Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kalau Jodoh Tak Ke Mana

Rate this book
Apakah ada ruang dan masa untuk kita saling jatuh cinta?

Kali pertama berjumpa, hati Sara tersentuh. Entah kenapa lelaki itu sangat menarik di matanya. Tapi bagaimana dia dapat cari lelaki itu lagi? Bengkel kereta tempat pertemuan pertama mereka dia dah tak jumpa di mana!

Namun takdir menemukan mereka lagi. Hatinya terus terpaut. Sayangnya, si dia rupa-rupanya sudah berpunya! Sara kecewa yang amat, tetapi kalau sudah ada jodoh tak ke mana, kan! Lalu berita lelaki itu putus tunang dia raikan dengan membuat keputusan yang jarang-jarang dibuat orang. Biarpun melawan adat, lelaki itu dia akan pinang – tak dapat tidak!

Selepas lima kali tidak jadi berkahwin, Ameer Hakimi sudah serik untuk bertunang lagi. Dia hanya akan berkahwin jika ada orang yang meminangnya. Terlucut saja kata daripada mulutnya, ada wanita yang masuk meminang. Wanita yang tak pernah dia kenal!

Terlanjur sudah terlepas kata, dia menerima juga keputusan keluarga walaupun tidak sepenuh rela. Pada dia, wanita itu harus bijak membuka pintu hatinya kerana dia serik menyerahkan hatinya kepada mana-mana wanita lagi. Rasa percayanya pada wanita sudah terkubur semuanya.

Berjayakah Sara dalam misinya untuk memikat suami sendiri sekiranya cinta lelaki itu pada cinta pertamanya yang kini kunjung kembali?

***

NAURAH IMAN membuktikan Kalau Jodoh Tak ke Mana dalam kisah cinta pelbagai emosi dengan gaya santai yang memikat.

610 pages, Paperback

First published August 1, 2012

9 people are currently reading
87 people want to read

About the author

Naurah Iman

8 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
43 (29%)
4 stars
60 (41%)
3 stars
33 (22%)
2 stars
9 (6%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 29 of 29 reviews
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
June 22, 2014


Beginilah perjalanan jodoh Sara dan Ameer....
Berjumpa kali pertama - Sara terlepas
Berjumpa kali kedua - Sara melepas
Berjumpa kali ketiga - Sara dah tak lepas-lepas.

Suka sungguh saya membaca cerita mereka berdua. Tersenyum saja sepanjang pembacaan. Olahan yang cantik tersusun lagi membuatkan saya tak senang duduk dan akhirnya saya duduk jua dan menyelak hingga ke helaian yang terakhir... Pada akhir bacaan, saya tersenyum senang. Schumel sungguh mereka berdua ini!

Sara... seorang gadis yang agak lewat ketemu jodoh. Sering ditanya oleh keluarga dan sanak saudara, Bila nak kawin? Bila nak kawin? sampai stress jadinya. Nasiblah Sara ni kental jiwanya. Pertemuan dan pandang kali pertama dengan Ameer, pemilik bengkel kereta membuka pintu hati Sara untuk berkahwin tapi malangnya, jodoh tidak kesampaian bila Sara terlupa mana diamnya bengkel kereta Ameer. Ada unsur lawak sedikit di situ. Pertemuan kali kedua di majlis perkahwinan jiran sekampung, Sara melepas kerana Ameer telah bertunang. Hancur hati Sara tapi perasaan kecewa itu disimpan di lubuk hati yang paling dalam kerana hidup perlu diteruskan. Kali ketiga, pabila Sara mengetahui yang Ameer telah ditinggalkan, terus Sara meminta ibubapanya meminang Ameer... Siriyes???? Iyye!! Siriyes!




Ameer Hakimi... Seorang jejaka yang putus tunang 5 kali. Serik dengan ikatan pertunangan sehingga meluahkan kata-kata: "Kimi rasa nak tunggu orang pinang Kimilah pulak. Asyik lelaki je pinang perempuan, kali ini biar perempuan pulak yang pinang Kimi" - pg 130. Haaaaaa hamek ko! Terus Sara masuk meminang. Ameer pula dah menyesal terluah kata. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata.... Ternyata Ameer anak yang baik dan mendengar kata. Dua hati di satukan dan bermulalah kehidupan mereka berdua bersamaaaa....



