)
3. Material (how you control your money)
Profile Image for Lina Khairunisa.
82 reviews15 followers
July 7, 2013
Alhamdulillah, habis sudah baca buku Sebelum Aku Bernikah oleh Hilal Asyraf. Buku ni saya dapat tahu dari Facebook dan berazam untuk membeli dan simpan jadi bahan bacaan. Buku ini sangat sesuai untuk remaja belasan tahun yang masih mentah dan kurang faham tentang istilah cinta, malah, saya pun mengaku yang saya ada juga sedikit kekeliruan berkaitan dengan cinta. Apa yang saya (dan semua orang juga) tahu bahawa couple tidak boleh, cinta sebelum nikah tak boleh, zina hati katanya. Tapi pernah tak terfikir, kalaulah cinta sebelum nikah tak boleh, macam mana kita nak pilih calon suami/isteri ye dak?

Dan alhamdulillah, saudara Hilal Asyraf sudah menerangkan serba sedikit tentang itu dalam buku ini dan saya sangat berpuas hati, bukan sekadar memuaskan hati dan nafsu saya ni, tapi bertetapan dengan syarak, syariah compliance. Saya sarankan semua remaja untuk baca buku motivasi cinta ini dan ambil iktibar dari perkongsian saudara Hilal Asyraf. Yang uniknya lagi buku ni, belakang-belakang buku ini dilampirkan puisi-puisi beliau, luahan rasa rindu dan cinta.
Profile Image for Sabihah Shamsuddin.
7 reviews
July 1, 2014
Alhamdulillah. Bukan sekadar best, tapi sangat berguna untuk rujukan bagi masyarakat yang sedang mencari-cari bagaimana cara menjaga pergaulan ketika bertunang yang sebenarnya, bagaimana mahu membuat persediaan untuk mendirikan rumah tangga, bagaimana mahu menguruskan diri ketika lamaran ditolak dsb. Semoga Allah berkati Saudara Hilal Asyraf dalam usaha memahamkan masyarakat mengenai hakikat cinta yang sebenar,

"Sekiranya benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya."
Displaying 1 - 30 of 58 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.