Sara yang diminta oleh Ameer untuk memikat dirinya dan Sara yang berjanji untuk mencuba memikat suami yang tercinta. Kombinasi yang cukup menarik. Walaupun tidak mencintai, Ameer tetap bertanggungjawab kepada isterinya. Tetap cuba menerima isterinya. Sara pula tetap terus cuba dan mencuba. Suka dengan gelaran Husband and Wife. Sangat sweet. Tapi itu lah, dalam pada Sara berusaha, dugaan tetap menjelma. kehadiran orang ketiga melalaikan Ameer dan walaupun hati Ameer mula merindui isteri yang satu, godaan yang mendatang tetap sesuatu yang sukar dihindari. Kelalaian Ameer akhirnya melelahkan sang isteri. Sara pasrah mengundurkan diri kerana hati Ameer tidak mampu dimiliki….



Apa-apa pun…. Saya suka dengan ketabahan Sara….










Oh! P/S: Happy Ending ye…. Yeayyyyyy…..
Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 18, 2013
Kisah Nur Aleeya Maisara (Sara) dan Muhammad Ameer Hakimi (Ameer) ini mungkin cuma sebuah kisah biasa yang agak klise, namun cara pengolahan penulis ni buat saya rasa sayang nak lepaskan buku. :)

Awal-awal lagi penulis dah tarik perhatian saya dengan aksi Ameer dengan kucingnya, si Montel yang turut membuatkan Sara jatuh tergolek-golek. Hehe. Tapi itu kisah setahun sebelumnya. Sebelum Sara bertemu kali kedua dengan Ameer sewaktu majlis perkahwinan jiran merangkap kawan baiknya. Memang 'ajaib' bila Sara tertarik dengan Ameer disebabkan bunyi ketawa Ameer. Sampai pengsan Sara dibuatnya. Haha. Namun sayangnya Sara dikecewakan dengan berita perkahwinan Ameer yang akan berlangsung dalam masa terdekat.

Ameer ni sebenarnya dah banyak kali bertunang. Pertunangan kali kelima yang diharapkan bakal membawa ke jinjang pelamin juga gagal bila tunangannya buat onar. Kesian Ameer. Memang dah bukan jodoh agaknya.

Sara pula bila tahu Ameer dah putus tunang buat kesekian kalinya tanpa bertangguh lagi terus buat keputusan untuk meminang Ameer. Walaupun dikata menentang adat, Sara tak peduli. Dia mahukan Ameer sebagai pasangan hidupnya. Pinangannya disambut baik oleh keluarga Ameer dan mereka dinikahkan tanpa ada majlis pertunangan. Keluarga Ameer dah fobia dengan istilah bertunang tu agaknya. Hehe.

Perkenalan mereka selepas pernikahan memang jadi suatu cabaran buat Sara untuk menawan hati Ameer. Dan Ameer sendiri meminta supaya Sara buatkan Ameer jatuh cinta pada Sara. Memang sakit hati bila nampak Ameer cuma menerima tapi tak berusaha untuk memberi. Sebaliknya Sara yang berusaha gigih untuk memberi tapi tak menerima. Rasa macam nak benamkan Ameer tu dalam lombong. Tak habis-habis nak jaga gengsi sampai lupa nak jaga hati isteri sendiri. Siap ada hati nak tambah cawangan lagi tu. Huh.

Bila Sara dah mula nak give up barulah Ameer gelabah. Mujur juga Ameer dapat 'hidayah' sebelum Sara betul-betul meninggalkan Ameer. Phew.

Komen saya: Antara buku yang buatkan saya enjoy membaca hingga ke akhirnya. Kagum dengan semangat Sara. Memang dah ala-ala Projek Memikat Suami juga ni, cuma cara Sara tidaklah seekstrim cara Nawwal Husna. :) Ops, tapi pengolahannya tak sama okay. Apa pun, tahniah untuk penulis atas kelahiran buku ini. Terima juga kasih atas semangat Sara yang dipinjamkan melalui buku ini. :)
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
July 2, 2013
Aku baca kisah ni sehari selepas tonton filem P. Ramlee. Kebetulan salah satu lagu dalam filem itu sama tajuknya dengan novel ini. Tu yang terasa sungguh klasik novel ini *wink*

Ini kisah Nur Aleeya Maisara [Sara] dan Ameer Hakimi [Kimi]. Masing-masing dalam misi mencari cinta di hati. Saat Sara terpandang si dia, hatinya sudah terpaut. Dia lah lelaki yang dinanti-nanti. Dan saat mendengar tawa si dia, Sara terus pengsan! hahaha

Tapi bagi Kimi, dia sudah penat menanti bulan jatuh ke riba. Sudah lima kali, nasib tak pernah menyebelahinya. Akhirnya dia putuskan, kalau ada sesiapa yang meminang dia akan terima. Eh?

Maka berlakulah episod si dara meminang sang teruna. Bila saja pinangan diterima, janji termeteri. Sara dan Kimi disatukan tanpa Kimi kenal siapa gerangan dia sang isteri. Sara menanam tekad, sang suami akan ditakluki. Kimi akan jatuh cinta padanya. Pasti. Dia sangat pasti.

Bukan mudah mahu memikat tapi Sara tak pernah putus asa. Selagi Kimi masih suaminya, dia akan cuba pelbagai cara. Tapi saat Lisa muncul semula, hati Sarah berdarah. Luka. Ada insan lain rupanya yang menakluki hati Kimi. Patah hati Sarah. Bagaimana mahu mendapatkan Kimi sedangkan lelaki itu rupanya mencintai orang lain?

Sarah sedar diri. Tahu di mana kedudukannya sebagai isteri yang tak dicintai. Dia mula melangkah ke belakang, setapak menjauhkan diri daripada Kimi. Hati harus diajar untuk memahami cinta lelaki itu terlalu sukar untuk digenggami. Namun saat Sara melarikan diri, Kimi makin rapat menghampiri.

Kimi tak senang duduk bila saja Sara sudah mengetahui keadaan sebenar. Dia mahukan Sarah kekal sebagai isteri tapi Lisa juga dia mahu. Memang tamak! Lelaki seperti Kimi memang ada ciri-ciri lelaki yang minta pelempang laju-laju hahaha Jadi, harus apa yang Kimi lakukan? Bukan mudah mahu meyakinkan Sara yang hatinya sudah jatuh sayang pada si isteri. Jeng..jeng..jeng..

Aku rasa bila aku tidak expect apa-apa, ia akan lebih menyeronokkan. Seperti mana aku baca novel ini, aku enjoy menghadamnya. Ada masam-masam-manis..cukup perisanya. Ada saat mahu ketawa melihat akal Sara, ada rasa mahu menangis mengenangkan saat-saat sedihnya.. dan ada rasa mahu jatuh cinta bila saja dia terpandangkan si dia. Bravo. Ada masanya alunan bahasa yang simple dan santai boleh memikat para pembacanya untuk setia ke halaman terakhir. Ditambah dengan susunan plot yang kemas dan teratur. Dan pastinya Naurah Iman akan menjadi penulis baru kegemaranku.

Jeling-jeling di blog penulis, ha ada siri mini sambungan novel manis ni..phewitt ;))
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
February 2, 2017
4.5☆.Best~~.Aku ambil masa yg agak lama untuk baca novel ni berbanding novel lain disebabkan aku demam.So,mood nak membaca juga ke laut.Novel ni mengembirakan hati aku dengan perangai Sara yang kdg2 agak kebudak budakan.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
July 1, 2013
Satu lagi cerita yang susah untuk N menilai.
 photo em1_zps0a7481d1.gif

Bukannya tak suka, tapi rasa suka tu lambat nak timbul. Mainly because pada N, permulaan cerita dia bosan and the good parts are only in the later part of the story. There were moments when N rasa macam N tak boleh nak habiskan buku ni. Tapi disebabkan ramai kawan N dalam GR yang sudah baca dan suka, N gagahkan lak jugak.
 photo em2_zpsdb6309b2.gif

Dari segi watak, N suka Sara dan Ameer, walaupun ada masanya N rasa Ameer ni sangatlah tak matang.
 photo hah_zpsc01dada1.gif

Dari segi gaya penulisan, N boleh dikatakan suka dengan cara penulis mengolah keadaan dan emosi. Ada part yang N rasa pilu, especially when

In a nuthsell, N suka dengan jalan ceritanya. But I don't like it enough to read it more than once. Kiranya bagi N, cerita ni best untuk sekali baca saja.

But that's just my two cents.
 photo cupcake_zps0d57eb6c.gif
Profile Image for Mslvoe.
2,059 reviews200 followers
March 26, 2013
"Selagi saya bernafas, dengan izin Tuhan saya akan membahagiakan awak selalu. Akan selalu ada dengan awak." - Sara


 photo rachelberry-shocked-face_zps63500e15.gif
Ternyata buku ini tidak dapat menarik perhatian sha. Kawan yang recommended buku ini.. sha teruja sebab rating di Goodreads dalam 4-5 stars. Mungkin sha terasa "meluat dan menyampah" dengan perangai Ameer yang agak cengeng. Sukar bagi diri Ameer nak jatuh cinta pada isterinya, Sara.

Sara sedaya upaya untuk mencuri hati Ameer tetapi Ameer keliru apabila cinta pertama merangkap tunang pertamanya kembali semula kepadanya. Ameer masih cinta pada kekasihnya dan ingin menyatukan kembali cinta yang putus ditengah jalan.

Sikap Sara yang matang dan pandai sorok perasaanya membuatkan sha kagum.


 photo b_zps18ebc1df.gif
Cerita ini santai... sha merasa seronok membaca pada bab permulaan tetapi merasa lemau selepas mereka berkahwin.

 photo b_zps4f1d5ffc.gif
Maafkan sha.. bukan silap penulis tetapi diri sha sendiri yang tidak dapat menghadam kisah Sara & Ameer.
75 reviews6 followers
September 26, 2012
TERBAIK!!! - 4* dari saya (maaf cik penulis ya- msh x dpt tandingi novelis kesayangan saya kak SU! hehehe)

Benar, andai jodoh tidak kemana. walau berlari kehujung dunia, jodoh itu tlh ditetapkan walaupun pd pertemuan yg pertama.

Tak salahkan klu perempuan meminang lelaki (Rasulullah juga begitu). Jika sahsiahnya baik, bertanggungjawab dan kita yakin dia yang terbaik, apasalahnya kita sbg perempuan yg dtg meminang dari terlps begitu saja? (tiba2 teringat detik cinta dahulu..huhuhuhu - malu!)

Sara yang digambarkan sebagai seorg gadis yg periang, suka berdikari dan digambarkan juga sbg seorg yg terlalu degil jatuh hati dengan Ameer w/pun pd mulanya kisah cintanya hampir tak kesampaian bila dia tahu Ameer akan kahwin. menangis dia mengenang cinta yang tak kesampaian.

Ameer pula digambarkan seorang yang lengkap serba serbi, bak kata orang cukuplah untuk jadi seorang teruna idaman sidara. namun entah dimana silapnya, hampir lima kali bertunang dan lima kali putus hinggakan dia sendiri putus asa dengan jodoh.

ketentuan Allah, lamaran itu datang dari Sara yang secara tak sengaja tahu tentang Ameer yang putus tunang dari Razlan. maka berlakukah peristiwa yang paling SWEET dalam usaha Sara mengurat sisuami untuk menakhluk cintanya.

kata orang kerana sayang, lautan api sanggup direnangi. itulah yang Sara lakukan. namun perasaan tidak blh dipaksa. sejauh mana kaki melangkah, kadangakala terhalang juga.

Hati tersentuh saat Sara mengetahui tiada cinta untuknya, dia pasrah. mungkin dia sedar bila sayang pd seseorg, kita harus melepaskan.. dan saat inilah, Ameer sedang yang dia sedang kehilangan.........SARA...


Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
January 10, 2015
Buku ni dah lama beli.. Dah pernah selak-selak mengintai isi cerita.. Dan masa selak-selak tu, ternampak sedikit keganjilan pada panggilan yang pasangan ni gunakan iaitu husband and wife.. Jadinya, terbantut terus nak baca.. Maka, lama la buku ni tersimpan dalam almari tanpa dijenguk.. haha..
.
Dan disebabkan beberapa hari ni line internet takde, aku selongkar semula almari buku dan ternampak la buku ni.. Maka, akupun baca dari mula..
.
Hasilnya, ehh, sedap jugak cerita ni rupanya.. hahaha.. Lepas pegang langsung tak boleh lepas.. Patutlah anak buah kata buku ni best sebab dia kata Naurah Iman punya buku best laaa.. Ye la, anak buah tu lagi awal kenal Jemari Seni ni dari aku..
.
p/s: Sampai meleleh la sikit airmata masa baca... ahaha...
Profile Image for Izziewizzy.
80 reviews
October 19, 2012
Boleh katakan buku ini lain dari yang lain. Kita selalu baca hero yang tackle heroin tapi yang ini pulak sebaliknya. Sara yang banyak berkerja keras untuk tackle hero yang sumpahhhh menyakitkan hati. Memang rasa nak ketuk-ketuk kepala tapi trust issues is hard to deal with. Tambah lagi dah berkali-kali kena...

Tapi Sara is a one of kind heroin. Dia berani-berani-berani-seberaninya.

*tabik springgg*


Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
June 18, 2013
Pada hamba Kalau Jodoh Tak Ke Mana (KJTKM) secara keseluruhannya telah diadun dengan cukup-cukup bahan tetapi terasa kurang 'kick-lah'. Terasa seperti makan keropok lekor tanpa sos cili. Seperti makan burger tanpa mayonis. (p.s Review ini ditulis ketika lunch break, mohon mengerti. Hehe)

Namun, akar cerita KJTKM sangat menarik sebenarnya. KJTKM mengisahkan tentang Sara, gadis penternak lembu dan kambing yang telah meminang Ameer Hakimi, seorang pemilik bengkel yang dia jatuh suka sejak pertama kali bersua. Ameer Hakimi yang telah putus tunang lima kali dan sukar percaya pada cinta itu akhirnya menerima lamaran Sara akibat terlanjur kata dengan orang tuanya. Maka bermulalah cerita kehidupan mereka dengan kisah-kisah manis percubaan Sara memikat suaminya yang kuat merajuk ;) dan juga usaha Ameer mendidik isterinya yang degil.

Hendak dikatakan buku ini terlalu tipikal, tidak. Hendak dikatakan jalan ceritanya baru/segar juga tidak. KJTKM berada di paras selamat dari segi temanya :). Namun, hamba kurang terkesan saja dengan cara penceritaan dan gaya bahasanya yang sedikit raw. Dan, hamba pasti akan beri bintang lebih jika plotnya dirangka dengan lebih menarik - tidak terlalu straight-forward.

Tetapi, hamba suka dengan sedikit input tentang penternakan lembu dan kambing yang dimuatkan oleh Naurah Iman dalam KJTKM. Tidak banyak namun input-input sebegini sebenarnya ibarat perencah/perasa tambahan yang boleh menambah 'keenakan' khususnya dalam sesebuah novel :). Syabas!
Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
January 28, 2013
Kalau Jodoh Tak Ke Mana by Naurah Iman or Noah Inn.

Novel kesayangan Ida untuk tahun 2012. Tak pernah sebelum ini membaca sebuah novel & buat live coverage di facebook wall! :)

Bahasa yang Inn gunakan tersusun dan indah bagi Ida yang membaca. Sara yang tabah,Ameer yang tak melihat sesuatu yang terbaik hanya di depan mata.

Kalau rakan-rakan tanya novel terbaik 2012,dengan pantas mulut akan menjawab...Kalau Jodoh Tak ke Mana!
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
July 1, 2017
NUR ALEEYA MAISARA - Sejujurnya karekter Sara yang terlalu keanak-anakkan ni membuatkan saya sedikit jengkel. Pada usia 30 tahun, Sara sepatutnya memperlihatkan sedikit garis kematangan. Ini nak kemana-mana pun masih berambut tocang dua. Agak pelik sedikit (atau unik?) Apa yang pasti, Sara ni seorang yg happy dan sentiasa positif. Optimis orang kata. Semua pun boleh buat takda hal la! Jadi bila Ameer minta Sara buat Ameer jatuh hati padanya, Sara rasa perkara tu mesti mudah. Lagipun, bukan senang nak dapat Ameer ni. Jadi bila dah dapat haruslah kena tambat kuat-kuat, ye dak? ;P

AMEER HAKIMI - Kalau anda dah penat dengan watak hero CEO-pakai suit-kerja pejabat saya sarankan buku ni. Ameer merupakan mekanik. Tapi mekanik bukan sebarang mekanik. Mekanik ni handsome bhai! Sebab tu si Sara tu sampai sanggup masuk meminang sebab takut terlepas lagi. Ameer ni memang sejenis watak suami yang kalau ada depan mata, dah lama kena desyum desyum dengan saya. Sara tak berani buat sebab sayang, so meh sini! *sinsing lengan baju* Pandai suruh orang memikat tapi tak nak pulak hargai. Isyh, geram betul! Nasib sedar juga last sekali.


Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
January 30, 2013
sebuah cerita yg sangat banyak pengajaran...
perempuan meminang lelaki... hurmmm... kalau dalam realiti mungkin susah kita nak dengar walaupun perkara seperti ini berlaku sebenarnya...

membaca buku nie membuatkan rasa bercampur aduk,.. suka,sakit hati, marah dan macam2 lagi la...
tahniah buat penulis... menggunakan gaya bahasa yg mudah difahami dan bersahaja...

kepada yg belom beli sila beli dan baca... confirm anda2 semua x kan menyesal...
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
October 11, 2013
Nur Aleeya Maisara (Sara) telah jatuh hati pada Ameer Hakimi bila pertama kali terdengar suara Ameer ketawa di bengkel membaiki keretanya. Selepas setahun barulah Sara ketemu Ameer lagi di majlis perkahwinan jirannya. Dia terus jatuh cinta dan bertekad untuk meminang Ameer. Tetapi Ameer telah pun bertunang. Dia amat kecewa tetapi di panjatkan doa untuk kebahagiaan Ameer. Bila dia terdengar bahawa pertunangan Ameer telah putus, Sara menyuruh ayahnya untuk meminang Ameer. Ameer pula amat kecewa. Ini adalah pertunangannya kelimanya yang putus separuh jalan. Dia terlepas kata bahawa dia sedia terima sesiapa saja yang meminang dirinya. Bila ayah Sara datang meminang, ibu-bapa Ameer terus saja terima. Dia terpesona dengan sikap Sara yang telus dan tegas dan berterus-terang. Selepas saja diijab-kabul, Ameer terpegun dengan rupa Sara. Hatinya sudah mula lunak untuk menerima Sara tetapi mulut dan fikirannya masih belum dapat mengungkap. Dia senang tercuit dengan tingkah Sara yang kalut dan sifat terus terang Sara. Ameer banyak bertingkah dengan Sara tetapi Sara tidak pernah memarahi dirinya tetapi di layan Ameer dengan baik sekali. Tiba-tiba Lisa, bekas tunang pertama Ameer muncul kembali. Ameer serba salah kerana mahu kedua-duanya. Sara amat kecewa sekali. Dia bersikap amat memahami dan mula mengundur diri. Hatinya sangat sakit. Ameer mula rasa kehilangan. Dia mohon petunjuk. Bila sudah dapat alamat dalam mimpi, Ameer dapat kejutan. Ameer ternampak kereta Sara terlibat dalam satu kemalangan. Dirinya terasa amat lemah untuk menerima kenyataan itu. Menyesal dirinya kerana telah mengabaikan dan melukakan hati Sara. Rupa-rupanya, Sara masih hidup. Keretanya telah dicuri dan terlibat dalam kemalangan itu. Akhirnya Ameer dapat menyatakan rasa cinta dan sayangnya kepada Sara. Mereka bahagia akhirnya kerana cinta mereka berbalas. Keluarga mereka pun berkembang. scenes yg I suka: 1) tiap kali Sara ketemu Ameer, 2) saat pertama kali Ameer nampak isterinya Best scene: semasa Ameer berhenti di tempat kemalangan dan seterusnya hingga jumpa Sara. Well done!
Profile Image for Hani.
13 reviews
January 21, 2015
kenapa bg 5*?? donno la tp srius nvel ni adalah antara nvel yg sy telah ulang baca bbrp kali. ada sesuatu yg 'myentuh' ati sy dan masih bjaya myentuh ati sy setiap kali mbacanya. kesungguhan sara dlm mnawan ati ameer sy salute. tiap plakuan 'mgoda' ati si suami masih dlm batasnya. pasrahnya dia hanya bila ameer mlafazkan ada wanita lain yg dipuja. mungkin klau tdpat ketidakpuasan apabila ending part ciput sgt. but still, thanx 2 author sb continue their love story dlm blog.
Profile Image for Aina.
32 reviews
October 20, 2022
Ehem.

Nur Aleeya Maisara | Muhammad Ameer Hakimi

Best buku nii, rasa nak baca balik tapi pinjam kat school library hm. Ada tempoh pinjam. Tapi takpe, cerita ni menarik sangatt, tak cliché langsung! BETUL !!

Saya suka dgn watak Sara even dia degil tapi tak mudah putus asa. Yang paling saya suka, Sara pinang Ameer tauu! Saya terbayang pulak yang Sara tu saya sendiri hehe :)

Novel ni banyak jugak terasanya sampai ke hati. Plot twist sangat2 WOW! Kawan saya sampai sembab matanya pagi2 pergi sekolah sebab nangis punya pasal malam tu.

Haih, bila baca novel ni kan, rasa ada vibe dulu2 tu zaman 2012. Masa tu saya tak kenal dunia lagi, baru 4 tahun. Comel lagi tauu 😗 Tak sangka saya akan baca novel lama2. Lepas baca novel ni, rasa nak baca lagi novel dulu2 sebab dapat vibe tu lah.

Imaginasi saya membayangkan sebuah kampung yang indah gitu. Ada kandang lembu, kambing semua. Best apa! Rumah saya (rumah makpak la actually) dekat sgt dengan kandang lembu, kambing. Tak sampai 3 minit dah sampai

Saya suka pergi sana. Tak tau la kenapa, saya suka baunya 😶 Famili saya pelik betul tauu. Lepastu ibu cakap, saya boleh jadi pengusaha lembu2 dan kambing2 😌

Whatever lah, yang penting saya akan rindu dengan Sara, Ameer, Adra dan Agha. Muahh ♡
Profile Image for Am. Han.
107 reviews1 follower
Read
September 9, 2023
Beribu bintang di langit kini menghilang.

From this 🙄😒 to this 😍🥰

Ameer kecewa sangat disebabkan dah 5 kali putus pertunangan, dia nak terima saja kalau ada perempuan yang melamar dia.

Eh Sara pulak yang memang dah ada perasaan dekat dia mula masuk meminang dan diterima oleh mak ayah Ameer ada lah syarat2 yang perlu mereka patuhi.

Ameer minta ruang dan waktu untuk dia kenal lebih rapat dengan Sara dan dia nak Sara buat dia jatuh cinta dekat Nur Aleeya Maisara tu.

Tapi yang buat kita bengang ......

Dia dah bagi harapan dekat Sara dan dia sebenarnya dah jatuh suka pun dekat Sara tapi denied, dia masih keliru dengan perasaan dia. 😑 Dan Ameer dia kalau dengan Sara selalu cepat marah, cepat terasa dah laaa kuat cemburu itu pun dia masih lagi tak sedar dia dah suka 🙄

Lelaki bila dia pernah ada cinta pertama, dia sebenarnya sukar untuk lupakan first love dia. Macam Ameer ni laaa. Tup tup Lisa buat comeback setelah lama menghilangkan diri and surprisingly Ameer boleh kata dia masih ada perasaan dekat Lisa. Apoooo 🙄

Suka dengan watak FL penulis yang bukan jenis lembik dan lemah. Sara ni sangat matang dan dia tahu kalau orang tak suka jadi dia tak perlu terhegeh lagi untuk kejar. Sangat independent dan not a clumsy person bila orang ketiga muncul.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
March 20, 2017
lega dah habis baca...nothing special except bab perempuan pinang lelaki je kot...
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
September 30, 2012

Muhammad Ameer Hakimi Mohamad @ Ameer
& Nur Aleeya Maisara Zulkifli @ Sara

Pelbagai emosi lahir tatkala membaca novel ini sampaikan ada yang menegur bila melihat aku senyum dan ketawa sendirian... hi hi hi! Jalan cerita yang berbeza serta berjaya menarik aku untuk membaca dan terus membaca kerana ingin tahu akan kesudahan penceritaanya.

Jika itu membuatnya bahagia, aku rela Ya Allah. Barangkali aku menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukku, barangkali sesuatu itu aku tidak menyukainya sedangkan ia baik untukku. Kau yang tahu apa yang terbaik untukku. (ms: 512)

Jika benar dia tercipta untukku, kembalikan dia kepadaku Ya Allah. Biarlah dia merasai apa yang kurasakan untuknya. Namun jika dia bukan untukku aku reda dengan ketentuan-Mu. Bisik hati kecil Sara. (ms: 528)
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
December 1, 2015
Superbly fine love story. Setiap patah perkataan. Setiap baris ayat aku baca dengan tekun mengarap emosi pada diri Sara. Tak salah kalau kita pinang lelaki yg kita minati. Ameer Hakimi calon suami pilihan Sara yg sedari awal Sara jumpa di bengkel. Kuat sungguh jodoh mereka. Naurah memperkenalkan kita tentang adaptation & sebagai pembaca, personally cara Naurah Iman menceritakan, santai & berkesan. Ah! Tak lupa, ada jua babak yg buat saya sedih siap kesat airmata lagi. In full summary, I'm am glad n happy I picked this book☺
Profile Image for Shahirah Hashim.
4 reviews1 follower
February 8, 2013
very inspiring storyline utk si 'single' yang masih menunggu atau pun yg sedang mengejar. penggunaan bahasa yang ringkas dan padat. Banyak adegan yang sangat comel dan manis antara watak utama. sangat terkesan di hati sy. and would definitely like to recommend this for those yg mncari hiburan ringkas dari sebuah novel ^^
Profile Image for Rynna.
132 reviews
September 13, 2014
novel ni awal2 cerita sebelum diorang kahwin memang unik.. ye la, pompuan pinang lelaki.. memang menarik la... tapi cerita lepas kahwin, boring la pulak... tak suke watak lelaki ni curang dengan wife die... kesian wife die, cube macm2 cara nak pikat husband... bole pulak husband tu curang... ntah la..
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
February 26, 2013
Baca kali kedua baru rasa novel ini, best! ;)
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
September 1, 2014
Agak membosankan pada pertengahan cerita..
Profile Image for Ammara Ayyash.
Author 15 books32 followers
April 16, 2017
Cerita ni best gila. Saya masa tu nak exam pun still baca. Lebih kurang 3 tahun yang lalu lah saya baca. Comel sangat Sarah tu.
Displaying 1 - 29 of 29 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.